Persepakatan Umno Pas Rahmat Atau Khianat


Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad   Muslihat DAP memecah-belah umat Islam sudah makin terbongkar
1. PARTI yang paling kuat memusuhi Islam di Malaysia merupakan parti yang paling menggelupur apabila faktor utama kedaulatan Islam di Malaysia mula berputik, iaitu melalui persepakatan Melayu yang merupakan bangsa tunggak dan tulang belakang kepada agama Islam di Malaysia
2. Segala pertimbangan rasional dan sikap profesional mereka terus hilang. Lim Guan Eng mula memainkan gendang perkauman penuh berbaur hasutan. Ternyata mimpi ngeri mereka selama ini mula menjadi kenyataan. Jika keadaan berterusan dan momentum penyatuan umat Islam Melayu semakin kuat, tidak mustahil kepimpinan negara yang kini didominasi bukan Islam bakal berkubur3. Secara rasionalnya, PAS sebagai sebuah parti politik berhak bertahaluf dengan mana-mana parti politik lain. Bukankah sebelum ini PAS juga pernah bertahaluf dengan DAP? Setelah tertipu dan dikhianati (ini memang karakter asasi musuh Islam) akhirnya PAS melakukan tindakan tepat untuk memutuskan hubungan dengan DAP. 
Lantas kenapa keputusan PAS kali ini untuk bekerjasama dengan UMNO dipertikaikan dan amat menggemparkan negara? Kerana UMNO rasuah? Bagi saya lebih baik bekerjasama dengan parti Melayu yang rasuah daripada bekerjasama dengan parti rasis yang konsisten menentang Melayu dan Islam, dan juga rasuah
4. Tiada siapa mampu menafikan integrasi kaum di Malaysia telah lama gagal. Ya, malah ketika kerajaan BN memerintah lama dahulu. Kita boleh mengkaji dan menganalisa puncanya, tapi faktor utama yang sering disebut ialah keengganan sesetengah pihak untuk menghormati perlembagaan, memperjuangkan sekolah vernakular serta kedegilan untuk memberikan taat setia kepada identiti negara yang ditunjangi raja, Islam dan Melayu

5. Alang-alang polarisasi kaum semakin menebal, biarlah politik kepartian juga mengikuti corak yang sama. Politik berasaskan kaum sudah tentu akan menguntungkan kaum majoriti iaitu Melayu yang selama ini lemah dan berpecah, tertipu dan keliru disebabkan strategi jahat musuh yang amat takut melihat bangsa Melayu yang beragama Islam bersatu
6. Mungkin ada yang mengatakan UMNO tak ikhlas. PAS pun saya rasa bukan ikhlas sangat. Kedua-dua parti politik ini sudah tentu membuat persepakatan atas motif dan agenda politik mereka. Namun, jika ia baik untuk umat keseluruhannya, mengapa tidak? 
UMNO dan PAS bukanlah mewakili Melayu keseluruhannya, namun persepakatan mereka mampu memberikan harapan baharu kepada bangsa majoriti Melayu yang selama ini ternanti-nanti hala tuju dan tempat bergantung harap
7. Jika kerjasama PAS-UMNO ini berjalan dengan baik selepas ini sekalipun, masih ramai Melayu Islam yang tidak bersama mereka. Parti PPBM, PKR, PAN dan pengikut mereka yang Melayu masih akan terus menentang. Jadi tidak perlulah risaukan sangat kerjasama ini. Lebih baik kedua-dua pakatan bersaing secara sihat dan profesional. 
Berlumba-lumba untuk majukan negara, tambahbaik kualiti hidup rakyat dan yang paling penting pertahankan Islam dan kepentingan umat Islam Melayu di Malaysia. Biarlah rakyat yang menilai. Jangan kita pula yang melatah mengatakan orang nak peranglah, usaha yang sia-sialah dan banyak lagi tohmahan liar yang dilontar
8. Lagipun, kalau kerajaan PH benar-benar kompetitif, disanjung rakyat, mampu memacu ekonomi negara dan mendaulatkan Islam, mereka sebenarnya tidak perlu langsung risau tentang kerjasama PAS-UMNO ini. Mereka sepatutnya amat yakin rakyat akan terus bersama kepimpinan negara sedia ada. 
Tapi nampaknya keadaan tidak seperti yang disangka. DAP kelihatan amat ketakutan. PPBM dan PKR pula masih dalam ‘denial state’. PAN seperti biasa ‘play safe’ dan manja berselindung di bawah ketiak DAP. Jelas, muslihat DAP memecah belahkan umat Islam di Malaysia sudah terbongkar. Warna sebenar mereka amat sukar disembunyikan lagi
9. Samada ada kerjasama PAS-UMNO ini solusi atau sekadar gimik politik, bagi saya masih terlalu awal untuk kita menentukannya. Sebagai umat Islam kita mendoakan yang terbaik. Sesiapa yang berdosa, bertaubatlah. Sesiapa yang cekal dalam perjuangan, jangan mudah putus asa.
10. Yang pasti persepakatan ini bukan khianat. Ia mungkin bakal menjadi rahmat. Walaupun tidak disukai oleh golongan yang memperjuangkan ‘rahmatan lil ‘alamin’ - Sitifatimah
*Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad, Kluster Tarbiah Isma



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/ir-hj-muhammad-lukman-al-hakim-muhammad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepentingan Melayu Tetap Dijaga Oleh Pakatan Harapan Bukan Umno Atau Pas

Kepentingan Melayu Tetap Dijaga Oleh Pakatan Harapan Bukan Umno Atau Pas

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 341 hits
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerjasama politik yang sedang digembleng UMNO dan PAS seolah olah cubaan untuk mengasingkan Melayu dan kaum lain Kerjasama diantara UMNO dan PAS itu juga di...
Benarkah Penyatuan Pas Dan Umno Hanya Untuk Menyatukan Ummah Atau Ada Niat Lain Disebaliknya Mukhriz

Benarkah Penyatuan Pas Dan Umno Hanya Untuk Menyatukan Ummah Atau Ada Niat Lain Disebaliknya Mukhriz

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 439 hits
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini menyuarakan keraguannya berhubung keikhlasan kerjasama Umno PAS yang dikatakan bertujuan untuk penyatuan ummah Ini kerana kata Menteri Besar Kedah ...
Kerjasama Umno Pas Pan Yang Komunis Atau Dap Yang Taliban

Kerjasama Umno Pas Pan Yang Komunis Atau Dap Yang Taliban

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 354 hits
Oleh Anuar Shaari 1 DAP tetap DAP Semasa mendominasi pakatan pembangkang dahulu sikap cauvinis mereka amat ketara sekali Kini DAP telah menang pilihan raya dan mendominasi kerajaan Pakatan Harapan sikap mereka tetap sama Mereka tetap cauvin...
Pas Umno Hijack Ceramah Agama Itulah Punca Majlis Dibatalkan Bukan Kerana Anti Duke Dan Pu Rahmat Kata Saksi

Pas Umno Hijack Ceramah Agama Itulah Punca Majlis Dibatalkan Bukan Kerana Anti Duke Dan Pu Rahmat Kata Saksi

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 547 hits
Ceramah agama itu telah dihijack oleh PAS dan UMNO Demikianlah penjelasan yang viral di sosial media ketika ini bagi menjawab tuduhan kononnya kerajaan Johor telah menghalang majlis ilmu Menurut penjelasan tular itu Ceramah Perdana yang men...
Siapa Samak Siapa Umno Pas Atau Ph

Siapa Samak Siapa Umno Pas Atau Ph

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 331 hits
Siapa Samak Siapa UMNO PAS Atau PH Soal Puad Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata tidak timbul isu UMNO dan PAS perlu disamak sebagaimana sindiran Penasihat Media Perdana Menteri Datuk A Kadir Jasin Bidasnya ya...
Umno Pas B Islam Jadi Sasaran A Hadi Tempelak G Eng

Umno Pas B Islam Jadi Sasaran A Hadi Tempelak G Eng

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 305 hits
Abdul Hadi tempelak Guan EngKUALA TERENGGANU 7 Mac Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menempelak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung kenyataannya bahawa kerjasama rasmi UMNO Pas akan menjadikan orang bukan Islam sebag...
Kerjasama Pas Umno Bukan Untuk Najib Kata Abdul Hadi

Kerjasama Pas Umno Bukan Untuk Najib Kata Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 408 hits
MalaysiaGazette PAS Sidang akhbar Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Wisma Darul Iman KUALA LUMPUR Kerjasama Pas UMNO bukan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri semula sebaliknya untuk mengembalikan kepimpinan orang Melayu k...
Guan Eng Takut Persefahaman Antara Umno Dan Pas

Guan Eng Takut Persefahaman Antara Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 396 hits
KUALA TERENGGANU Kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung kerjasama antara UMNO dan Pas mendedahkan sikap sebenar DAP yang sengaja mencabar pihak lawan dan membakar kebencian rakyat Timbalan Pengerusi UMNO Terenggan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar