Nak Didik Anak Sulung Ni Tak Boleh Main Main Jaga Tutur Kata Silap Didik Adik Adik Akan Ikut


Anak sulung insan yang banyak mengajar kita erti keibubapaan. Dia hadir disaat kita tercari-cari cara yang sebaiknya untuk mendidik anak. Namun kesilapan dalam mendidik anak sulung boleh memberi kesan yang besar dalam kehidupan mereka dan anak yang akan datang.

Besar peranan anak sulung ni. Anak sulung ni ibarat acuan.
Apa dia buat, adik beradik akan ikut. Contoh paling dekat anak-anak saya. Walaupun si adik lahir dengan keperibadian yang lebih lembut, tapi cara bercakap, cara gelak, perangai menjerit, melompat dari almari, semua dia tiru dari abang.
Sebab tu anak sulung ni tak boleh main-main nak didik mereka. Perlu kena cara. Perlu betul ilmunya. Salah satu pantang mak ayah nak didik anak sulung adalah,
JAGA TUTUR KATA.

Bila kita geramkan si sulung, laju aje mulut kita nak menembak mereka. Mulut kita ni kena hati-hati.
Kata-kata tajam yang terkena pada hati anak boleh melukai mereka sampai dewasa. Malah, kita perlu ingat bahawa kata-kata yang keluar dari mulut kita, ibarat jampi paling mujarab. Doa yang tiada hijab. Elakkan kata-kata melabel.
Bila kita melabel;
NAKAL JAHAT PEMALAS Ia ibarat meletakkan tanda nama pada mereka. Untuk mereka percaya, itulah diri mereka yang sebenar. Walaupun hakikatnya ia hanya salah faham dari mulut ibu ayah yang tidak mengenal punca. Malah, cara kita bertutur pada mereka akhirnya menjadi suara hati mereka. Lalu sebati menjadi gaya mereka bercakap pada orang lain.
3 PERKATAAN TOKSIK UNTUK ANAK SULUNG

MALAS

 
2. BIADAP

 
3. DEGIL

Anak-anak ini perjuangan kita. Amanah Allah. Kain putih tanpa noda. Yang menanti kita untuk mencorakkan mereka. Corak mereka dengan baik. Bentuk mereka dengan sabar.
Boleh jadi mereka yang kita lihat keras seperti batu, rupanya boleh ditempa menjadi berlian yang bersinar elok
Boleh jadi anak yang kita sangka MALAS itu rupanya punya BAKAT YANG TERSEMBUNYI.
Cuma kita yang kena kenal pasti di mana ‘suisnya’. Boleh jadi anak yang kita sangka NAKAL itu sebenarnya anak yang punya kualiti untuk jadi PEMIMPIN YANG BERANI.
Boleh jadi anak yang kita sangka DEGIL, rupanya memiliki kualiti untuk jadi PEJUANG YANG KUAT DAYA JUANGNYA.
Dan boleh jadi, perangai anak yang kita runsingkan tu rupanya kualiti yang diperlukan untuk mereka jadi dewasa yang berjaya.
Cuma mereka perlukan ubat CINTA dan tongkat AGAMA untuk mereka membesar jadi manusia yang berkualiti.
Sementara nak melalui fasa tingkah laku mencabar ini, banyak-banyaklah bersabar.
Entah-entah, dalam kita nak mengajar mereka menjadi anak yang baik, rupa-rupanya, dalam diam mereka membentuk kita jadi manusia yang lebih baik. Teruskan bertutur dan berdoa yang elok-elok untuk mereka.
Mudah-mudahan, dengan terdidiknya anak sulung, dia akan jadi ikutan teladan buat adik-adik yang lain.
Kredit:Wawa Shauqi, Penulis Keibubapaan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
 
The post Nak Didik Anak Sulung Ni Tak Boleh Main-Main, Jaga Tutur Kata. Silap Didik, Adik-Adik Akan Ikut appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-didik-anak-sulung-ni-tak-boleh-main-main-jaga-tutur-kata-silap-didik-adik-adik-akan-ikut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Pandai Bercakap Mak Ayah Kena Jadi Pengulas Wanita Ini Kongsi Tip Anak Speech Delay Boleh Bertutur

Nak Anak Pandai Bercakap Mak Ayah Kena Jadi Pengulas Wanita Ini Kongsi Tip Anak Speech Delay Boleh Bertutur

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 339 hits
Speech delay merujuk kepada kelewatan dalam keupayaan seorang kanak kanak itu untuk bercakap atau menghasilkan bunyi Kelewatan ini ditentukan berdasarkan garis masa yang sepatutnya mereka garis masa perkembangan normal untuk usia mereka And...
Hiburan Ozlynn Rindu Anak Sulung Di Ireland Adik Adik Sakat Hantar Gambar Makanan Sedap

Hiburan Ozlynn Rindu Anak Sulung Di Ireland Adik Adik Sakat Hantar Gambar Makanan Sedap

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 311 hits
Anak sulung kepada pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Waty iaitu Ahmad Ariq Hanania baru baru ini telah berangkat ke Ireland bagi memulakan pengajian dalam bidang perubatan di universiti di sana ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSelepas semin...
Hiburan Sejuk Mata Memandang Anak Sulung Shuib Dah Pandai Jaga Ayash Afffan Di Rumah

Hiburan Sejuk Mata Memandang Anak Sulung Shuib Dah Pandai Jaga Ayash Afffan Di Rumah

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 206 hits
Shuib Sepahtu baru baru ini ada memuat naik perkembangan anak bongsungya Ayash Affan di media sosial Instagram miliknya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementNamun apa yang lebih menarik perhatian adalah gelagat anak sulung Uwais Al Qarni yang tid...
Anak Anak Hanya Bergantung Harap Pada Kita Jaga Diri Kita Superdaddy Kongsi Cara Nak Survive

Anak Anak Hanya Bergantung Harap Pada Kita Jaga Diri Kita Superdaddy Kongsi Cara Nak Survive

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 320 hits
Hidup sebagai ibu dan bapa tunggal sememangnya tak mudah Banyak perkara yang harus dikorbankan demi membesarkan anak anak yang masih kecil Kekuatan diri kesihatan dan segala aspek harus diutama demi memastikan anak anak terjaga dengan baik ...
Boleh Ikut Resipi Mudah Ini Nak Buat Rempeyek Rangup

Boleh Ikut Resipi Mudah Ini Nak Buat Rempeyek Rangup

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 296 hits
Sedapnya dapat makan rempeyek rangup ni sambil tengok tv bersama keluarga kan Stok kudapan yang rangup Nak buat pun mudah je bahan bahan pun simple dan mudah didapati Jom kita buat ikut resipi Samsiah Hj Mat Ali CARA BUAT REMPEYEK RANGUPBAH...
13 Tip Berkesan Didik Anak Dengar Kata Sejak Kecil Menjadi Anak Soleh Solehah

13 Tip Berkesan Didik Anak Dengar Kata Sejak Kecil Menjadi Anak Soleh Solehah

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 228 hits
Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan anak anak yang baik akhlak berjaya dalam hidup serta menjadi kebanggaan semua orang Namun ada ketikanya ibu bapa tak sedar gaya asuhan di rumah mempengaruhi perkembangan anak anak kita Mendidik anak zama...
Didik Anak Soleh Apa Kata Buat Tips Ni

Didik Anak Soleh Apa Kata Buat Tips Ni

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 337 hits
DIDIK ANAK SOLEH APA KATA CUBA TIPS NI Semua ibu bapa menginginkan anak anak mereka menjadi anak soleh solehah dan taat ibu bapa serta perintah Allah SWT Namun adalah mudah mendidik anak sehingga menjadi anak yang soleh seperti yang diimpik...
Wow Tudia Nak Joging Pun Tak Senang 4 Anak Kambing Seronok Ikut Wanita Ini Berlari Sambil Panggil Mak Mak

Wow Tudia Nak Joging Pun Tak Senang 4 Anak Kambing Seronok Ikut Wanita Ini Berlari Sambil Panggil Mak Mak

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 498 hits
Nak joging pun tak senang 4 anak kambing seronok ikut wanita ini berlari sambil panggil mak mak pernah jatuh kolam sebab brek tak makan Ahad 26 September 2021 3 30 PMOleh IWAN SHU ASWAD SHUAIBKak Jerung bersama empat ekor anak kambing berjo...
Kakak Nak Jaga Adik Sanggup Berjaga Malam Kepulangan Baby Ayash Pengganti Arwah Siti Sarah Di Rumah

Kakak Nak Jaga Adik Sanggup Berjaga Malam Kepulangan Baby Ayash Pengganti Arwah Siti Sarah Di Rumah

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 288 hits
Pelawak terkenal Shuib Sepahtu memaklumkan bahawa anak bongsunya baby Ayash Affan akhirnya dibenarkan pulang ke rumah setelah sebulan lebih berada di hospital kerana kondisi bayi ketika itu pramatang Shuib sempat merakam saat teruja anak an...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp