Kerajaan Negeri Akan Pertimbang Beri Peruntukan Kepada Adun Pembangkang


KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang akan mempertimbang memberikan peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang seperti yang dititahkan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagaimanapun peruntukan secara berkala itu tidak akan sama dengan jumlah peruntukan diterima oleh wakil rakyat daripada kerajaan negeri.
“Kita cadang nak bagi secara berkala, lepas itu akan ada lagi (peruntukan). Kita menjunjung titah Tuanku Pemangku Raja Pahang, ketika Istiadat Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Isnin lalu.
“Kita tetap berikan cuma tidaklah sama dengan kerajaan, kena ada perbezaan. Ini perkara biasa dan ianya tidak dapat dinafikan. Tidak berlaku (dalam kerajaan) peruntukan sama (antara ADUN pembangkang dan kerajaan),” katanya dalam ucapan penggulungan Sidang DUN Pahang penggal kedua di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.
Pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Pahang Ke-15, Isnin lalu, Tengku Hassanal bertitah agar Kerajaan Negeri memberikan peruntukan yang adil kepada ADUN pembangkang negeri ini.
Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, sepatutnya tidak timbul isu sama ada pemberian itu disebabkan ianya titah atau tidak sebagaimana dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Cheka).
Jelas beliau sebelum titah Pemangku Raja Pahang lagi kerajaan negeri ada memberikan peruntukan RM5,000 kepada wakil rakyat pembangkang ketika bulan Ramadan lalu.
“Memang ada dalam perancangan tetapi tidaklah setiap bulan, perlu ada tanda aras supaya ada ukuran bagi mendapatkan butiran terperinci, sekata tidak macam negeri lain yang ada ADUN dapat dan ada tidak.
“Berkaitan peruntukan kepada pembangkang ini kita akan bawa kepada perbincangan bersama exco. Saya tidak boleh beri kelulusan sewenangnya kerana ia melibatkan duit kerajaan negeri, kena tengok implikasi kepada kewangan kerajaan negeri,” katanya.
Sementara itu, Wan Rosdy berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah sesekali mengabaikan kebajikan rakyat malah sentiasa menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan dan bantuan kepada rakyat negeri ini secara berterusan meliputi segenap lapisan masyarakat tanpa memilih bangsa, agama mahu pun parti politik.
“Malah di kawasan DUN pembangkang sekali pun, kerajaan negeri akan tetap salurkan bantuan ini walaupun pengundi di kawasan tersebut tidak memilih kami pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu kerana ini sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai kerajaan.
“Walaupun peruntukan tidak disalurkan terus kepada ADUN pembangkang, tetapi bantuan-bantuan ini tetap sampai kepada rakyat yang disalurkan menerusi Menteri Besar sendiri, exco kerajaan negeri, penyelaras DUN serta pejabat daerah,” ujarnya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/05/kerajaan-negeri-pahang-akan-pertimbang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perlu Hati Hati Buat Keputusan Tentang Peruntukan Adun Pembangkang

Kerajaan Perlu Hati Hati Buat Keputusan Tentang Peruntukan Adun Pembangkang

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 245 hits
KUANTAN Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli menggesa Kerajaan Negeri Pahang mengkaji dari berbagai aspek sebelum bercadang memberikan peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang di negeri ini Beliau mengulas isu panas yan...
Sidang Dun Pahang Panas Perbahasan Isu Peruntukan Buat Adun Pembangkang

Sidang Dun Pahang Panas Perbahasan Isu Peruntukan Buat Adun Pembangkang

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 374 hits
KUANTAN Titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah supaya memberikan peruntukan yang adil kepada wakil rakyat pembangkang menjadi tumpuan sidang Dewan Undangan Negeri ...
Tengku Hassanal Titah Beri Peruntukan Yang Adil Kepada Adun Pembangkang

Tengku Hassanal Titah Beri Peruntukan Yang Adil Kepada Adun Pembangkang

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 214 hits
KUANTAN Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan supaya Kerajaan Pahang memberikan peruntukan adil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang di negeri ini B...
Semua Adun Pembangkang Perlu Beri Pandangan Membina Kepada Kerajaan

Semua Adun Pembangkang Perlu Beri Pandangan Membina Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 338 hits
nbsp KUANTAN Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang di negeri ini agar memberi pandangan membina nbsp kepa...
Acara Madani Jika Guna Duit Kerajaan Sebab Dah Ada Peruntukan Dari Kerajaan

Acara Madani Jika Guna Duit Kerajaan Sebab Dah Ada Peruntukan Dari Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 294 hits
Sanusi ni memang tak masuk ajar dah Ada orang kata tak payah layan Tapi aku ulas sebab tak nak ada orang atas pagar yang percaya sembang dia Majlis Aidilfitri Pas Pusat memanglah tak boleh nak guna dana kerajaan negeri Sebab itu acara parti...
Isu Peruntukan Pembangkang Hargai Kenyataan Tengku Hassanal

Isu Peruntukan Pembangkang Hargai Kenyataan Tengku Hassanal

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 202 hits
Isu peruntukan Pembangkang hargai kenyataan Tengku HassanalAhli Dewan Undangan Negeri pembangkang di Pahang menyambut baik titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah s...
Teruknya Kerajaan Negeri Kelantan

Teruknya Kerajaan Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 203 hits
Teruknya kerajaan negeri dia nak supply air pun kena guna duit sendiri
Selepas Konvensyen Prn Enam Negeri Adalah Cabaran Sebenar Buat Kerajaan Perpaduan

Selepas Konvensyen Prn Enam Negeri Adalah Cabaran Sebenar Buat Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 14/5/2023 - jumlah : 211 hits
Petang ini akan berlangsung Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur Konvensyen julung kali yang melibatkan penyertaan wakil wakil 19 parti politik yang sekarang ini membentuk kerajaan perpaduan pimpinan Anwa...
Anwar Sangkal Dakwaan Negeri Ditadbir Pembangkang Dianak Tiri

Anwar Sangkal Dakwaan Negeri Ditadbir Pembangkang Dianak Tiri

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 238 hits
ANWAR Ibrahim hari ini menyangkal dakwaan pihak tertentu yang kerajaan perpaduan pimpinan beliau menganaktirikan negeri negeri yang ditadbir oleh pembangkang Sebaliknya perdana menteri berkata kerajaan meningkatkan peruntukan kepada negeri ...
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Southwest Passenger Says She Was Ejected From Flight Based On Her Race

Menginap Di Bei Boutique Hotel Muar Jalan Jalan Ke Tomisstan Resort Muar

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Menu Menu Dari Bunga Kantan

Prabowo Isytihar Aset Lebih Rm530 Juta Gibran Miliki Rm700 000 Tanpa Hutang

Tamparan Baru Wall Street Gm Mengalami Kerugian 1 Bilion Rtx Mengejutkan Para Pelabur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

Resepi Pulut Kuning

Kenapa Netizen Suka Mengecam Di Media Sosial Ini 5 Sebab Utama Yang Ramai Tak Sedar

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial