Si Sulung Mula Cemburu Dengan Kehadiran Adik Baru Jangan Sisihkan Dia Libatkan Si Sulung Dalam Uruskan Adik


Biasanya sebelum kelahiran bayi baharu, sebagai ibu bapa pastinya anda akan menyatakan kepada anak bahawa dengan kehadiran adik nanti, mereka boleh bermain bersama, betul tak?

Tetapi apabila si sulung cuba untuk mencium atau bermain dengan si adik, anda mengingatkan mereka untuk berhati-hati, bahkan mungkin mereka dimarahi. Tanpa disedari, mereka terasa hati dan menjadi tidak keruan kerana segala yang dilakukan tampak salah di mata ibu.
Kewujudan adik yang disangka akan menghadirkan rasa gembira, nampaknya tidak menjadi kenyataan. Jangan risau, ada beberapa teknik yang boleh dicuba untuk mengatasi keadaan ini.
Jujur dengan anak agar tidak terasa hati
Mulakan untuk berborak dengan anak pertama anda mengenai bayi. Ambil tahu perasaan mereka jika mempunyai ahli keluarga baharu. Mengetahui perasaan mereka membolehkan anda untuk membantu anak menerima kehadiran adiknya nanti. Jangan lupa untuk kongsikan bersama mereka tentang berita kehamilan anda sebaik sahaja mengetahui mengenainya.
Didik anak pertama
Mengajar anak yang lebih tua cara untuk berinteraksi dengan bayi baru lahir secara tidak langsung dapat menjaga dan melindungi si kecil. Didik secara lisan, tunjukkan contoh, bimbingan serta memberikan semangat dengan berhemah agar si sulung tidak terasa hati. Hindari daripada meninggikan suara.
Contohnya, ajarkan mereka cara untuk menggosok belakang badan si kecil. Ceritakan tentang kebaikan sentuhan dalam menenangkan bayi.
Pastikan anda memberikan pujian kepada mereka kerana berjaya melakukannya dengan baik. Ia secara tidak langsung mengajar anak untuk bersikap fizikal dengan bayi melalui cara yang positif. Pun begitu, elakkan daripada meninggalkan anak yang lebih tua bersendirian dengan si kecil, sehingga anda benar-benar yakin.

Pantau anak pertama
Sehingga anda benar-benar memahami dan dapat membaca reaksi anak yang lebih tua terhadap adik baharu, sentiasa awasi mereka. Ini kerana jika wujud tindakan fizikal kasar pada si kecil, anda dapat menghindarinya secepat mungkin. Sekiranya ia terjadi, lakukan sesuatu untuk mengubah fokus mereka seperti memberikan mainan kegemaran atau membuka siaran televisyen disukai si sulung. Paling penting, elakkan daripada menyalahkan anak yang tua semasa melindungi bayi baru lahir anda.
Jangan menyalahkan bayi
Dalam usaha untuk mengeratkan ikatan antara anak-anak anda, elakkan daripada meletakkan kesalahan pada bayi. Misalnya jika anak sulung ingin ke taman tetapi bayi sedang tidur, ujarkan bahawa anda boleh pergi setelah adik bangun.
Jangan pula anda berikan jawapan yang anda tidak dapat ke taman kerana bayi tidur. Amalan seperti itu dapat membantu anak merasai kewujudan adik baharunya tanpa kelihatan terlalu drastik. Ini sekali gus mengelakkan mereka terasa hati.
Sesi penyusuan bayi & anak pertama
Menyusukan bayi dengan kehadiran anak yang lebih tua boleh membawa kepada 2 keadaan, sama ada memudahkan atau menyukarkan. Sesetengah anak mungkin berasa cemburu apabila melihat si ibu menyusukan adik, khususnya jika mereka masih sukar menerima perubahan ini.
Sekiranya itu situasi anda, berikan anak sesuatu yang dapat mengubah tumpuan mereka seperti memberikan barang permainan kesukaannya. Sekiranya boleh, dapatkan bantuan ahli keluarga lain seperti pasangan ataupun pengasuh untuk menjaga anak yang lebih tua semasa anda menyusukan si adik.
Libatkan anak pertama
Ajari anak cara untuk membantu anda menguruskan atau menghiburkan si adik. Biarkan anak sulung untuk membantu membuka hadiah bayi dan menggunakan kamera untuk mengambil gambar si adik.
Anda juga boleh menunjukkan mereka cara untuk memakaikan stoking atau meletakkan losen pada bayi. Pastikan anda memberikan pujian dan dorongan kepada mereka, okay?
Elak membandingkan dengan si sulung
Untuk mengelakkan anak lebih tua terasa hati, hindari daripada membuat pernyataan untuk membandingkan antara mereka adik-beradik. Contohnya seperti, “Adik baik duduk diam, tak macam abang asyik menangis sahaja masa baby dahulu.”
Dalam masa yang sama jangan memuji si sulung secara berlebihan daripada adiknya, kerana boleh menimbulkan rasa pengabaian dan lebih hebat daripada bayi. Ia bukanlah cara yang sihat untuk mengeratkan ikatan adik-beradik. Sebaiknya berlaku adil dan saksama antara kedua-dua anak anda, okay?
Tunjukkan kasih sayang pada anak pertama
Walaupun anda sibuk untuk menguruskan si kecil, jangan pernah mengabaikan anak sulung. Tunjukkan rasa kasih sayang anda dengan menyatakan “Mama sayang Kakak”. Anda juga boleh memeluk atau mencium anak tanpa mengira masa.
Tindakan anda ini akan membuatkan anak berasa masih disayangi walaupun dengan kehadiran si kecil. Untuk tempoh beberapa bulan pertama selepas kelahiran bayi baharu, ia adalah masa yang akan menguji kesabaran kalian sebagai ibu bapa. Ini kerana ia adalah tempoh masa untuk menyesuaikan diri bagi setiap ahli keluarga.
Sentiasa kekal tenang, okay?

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Si Sulung Mula Cemburu Dengan Kehadiran Adik Baru? Jangan Sisihkan Dia, Libatkan Si Sulung Dalam Uruskan Adik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/si-sulung-mula-cemburu-dengan-kehadiran-adik-baru-jangan-sisihkan-dia-libatkan-si-sulung-dalam-uruskan-adik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penangan Pkp Video 14 Tahun Jadi Anak Bongsu Remaja Tak Sangka Dapat Adik Baru

Penangan Pkp Video 14 Tahun Jadi Anak Bongsu Remaja Tak Sangka Dapat Adik Baru

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 423 hits
Siapa yang jadi anak bongsu mesti akan berasa sedikit untung sebab perhatian ibu bapa semestinya akan diberikan lebih kepada mereka Lebih lebih lagi kalau anak bongsu itu jarak umurnya agak jauh dengan abang atau kakak yang lain Namun apa y...
Hiburan Ozlynn Rindu Anak Sulung Di Ireland Adik Adik Sakat Hantar Gambar Makanan Sedap

Hiburan Ozlynn Rindu Anak Sulung Di Ireland Adik Adik Sakat Hantar Gambar Makanan Sedap

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 315 hits
Anak sulung kepada pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Waty iaitu Ahmad Ariq Hanania baru baru ini telah berangkat ke Ireland bagi memulakan pengajian dalam bidang perubatan di universiti di sana ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSelepas semin...
Bukan Tak Boleh Beli Mainan Tapi Jangan Cepat Mengalah Dengan Anak Baru Dia Lebih Hargai

Bukan Tak Boleh Beli Mainan Tapi Jangan Cepat Mengalah Dengan Anak Baru Dia Lebih Hargai

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 343 hits
Anak kecil memang tidak lepas dari mainan Ke mana sahaja dia pergi jika nampak mainan pasti hendak memilikinya Bagaimana cara nak dapat Itu mengikut kreativiti mereka Ada yang menangis ada yang tantrum dan ada yang minta tanpa tangisan Dise...
Nak Didik Anak Sulung Ni Tak Boleh Main Main Jaga Tutur Kata Silap Didik Adik Adik Akan Ikut

Nak Didik Anak Sulung Ni Tak Boleh Main Main Jaga Tutur Kata Silap Didik Adik Adik Akan Ikut

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 376 hits
Anak sulung insan yang banyak mengajar kita erti keibubapaan Dia hadir disaat kita tercari cari cara yang sebaiknya untuk mendidik anak Namun kesilapan dalam mendidik anak sulung boleh memberi kesan yang besar dalam kehidupan mereka dan ana...
Dalam Rumah Tangga Jangan Berkira Ada Duit Lebih Dulukan Isteri Anak Baru Berkat

Dalam Rumah Tangga Jangan Berkira Ada Duit Lebih Dulukan Isteri Anak Baru Berkat

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 307 hits
Rezeki duit rezeki anak semua tu rahsia Allah Cuma kita haruslah berusaha dan memohon doa dari Nya tanpa putus asa Mungkin disebalik kesulitan yang kita alami ada lagi orang lain yang lebih susah Perkongsiaan yang sangat bermanfaat dari Abu...
Jangan Cemburu Kita Pun Nak Belajar Cari Duit Mudah Mat Sabu Sindir Anwar

Jangan Cemburu Kita Pun Nak Belajar Cari Duit Mudah Mat Sabu Sindir Anwar

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 282 hits
Mohamad Sabu menggamatkan Sidang Dewan Rakyat selepas menyindir Ketua Pembangkang ketika membangkitkan isu usul bahas Kertas Pandora KUALA LUMPUR Sidang Dewan Rakyat gamat apabila Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu berjenaka menyindir Ket...
Anak Sulung Umpama Pa Mak Ayah Minta Tolong Apa Semua Boleh Selalu Jadi Contoh Adik Adik

Anak Sulung Umpama Pa Mak Ayah Minta Tolong Apa Semua Boleh Selalu Jadi Contoh Adik Adik

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 237 hits
Anak sulung ni biasanya jadi anak untuk kita jadikan harapan terutamanya jika ada adik adik Biasanya kita tak menang tangan nak uruskan semua jadi dia lah yang banyak membantu kita Kadang kadang tak perlu disuruh pun dia sendiri tahu tanggu...
Video 5 Tahun Jaga Jodoh Orang Pemuda Nangis Datang Majlis Kahwin Bekas Kekasih Dah Pesan Jangan Datang

Video 5 Tahun Jaga Jodoh Orang Pemuda Nangis Datang Majlis Kahwin Bekas Kekasih Dah Pesan Jangan Datang

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 441 hits
Tak dinafikan bukan semua orang boleh melupakan kisah silam dalam hidup masing masing misalnya bekas kekasih Menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih bukanlah suatu yang mudah lebih lebih lagi buat mereka yang masih belum move on Baru ba...
Salahguna Bantuan Kepada Rakyat Anwar Kata Jangan Salahguna Bantuan Dana Tambahan Rm45 Bilion Perlu Khusus Untuk B40

Salahguna Bantuan Kepada Rakyat Anwar Kata Jangan Salahguna Bantuan Dana Tambahan Rm45 Bilion Perlu Khusus Untuk B40

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 234 hits
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dana tambahan RM45 bilion perlu khusus untuk bantu golongan B40 seperti yang dipersetujui dalam MoU persefahaman politik
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities