Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Yang Sedap Dan Mudah Menggunakan Sos Kimball
Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Yang Sedap Menggunakan Sos Kimball | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Baru-baru ini Sha sempat menyediakan bekalan untuk keluarga Sha bersarapan sebelum keluar bekerja. Sha menyediakan masakan kegemaran Sha sekeluarga iaitu Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah. Untuk kali ini agak istimewa sedikit kerana bahan-bahan yang Sha gunakan berlainan dengan resepi ayam masak merah sebelum ini. Apa yang istimewa sangat tu? Kali ini di dalam resepi ayam masak merah Sha menggunakan Sos Spageti Kimball. Lain dari yang lain bukan?
Baru-baru ini Sha menerima satu kejutan daripada Kimball Malaysia dan Sha sangat teruja. Mana tak seronoknya, Sha memang pelanggan setia sos Kimball sejak masuk dapur. Kimball adalah jenama tempatan yang diperkenalkan pada tahun 1970-an. Pada Sha sos Kimball amat sesuai untuk digunakan untuk memasak lauk berbanding sos jenama lain dipasaran. Hal ini disebabkan oleh rasa dan teksturnya yang kena dengan masakan kita.
Patutlah Kimball menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia tak kira lapisan masyarakat. Sos Kimball dibuat dengan bahan berkualiti tinggi mengikut garis panduan pengeluaran yang ketat, produk Kimball adalah bertaraf antarabangsa dan terkenal dengan konsistensi rasa sejak diperkenalkan. Kalau korang nak tahu, Kimball kini mempunyai rangkaian produk yang lain seperti pasta kering, sos pasta, mayonis, kacang kuda dan kacang parang. Memang banyak pilihan sungguh sekarang. Yang paling penting produk Kimball mempunyai kelulusan HALAL.
Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Yang Sedap Dan Mudah Menggunakan Sos Kimball
Jika kita cari dan belajar resepi nasi tomato pastinya kita akan jumpa pelbagai jenis dan cara memasak. Jadi untuk kali ini Sha ingin berkongsi resepi nasi tomato dan resepi nasi ayam masak merah yang agak berlainan bagi Sha tapi sedap. Alhamdulillah semalam dapatlah berjimat sebabnya Sha bajet masak cukup untuk sarapan dan juga makan tengahari. Paling puas hati dapatlah makan nasi tomato dengan rasa macam makan di restoran walaupun kita masak sendiri.
Menggunakan sos Kimball yang ada dapatlah Sha siapkan bekalan makanan ke pejabat dan bekalan untuk anak-anak ke rumah pengasuh. Maklumlah semua sos yang ada sangat membantu Sha menyediakan masakan dengan lebih sedap dan mudah seperti di restoran. Ok, di sini Sha kongsikan resepi nasi tomato dan resepi ayam masak merah versi Kimball MalaysiaResepi Nasi Tomato
3 cawan beras1/2 biji bawang besar1 inci halia2 ulas bawang putih
2 sudu besar minyak sapi/planta2 sudu besar minyak masak
1 batang kayu manis2 bunga cengkih2 bunga lawang2 biji buah pelaga1/2 susu cair2 sudu besar tomato puri Kimball3 helai daun pandan1/2 sudu besar garam1 sudu kecil gula
Cara-cara masak nasi tomato
Bersihkan beras di dalam periuk nasi
Sementara itu di atas dapur, panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
Di dalam periuk masukkan air, susu cair, tomato puri, garam, gula dan daun pandan
Bila tumisan dah berbau wangi, tuangkan semuanya di dalam periuk nasi dan kacau
Masak seperti biasa.
Resepi Ayam Masak Merah
Bahan-Bahan Ayam Masak Merah
500g kepingan ayam1/4 sudu teh serbuk kunyit1/2 cawan Sos Spageti Tradisional Kimball3 sudu besar Sos Kimball3/4 -1 cawan air3 sudu besar minyak, untuk menggorengGaram, gula seckupnya
Bahan-Bahan Kisar
2 cili merah, dibuang biji1 labu bawang besar4 biji bawang merah2 ulas bawang putih2 batang serai3 buah keras50 ml air
Cara-cara Memasak Ayam Masak Merah
Lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garamPanaskan minyak dalam panGorengkan ayam hingga separuh masak dan ketepikan
Tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyakMasukkan Sos Spageti Tradisional, Sos Cili Kimball, ayam dan air
Tutup dan masak hingga ayam empuk dan kuahnya pekat
Perisakan dengan garam dan gula
Macam mana? Sama tak dengan resepi ayam masak merah yang korang biasa masak kat rumah tu? Kalau tak sama, korang boleh cuba resepi nasi tomato istimewa menggunakan sos kimball yang sedap ini. Nanti masak nasi tomato jangan lupa untuk buatkan acar timun batang supaya hidangan korang lebih lengkap.
Kalau korang nak tahu, bukan setakat resepi ayam masak merah sahaja yang istimewa bersama Kimball tapi banyak lagi resepi lain. Untuk lebih banyak resepi yang menarik, korang boleh terus ke https://kimball.com.my/recipe.html . Kat sana kita boleh rujuk apa masakan yang boleh dimasak menggunakan sos kimball yang ada. Korang jangan risau, memasak di rumah dengan Kimball rasa sama seperti masakan di restoran. Dengan Kimball, Kompem Gaya Malaysia
Untuk lebih lanjut tentang produk-produk Kimball yang lain korang boleh mengunjungi : Website Kimball Malaysia | Fb Page Kimball Malaysia
#KompemGayaMalaysia #GayaMalaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shalimaryusof.com/2020/12/resepi-nasi-tomato-dan-ayam-masak-merah.html