Hari Cuti Je Anak Dapat Tengok Muka Mak Ayah Jangan Asyik Sibuk Hadap Telefon


Ketika hari minggu, apa aktiviti yang biasanya anda lakukan sekeluarga? Biarpun sibuk, seharusnya pada hari Sabtu dan Ahad, masa diluangkan bersama anak-anak.
Tidak perlu tunggu musim cuti, anda boleh mewujudkan bonding time dengan anak-anak, asalkan bijak mencuri masa. Berikut beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mencipta masa bersama dengan anak-anak.
WUJUDKAN RUTIN HARI MINGGU
Tetapkan satu hari untuk membuat kerja rumah bersama-sama. Boleh jadi Jumaat malam atau pagi Sabtu. Dengan cara ini, kerja menjadi semakin mudah. Objektif utamanya bukanlah untuk membersihkan rumah sebenarnya, tetapi lebih kepada berseronok bersama anak-anak. Sambil itu, anda dapat memupuk sikap ringan tulang serta keinginan untuk membantu ibu bapa dalam diri anak-anak.
BACA BUKU BERSAMA
Di negara Barat, ibu bapa di sana amat menitikberatkan tabiat membaca sebelum anak-anak masuk tidur. Membaca buku cerita untuk anak-anak bukan saja dapat mencipta daya imaginasi dan kreativiti anak, tetapi mereka akan menghargai usaha anda untuk meluangkan masa bersama sebelum tidur.

Bacakan kisah tauladan kepada mereka agar dapat memberi impak positif terhadap anak-anak. Lebih baik lagi, jika anda dapat membacakan tafsiran Al-Quran dan bercerita tentangnya kepada anak-anak.
Artikel Menarik: [Bilik Cantik, Anak rasa Teruja. Ajar Anak Kemas Sendiri Sejak Kecil]
AJAR ANAK-ANAK BUAT SOMETHING FUN
Janganlah serius sangat. Sesekali cuba ajar anak-anak buat sesuatu yang menyeronokkan. Contohnya seperti cara buat sandwic, bakar kek, main susunan lego, melukis dan sebaginya. Ketika anda merasakan ia sesuatu yang remeh, percayalah anda akan lebih menghargai masa bersama mereka.

BERJALAN BERSAMA
Ibu bapa yang sibuk bekerja, jarang mengambil masa untuk berjalan bersama anak-anak. Bukan bawa mereka bersiar-siar di pasar raya, ya. Tetapi lebih kepada berjalan sambil bersembang hati ke hati. Anda boleh bawa mereka ke taman atau tempat-tempat yang mendamaikan sambil berkongsi semua hal. Ketika ini, jangan menghakimi anak anda. Jadilah pendengar yang baik dan sentiasa ada untuk anak-anak. Cara begini dapat membina kepercayaan mereka terhadap anda dan dapat mengelak daripada mereka memendam perasaan.
DATING DENGAN ANAK-ANAK
Setiap anak memerlukan masa untuk one to one dengan anda supaya mereka dapat berkomunikasi. Adakan masa untuk keluar bersama anak (hanya anda dan dia). Ketika ini, anda boleh bertanyakan apa sahaja kepada mereka.

BUAT PARTI MENGEJUT
Tidak perlu parti sebenar yang memerlukan belanja besar. Anda boleh ajak anak-anak menonton filem bersama sambil makan kudapan. Seperti menonton di panggung wayang. Atau mungkin juga anda boleh bermain sebarang permainan dengan mereka. Sediakan makanan ringan dan minuman istimewa, seolah-olah ada satu keraian dengan anak-anak.
Artikel Menarik: [Nak Hadap Tantrum Anak, Ibu Ayah Hati Kena Kental. Bila Dah Biasa, Lama-Lama Jadi Mudah]
BANYAKKAN MENGAMBIL FOTO BERSAMA
Ini banyak ibu bapa yang buat. Jangan sekadar disimpan dalam memori telefon bimbit. Cetak foto tersebut dan susun dalam album. Kemudian bolehlah anda melihat kembali koleksi foto dan bercerita dengan anak-anak tentang foto itu.

Sebenarnya anak-anak tidak meminta agar mereka diberikan hadiah atau ganjaran mewah. Cukuplah sekadar masa dan perhatian ibu bapa berikan kepada mereka. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi idea kepada anda untuk merancang aktiviti menarik untuk dibuat sekeluarga.
The post Hari Cuti Je Anak Dapat Tengok Muka Mak Ayah. Jangan Asyik Sibuk Hadap Telefon! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hari-cuti-je-anak-dapat-tengok-muka-mak-ayah-jangan-asyik-sibuk-hadap-telefon/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Bertanya Tu Cara Anak Bina Kemahiran Pemikiran Kekuatan Minda Mak Ayah Jangan Pula Serik Nak Jawab

Banyak Bertanya Tu Cara Anak Bina Kemahiran Pemikiran Kekuatan Minda Mak Ayah Jangan Pula Serik Nak Jawab

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 439 hits
Adik jom mandi Kenapa kena mandi Sebab badan adik dah kotor seharian dah ke sana ke mari Macam mana badan boleh kotor mama terkadang tertekan mama melayan soalan soalan si kecil yang tidak berkesudahan Tak tahu apa yang patut anda respon ma...
Anak Nak Makan Apa Beli Je Jangan Berkira Makin Murah Rezeki Mak Ayah

Anak Nak Makan Apa Beli Je Jangan Berkira Makin Murah Rezeki Mak Ayah

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 383 hits
Proses anak anak kecil kita membesar adalah waktu paling menggembirakan Sebagai ibu bapa kita seharusnya mencorakkan momen indah dan penuh kegembiraan buat mereka Sesekali berbelanjalah lebih buat anak anak Belikan mainan atau buku buku keg...
Anak Suka Cakap Kasar Amp Kotor Ibu Ayah Jangan Salahkan Anak Tengok Dulu Sekitar Mereka

Anak Suka Cakap Kasar Amp Kotor Ibu Ayah Jangan Salahkan Anak Tengok Dulu Sekitar Mereka

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 361 hits
Sedarkah anda bahawa komunikasi keluarga atau orang sekeliling anak akan memberi pengaruh terhadap gaya pertuturan mereka Bagi anak yang baru belajar mereka tidak hanya bercakap perkataan yang baik sahaja malah mereka akan mengikuti perkata...
Jangan Pinggir Mak Ayah Selepas Berkahwin Hidup Akan Dalam Kesusahan Dan Tidak Bahagia

Jangan Pinggir Mak Ayah Selepas Berkahwin Hidup Akan Dalam Kesusahan Dan Tidak Bahagia

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 338 hits
Rata rata kalau ditanya siapa yang paling anda sayangi pasti ramai yang menjawab ibu bapa Yelah itukan sebelum berkahwin Selepas berkahwin pun masih lagi menjawab benda yang sama tapi betulkah semua itu yang berlaku Tahukah anda ibu bapa la...
Anak Cctv Bergerak Mak Ayah Apa Kita Cakap Buat Diingat Sampai Besar

Anak Cctv Bergerak Mak Ayah Apa Kita Cakap Buat Diingat Sampai Besar

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 354 hits
Semua mesti tahukan yang anak ni CCTV terbaik di seantero dunia Storage mereka tak ada limit berapa juta gig pun diaorang boleh rekod Kamera pula bukan calang calang bukan Full HD lagi tapi 6D nampak real Kita kena jaga tingkah laku kita bi...
Asyik Mengadap Gajet Anak Jadi Malu Nak Bergaul Sebab Tak Pandai Cakap Mak Mak Milenial Tolonglah Sedar

Asyik Mengadap Gajet Anak Jadi Malu Nak Bergaul Sebab Tak Pandai Cakap Mak Mak Milenial Tolonglah Sedar

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 368 hits
Menjadi seorang ibu bapa di zaman milenial ini pastinya bukan satu tugas yang mudah Pendedahan terhadap teknologi yang begitu pesat kepada anak anak seakan menjadi satu trend pada hari ini Kadang ia hanya dijadikan salah satu cara untuk men...
Awas Mak Ayah Jangan Ambil Mudah Ini Jenis Warna Najis Bayi Dan Punca Puncanya

Awas Mak Ayah Jangan Ambil Mudah Ini Jenis Warna Najis Bayi Dan Punca Puncanya

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 350 hits
Bayi hanya mampu menangis untuk memberitahu bahawa mereka dalam keadaan tidak selesa Namun kadangkala tangisan bayi juga boleh menimbulkan tanda tanya kepada para ibu bapa mengapa bayi mereka menangis walaupun pelbagai perkara telah dilakuk...
Nak Hadap Tantrum Anak Ibu Ayah Kena Hati Kental Bila Dah Biasa Lama Lama Jadi Mudah

Nak Hadap Tantrum Anak Ibu Ayah Kena Hati Kental Bila Dah Biasa Lama Lama Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 359 hits
Kanak kanak dan tantrum atau amukan itu cukup sinonim Semakin membesar si kecil anda semakin menguji kesabaran papa mama Ada sahaja perkara yang boleh membuatkan terjadi amukan si kecil Tidak kira masa atau tempatnya Tapi itu semua lumrah d...
Ayah Sedap Smoking Anak Pula Yang Asyik Demam Tak Kebah Kasihanilah Dia

Ayah Sedap Smoking Anak Pula Yang Asyik Demam Tak Kebah Kasihanilah Dia

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 363 hits
Sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka Jadi sekiranya kanak kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema sungguhpun mencapai sehingga 5 6 kali seta...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids