Sidang Dun Pahang Panas Perbahasan Isu Peruntukan Buat Adun Pembangkang


KUANTAN: Titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya memberikan peruntukan yang adil kepada wakil rakyat pembangkang menjadi tumpuan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Selasa.
Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) ketika membahaskan usul ucapan terima kasih di atas titah ucapan diraja Tengku Hassanal berharap kerajaan Pahang dapat menyalurkan peruntukan itu.
Ketua Pembangkang DUN Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Cheka) berkata, isu terbabit dilaporkan secara meluas oleh media dan berharap kerajaan negeri dapat merealisasikannya.
Situasi itu, menjadi sedikit tegang pada sebelah petang apabila Shahril Azman Abdul Halim (PAS-Jengka) semasa perbahasannya turut menyentuh isu peruntukan.
Beliau mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Kelantan dan Terengganu diberi peruntukan sama seperti rakan kerajaan mereka.
Bagaimanapun, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak (BN-Benta) kemudian bangun dan mengatakan tidak bersetuju dengan Shahril berkenaan peruntukan.
Beliau meminta pemimpin daripada PAS itu memberikan jumlahnya.
Beliau menunjukkan telefon bimbitnya ke arah orang lain pada persidangan terbabit dan memaklumkan menerima maklumat terkini daripada Ahmad mengesahkan peruntukan itu diserahkan kepada semua wakil rakyat.
Shahril Azman mengesahkan maklumat itu adalah tepat memandangkan Tuan Ibrahim adalah Timbalan Presiden PAS dan rapat dengan pemimpin tertinggi negeri.
Ketika sesi perbahasan berlangsung, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bangkit berkata, pegawainya baru sahaja menghubungi ADUN UMNO Kok Lanas (Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad) dan ada perbincangan untuk memberi peruntukan sama rata tetapi tiada apa yang menjadi kenyataan.
Beliau berkata, Pejabat Kewangan Pahang juga telah menyemak dengan Pejabat Kewangan Kelantan dan mengesahkan tiada peruntukan sedemikian.
Apabila menyedari topik mengenai peruntukan itu hangat diperkatakan, Tuan Ibrahim bangun berkata, beliau bersetuju sebelum ini tiada peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang.
"Malah ketika saya menjadi ADUN pembangkang pada 1999 (ADUN Jengka), saya tidak menerima apa-apa peruntukan. Mari kita buka lembaran baharu bersama-sama.
"Zaman sebelumnya sudah berlalu jadi sekarang mari bina Pahang baharu," katanya.
Timbalan Speaker DUN Pahang, Lee Chin Chen segera mengingatkan semua wakil rakyat di dewan yang mulia supaya memastikan fakta mereka tepat sebelum berucap dan menghormati masa yang diberikan untuk sesi perbahasan.
Pada Isnin, Tengku Hassanal bertitah agar wakil rakyat pembangkang juga perlu diraikan oleh kerajaan kerana mereka dipilih oleh rakyat dan peruntukan yang adil juga perlu diberikan kepada mereka (pembangkang). #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/05/sidang-dun-pahang-panas-perbahasan-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Hassanal Titah Beri Peruntukan Yang Adil Kepada Adun Pembangkang

Tengku Hassanal Titah Beri Peruntukan Yang Adil Kepada Adun Pembangkang

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 198 hits
KUANTAN Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan supaya Kerajaan Pahang memberikan peruntukan adil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang di negeri ini B...
Isu Peruntukan Pembangkang Hargai Kenyataan Tengku Hassanal

Isu Peruntukan Pembangkang Hargai Kenyataan Tengku Hassanal

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 185 hits
Isu peruntukan Pembangkang hargai kenyataan Tengku HassanalAhli Dewan Undangan Negeri pembangkang di Pahang menyambut baik titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah s...
Kerajaan Perlu Hati Hati Buat Keputusan Tentang Peruntukan Adun Pembangkang

Kerajaan Perlu Hati Hati Buat Keputusan Tentang Peruntukan Adun Pembangkang

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 202 hits
KUANTAN Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli menggesa Kerajaan Negeri Pahang mengkaji dari berbagai aspek sebelum bercadang memberikan peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang di negeri ini Beliau mengulas isu panas yan...
Kerajaan Negeri Akan Pertimbang Beri Peruntukan Kepada Adun Pembangkang

Kerajaan Negeri Akan Pertimbang Beri Peruntukan Kepada Adun Pembangkang

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 215 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang akan mempertimbang memberikan peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang seperti yang dititahkan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa ...
Pemuda Pas Pahang Persoal Siapa Salah Terhadap Isu Paip Kini Di Ambang Muflis

Pemuda Pas Pahang Persoal Siapa Salah Terhadap Isu Paip Kini Di Ambang Muflis

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 182 hits
KUANTAN Siapakah yang bersalah apabila dilaporkan Pengurusan Air Pahang Berhad diambang muflis Demikian persoalan ditimbulkan oleh Ahmad Azlan Abu Bakar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang Menurutnya PAIP merupakan anak syarikat milik ...
Susah Jadi Pembangkang Sekarang Ni Nak Serang Kerajaan Atas Isu Apa

Susah Jadi Pembangkang Sekarang Ni Nak Serang Kerajaan Atas Isu Apa

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 266 hits
Isu telur dah selesai Begitu juga isu bekalan ayam Isu harga barang keperluan Masa raya tempohari pun semua barangan keperluan mudah diperolehi dan harga pun terkawal Nak serang isu rakyat susah Banyak inisiatif yang dibuat oleh kerajaan un...
Kerajaan Bn Di Dakwa Gagal Selesai Isu Air Di Bumi Pahang Sejak 60 Tahun Lalu

Kerajaan Bn Di Dakwa Gagal Selesai Isu Air Di Bumi Pahang Sejak 60 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 303 hits
nbsp KUANTAN Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang Ahmad Azlan Abu Bakar mempersoalkan komitmen kerajaan Pahang di bawah Barisan Nasional yang didakwa masih gagal menyelesaikan isu air di negeri itu walaupun sudah mentadbir lebih 60 tahu...
Semua Adun Pembangkang Perlu Beri Pandangan Membina Kepada Kerajaan

Semua Adun Pembangkang Perlu Beri Pandangan Membina Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 319 hits
nbsp KUANTAN Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang di negeri ini agar memberi pandangan membina nbsp kepa...
Titah Beri Peruntukan Adil Tafsiran Pas Tak Sama Dengan Pandangan Mb Pahang

Titah Beri Peruntukan Adil Tafsiran Pas Tak Sama Dengan Pandangan Mb Pahang

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 197 hits
nbsp KUANTAN Isu membabitkan peruntukan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang di Pahang dilihat masih belum selesai Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail ketika ucapan penggulungan titah diraja ketika sidang DUN pada Jum...
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Abaikan Jika Tak Minat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa

From Insight To Action The Role Of Data Science Consulting In Smarter Business Decisions

Tabung Prihatin Selangor Raih Rm4 74 Juta