Siapa Suami Di Syurga Kelak



Soalan:Siapakah yang akan menjadi suami kepada isteri yang memiliki lebih daripada seorang suami?
Jawapan:Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah R.anha:
الْمَرْأَةُ مِنَّا تَتَزَوَّجُ الزَّوْجَيْنِ وَالثَّلَاثَةَ وَالْأَرْبَعَةَ، ثُمَّ تَمُوتُ فَتَدْخُلُ الْجَنَّةَ وَيَدْخُلُونَ مَعَهَا، مَنْ يَكُونُ زَوْجَهَا مِنْهُمْ؟ فَقَالَ: يَا أُمَّ سَلَمَةَ، إِنَّهَا تُخَيَّرُ، فَتَخْتَارُ أَحْسَنَهُمْ خُلُقًا“Ada wanita daripada kalangan kami berkahwin dua, tiga dan empat kali. Kemudian dia (wanita) meninggal dunia serta dimasukkan ke dalam Syurga dan yang masuk bersamanya adalah para suaminya. Siapakah (daripada kalangan suaminya) yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)?” Maka Nabi SAW bersabda: “Wahai Ummu Salamah, dia (isteri) itu diberi pilihan maka dia akan memilih yang lebih baik akhlaknya.” [Riwayat al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsath (3141) dan al-Mu’jam al-Akbar (870)]
Imam al-Thabarani menyatakan tidak meriwayatkan hadith ini daripada Hisyam bin Hassan melainkan Sulaiman bin Abi Karimah. Maka ‘Amr bin Hasyim telah bertafarrud (bersendiri) dalam meriwayatkan hadith ini. [Lihat: al-Mu’jam al-Awsath. 279/3]
Tambahan pula, Imam al-Haithami menyatakan salah seorang perawi di dalam sanad hadith ini iaitu Sulaiman bin Abi Karimah dinilai dhaif oleh Abi Hatim dan Ibn ‘Adiy. [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 119/7]
Selain itu, Imam Ibn al-Jauzi menilai hadith ini adalah tidak sahih. [Lihat: al-‘Ilal al-Mutanahiyah, 161/2]
Antara riwayat lain yang menceritakan akan masalah ini adalah kisah ketika Mu’awiyah bin Abi Sufiyan ingin meminang Ummu al-Darda’ selepas kewafatan Abu al-Darda’:
أَيُّمَا امْرَأَةٍ تُوُفِّيَ عَنْهَا زَوْجُهَا، فَتَزَوَّجَتْ بَعْدَهُ فَهِيَ لِآخِرِ أَزْوَاجِهَا“Mana-mana wanita yang kematian suami dan dia bernikah lagi selepas daripada itu, maka suaminya di Syurga adalah yang paling akhir dinikahinya.” [Riwayat al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsath (3130)]
Imam al-Haithami mengatakan di dalam sanad hadith ini terdapat Abu Bakar bin Abi Mariam dan dia merupakan seorang perawi yang bercampur hafalannya (tidak kuat hafalannya). [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 270/4]
Imam al-Suyuthi menilai hadith ini sebagai dhaif. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, 358/2]
Terdapat sebuah lagi riwayat dalam masalah ini iaitu kisah yang berlaku kepada Ummu Habibah yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Ummu Habibah berkata:
يَا رَسولَ اللهِ الْمَرْأَةُ يَكُونُ لَهَا الزَّوْجَانِ فِي الدُّنْيَا، يَعْنِي يَكُونُ زَوْجًا بَعْدَ زَوْجٍ فَيَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ فَلِأَيِّهِمَا تَكُونُ؟ قَالَ: لأَحْسَنِهِمَا خُلُقًا“Wahai Rasulullah! Sekiranya seorang wanita itu mempunyai dua orang suami di dunia, iaitu suami yang dinikahinya selepas pernikahan yang pertama dan kesemua mereka itu memasuki Syurga. Siapakah yang akan menjadi suaminya (di Syurga nanti)?” Nabi SAW menjawab: “Suami yang akan bersamanya adalah yang paling baik akhlaknya.” [Riwayat al-Bazzar (6631)]
Imam al-Iraqi mengdhaifkan sanad hadith ini. [Lihat: al-Mughni ‘an Haml al-Asfar, 932/1] 
Selain itu juga, Imam al-Bazzar menyatakan hadith ini tidak diketahui bahawa Humaid meriwayatkan daripada Anas bin Malik. [Lihat: Musnad al-Bazzar, 183/13]
Berikut adalah sebahagian riwayat-riwayat yang menceritakan berkaitan permasalahan ini dan kesemua riwayat-riwayat tersebut tidak terlepas daripada kritikan oleh para ulama atau tokoh-tokoh hadith.
Untuk itu, kami simpulkan sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama bahawa masalah ini terbahagi kepada beberapa pendapat dan para ulama berbeza pandangan dalam menentukan masalah ini:• Isteri tersebut akan bersama suami yang paling baik akhlaknya ketika di dunia.• Isteri tersebut diberi pilihan untuk memilih.• Isteri tersebut akan bersama suaminya yang terakhir.
Imam al-Suyuthi cuba untuk menghimpunkan kesemua riwayat tersebut dengan menyatakan bahawa seorang wanita (isteri) itu akan bersama suaminya yang terakhir sekiranya kesemua suaminya itu sama pada sudut akhlak. Sekiranya tidak begitu, maka wanita tersebut akan memilih yang paling baik akhlaknya. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, 262/1]
Di dalam masalah ini, kami cenderung untuk bertawaqquf kerana dalil yang menyatakan tentang masalah ini adalah tidak begitu kuat melainkan hadith yang menceritakan kisah Ummu al-Darda’ adalah yang paling kuat dari sudut kesahihannya. Tambahan pula, perkara ini termasuk di dalam perkara-perkara yang ghaib kerana ia melibatkan Syurga. Justeru itu, sebaiknya perkara ini diserahkan kepada Allah SWT dan pendapat ini juga difatwakan oleh Syeikh ‘Athiyyah al-Saqar.
Penutup
Kesimpulannya, setiap insan itu sama ada wanita atau lelaki perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang isteri atau suami yang terbaik kepada pasangannya di dunia ini, agar dengan cara itu akan memasukkan kita ke dalam Syurga. Adapun berkaitan urusan di dalam Syurga kelak, kita sewajarnya menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT dan perkara yang boleh dilakukan atau diusahakan oleh kita adalah memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT akan menghimpunkan kita bersama isteri kita dan juga menghimpunkan kita bersama orang-orang yang soleh di dalam Syurga kelak. Akhirnya, semoga Allah SWT memasukkan kita dan seluruh ahli keluarga kita ke dalam Syurga-Nya di Akhirat kelak. Amin.
Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/siapa-suami-di-syurga-kelak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sayang Nanti Kita Jumpa Di Syurga Tangisan Seorang Suami

Sayang Nanti Kita Jumpa Di Syurga Tangisan Seorang Suami

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 1045 hits
Petang itu saya menerima satu panggilan tel Pemanggil tersebut meminta saya menguruskan jena zah ibunya Apabila sudah diamanahkan tanpa berlengah saya bergegas ke rumah pemnggil tersebut yg letaknya tidak jauh dari kediaman saya Saya tiba k...
Tuntut Cerai Suami Pukul Kepala Isteri Dengan Al Quran

Tuntut Cerai Suami Pukul Kepala Isteri Dengan Al Quran

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 900 hits
Tindakan isteri menuntut perceraian mengundang kemarahan suaminya yang hilang pertimbangan lalu memukul kepala mangsa dengan al Quran sebelum memukul anak perempuannya dengan rotan sehingga cedera nbsp Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan...
Disangka Datuk Gara Gara Jarak Usia Suami 43 Tahun

Disangka Datuk Gara Gara Jarak Usia Suami 43 Tahun

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 383 hits
ISTERI kepada seorang lelaki berusia 62 tahun tampil bersuara selepas suaminya itu dikecam hebat gara gara jarak usia mereka berbeza 43 tahun Samantha Simpson 19 bertemu dengan suaminya JR menerusi seorang rakan ketika dia beusia 18 tahun S...
Hidup Lebih Lengkap Dengan Kehadiran Suami

Hidup Lebih Lengkap Dengan Kehadiran Suami

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 361 hits
Sejak mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan beliau dari Australia Raja Ilya mengakui yang kehidupan beliau kini lebih bahagia dan bermakna Kehadiran seorang The post appeared first on
Sama Cantik Sama Padan Kenali 5 Selebriti Wanita Malaysia Miliki Suami Terkacak

Sama Cantik Sama Padan Kenali 5 Selebriti Wanita Malaysia Miliki Suami Terkacak

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 825 hits
udah ramai selebriti wanita Malaysia yang kini bahagia bergelar isteri kepada lelaki pilihan masing masing Dan lebih mengagumkan apabila mereka yang sememangnya jelita dan punyai personaliti menarik turut dikurniakan pasangan yang kacak seb...
Bolehkah Istri Menolak Ajakan Suami Karena Tidak Ada Air

Bolehkah Istri Menolak Ajakan Suami Karena Tidak Ada Air

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 403 hits
Bolehkah Istri Menolak Ajakan Suami karena Tidak Ada Air Bolehkah istri menolak ajakan suami untuk berhubungan badan ketika tidak ada air Jawab Bismillah was shalatu was salamu ala Rasulillah wa ba du Tidak ada air bukan penghalang bagi ses...
Ingatkan Nama Saya Ada Dalam Penama Kwsp Suami Dalam Diam Rupanya

Ingatkan Nama Saya Ada Dalam Penama Kwsp Suami Dalam Diam Rupanya

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 292 hits
Ingatkan nama saya ada dalam penama KWSP Suami dalam diam rupanya Ingatkan nama saya ada dalam penama KWSP Suami dalam diam rupanya
Mohon Fasakh Kerana Suami Hidap Hiv

Mohon Fasakh Kerana Suami Hidap Hiv

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 238 hits
Soalan Kami pasangan yang sudah lama berkahwin saya tidak tahu bagaimana tiba tiba suami saya menghidap HIV apa yang patut saya lakukan Bolehkah saya memohon fasakh Atau sekadar menjauhkan diri sahaja Jawapan Perkahwinan adalah suatu yang d...
Hukum Apabila Suami Melarang Isterinya Menziarahi Ibubapa Sendiri Semua Yang Bergelar Isteri Wajib Tahu

Hukum Apabila Suami Melarang Isterinya Menziarahi Ibubapa Sendiri Semua Yang Bergelar Isteri Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 483 hits
Tidak kira ibu bapa itu daripada pihak suami mahupun daripada pihak isteri Berkahwin bukan sekadar mengikat tali hubungan antara seorang lelaki dan perempuan malah perkahwinan itu ialah jambatan bagi membina persaudaraan antara keluarga lel...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba