Mahal Macam Mana Pun Botol Susu Anak Tetap Kena Tukar 3 Bulan Sekali



Mahal macam mane pun botol tukar la dengan kerap, jangan kedekut. Menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat-sangay tidak relevan (kecuali belum digunakan). Tengah bancuh susu anak, entah kenapa tiba-tiba teringat ‘Eh, berapa lama eh boleh tahan satu botol susu ni.. takkan la pulak selama-lamanya..’
Pernah tak terfikir benda yang sama ? Berapa lama jangka hayat botol susu anak kita tu ? Apa efek bahaya guna botol susu terlampau lama kepada anak

TAHU TAK

Rupanya bahaya tau guna botol susu yang dah lebih 3 bulan. Tambah lagi yang dah banyak calar balar kat bahagian dalam botol tu. Calar-balar tu akan keluarkan toksid dan bahayakan kesihatan anak kita. Cuma kalau yang botol BPA Free tu paling maksimum pun 6 BULAN SAHAJA TAHAN

APA ITU BISFENOL A (BPA)

Bisfenol A (BPA) ni bahaya terhadap keluarga kita (bayi terutamanya). Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin


JANGKA HAYAT BOTOL SUSU
Jika Botol susu yang ada BPA jangka hayatnya hanya 3 ke 6 bulan. Manakala botol susu yang BPA FREE jangka hayatnya lebih panjang, namun sebaiknya tukar sekiranya berubah warna botol, banyak kesan calar dan sudah kekuning-kuningan

KESAN BPA TERHADAP KESIHATAN DAN BAYI
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen

Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Bahkan janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti :
• Baligh awal• Kanser payudara• Kanser prostat• Penyakit jantung• Obesiti• Kencing manis• Dan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom

FAKTOR PENGARUHI LARUT RESAP BPA KE DALAM MAKANAN
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya :
• Kepanasan (api dan matahari)• Calar• Pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci)
TIPS MENGELAKKAN BPA
Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut ~
• Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus

• Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas

• Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin)

• Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri. Jangan gunakan plastik

• Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya

TIPS ELAK BPA PADA BOTOL SUSU ANAK ANDA
• Gunakan botol susu daripada KACA atau STANLESS STEEL (tahan lama dan tak perlu risau tentang BPA) atau boleh juga gunakan botol plastik yang bebas BPA (tapi perlu tukar dalam masa 3 bulan atau paling lama 6 bulan). Elakkan menggunakan botol polikarbonat

• Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya

• Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi

• Gunakan sabun yang sesuai dan selamat untuk mencuci botol anak anda

BILA BOTOL ANAK PERLU DITUKAR SEGERA

1- Kesan Calar Pada Botol
Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan,jika mempunyai banyak kesan calar, anda perlu menukarkan botol anak. Dibimbangi terdapat pembebasan toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut

2- Sterilizer
Pengunaan sterilizer ini sebenarnya dapat mengurangkan jangka hayat botol ,contohnya jika botol boleh digunakan 6 bulan mungkin hanya boleh digunakan 4 bulan. Salah satu sebab adalah kerana ianya melibatkan penggunaan haba yang tinggi
Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan Bisphenaol A (BPA) dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam

3- Warna Botol
Jika botol anak kelihatan kekuningan, ianya adalah tanda botol perlu ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di bahagian dalam botol

4- Bau
Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerapkali kali dibasuh, tukar botol kerana bau tidak menyenangkan boleh berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalam botol

5- Pengunaan Sabun Pencuci Botol
Penggunaan pencuci botol susu juga perlu di ambil kira. Mencuci dengan menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan. Ianya bukan sahaja mengandungi bahan kimia menghakis, malah memberikan kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan bersih. Gunakan bahan pencuci yang bersifat ORGANIK

Sekarang dah tau kan ? Semoga perkongsian ni beri manfaat kepada ibu-ibu semua, buat pilihan yang tepat untuk kesihatan Si Manje yang tersayang
Kredit: maya darwish via https://www.majalahpama.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2020/01/mahal-macam-mana-pun-botol-susu-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risiko Tinggi Dapat Karies Gigi Bila Anak Minum Susu Botol Beri Penjagaan Lebih Awas

Risiko Tinggi Dapat Karies Gigi Bila Anak Minum Susu Botol Beri Penjagaan Lebih Awas

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 1647 hits
Selain kerap mengambil makanan yang manis minum susu menggunakan botol susu juga antara kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat karies gigi Kanak kanak adalah sasaran utama dalam hal sebegini kerana minum menggunakan botol susu Bagi be...
Sibuk Macam Mana Pun Jangan Biar Anak Makan Sorang Sorang Bila Dia Dah Besar Anda Akan Mula Sunyi

Sibuk Macam Mana Pun Jangan Biar Anak Makan Sorang Sorang Bila Dia Dah Besar Anda Akan Mula Sunyi

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 441 hits
Setiap bayi akan mengalami proses pembesaran daripada masa ke masa yang mungkin tidak disedari oleh kedua ibu bapa mereka Sebagai ibu bapa pula anda mungkin terlalu sibuk membesarkan anak dan memenuhi keperluan sehingga tidak menyedari anak...
Tengah Sedap Anak Menyusu Tiba Tiba Susu Drop Ibu Mana Tak Panik

Tengah Sedap Anak Menyusu Tiba Tiba Susu Drop Ibu Mana Tak Panik

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 431 hits
Sesetengah wanita mengalami masalah penghasilan susu merudum daripada waktu ovulasi hingga hari pertama atau kedua haid Untuk makluman kalsium dalam darah perlahan lahan menurun sewaktu wanita mengalami haid Oleh yang demikian dalam seseten...
Macam Mana Braces Betulkan Gigi Berterabur Ini Proses Yang Berlaku

Macam Mana Braces Betulkan Gigi Berterabur Ini Proses Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 275 hits
Pasti ramai diantara kita yang pernah memakai pendakap gigi dan pernah ada kenalan yang memakainya Pemakaian pendakap gigi ini kini telah menjadi trend terutamanya kepada golongan muda Selain dapat membetulkan kedudukan gigi yang tidak tera...
Saya Dah 9 Bulan Bercinta Dengan Dia Tetapi Dia Curang Dengan Bapa Saya Berang Kekasih Direbut Bapa Anak Bunuh Janda

Saya Dah 9 Bulan Bercinta Dengan Dia Tetapi Dia Curang Dengan Bapa Saya Berang Kekasih Direbut Bapa Anak Bunuh Janda

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 510 hits
Seorang janda anak tiga maut selepas ditikam bertubi tubi oleh lelaki yang mencintainya Dalam kejadian yang berlaku di Balik Papan Kalimantan Timur Indonesia mMangsa yang hanya dikenali sebagai NS 33 maut selepas menjadi rebutan di antara Z...
Tukar Pm Tak Macam Tukar Pemandu Bas Hadi

Tukar Pm Tak Macam Tukar Pemandu Bas Hadi

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 262 hits
BERITAPresiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan pertukaran perdana menteri bukan perkara mudah seperti hendak menukar pemandu bas Beliau berkata perjanjian peralihan kuasa antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibr...
Seawal 4 Bulan 5 Tahun Boleh Nampak Tanda Anak Delay Red Flag Ini Sebagai Panduan

Seawal 4 Bulan 5 Tahun Boleh Nampak Tanda Anak Delay Red Flag Ini Sebagai Panduan

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 615 hits
Apa mak ayah nak tengok untuk tahu anak delay ke tak Ya anak yang delay ni tidak terjadi secara tiba tiba Delay ni biasanya bermula dengan tanda tanda kecil delay Bila kita boleh pickup tanda tanda kecil ni senang nak reverse kan balik dan ...
Macam Mana Cx5

Macam Mana Cx5

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 393 hits
Apakah komen Master selepas pandu uji Mazda CX5 pada Sabtu lepas So macam mana pengalaman kau pandu uji Mazda CX5 tu Soalan daripada Mr J itu memulakan bicara di stesen kerja beliau tatkala Master agak mengantuk pada saat itu Bagus pengenda...
Akibat Jatuh Ketika Bermain Anak Pengsan Mata Terbeliak Amp Macam Bergerak Ikut Sesuatu

Akibat Jatuh Ketika Bermain Anak Pengsan Mata Terbeliak Amp Macam Bergerak Ikut Sesuatu

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 403 hits
Meskipun pantauan telah dibuat ketika anak ligat bermain risiko kemalangan tetap boleh terjadi dalam sekelip mata sehingga menyebabkan gegaran otak Melihat sahaja anak sedang membesar dan boleh berlari ke sana ke mari menjadi detik yang tid...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo