Siakap Miang Pla Pou Dengan Sos Thai Padu Pedas Sedap Buat Makin Berselera


Salad ikan mungkin kedengaran asing pada kita namun menyebut Miang Pla Pou pasti ada yang pernah menikmatinya. Rupanya cara hendak menyediakannya cukuplah mudah. Ringkas dan sihat.
Nak tahu bagaimana membuatnya? Pn Suzana Othman berkongsi langkah demi langkah untuk menyediakannya di rumah. Nak tahu cara nak makannya macam mana? Jom ikuti caranya. Sedap!

Hai assalamualaikum semua. Kita nak reveal resepi salad ikan siakap yang kita jual atau dikenali sebagai Miang Pla Pou. Disebabkan resepinya kita tak belajar dari mana-mana PJJ jadi mudahlah kita nak share secara percuma.
Kita tak kisah pun kalau korang nak jual sebab rezeki masing-masing Allah dah tentukan. Kita sendiri terjejas akibat covid sebelum kita bangkit semula dengan menu Salad Ikan Siakap. Jadi kita nak korang yang mana terjejas tu boleh la cuba jual jugak, mana tahu ada rezeki nanti. Asalkan rajin dan ikhlas, pasti ada jalan keluarnya. In sha Allah.
Bahan-bahan:
Ikan siakap
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos Thai:
130g cili api siam hijau*
50g cili api China merah*
200g cili hidup merah*
100g bawang putih*
50g batang daun ketumbar*
70g beras yg disangai kemudian ditumbuk
70g air perahan limau nipis
100g sos ikan
300g gula perang
3sb serbuk pati ayam
1liter air
Garam secukupnya

Step pertama mestilah pergi pasar beli ikan siakap. Berat anggaran seekor 600-700g. Walaupun peniaga tu dah siang siap-siap tapi balik rumah korang kena buang jugak sisik ikan yang masih ada. Bila ikan tu bersih dan bebas sisik barulah enjoy nak makan. Itu juga melambangkan ketelitian korang sebagai peniaga yang tak buat kerja sambil lewa.

Rendamkan ikan dalam air bancuhan tepung gandum dan limau nipis selama mana yang korang suka. Campak beberapa sudu garam dalam tu.

Toskan air, kelar badan ikan kemudian lumur dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.

Bancuhkan tepung goreng ayam serbaguna dengan sedikit air. Jadikan adunan yg tak pekat dan tak cair. Kita guna tepung serbaguna jenama Aroma. Nak guna bestari pun boleh.

Ratakan dengan penuh hati-hati. Sirip dia tajam tu. Perap sekejap ikan supaya meresap elok sebelum digoreng.

Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas dan cukup banyak tau. Semasa menggoreng, buka api sederhana supaya ikan masak sempurna.

Inilah dia hasilnya setelah digoreng.

Jom belajar buat sos Thai. Kisar kasar semua bahan bertanda*. Jangan letak air banyak sebab kita nak hasil yang kasar bukan halus tau. Guna air yang disukat tadi.

Masukkan bahan kisar dalam periuk, buka api sederhana. Tambahkan air, gula, garam, sos ikan, beras sangai, dan serbuk pati ayam.
Bila dah menggelegak, masukkan air perahan limau nipis. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, masak sos hingga memekat. Tutup api. Korang boleh adjust rasa dia ikut citarasa. Kalau nak manis lagi boleh tambah gula.

Bila dah sejuk baru masukkan dalam bekas, hiaskan dengan daun ketumbar dan taburan bijan.

Bahan untuk hiasan:
Salad- rendam air garam-toskan
Timun-sagat
Lobak-sagat
Tomato cherry-hiris
Daun ketumbar
Kita suka sagat halus timun dan lobak supaya senang dimakan. Tapi ikut korang nak buat cemana. Nak hiris pun boleh je.

Cara nak makan salad ni, ambil daun salad, letak isi ikan, tomato, lobak, timun, suhu dan daun ketumbar atas daun salad. Curahkan sos dan gulung daun salad. Ngap!
Selamat mencuba!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
The post Siakap Miang Pla Pou Dengan Sos Thai Padu, Pedas & Sedap, Buat Makin Berselera! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/siakap-miang-pla-pou-dengan-sos-thai-padu-pedas-sedap-buat-makin-berselera/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai Yang Sedap Dan Menyelerakan

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai Yang Sedap Dan Menyelerakan

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 359 hits
RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA ALA THAI Ini bukan kali pertama Sha masak Ikan Siakap 3 rasa tapi kali ini lain sedikit kerana menggunakan serbuk limau nipis Knorr Sebelum ini Sha biasa masak resepi ikan 3 rasa biasa tapi bila sudah mencuba al...
Resipi Cornflakes Pedas Manis Ranggup Campur Kacang Bilis Lagi Sedap

Resipi Cornflakes Pedas Manis Ranggup Campur Kacang Bilis Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 417 hits
Sebut je cornflakes pasti akan terbayang ia sesuai untuk dinikmati bersama susu atau makan dengan madu Kali ni ada kelainan sikit kerana anda boleh buat cornflakes pedas yang ranggup Hanya masak dulu sambal manisnya biar betul betul pekat b...
Ayam Masak Kicap Style Kenduri Kuah Pekat Sedap Ringkas Tapi Padu

Ayam Masak Kicap Style Kenduri Kuah Pekat Sedap Ringkas Tapi Padu

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 393 hits
Jika terindu rindukan resipi ayam masak kicap ala kenduri yang selalu kita makan apa kata kita cuba masak sendiri di rumah Resipi ringkas perkongsian air tangan ini nampak cukup menyelerakan Nak tahu macam mana resipinya Jom kita cuba Meman...
Dapat Perkongsian Lebih 60k Resipi Sup Ayam Thai Ni Memang Power Sedap

Dapat Perkongsian Lebih 60k Resipi Sup Ayam Thai Ni Memang Power Sedap

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 531 hits
Selalu kita persoalkan mengapa sup di restoran lebih sedap dan tidak sama rasanya seperti yang kita sajikan di rumah Nak tahu macam mana rasanya Sup Ayam Thai yang sedap dan power Resipi ringkas tapi cukup sedap yang dikongsikan oleh ni mam...
Tauhu Bunga Krup Krap Penuh Inti Cicah Dengan Sos Cili Thai Memang Terbaik

Tauhu Bunga Krup Krap Penuh Inti Cicah Dengan Sos Cili Thai Memang Terbaik

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 438 hits
Jika anda peminat tauhu begedil atau tauhu sumbat ini ada lagi satu resipi wajib anda cuba Namanya tauhu bunga Intinya seperti tauhu begedil cuma tidak menggunakan ubi kentang Bahan utama untuk menghasilkan tauhu bunga ini menggunakan tauhu...
Asam Rebus Ikan Parang Asam Pedas Utara Masam Masam Sikit Lagi Sedap

Asam Rebus Ikan Parang Asam Pedas Utara Masam Masam Sikit Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 557 hits
Asam Pedas Utara atau lebih popular dengan nama Asam Rebus ini memang super sedap Guna Ikan Parang segar lagi bergandalah sedapnya Rahsia kesedapannya biarlah rasa masam masam sikit baru best Ni resipi perkongsian dari June Ahmad Katanya Ni...
Perapan Ayam Bbq Yang Pedas Manis Juicy Lebih Lama Perap Lagi Sedap

Perapan Ayam Bbq Yang Pedas Manis Juicy Lebih Lama Perap Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 510 hits
Teringin nak makan ayam bakar BBQ ada cara paling mudah untuk buat perapannya Tak perlu susah nak keluar pergi beli dalam keadaan sekarang ni Semuanya boleh buat sendiri di rumah Bahan yang digunakan sangat mudah dan mudah didapati Lagi lam...
10 Resipi Diet Suami Isteri Ni Padu Simple Tapi Super Sedap Barulah Sihat Sama Sama

10 Resipi Diet Suami Isteri Ni Padu Simple Tapi Super Sedap Barulah Sihat Sama Sama

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 517 hits
Berdiet sendiri tanpa sokongan pasangan pastinya terasa cukup sukar Bagaimana hendak berdiet jika terpaksa memasak menu yang sedap untuk suami Berlainan dengan pasangan suami isteri ini dan suaminya Akhtar Syamir yang sama sama berdiet untu...
Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Yang Sedap Dan Mudah Menggunakan Sos Kimball

Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Yang Sedap Dan Mudah Menggunakan Sos Kimball

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 639 hits
Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Yang Sedap Menggunakan Sos Kimball Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua Baru baru ini Sha sempat menyediakan bekalan untuk keluarga Sha bersarapan sebelum keluar bekerja Sha menyediakan masakan k...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar Perempuan Hilang Dari Asrama Ibu Rayu Rakaman Dashcam Orang Ramai Cari Anak

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya