5454 Banjir Lumpur Penduduk Mahu Kerajaan Selangor Campur Tangan Berita Harian 03 11 2019



HULU LANGAT: Penduduk Jalan Felcra Sungai Semungkis yang terjejas teruk akibat banjir kilat pada 12 Oktober lalu meminta kerajaan negeri Selangor campur tangan menyelesaikan masalah itu.Wakil penduduk, Abu Samah Ibrahim, berkata walaupun sudah tiga minggu berlalu, kebanyakan penduduk masih bimbang banjir kilat melanda lagi.“Setiap kali hujan lebat, tidak kira siang atau malam, beberapa penduduk terpaksa berjaga untuk memantau keadaan sekeliling kampung serta kampung berhampiran.“Sekiranya air naik, kami akan memberi amaran kepada jiran tetangga untuk berjaga-jaga selain membersihkan laluan air hujan yang turun daripada bukit daripada tersekat oleh sampah dan dahan pokok bagi mengelak banjir kilat,” katanya kepada BH, hari ini.Beliau sebelum itu bersama kira-kira 40 penduduk mengadakan perbincangan dengan Pengarah Operasi Unit Siasatan dan Tindakan Khas, Biro Khidmat Aduan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Fatimah Yassin.Yang turut hadir, Ketua Kampung Batu 14 Hulu Langat, Zalimi Maulana Abdul Halim dan peguam, Nik Mohamad Anuar Badirudeen.Abu Samah berkata kejadian itu menjejaskan hidup penduduk.“Justeru, kita akan cuba membawa perkara itu ke peringkat kerajaan negeri dan sekiranya perlu, kita mahu Sultan Selangor campur tangan dalam isu ini.“Kami mahu penyelesaian jangka panjang demi keselamatan nyawa dan harta benda kami pada masa akan datang dan bukan sekadar bayaran pampasan,” kata beliau.Selain itu, katanya pihaknya juga mahu kerajaan negeri membuat satu kajian berhubung tahap keselamatan di kawasan penempatan itu sama ada ia selamat untuk didiami atau sebaliknya.Sementara itu, Fatimah berkata kejadian banjir kilat di perkampungan itu pada 12 Oktober lalu bukan kali pertama kerana ia pernah berlaku pada 2017, dipercayai berpunca daripada projek pembangunan berhampiran.“Pada 2017, penduduk lebih 100 buah rumah yang terjejas di perkampungan serta beberapa kampung berhampiran dijanjikan pampasan ganti rugi oleh pemaju selain mereka berjanji mencari jalan penyelesaian agar kejadian itu tidak berulang.“Bagaimanapun, baru-baru ini PPIM difahamkan pemaju tidak menepati janji mereka sehinggalah kejadian sama berlaku pada 12 Oktober lalu, malah keadaannya lebih buruk daripada yang sebelumnya,” katanya.Justeru kata beliau, jalan terbaik supaya nasib penduduk mendapat pembelaan sewajarnya adalah dengan membawa perkara itu ke mahkamah menggunakan khidmat peguam.Menurut Nik Mohamad, penduduk wajar mengumpul bukti tertentu sebelum mengemukakan sebarang tuntutan mahkamah berhubung insiden itu.“Sebagai peguam, saya nasihatkan supaya penduduk melantik perunding untuk menjalankan kajian berhubung punca sebenar banjir kilat.Pada 12 Oktober lalu, lebih 200 rumah termasuk di Kampung Sungai Michu, terjejas teruk akibat banjir kilat bersama lumpur yang didakwa berpunca daripada kerja pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) yang dimulakan pada 2017.
Artikel oleh: Berita HarianBANJIR LUMPUR: PENDUDUK MAHU KERAJAAN SELANGOR CAMPUR TANGANhttps://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/11/624622/banjir-lumpur-penduduk-mahu-kerajaan-selangor-campur-tangan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/11/5454-banjir-lumpur-penduduk-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
293 Penduduk Terjejas Banjir Ditempatkan Di Pps Kuala Selangor

293 Penduduk Terjejas Banjir Ditempatkan Di Pps Kuala Selangor

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 466 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Banjir Di Pontian Batu Pahat Jumlah Penduduk Berlindung Di Pps Kekal

Banjir Di Pontian Batu Pahat Jumlah Penduduk Berlindung Di Pps Kekal

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 525 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Banjir Johor Jumlah Penduduk Terjejas Meningkat

Banjir Johor Jumlah Penduduk Terjejas Meningkat

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 474 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Sidang Dun Selangor Kecoh Dituduh Kerajaan Flip Flop

Sidang Dun Selangor Kecoh Dituduh Kerajaan Flip Flop

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 283 hits
Sidang DUN Selangor kecoh pasal isu kerajaan flip flop SHAH ALAM Perbahasan Rang Undang Undang Enakmen Perbekalan 2020 persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pagi ini kecoh dengan isu kerajaan Pakatan Harapan flip flop Ketua pembangkang...
Banjir Gua Musang Penduduk Di Arah Waspada

Banjir Gua Musang Penduduk Di Arah Waspada

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 730 hits
GUA MUSANG Lebih 5 000 penduduk di kawasan rendah berdekatan tiga sungai utama daerah ini dinasihatkan membuat persiapan awal menghadapi kemungkinan berlakunya banjir gua musang Ia berikutan sudah menjadi kebiasaan Sungai Galas Nenggiri dan...
Banjir Kilat Di Kerian 112 Penduduk Terjejas

Banjir Kilat Di Kerian 112 Penduduk Terjejas

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 446 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Banjir Di Seberang Perai Tengah 124 Penduduk Terjejas Banjir

Banjir Di Seberang Perai Tengah 124 Penduduk Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 433 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Quick Diet Dinner Recipes Veg

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim

Buat Duit Online Tanpa Kerja Lebih Masa Solusi Income Automatik Untuk Orang Sibuk

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Pak Su Ammara

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Lelaki Palestin Cedera Dilanggar Ketika Solat Tentera Simpanan Israel Disiasat

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway