Kisah Buaya Putih Kembar Manusia




Di Pangkalan Balak, Melaka, terdapat satu legenda yang berlegar di kalangan penduduk setempat mengenai seekor buaya putih yang menjadi penunggu di Sungai Linggi. Buaya tersebut dikatakan mempunyai saudara kembar iaitu seorang manusia.


Sama ada kisah ini hanya sekadar suatu mitos atau sebaliknya, tidak dapat dipastikan kebenarannya. Tetapi cerita mengenai manusia kembar dengan buaya ini telah menjadi buah mulut secara turun temurun di kalangan penduduk kampung sekitar daerah Masjid Tanah dan Linggi.

Menurut Ibrahim Abdul Aziz yang berasal dari Kampung Sungai Kerteh, Pangkalan Balak, suatu ketika dahulu, seorang perempuan dikatakan telah melahirkan anak kembar lelaki di kampung tersebut. Anak pertama yang dilahirkan adalah seekor buaya manakala adiknya adalah seorang manusia. Bayi lelaki itu telah dipelihara seperti orang biasa manakala pasangannya telah dilepaskan ke Sungai Linggi.



Pada hari-hari tertentu, jika si ibu atau si adik ingin berjumpa dengan buaya tersebut, mereka akan pergi ke beting pasir sambil menyeru nama si abang. Apabila nama diseru, buaya putih tersebut akan muncul di permukaan sungai untuk bersua muka dengan ibu dan adik kembarnya.

Legenda mengenai cerita ini menjadi semakin kuat apabila pada tahun 1990-an, bangkai seekor buaya berwarna putih sepanjang lima meter telah ditemui terdampar di pantai Pangkalan Balak. Berdasarkan kepada kecederaan fizikal yang terdapat di seluruh badan buaya itu, ia dipercayai telah diserang oleh seekor buaya lain. Buaya itu dikatakan cuba mencari kembarnya selepas kawasannya di Sungai Linggi telah diceroboh oleh buaya lain.

Apa yang menghairankan mengenai sang bedal tersebut ialah beberapa anggota badannya dikatakan mempunyai bentuk yang hampir sama dengan fizikal manusia. Jari-jemari buaya itu tidak bersisik dan panjang serta bentuk kukunya pula bulat seperti kuku manusia biasa. Selain itu, gigi hadapannya berbentuk rata, tidak seperti buaya-buaya lain yang mempunyai gigi tajam keseluruhannya. Disebabkan bentuk fizikal tersebut, penduduk setempat percaya itulah buaya yang dikatakan saudara kembar kepada manusia.


Ada juga pendapat yang mengatakan buaya di Sungai Linggi ada kaitan dengan jin. Namun kesahihan mengenai kaitan haiwan ini dengan alam ghaib tidak dapat dipastikan.

Berdasarkan adat dan kepercayaan masyarakat di kawasan tersebut, seseorang yang ‘dilahirkan’ kembar dengan buaya perlu menjalankan upacara dan ritual-ritual dalam tempoh-tempoh tertentu. Antaranya ialah upacara ‘bebuang’ iaitu menghanyutkan telur ke dalam sungai. Tidak diketahui apa maksud sebenar upacara ini tetapi ia sesuatu yang mesti dilakukan untuk menghindari bala bencana.

Selain buaya, antara haiwan lain yang pernah dikaitkan sebagai kembar manusia juga ialah ular. Cerita mengenai manusia kembar dengan ular ini pernah tersebar di beberapa tempat, termasuklah di Perak.

Dikatakan, pengasas seni silat Gayong, Almarhum Mahaguru Datuk Meor Abd Rahman juga lahir bersama-sama kembarnya iaitu seekor anak ular. Ayahnya, Daeng Uda Mohd Hashim telah mendapat alamat untuk melepaskan ular tersebut ke dalam hutan.

Pada malam berikutnya, Uda Mohd Hashim telah bermimpi ular yang dilepaskan itu telah berubah menjadi seekor naga. Dengan erti kata lain, gambar naga yang terdapat pada logo persatuan Silat Gayong tersebut membawa maksud kembar kepada mahaguru Datuk Meor Abdul Rahman.

Sejauh mana benarnya perkara ini, sukar untuk dipastikan. Namun, inilah antara legenda yang masih berlegar di kalangan masyarakat Melayu, sekalipun kita sudah menjengah era modenisasi.

Persoalannya, secara biologi, bolehkah manusia dilahirkan kembar bersama binatang?

Menurut Pakar Sakit Puan dari Pusat Perubatan dan Bersalin UMRA Shah Alam, Dr. Mohamed Rafi Mohammed Feizal, secara biologinya kembar terjadi apabila berlaku persenyawaan di antara dua ovum dengan satu atau dua sperma. Sekiranya kedua-dua induk adalah sama iaitu manusia, anak yang dilahirkan juga berupa manusia normal.

Disebabkan itu, adalah mustahil untuk manusia melahirkan anak yang berupa haiwan. Ini kerana, sekalipun benih haiwan diambil dan disenyawakan dengan benih manusia, ia hanya akan membentuk satu mutasi yang tidak sempurna sifatnya kerana dipengaruhi oleh gen manusia dan haiwan. Bagaimanapun perkara ini hanya pernah dirancang oleh beberapa saintis, tetapi tidak pernah dilaksanakan kerana mendapat tentangan daripada pihak yang pro agama.

Jelas Dr. Rafi lagi, sepanjang lebih 20 tahun menjadi doktor sakit puan, beliau tidak pernah menemui kes seumpama ini. Justeru, beliau menganggap cerita-cerita mengenai manusia kembar dengan buaya atau haiwan lain hanyalah suatu dongeng semata-mata. Dr. Rafi percaya, berkemungkinan ia hanya sekadar satu cerita rekaan yang disensasikan oleh sesuatu pihak.

Selain itu, beliau turut menimbulkan persoalan mengapa cerita-cerita sebegini hanya dikaitkan dengan haiwan reptilia sahaja. Mengapa tiada legenda manusia yang kembar dengan haiwan spesies lain seperti lembu, monyet, burung dan sebagainya? Sudah pasti persoalan tersebut sukar dijawab oleh sesiapa sahaja.
Okay nanti kita sambung cerita tentang kenapa buaya sungai Pahang tak pernah ganggu orang...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rodongkoibelaka.blogspot.com/2019/05/kisah-buaya-putih-kembar-manusia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapakah Ted Bundy Ini Kisah Benar Hidup Individu Syaitan Bertopengkan Manusia

Siapakah Ted Bundy Ini Kisah Benar Hidup Individu Syaitan Bertopengkan Manusia

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 608 hits
Membunuh sekurang kurangnya 30 orang wanita dengan memukul kepala mangsa dan jasadnya dibuang ke hutan terpencil Pada masa sama dia akan datang ke tempat pembuangan mayat untuk melakukan seks dengan mayat yang mereput Kisah Benar Hidup Indi...
Viral Kisah Anak Yatim Belanja Baju Lebaran Di Mal Pegawai Menangis Hingga Ada Yang Buka Sandal

Viral Kisah Anak Yatim Belanja Baju Lebaran Di Mal Pegawai Menangis Hingga Ada Yang Buka Sandal

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 429 hits
Baru baru ini beredar postingan foto foto dan video puluhan anak yatim diberi kesempatan untuk mengunjungi sebuah mal Postingan itu menjadi viral karena banyak kisah yang membuat para netizen terharu Seperti ada pegawai mal yang menangis me...
Kisah Tatang Dan Thr Untuk Tiga Istri Saat Penumpang Bus Sepi

Kisah Tatang Dan Thr Untuk Tiga Istri Saat Penumpang Bus Sepi

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 310 hits
Kebutuhan bagi keluarga menjelang Idul Fitri 1440 Hijriah atau Lebaran 2019 yang belum terpenuhi membuat pria kelahiran 42 tahun silam itu resah Alasannya dia punya tanggungan tiga istri berikut tujuh anak dan tiga cucu
Kemalangan Dedah Kisah Kanak Kanak Dibuli Kerana Miskin Dan Cacat

Kemalangan Dedah Kisah Kanak Kanak Dibuli Kerana Miskin Dan Cacat

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 524 hits
Baru baru ini tular mengenai satu kemalangan melibatkan seorang kanak kanak perempuan bersama ibunya yang menyebabkan kanak kanak itu koma Kejadian tersebut menarik perhatian ramai pihak selepas seorang wanita mendedahkan episod duka yang d...
Video Kisah Benar Pengasas Bawal Exclusive Dari Gerai Ke Pengeluar Tudung Termahal

Video Kisah Benar Pengasas Bawal Exclusive Dari Gerai Ke Pengeluar Tudung Termahal

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 788 hits
Baru baru ini heboh diperkatakan mengenai tudung jenama Bawal Exclusive yang dikatakan telah mengeluarkan tudung bawal paling mahal di dunia Ianya merupakan tudung bawal tempahan eksklusif berharga RM50 000 Tudung bawal berharga RM50 000 in...
Kisah Haru Ani Yudhoyono Menangis Melihat Karir Militer Sby

Kisah Haru Ani Yudhoyono Menangis Melihat Karir Militer Sby

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 289 hits
Banyak kisah haru Ani Yudhoyono saat mendampingi perjalanan karir suaminya Putri Sarwo Edhie Wibowo ini merasakan jatuh bangun sebagai istri seorang prajurit
Kisah Roni Bodax Pria Bertato Yang Kini Hijrah Jadi Pendakwah

Kisah Roni Bodax Pria Bertato Yang Kini Hijrah Jadi Pendakwah

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 313 hits
Sebagian warga Kota Solo Jawa Tengah mungkin pernah mendengar ada pria bernama Roni Bodax Ya dia adalah pria bertato yang kini menjadi pendakwah Belum lama ini Roni berkesempatan menceritakan kisah inspiratifnya di acara Hafiz Indonesia 201...
Tidak Kisah Ego Tercalar Reza Hasbi Mohon Maaf Dari Anak Anak Kerana Tidak Mampu Sediakan Kelengkapan Raya Tahun Ini

Tidak Kisah Ego Tercalar Reza Hasbi Mohon Maaf Dari Anak Anak Kerana Tidak Mampu Sediakan Kelengkapan Raya Tahun Ini

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 556 hits
Ayah mana yang tidak sedih jika dirinya tidak mampu menyediakan kemudahan yang cukup buat anak anak Suami mana yang tidak tercalar egonya jika tidak dapat memberi yang terbaik buat si isteri Pelakon Reza Hasbi melalui Insta Story memohon ke...
Dicium Dan Digomol Sampai Dijangkiti Kuman Ayah Kongsi Kisah Anak Meninggal Dunia 2 Syawal Tahun Lalu

Dicium Dan Digomol Sampai Dijangkiti Kuman Ayah Kongsi Kisah Anak Meninggal Dunia 2 Syawal Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 404 hits
Dicium Dan Digomol Sampai Dijangkiti Kuman Ayah Kongsi Kisah Anak Meninggal Dunia 2 Syawal Tahun Lalu Dikurniakan cahaya mata adalah satu anugerah terindah bagi pasangan suami isteri Kehadiran anak itu ibarat memberi penyeri untuk sebuah ke...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba