Informasi Ikatan Umno Pas Tidak Pinggirkan Cina India Dll
KUALA LUMPUR 5 MAC - SETELAH bekerjasama daam enam pilihan raya kecil (PRK) sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), UMNO dan Pas secara rasmi mengumumkan kerjasama rasmi antara kedua-dua parti bagi tujuan penyatuan ummah.Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kehadiran kepemimpinan Pas ke ibu pejabat parti itu di Menara Dato Onn di sini bagi membincangkan hala tuju membentuk penyatuan ummah, merupakan majlis ‘persandingan’ UMNO dan Pas.Beliau bagaimanapun menegaskan, kerjasama itu bukan bermaksud UMNO dan Pas bergabung, sebaliknya satu ikatan untuk menyatukan ummah tanpa meminggirkan keseluruhan masyarakat termasuk kaum Cina dan India.“Mula-mula kita hantar cincin tunang di Sungai Kandis (PRK). Selepas itu bertunang di Seri Setia (PRK). Sekarang kita sudah kenduri kahwin, sudah rasmi (kerjasama).“Dengan ini kita merasmikan jawatankuasa induk. Kita sudah bersanding hari ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat antara kedua-dua parti itu hari ini.Pengumuman kerjasama itu sekali gus dilihat mampu menepis dakwaan Pas tidak akan menyokong UMNO seperti diperkatakan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.Kehadiran kepemimpinan Pas itu diketuai oleh Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan disertai Setiausaha Agung parti, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi.UMNO selaku tuan rumah diwakili oleh Mohamad, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan beberapa lagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti.Mohamad juga berkata, UMNO bersikap terbuka terhadap apa saja dianggap baik untuk orang Melayu dan Islam selain kedua-dua parti bercadang menjemput pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang berpengaruh membincangkan agenda penyatuan ummah.“Kita tidak meminggirkan sesiapa kerana apa yang ingin kita capai ialah keamanan dan kedamaian seperti kita pernah nikmati sebelum ini.“Kita akan berjumpa satu setengah bulan dari sekarang supaya jawatankuasa teknikal itu membentangkan rancangan masing-masing,” katanya.Mengenai cadangan memperkenalkan logo atau simbol gabungan UMNO dan Pas, Mohamad menegaskan, tiada rancangan untuk berbuat demikian.Sementara itu, meskipun mesyuarat itu tanpa kehadiran presiden parti masing-masing, Tuan Ibrahim berkata, beliau sendiri hadir atas mandat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan segala isi perbincangan akan dimaklumkan kepada presiden partinya tanpa timbul soal Abdul Hadi dibelakangkan.(Utusan)
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.superpantas.com/2019/03/informasi-ikatan-umno-pas-tidak.html