Anak Nak Makan Apa Beli Je Jangan Berkira Makin Murah Rezeki Mak Ayah


Proses anak-anak kecil kita membesar adalah waktu paling menggembirakan. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya mencorakkan momen indah dan penuh kegembiraan buat mereka. Sesekali berbelanjalah lebih buat anak-anak. Belikan mainan atau buku-buku kegemaran mereka. Malah belikan sahaja makanan kegemaran mereka asalkan tidak memudaratkan.
Jangan berkira dengan isteri dan anak-anak. Inilah kunci kepada kebahagiaan dan rezeki yang berpanjangan. Perkongsian suami ini, Zul Fikarullah yang berkongsi pesanan isterinya banyak benarnya dalam kehidupan kita. Ya benar, jangan pernah berkira dengan anak-anak dan isteri kita. Hati lebih terasa bahagia bila melihat anak-anak dan isteri gembira.

Isteri saya selalu cakap,
“Jika rasa nak makan sesuatu, beli je bang, duit boleh cari tapi esok belum tentu kita hidup lagi.”
“Kalau anak nak makan pun beli je bang. Selagi mereka sihat dan ada selera nak makan tu, penuhilah keinginan mereka. Rezeki kan Allah yang bagi.”
“Jika sedara mara datang melawat, belanjalah mereka makan sedap sekali sekala. Bukan selalu mereka datang melawat.”

Saya ni jenis orang yang jimat cermat, Itu dalam bahasa murninya, dalam bahasa realitinya kedekut amat, dengan diri sendiri juga berkira. Tetapi saya bersyukur sebab Allah bagi saya seorang isteri yang sangat pemurah.
Duitnya banyak dihabiskan kepada orang lain berbanding dirinya.
Kini saya latih diri untuk nikmati hidup ini sebaik-baiknya. Jika terasa nak makan Subway, saya akan terus beli dan makan. Terasa nak minum Cappucino Costa Coffee maka saya akan terus beli dan nikmati kopi tersebut.

 
Jika ada masa free, saya bawa anak-anak pergi berjalan walaupun duit tak berapa ada. Cuba lawan perasaan resah tentang duit akan habis. Sekali-sekala belanja kawan-kawan tanpa mengharapkan apa jua balasan. Saya belajar untuk terus memberi dan memberi.
Saya buat perlahan-lahan walaupun terkadang hati runsing memikirkan tentang baki duit yang ada. Saya juga manusia biasa.
Setiap kali hati berasa resah, saya akan bayangkan wajah cinta hati dan ingat kembali kata-kata isteri saya bahawa rezeki itu Allah bagi. Usah takut.
Itulah hebatnya seorang wanita yang bernama isteri. Hebat mana pun seorang lelaki itu pasti ada wanita yang hebat dibelakangnya.

Saya bukan orang yang hebat. Masih banyak kekurangan yang diri ini sedang berusaha untuk perbaiki.
Usahlah berkira demi keluarga tercinta. Usah terlalu simpan duit, bimbang kita tidak sempat merasainya.
Imam Ghazali yang dirahmati Allah ada menyebutkan bahawa rezeki seseorang itu ada 3, iaitu
1. Apa yang dimakan
2. Apa yang dipakai
3. Apa yang disedekahkan

Itu yang sebenar-benarnya rezeki bagi setiap orang. Duit yang disimpan itu belum tentu menjadi rezeki kita. Kita hanya tolong simpankan sahaja. Ianya mungkin rezeki mekanik, rezeki doktor atau rezeki anak.
Usahlah terlalu berkira dengan anak isteri. Sebenarnya apa yang kita perolehi hari ini berkait rapat dengan mereka juga. Doa mereka mungkin asbab atas rezeki yang sedang kita perolehi.

Cubalah untuk tunaikan apa yang anak isteri inginkan, insyaAllah, Allah akan membalasnya berlipat kali ganda lagi dari nilai yang kita belanjakan.
Usah juga dilupakan jasa ibu bapa yang membesarkan kita. Usah berkira dengan mereka. Kita berjaya hari ini adalah asbab dari pengorbanan mereka jua. Tidak ada banyak, bagilah sedikit.

Sesungguhnya sampai mati kita tidak akan mampu membalas jasa mereka. Usah sesekali rasa diri sudah mampu balas jasa ibu bapa. Tidak pernah sama.
Senyuman dan kegembiraan mereka itu juga adalah nikmat yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bahagiakanlah mereka selagi masih berpeluang untuk berbuat demikian.
The post “Anak Nak Makan Apa, Beli Je Jangan Berkira, Makin Murah Rezeki Mak Ayah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-nak-makan-apa-beli-je-jangan-berkira-makin-murah-rezeki-mak-ayah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Bertanya Tu Cara Anak Bina Kemahiran Pemikiran Kekuatan Minda Mak Ayah Jangan Pula Serik Nak Jawab

Banyak Bertanya Tu Cara Anak Bina Kemahiran Pemikiran Kekuatan Minda Mak Ayah Jangan Pula Serik Nak Jawab

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 447 hits
Adik jom mandi Kenapa kena mandi Sebab badan adik dah kotor seharian dah ke sana ke mari Macam mana badan boleh kotor mama terkadang tertekan mama melayan soalan soalan si kecil yang tidak berkesudahan Tak tahu apa yang patut anda respon ma...
Hari Cuti Je Anak Dapat Tengok Muka Mak Ayah Jangan Asyik Sibuk Hadap Telefon

Hari Cuti Je Anak Dapat Tengok Muka Mak Ayah Jangan Asyik Sibuk Hadap Telefon

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 391 hits
Ketika hari minggu apa aktiviti yang biasanya anda lakukan sekeluarga Biarpun sibuk seharusnya pada hari Sabtu dan Ahad masa diluangkan bersama anak anak Tidak perlu tunggu musim cuti anda boleh mewujudkan bonding time dengan anak anak asal...
Kit Cegah Influenza Mesti Ada Di Rumah Taska Atau Di Sekolah Jangan Berkira Nak Beli

Kit Cegah Influenza Mesti Ada Di Rumah Taska Atau Di Sekolah Jangan Berkira Nak Beli

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 649 hits
Memandangkan sekarang virus influenza semakin merebak langkah pencegahan harus dilakukan bagi memastikan keadaan ini terkawal dan tidak menjangkiti orang lain Biasanya golongan kanak kanak lebih berisiko kerana antibodi mereka belum kuat se...
Awas Mak Ayah Jangan Ambil Mudah Ini Jenis Warna Najis Bayi Dan Punca Puncanya

Awas Mak Ayah Jangan Ambil Mudah Ini Jenis Warna Najis Bayi Dan Punca Puncanya

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 357 hits
Bayi hanya mampu menangis untuk memberitahu bahawa mereka dalam keadaan tidak selesa Namun kadangkala tangisan bayi juga boleh menimbulkan tanda tanya kepada para ibu bapa mengapa bayi mereka menangis walaupun pelbagai perkara telah dilakuk...
Sebak Ayah Sanggup Terbang Jauh Dari Malaysia Semata Mata Rindu Nak Tengok Anak

Sebak Ayah Sanggup Terbang Jauh Dari Malaysia Semata Mata Rindu Nak Tengok Anak

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 297 hits
Sebagai seorang bapa sememangnya membuatkan anak mereka berasa bahagia merupakan kewajipan yang perlu dilakukan Pelbagai cara boleh dilakukan tidak kiralah sekecil kecil usaha sehingga sebesar besar pengorbanan Begitulah situasi yang tular ...
Mak Selalu Bandingkan Anak Dengan Sepupu Antara Punca Jadi Tak Semangat Nak Belajar

Mak Selalu Bandingkan Anak Dengan Sepupu Antara Punca Jadi Tak Semangat Nak Belajar

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 471 hits
Tekanan atau stres sememangnya akan terjadi kepada semua orang di dunia ini Stres merupakan tekanan perasaan atau gangguan emosi yang berlaku kesan tindak balas sesuatu perkara yang berlaku di luar kebiasaan atau kemampuan seseorang Tapi pe...
Jual Tisu Nak Tolong Mak Anak Yatim Ini Buat Pak Nil Sebak

Jual Tisu Nak Tolong Mak Anak Yatim Ini Buat Pak Nil Sebak

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 356 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Peribahasa ini sesuai menggambarkan nasib seorang kanak kanak yatim yang terpaksa menjual tisu demi membantu ibunya mencari sesuap rezeki Kanak kanak itu ditemui pengacara terkenal Datuk Azn...
Anak Lelaki Sebelum 17 Tahun Jangan Beri 2 Benda Ni Kalau Tak Nak Hancur

Anak Lelaki Sebelum 17 Tahun Jangan Beri 2 Benda Ni Kalau Tak Nak Hancur

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 357 hits
Anak lelaki itu tunjang keluarga Andai betul cara didikannya mereka akan membesar menjadi pemimpin yang hebat Jadi mak ayah perlu tahu bagaimana mahu memainkan peranan membentuk anak lelaki agar ciri kepimpinan dapat disuburkan dalam jiwa m...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai