Sibuk Macam Mana Pun Jangan Biar Anak Makan Sorang Sorang Bila Dia Dah Besar Anda Akan Mula Sunyi


Setiap bayi akan mengalami proses pembesaran daripada masa ke masa yang mungkin tidak disedari oleh kedua ibu bapa mereka. Sebagai ibu bapa pula, anda mungkin terlalu sibuk membesarkan anak dan memenuhi keperluan sehingga tidak menyedari anak anda semakin membesar daripada hari ke hari.

Jika semasa mereka masih bayi, anda sibuk menukar lampin dan memberi mereka makan, kini anda sibuk dengan persekolahan dan aktiviti harian mereka apabila mereka telah semakin meningkat dewasa. Oleh itu, semasa mereka masih bergelar kanak-kanak inilah, adalah lebih elok untuk anda menikmati setiap detik masa bersama sebelum mereka berpindah ke fasa keremajaan. Apa yang boleh anda lakukan sebagai satu cara untuk menikmati momen-momen penting ini?
Berpegangan tangan
Semasa mereka di peringkat kanak-kanak ini, inilah masa terbaik untuk anda memegang tangan anak anda bagi memimpin mereka berjalan. Sebagai contoh jika anda ingin melintasi jalan, berjalan-jalan di tepi pantai atau membeli-belah di pasar raya. Berpegangan tangan bukan sahaja bertujuan untuk memimpin mereka, malah ia juga untuk menjaga keselamatan mereka. Kami pasti kanak-kanak ini tidak lagi mahu berpimpin tangan apabila mereka sudah remaja.
Layan keterujaan dan semangat mereka
Jika mereka menunjukkan minat atau semangat dalam melakukan sesuatu, beri galakan kepada mereka. Jangan sesekali menyekat minat dan bakat mereka selagi mana ia tidak melanggar peraturan, adab dan budaya. Ikhlaskan hati anda melayani minat mereka sepertimana mereka ikhlas dalam melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Sekiranya mereka akan menyertai sesuatu pertandingan di sekolah mahupun di kejiranan anda, usahakan untuk hadir untuk melihat potensi mereka dan memberi sokongan. Ingatlah, setiap individu mempunyai minat dan potensi yang berbeza dan jangan sesekali memaksa mereka mengikuti semangat dan minat anda.
Sokong persahabatan mereka
Galakkan mereka berkawan. Jangan risau kerana anda tidak sesekali akan kehilangan anak anda jika membenarkan mereka berkawan dengan kanak-kanak lain. Sokong persahabatan anak anda dengan cara menjemput rakan-rakan mereka bagi menyambut hari jadi atau membiarkan mereka bermain di halaman atau di dalam rumah bersama-sama. Anda juga boleh membenarkan mereka untuk tidur di rumah rakan mereka atau di rumah anda pada hujung minggu sekiranya mereka seronok untuk melakukannya.
Makan bersama
Waktu mereka masih bersekolah adalah waktu yang paling baik untuk anda makan bersama-sama sebagai satu keluarga. Anda boleh menyediakan sarapan dan menikmatinya bersama anak anda sebelum mereka ke sekolah. Ketika waktu makan malam, tanya kepada mereka apa perkembangan mereka di sekolah, apa yang mereka makan sewaktu waktu rehat dan perancangan mereka pada hujung minggu. Kesemua aktiviti ini akan meningkatkan interaksi dan hubungan sihat antara anda dan anak anda. Nikmati waktu-waktu ini sebelum mereka mula menjejakkan kaki ke menara gading kerana pada waktu itu, ada akan mula kesunyian tanpa kehadiran mereka di sisi.
Sebagai ibu bapa, anda perlu bersedia dengan setiap perubahan yang akan anak anda alami. Pimpin mereka bagi setiap fasa dan pengalaman baharu seperti hari pertama ke sekolah, bagaimana untuk turut serta dalam sukan dan cara untuk berkawan. Anda akan menikmati setiap pengalaman dan cabaran ini kerana anda mungkin tidak lagi akan berpeluang mengajari mereka apabila mereka meningkat dewasa. Kesibukan tugasan dan kerja bukan alasan untuk meminggiri darah daging anda kerana keluarga adalah keutamaan setiap ibu dan bapa.
Sumber: Hello Doktor
The post Sibuk Macam Mana Pun, Jangan Biar Anak Makan Sorang-Sorang. Bila Dia Dah Besar, Anda Akan Mula Sunyi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sibuk-macam-mana-pun-jangan-biar-anak-makan-sorang-sorang-bila-dia-dah-besar-anda-akan-mula-sunyi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Biar Anak Main Sorang Anak Jadi Bijak Berfikir Jika Ibu Bapa Turut Serta

Jangan Biar Anak Main Sorang Anak Jadi Bijak Berfikir Jika Ibu Bapa Turut Serta

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 540 hits
Bermain perkara yang sangat penting dalam kehidupan bayi dan kanak kanak Mereka perlu bermain dan meneroka untuk memastikan development mereka seiring mengikut usia Tapi kenapa pentingnya penglibatan ibu bapa ketika anak bermain ikuti perko...
Mahal Macam Mana Pun Botol Susu Anak Tetap Kena Tukar 3 Bulan Sekali

Mahal Macam Mana Pun Botol Susu Anak Tetap Kena Tukar 3 Bulan Sekali

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 302 hits
Mahal macam mane pun botol tukar la dengan kerap jangan kedekut Menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat sangay tidak relevan Tengah bancuh susu anak entah kenapa tiba tiba teringat Eh berapa lama eh boleh tahan satu botol susu ni ...
Anak Nak Makan Apa Beli Je Jangan Berkira Makin Murah Rezeki Mak Ayah

Anak Nak Makan Apa Beli Je Jangan Berkira Makin Murah Rezeki Mak Ayah

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 417 hits
Proses anak anak kecil kita membesar adalah waktu paling menggembirakan Sebagai ibu bapa kita seharusnya mencorakkan momen indah dan penuh kegembiraan buat mereka Sesekali berbelanjalah lebih buat anak anak Belikan mainan atau buku buku keg...
Jangan Lepaskan 12 Waktu Terbaik Ini Peluk Anak Walaupun Dah Besar Mesti Buat

Jangan Lepaskan 12 Waktu Terbaik Ini Peluk Anak Walaupun Dah Besar Mesti Buat

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 733 hits
Jangan berhenti memeluk anak anak baik lelaki atau perempuan Walaupun anak dah makin membesar pelukan itu juga mampu beri rasa selamat ketenangan dan meredakan tekanan Pelukan ayah ibu dapat meredakan ledakan emosi yang dialami anak Apabila...
Hari Cuti Je Anak Dapat Tengok Muka Mak Ayah Jangan Asyik Sibuk Hadap Telefon

Hari Cuti Je Anak Dapat Tengok Muka Mak Ayah Jangan Asyik Sibuk Hadap Telefon

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 406 hits
Ketika hari minggu apa aktiviti yang biasanya anda lakukan sekeluarga Biarpun sibuk seharusnya pada hari Sabtu dan Ahad masa diluangkan bersama anak anak Tidak perlu tunggu musim cuti anda boleh mewujudkan bonding time dengan anak anak asal...
Korang Kerap Kena Migrain Macam Kena Hantuk Kepala Ke Dinding Jangan Biar Wehhh

Korang Kerap Kena Migrain Macam Kena Hantuk Kepala Ke Dinding Jangan Biar Wehhh

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 734 hits
Korang kerap kena migrain macam kena hantuk kepala ke dinding Jangan biar wehhh Korang kerap kena migrain macam kena hantuk kepala ke dinding Jangan biar wehhh Siapa selalu kena migrain Cikla bolehlah dikatakan sangat jarang kena Setakat sa...
Ada Anak Lelaki Jangan Biar Dia Jalan Di Belakang Seorang Diri Pimpinlah Tangannya Sejak Kecil

Ada Anak Lelaki Jangan Biar Dia Jalan Di Belakang Seorang Diri Pimpinlah Tangannya Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 682 hits
Ajar anak lelaki tentang perkara ini secepatnya sebelum dia menjadi remaja Tolong sangat ajar ilmu ni pada pasangan dan anak kita sendiri Kongsi ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye sebab masih ramai lagi mak ayah di luar sana belum tah...
Waktu Marah Berikan Anak Masa Untuk Fikir Salah Dia Jangan Serang Bertubi Tubi

Waktu Marah Berikan Anak Masa Untuk Fikir Salah Dia Jangan Serang Bertubi Tubi

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 341 hits
Kanak kanak kadangkala akan berkelakuan buruk mengikut emosinya Bergantung kepada tahap keterukan kenakalan mereka time out perlu dilaksanakan Walau bagaimanapun ia perlu dilakukan dengan cara yang betul Ikuti artikel ini untuk mengetahui 6...
Jangan Bezakan Kasih Sayang Antara Anak Angkat Anak Sendiri Ambil Dan Sayang Sama Rata

Jangan Bezakan Kasih Sayang Antara Anak Angkat Anak Sendiri Ambil Dan Sayang Sama Rata

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 344 hits
Mengambil anak angkat merupakan antara pilihan terbaik bagi pasangan yang tidak dikurniakan rezeki untuk memperoleh zuriat sendiri Tetapi bagaimana caranya untuk membuatkan si anak berasa diterima dan disayangi Pengambilan anak angkat Menga...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Petua Simpan Santan Segar

The Unwanted Penyesalan Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi