Siapa Pencipta Roti Gardenia


Berbeza dengan roti lain, jenama Gardenia telah mempopularkan rasa roti yang unik dikenali sebagai 'resipi Pakcik Slocum' atau 'Uncle Slocum recipe', yang dikatakan enak dimakan begitu saja, kerap kali ditonjolkan sebagai kekuatan jenamanya.


Jika selama ini anda tertanya-tanya siapa sebenarnya Uncle Slocum yang dimaksudkan, kali ini kami ingin berkongsi beberapa persoalan tentang jenama Gardenia selain beberapa misteri tentang jenama tersebut.

Kedatangan Pakcik Slocum ke Sabah

Sejarah bagaimana bermulanya roti Gardenia di Malaysia sebenarnya bermula sejak tahun 1969 di negeri Sabah, namun hanya mula popular sekitar tahun 1986 di Semenanjung Malaysia. Ada sebabnya kenapa itu berlaku, yang akan diceritakan kemudian.

Untuk menceritakan tentang sejarah Gardenia, kita perlu mengetahui tentang IESC terlebih dahulu.

IESC Milik Keluarga Rockefeller

International Executive Service Corporations atau IESC merupakan sebuah badan pembangunan ekonomi yang berpusat di Amerika Syarikat dan diasaskan oleh salah seorang ahli keluarga Rockefeller iaitu David Rockefeller.

Penubuhan IESC adalah bertujuan untuk membangunkan firma-firma perniagaan milikan persendirian di seluruh dunia bagi membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat dunia.

Salah satu idea yang diajukan adalah untuk membangunkan cabang perniagaan roti di Malaysia pada tahun 1969, yang pada ketika itu baru saja beberapa tahun tertubuh.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Horatio Sye Slocum, seorang tukang roti berpengalaman yang telah bergiat lama dalam bidang pembuatan roti serta pasteri sebelum bekerja sebagai salah eksekutif bersama IESC, dihantar ke Malaysia bagi memulakan perniagaan roti.

Untuk memulakan perniagaan, Slocum yang hadir dengan bantuan dana IESC telah menjalinkan kerjasama dengan warga tempatan dan seorang ahli perniagaan terkenal Sabah bernama Wong Tze Fatt, sebagai rakan kongsi.

Mereka berdua bersama seorang lagi kenalan Slocum, pakar pembuat krim pasteri bernama Jim Humphries, menjadi 3 orang pengasas utama jenama yang kita kenali sebagai Gardenia sekarang.

Resepi roti yang merupakan salah satu kemahiran utama Slocumm menjadi kekuatan utama produk makanan hasil kerjasama itu.

Syarikat mereka iaitu Gardenia Food Industries terus berkembang dari Sabah ke Singapura dengan pembukaan Gardenia International Pty. Ltd. (Singapura), yang diharapkan dapat membantu mengembangkan pasaran mereka ke seluruh Asia Tenggara.

Tiba di Semenanjung Malaysia

Satu perkara yang perlu anda tahu, tidak jelas apa sebenarnya yang menghalang Gardenia Food Industries daripada melebarkan perniagaan mereka ke Semenanjung Malaysia.

Apa yang diketahui, jenama Gardenia yang ada di Semenanjung Malaysia dimulakan bermula daripada pembukaan sebuah kedai roti kecil di Plaza Bukit Timah, Singapura, pada tahun 1978, berasaskan kepada resepi sama yang dibawa oleh Sloccum.

Apa yang berlaku antara Gardenia International Pty. Ltd. (Singapura) dengan Gardenia Food Industries dalam perjanjian mereka, menjadi misteri yang sukar untuk dijelaskan.

Berikutan permintaan yang tinggi, keperluan untuk membesarkan perniagaan mula dilakukan sekitar tahun 1983 dan pada ketika inilah konsep mahu menjadikan roti putih sandwich sebagai identiti utama diperkemaskan Gardenia.

Kaedah pemasaran dengan pemfokusan kepada resipi Slocum mula digunakan, juga ditambah baik melalui kaedah pembuatan yang mampu menghasilkan produk lebih lembut dengan rasa lebih enak.

Dalam masa 2 tahun dibangunkan, jenama Gardenia berjaya mengambil alih pasaran, seterusnya menjadi pilihan utama warga Singapura.

Pada tahun 1986, sebuah syarikat baharu yang tiada hubung kait dengan Gardenia Food Industries di Sabah, selain daripada hanya berkongsi jenama yang sama, dibuka atas nama Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd sebagai cabang kepada pecahan perniagaan yang bermula di Singapura bagi memasuki pasaran Semenanjung Malaysia pula.

Mungkin atas faktor pelesenan atau perjanjian di antara kedua-dua syarikat, kedua-dua entiti yang beroperasi atas nama Gardenia ini sehingga kini beroperasi dalam pasaran yang berbeza.

Gardenia Food Industries terus menjalankan perniagaan di Sabah dan Sarawak, Brunei dan Indonesia, sementara Gardenia Bakeries pula menjalankan operasi di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Pelik kan?

Dalam tahun yang sama, Gardenia di Singapura berjaya membuka kilang pertama mereka di republik itu sebelum memecah masuk pasaran Thailand setahun kemudian.

Pada tahun 1991, kilang roti Gardenia pertama dibuka di Kuala Lumpur bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah.

Sejarah Yang Mengelirukan


Oleh kerana jenama Gardenia berpecah dua dan kedua-dua syarikat tidak mempunyai hubung kait antara satu sama lain, kisah tentang syarikat roti ini pasti akan menyebabkan kekeliruan.

Apatah lagi apabila wujud perbezaan di antara produk di Semenanjung Malaysia dan Sabah, khasnya.

Namun, ramai mengatakan roti Gardenia di Semenanjung Malaysia lebih sedap dan lembut berbanding roti Gardenia di tempat asalnya, selain rangkaian produk kedua-dua syarikat juga berbeza.

Gardenia di Semenanjung Malaysia memfokuskan kepada penghasilan produk roti serta mee sebagai produk mereka, sementara di Sabah, Gardenia memasarkan produk roti dan pastri serta produk unik seperti minuman dalam tin.

Perkara ini menimbulkan kekeliruan besar apabila pada tahun 2015, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan bagaimana hubungkait kedua-dua syarikat ini hanyalah pada jenama semata-mata.

Ini berlaku apabila kilang Gardenia Food Industries di Sabah diarahkan menutup premis selama 2 minggu akibat masalah kebersihan.

Apa yang jelas daripada sejarah jenama Gardenia ini adalah, kedua-duanya berkongsi resipi Slocum tetapi dijalankan oleh dua entiti atau syarikat yang langsung tiada kaitan. Bagaimana ini berlaku?

Kemungkinan ada pihak menjual lesen resipi Slocum kepada pihak ketiga untuk digunakan bagi penghasilan produk yang serupa, tetapi kenapa jenama dan logo yang sama dikekalkan? Entahlah.

Legasi Slocum

Slocum meninggal dunia pada 30 September 1982 ketika berusia 78 tahun dan namanya sehingga kini terus kekal menjadi rujukan resepi roti putih yang berkualiti tinggi.

Mendiang selamat dikebumikan di Forest Hill Cemetery yang terletak di Alabama, Amerika Syarikat.

Nasib seorang lagi pengasas jenama Gardenia iaitu Wong Tze Fatt pula agak kurang baik.

Selepas kejayaan demi kejayaan yang ditempa meletakkannya sebagai seorang 'taikun' perniagaan yang sangat disegani, Datuk Wong Tze Fatt dan isterinya, Datin Lee Bee Hee, ditemui mati dibunuh di kediaman mereka yang terletak di Kota Kinabalu, pada 10 Disember 2004.

Tze Fatt yang berjaya membangunkan kumpulan perniagaan Tong Hing selain menjadi pemilik utama Gardenia Food Industries, ditemui mati dengan kesan hentakan di kepala dengan objek tumpul.

Pembunuh pasangan itu kemudiannya membakar bilik yang didiami kedua pasangan itu dan ketiga-tiganya, termasuklah pembunuh mereka mati dalam kebakaran itu.

Jenama Gardenia terus berkembang di seluruh Asia, menjadi pilihan utama mereka yang gemarkan roti putih sebagai santapan harian.

Namun, jenama hebat ini akan terus dihantui kisah sedih nasib yang menimpa pengasasnya, serta kekeliruan terhadap penggunaan jenamanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Benarkah Memakan Roti Tidak Baik Untuk Kesihatan?Peniaga Burger Kongsi 12 Tips Masak Burger Luarbiasa Sedap!
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/05/pencipta-roti-gardenia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Pizza Roti Gardenia Sedap Dan Mudah Dari Lya Imtiyaz

Resepi Pizza Roti Gardenia Sedap Dan Mudah Dari Lya Imtiyaz

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 638 hits
Terima kasih Lya Imtiyaz kerana join segment mama Lya kongsikan Resepi Pizza Roti Gardenia Sedap Dan Mudah Yang penting Resepi Pizza Roti Gardenia Sedap Dan Mudah ni memang nampak sedap dan mudah saja nak buat Sapa takde idea nak sahur atau...
Cara Buat Roti John Inti Daging Yang Sedap Dengan Roti Gardenia

Cara Buat Roti John Inti Daging Yang Sedap Dengan Roti Gardenia

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 547 hits
As Salam Cara Buat Roti John Inti Daging Yang Sedap Dengan Roti Gardenia Iya Iftar Hari ke 12 Ramadan saya buat Roti John versi Roti Gardenia Biasalah Nasib Roti Gardenia bulan puasa ni Memang kurang laris kat rumah saya Kalau tidak satu pe...
Roti Dengan Butterscotch Homemade Ala Kampung Untuk Moreh Senangnya Nak Buat

Roti Dengan Butterscotch Homemade Ala Kampung Untuk Moreh Senangnya Nak Buat

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 292 hits
Selepas bertarawih bersama anak anak dan suami masa menonton televisyen seharusnya dihidangkan dengan sajian moreh yang menyelerakan Roti dengan cicahan sos Butterscotch ini memang padu dikala bersantai Rupanya nak menyediakannya cukuplah m...
Resepi Mudah Cauliflower Soup Dengan Roti Bakar Yang Mengenyangkan Baik Untuk Yang Berdiet

Resepi Mudah Cauliflower Soup Dengan Roti Bakar Yang Mengenyangkan Baik Untuk Yang Berdiet

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 699 hits
Resepi Mudah Cauliflower Soup Dengan Roti Bakar Yang Mengenyangkan Baik Untuk Yang Berdiet Cauliflower soup atau sup kobis bunga ni memang sup kegemaran saya sejak bekerja di syarikat pembinaan STAR LRT pada tahun 1995 yang kini dikenali se...
Resepi Roti Puri Tak Pakai Yis Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Roti Puri Tak Pakai Yis Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 970 hits
Berbuka puasa dengan Roti Puri bukan saja mengenyang kan tapi juga menjimatkan sebab Roti Puri ni makanan yang ringkas dan cara membuatnya juga cepat dan mudah Roti puri yang saya buat ni tak menggunakan Yis jadi dia punya roti jadi rangup ...
Roti Pita Homemade Style Versi Mudah Sedap Macam Beli Di Pasar Malam

Roti Pita Homemade Style Versi Mudah Sedap Macam Beli Di Pasar Malam

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 804 hits
Biasanya selain menu utama sesekali suami atau anak ada juga teringin nak makan menu sampingan kan Apa kata mama cuba pula buat roti pita homemade versi mudah dan rasanya sama seperti yang kita beli Malah bagi yang tak lalu makan nasi hidan...
Senangnya Buat Mexican Bun Ala Roti Boy Ni Topping Rangup Padu Sama Macam Kedai

Senangnya Buat Mexican Bun Ala Roti Boy Ni Topping Rangup Padu Sama Macam Kedai

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 560 hits
Bagi yang merindui roti boy yang dijual di kedai apa kata anda cuba hasilkan sendiri Mexican Bun ini Aromanya terlebih wangi malah toppingnya rangup sama seperti yang dijual di kedai Paling menarik kerana nak menyediakannya tidaklah sesukar...
Resipi Roti Coklat Kismis Sedap Gebu Berlemak Anak Makan Tak Cukup Sebiji

Resipi Roti Coklat Kismis Sedap Gebu Berlemak Anak Makan Tak Cukup Sebiji

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 575 hits
Dalam tempoh PKP ni para ibu mempunyai banyak masa untuk mencuba pelbagai resipi roti yang menarik Jika anak anak anda sukakan roti coklat seperti yang dijual di pasaran bolehlah dibuat sendiri Resipi Chocolate Raisin Bun ini dikongsikan ol...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Konsep Malaysia Madani Memacu Perkhidmatan Awam

Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn