Mohon Fasakh Kerana Suami Hidap Hiv



Soalan:
Kami pasangan yang sudah lama berkahwin, saya tidak tahu bagaimana, tiba-tiba suami saya menghidap HIV, apa yang patut saya lakukan? Bolehkah saya memohon fasakh? Atau sekadar menjauhkan diri sahaja?

Jawapan:
Perkahwinan adalah suatu yang disyariatkan untuk merealisasikan kasih-sayang di antara lelaki dan perempuan. Ia bukan sahaja untuk kebahagiaan satu pihak iaitu pihak lelaki sahaja, namun Islam sesekali tidak melupakan hak wanita untuk menikmati kebahagiaan dalam perkahwinan. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam al-Quran:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ 
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah al-Rum: 21)

Maka, jelaslah perkahwinan itu bukan sahaja untuk memberi kebahagian kepada satu pihak sahaja seperti mana yang disebutkan dalam ayat di atas. Begitu juga sekiranya kita melihat hukum asal bagi pernikahan yang terbahagi kepada beberapa hukum, yang antaranya adalah makruh untuk berkahwin sekiranya akan membawa kepada mafsadah atau keburukan kepada pasangan seperti mempunyai penyakit, keuzuran atau lanjut usia. [Lihat kitab al-Mu’tamad (4/18)]

Maka disebabkan hal ini, untuk orang lelaki dan perempuan yang sudah melangsungkan perkahwinan, Islam memberikan jalan keluar apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga.

Sebelum kita membincangkan hukum bagi soalan di atas, perlu untuk kita fahami terlebih dahulu beberapa persoalan penting berkenaan fasakh. Fasakh adalah jalan keluar daripada pernikahan apabila terdapat aib-aib yang telah ditentukan syarak, dan ia memberi kesan kepada tujuan pernikahan itu. Antaranya ialah aib-aib yang menyebabkan terhalang untuk istimta’ atau “berseronok” di antara suami dan isteri.

Secara asasnya, para fuqaha’ telah menyenaraikan beberapa aib-aib yang dibolehkan untuk membawa kepada tuntutan fasakh. Antaranya:

وَعُيُوبُ النِّكَاحِ سَبْعَةٌ وَهِيَ الجُنُونُ وَالجُذَامُ وَالبَرَصُ وَالرَّتْقُ وَالقَرْنُ وَالعُنَّةُ وَالجُبُّ
Aib-aib dalam pernikahan itu ada tujuh, iaitu gila, kusta, sopak, faraj tersumbat dengan daging, faraj terhalang dengan tulang, zakar tidak boleh membesar, hasyafah terpotong. [Lihat al-Mu’tamad (4/96)]

Dalam perbahasan ini Dr. Muhammad al-Zuhaili menyebutkan secara jelas lagi terang bahawa:

وَيُقَاسُ عَلَيْهَا الأمرض المُعَدِّيَةُ وَالمُنَفِّرَةُ كَمَرَضِ نَقْصِ المَنَاعَةِ المُكْتَسَبِ (الإِيدِزْ) وَغَيْرَهُ, لفوات الاِسْتِمْتَاعُ المَقْصُودُ مِنْ النِّكَاحِ
Diqiyaskan ke atas hal-hal ini penyakit-penyakit berjangkit dan merebak seperti penyakit HIV/AIDS, dan lain-lain, kerana menghilangkan keseronokan dari maksud pernikahan. [Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’ei (4/96)]

Hal ini turut disebutkan di dalam al-Majmu’:

وَالقِيَاسُ أَنَّ كُلَّ عَيْبٍ يُنْفِرُ أَحَدَ الزَّوْجَيْنِ مِنْهُ وَلَا يُحَصِّلُ بِهِ مَقْصُودَ النِّكَاحُ مِنْ المَوَدَّةِ وَالرَّحْمَةِ يُوجِبُ الخِيَارَ
Dan diqiyaskan bahawa setiap aib yang menimpa salah seorang dari pasangan sehingga tidak tercapai kerananya tujuan pernikahan untuk mencapai mawaddah dan kasih sayang, maka wajib khiyar. [Lihat al-Majmu’ (16/271)]

Kesimpulan

Berdasarkan nas dan penghujahan di atas, apabila suami terkena penyakit HIV/AIDS selepas pernikahan, maka boleh untuk perempuan menuntut fasakh kerana ia adalah hak bagi isteri untuk keluar daripada perkahwinan. Hal ini seperti yang disebutkan dalam perbincangan di atas, bahawa apabila telah terkena penyakit yang menghalang hubungan suami isteri, maka sudah hilanglah salah satu daripada tujuan pernikahan yang menghalalkan hubungan ranjang lelaki dan perempuan. Maka, tidaklah menjadi kesalahan kepada yang bertanya dan mereka di luar sana yang mempunyai masalah yang sama untuk menuntut fasakh.

Semoga Allah SWT memberikan kita hidayah dalam memahami dan mempraktikkan syariat-Nya.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/02/mohon-fasakh-kerana-suami-hidap-hiv.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dituntut 5 Tahun Bui Dalam Kasus Suap Suami Inneke Merasa Dijebak Kpk

Dituntut 5 Tahun Bui Dalam Kasus Suap Suami Inneke Merasa Dijebak Kpk

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 236 hits
Fahmi Darmawansyah dituntut hukuman lima tahun penjara oleh jaksa Komisi Pemberantasan Korupsi terkait suap eks Kalapas Sukamiskin Suami Inneke Koesherawati itu mengaku kecewa dan menilai percuma sudah kooperatif selama persidangan
Rezeki Bukan Dari Segi Duit Sahaja Anak Suami Yang Baik Juga Rezeki Cik Epal Instafamous Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

Rezeki Bukan Dari Segi Duit Sahaja Anak Suami Yang Baik Juga Rezeki Cik Epal Instafamous Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 726 hits
Blogger dan Instafamous Cik Epal telah berkongsi tentang rezeki di instagram beliau Dia memuat naik gambar bersama keluarga dan menjelaskan rezeki sebenar bukan sahaja dari segi duit malah rezeki itu luas dan perlu dilihat dengan konteks ya...
Tular Gambar Kanak Kanak Didera Suami Isteri Diberkas

Tular Gambar Kanak Kanak Didera Suami Isteri Diberkas

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 570 hits
Seksa seorang kanak kanak lelaki berusia 12 tahun berakhir apabila bapa tiri dan ibu kandungnya diberkas polis dalam kejadian di Kampung Majidee di sini semalam Suspek lelaki dan isterinya warganegara asing itu ditahan susulan satu laporan ...
Siapa Sangka Sebenarnya Isteri Dua Kali Ganda Stress Layan Suami Berbanding Anak Anak

Siapa Sangka Sebenarnya Isteri Dua Kali Ganda Stress Layan Suami Berbanding Anak Anak

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 598 hits
Mana tak stress anak baru 2 tapi isteri jaga macam anak dah 3 orang Bukan makan minum pakai dan tidur anak je kena fikir suami punya pun isteri kena fikir juga Dia la pembantu rumah jururawat guru pemandu tukang masak tukang main dengan ana...
Isteri Dah Admit Nak Bersalin Tapi Bos Tak Bagi Cuti Ini Tindakan Berani Suami

Isteri Dah Admit Nak Bersalin Tapi Bos Tak Bagi Cuti Ini Tindakan Berani Suami

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 917 hits
Di awal pernikahan aku dengan isteri aku kerja pemandu lori Office sebelah rumah jer Then lepas 2 bulan nikah dapat tahu isteri mengandung Nak cari duit lebih punya pasal berhenti kerja lori masuk kerja bas ekspres Sepanjang isteri aku meng...
Perghhhh Gara Gara Satu Panggilan Telefon Isteri Tembak Suami

Perghhhh Gara Gara Satu Panggilan Telefon Isteri Tembak Suami

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 656 hits
Polis menyiasat tempat kejadian Gambar kecil Mayura dan suami Foto Agensi BANGKOK THAILAND Seorang wanita di utara Thailand bertindak menembak suaminya selepas bergaduh dengan lelaki itu yang enggan memberitahu siapa yang menelefonnya pada ...
Patutlah Setiap Malam Mimpi Ngeri Rupanya Pasangan Suami Isteri Dikenakan Sihir Pemisah Melalui Perantaraan Cicak

Patutlah Setiap Malam Mimpi Ngeri Rupanya Pasangan Suami Isteri Dikenakan Sihir Pemisah Melalui Perantaraan Cicak

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 958 hits
Di zaman milenial ini masih ada segelintir masyarakat yang menggunakan ilmu hitam sebagai salah satu cara untuk membalas dendam kepada orang yang tidak disukai Baru baru ini satu perkongsian di Facebook tular menceritakan pasangan suami ist...
Suami Dipenjara 25 Tahun Kerana Paksa Isteri Melacur Untuk Beli Lampin Dan Susu Bayi

Suami Dipenjara 25 Tahun Kerana Paksa Isteri Melacur Untuk Beli Lampin Dan Susu Bayi

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 516 hits
The ReporterPenganggur berusia 27 tahun yang didakwa memaksa isterinya untuk melacur bagi memperoleh wang membeli lampin pakai buang serta susu bayi mereka dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan 24 sebatan hari ini lapor Asia One Tertuduh ...
Padah Suami Kepala Angin Kaki Lalok

Padah Suami Kepala Angin Kaki Lalok

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 275 hits
AKIBAT tidak tahan bergaduh apabila suami kerap naik angin selepas menghisap dadah jenis syabu seorang wanita nekad melaporkan ketagihan lelaki itu kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Berikutan itu lelaki 55 yang bekerja sebagai buruh akhir...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone

Sindrom Turner Punca Simptom Komplikasi Cara Merawatnya

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Matawang Kripto Polkadot Jumaat 24 Januari 2025

Selamat Jalan Ke Negeri Abadi Kak Salina