10 Resipi Diet Suami Isteri Ni Padu Simple Tapi Super Sedap Barulah Sihat Sama Sama


Berdiet sendiri tanpa sokongan pasangan pastinya terasa cukup sukar. Bagaimana hendak berdiet jika terpaksa memasak menu yang sedap untuk suami. Berlainan dengan pasangan suami isteri ini, Nora Azni dan suaminya, Akhtar Syamir yang sama-sama berdiet untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat.
Bila sama-sama berdiet, barulah hati makin kuat dan perancangan berdiet pastinya berjaya. Resipi yang dikongsikan pasangan ini meman mantap malah kesemuanya sedap-sedap belaka. Ringkas tapi padu. Jom cuba resipinya!
Assalamualaikum. Siapa kata bila kita diet tak boleh makan nasi, tak boleh makan sedap-sedap? Dekat bawah tu semua menu suku suku separuh saya dan suami. Alhamdulillah saya dah turun 6kg, suami pula 10kg dalam masa sebulan. Masih jauh lagi perjalanan kami.

Nasi Ayam Thai
– Rebuskan air, masukkan serai, lengkuas, bawang putih, akar ketumbar dan garam.
– Basuh bersih ayam, tak kisah bahagian mana. Masukkan ayam ke dalam periuk. Rebus sehingga masak.
– Dalam periuk nasi, basuh beras sampai bersih. Saya guna beras perang (kat rumah takde beras putih) nak guna beras putih pun boleh.
– Masukkan air rebusan ayam dalam periuk nasi tadi. Letak dan susun ayam sekali. Masak macam biasa sampai nasi masak. Sesekali kacau.
-Siap nasi dengan lauk.
Resepi sos untuk ayam
– Guna lesung batu ye. Masukkan 5 biji cili padi merah, 3 biji cili padi hijau, sedikit belacan, 4 ulas bawang putih. Tumbuk lumat.
– Dah lumat, tambah 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos ikan, 4 sudu air rebusan ayam. Kacau-kacau guna lesung.
– Resepi sos ni letak gula, tapi saya cut gula. Tak letak gula.
– Last sekali masukkan daun ketumbar. Dah siap.
Ulam nasi ni, daun kobis, timun batang dan tomato.

Ayam Bakar Geprek
– Isi ayam perapkan dengan sedikit garam dan kunyit. Dibakar guna pemanggang ajaib.
– Cili padi merah 5 biji, 6 biji tomato ceri, sedikit belacan dan 2 biji bawang merah kecil.
– Panaskan kuali, tambah 1 sudu kecil olive oil. Gorengkan sekejap cili, tomato, belacan dan bawang merah.
– Lepas tu, masukkan dalam lesung, tambah sedikit garam. Tumbuk.
– Dah siap. Boleh letakkan atas ayam bakar tadi.

Tortilla Wrap
– Isi ayam perasakan dengan blackpepper dan garam, grill dalam kuali. Dah masak. Potong-potong sikit)
– Tomato ceri belah 2.
– 2 biji bawang merah kecil didadu.
– 2 helai salad dipotong biasa.
– 1 sudu kecik mayonis
– Chili flakes
– Blackpepper
Gaul semua bahan tadi, ayam, tomato, bawang, salad, mayonis, chili flakes dan blackpepper.
Balutkan guna tortiIlla, dan panaskan diatas pan sekejap.

Resepi Salad Telur Rebus
– Salad lettuce yang hijau dan purple gelap. Potong besar, basuh bersih dan toskan air.
nya.
– 2 biji telur rebus sampai masak, kupas kulit dan belah 4.
– 1 batang timun jepun size kecil (potong)
– Tomato ceri belah 2.
– Dalam 1 mangkuk, masukkan salad, timun jepun, tomato, chili flakes, blackpepper dan sedikit whitepepper. Gaul lembut-lembut sampai sebati.

Resepi Roti Telur Cheese Microwave
– 4 keping roti wholemeal purple.
– Susun elok atas pinggan, tekan bahagian tengah dengan jari atau sudu.
– Kemudian, pecahkan telur ditengah-tengah roti. Guna telur gred c. Kecil sikit. Pecahkan telur kuning kalau suka.
– 2 keping cheese, belah 2, guna separuh je untuk sekeping roti. Susun-susun cheese tepi telur. Taburkan pepper dan chili flakes.
– Masukkan dalam microwave. Tekan masa dalam seminit setengah, atau sampai telur masak bergantung pada microwave masing-masing.

Potato Chicken Salad
– Potato ni beli kat pasar malam je 10 biji kecik comel-comel. Belah 2 dan rebus sampai empuk.
– Dah masak toskan dan biarkan sejuk.
– Rebus isi ayam. Dah masak carik-carikkan isinya.
– Dalam mangkuk, masukkan potato, ayam, tomato ceri belah 2, garam, blackpepper dan chili flakes. Gaul sebati. Siap
– Makan sejuk pun sedap.

Telur Hancur Cendawan Butang/Shiitake
– 2 biji bawang putih cincang
– 4 biji cendawan (hiris nipis)
– 3 biji telur ( pecah dalam mangkuk dan tambah sedikit garam, kacau)
Panaskan pan, tambah 1 sudu kecil butter, masukkan bawang putih.
Lepas tu masukkan cendawan. Tambahkan chili flakes dan blackpepper.
Last sekali masukkan telur. Kacau-kacau selalu. Masak sekejap je.
Telur dah masak angkat terus letak dalam pinggan.
Boleh makan saja, dengan roti tau tortilla.
Sedap tau.

Resepi Tortilla Telur Dadar
– 2 keping tortilla.
– 3 biji telur. Pecahkan dalam mangkuk dan tambahkan sedikit garam.
– Panaskan kuali, saya guna yang nonstick.
– Tuang separuh telur. (dalam pan tu telur jadi bulat)
– Sementara telur masak, cepat taburkan sedikit chili flakes dan sedikit pepper.
– Lepas tu letak tortilla atas telur. Telur tu akan melekat dengan tortilla.
– Terbalikkan dan lipat dua dan angkat. Dah siap.

Roti Bakar Dengan Telur Hancur
Roti bakar dengan pan, sebelum bakar sapu sedikit butter.
Resepi telur hancur.
– 2 biji telur, kacau-kacau dan tambah sedikit garam.
– Panaskan pan, saya guna yang nonstick.
– Tambahkan setengah sudu butter, masukkan telur. Sentiasa kacau dari tengah ketepi. Masak sekejap je.
– Dah masak tabur pepper dan chili flakes.

Breakfast Platter (untuk 3 orang makan)
– 2 keping tortilla potong segitiga
– Beef Pepperoni
– Beef salami
– Cheddar cheese
– Salad
– 2 biji telur (goreng mata kerbau separuh masak)
– Tomato ceri belah 2,grill sekejap dalam pan.
– 6 keping roti baguette (yang panjang keras tu) potong dan titiskan olive oil.
– Sedikit sos cheese
Susun kan cantik dalam pinggan, cara makan ambik tortilla, letak Pepperoni, letak cheddar cheese, letak tomato. Masuk mulut.
Artikel berkaitan: Ibu Berdiet Tak Perlu Berlapar, 25 Resipi Diet Superb Gerenti Kenyang!
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
The post 10 Resipi Diet Suami Isteri Ni Padu, Simple Tapi Super Sedap, Barulah Sihat Sama-Sama! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/10-resipi-diet-suami-isteri-ni-padu-simple-tapi-super-sedap-barulah-sihat-sama-sama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Bahasakan Diri Abang Tapi Isteri Gelak Sebab Rasa Geli

Suami Bahasakan Diri Abang Tapi Isteri Gelak Sebab Rasa Geli

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 377 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti ada panggilan manja untuk suami masing masing Jika sebelum berkahwin ada yang memanggil dengan nama sayang ataupun booboo selepas berkahwin mereka akan memanggil suami abang Namun berbeza dengan pasangan...
Share Tinggi Resipi Cukup Simple Patutlah Sup Telur Ni Di Puji Anak Paling Sedap Di Dunia

Share Tinggi Resipi Cukup Simple Patutlah Sup Telur Ni Di Puji Anak Paling Sedap Di Dunia

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 350 hits
Menu nasi telur dan kicap antara makanan wajib anak anak ketika membesar Tak sah jika tidak ada telur Telur sememangnya cukup baik malah banyak khasiatnya kepada anak kecil kita Telur juga merupakan makanan yang kaya dengan protein penting ...
Biarlah Isteri Tak Solid Macam Model Asal Sihat Dan Membahagiakan Hati Suami

Biarlah Isteri Tak Solid Macam Model Asal Sihat Dan Membahagiakan Hati Suami

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 469 hits
Bahagia datang daripada Allah dan ianya melalui pasangan kita Bahagia bukan datang directly daripada pasangan kita Banyak yang tidak capai maksud bahagia kerana mengharapkan bahagia datang daripada pasangan kita sedangkan suami atau isteri ...
Ayam Masak Kicap Style Kenduri Kuah Pekat Sedap Ringkas Tapi Padu

Ayam Masak Kicap Style Kenduri Kuah Pekat Sedap Ringkas Tapi Padu

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 377 hits
Jika terindu rindukan resipi ayam masak kicap ala kenduri yang selalu kita makan apa kata kita cuba masak sendiri di rumah Resipi ringkas perkongsian air tangan ini nampak cukup menyelerakan Nak tahu macam mana resipinya Jom kita cuba Meman...
Biasanya Makanan Sihat Tak Sedap Tapi Yang Ni Makanan Sihat Dan Sedap

Biasanya Makanan Sihat Tak Sedap Tapi Yang Ni Makanan Sihat Dan Sedap

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 321 hits
Wah Beberapa hari senyap blog k fiezz ni sebab merentas negeri meh update cerita baru Ewah baru lah sangat Saja nak berkongsi cerita k fiezz terjebak dengan makanan sihat dan sedap Member pejabat k fiezz yang jual makanan sihat dan sedap ni...
Sambal Belacan Cili Hijau Goreng Yang Simple Tapi Sedap

Sambal Belacan Cili Hijau Goreng Yang Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 712 hits
Assalamualaikum Good Night Resepi Sambal Belacan Cili Hijau Tradisi Sementara Nur Dhia tidur kita update apa yang patut Ok Entri kali ni Fiza nak share tentang sambal goreng paling simple dan tak banyak bahan yang mana boleh membangkitkan s...
Padunya Resipi Ayam Goreng Ala Ala Kyochon Ni Super Rangup Sedap Anak Anak Makan Berebut

Padunya Resipi Ayam Goreng Ala Ala Kyochon Ni Super Rangup Sedap Anak Anak Makan Berebut

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 588 hits
Memesan Ayam Goreng Kyochon di rumah pastinya tidak sama seperti menikmati ayam goreng rangup di restoran berkenaan Terasa tidak puas makan Ubah kelainan dan cabar diri untuk menyediakan sendiri Ayam Goreng Kyochon ini yang rupanya cukup mu...
Derhaka Kepala Dipijak Isteri Tapi Si Suami Langsung Tak Membalas

Derhaka Kepala Dipijak Isteri Tapi Si Suami Langsung Tak Membalas

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 276 hits
Baru baru ini viral di media sosial video yang menunjukkan seorang wanita mengasari suaminya sendiri mengundang pelbagai reaksi netizen yang tidak berpuas hati dengannya Lebih teruk lagi wanita itu sanggup memijak mijak kepala suaminya yang...
Kena Ajar Anak Lelaki Anak Perempuan Sama Sama Buat Kerja Rumah Barulah Tak Jadi Raja Kelak

Kena Ajar Anak Lelaki Anak Perempuan Sama Sama Buat Kerja Rumah Barulah Tak Jadi Raja Kelak

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 238 hits
Melatih anak anak untuk melakukan kerja ringan di rumah bukan sahaja akan memudahkan dan meringankan tugas anda malah ia juga dapat meningkatkan peribadi serta kejayaan mereka untuk jangka masa panjang Tugas kerja rumah ini boleh dimulakan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching