Shafie Pinggirkan Sabah Bukan Bn Ismail Sabri


HASPAIZI ZAIN



Kerajaan BN tidak pernah meminggirkan pembangunan di Sabah, sebaliknya negeri itu dipinggirkan oleh ketua menterinya, Mohd Shafie Apdal sewaktu memegang jawatan menteri.

Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob mendakwa dalam tempoh tujuh tahun menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie tidak membangunkan Sabah.

"Dia (Shafie) kata BN tak jaga rakyat Sabah, masa itu (waktu jadi menteri) duit berbilion di tangan dia, yang tak jaga rakyat Sabah waktu itu Shafie.

"Dia tak jaga rakyat Sabah, dia tak belanja untuk Sabah, dia belanja hanya di Semporna, itu pun orang Semporna pertikai, banyak projek diberi pada kroni.

"Sebenarnya kalau Sabah tak maju di luar bandar, bukan salah BN. Salah Shafie yang ketika itu jadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang kini ketua menteri Sabah," katanya ketika berkempen di Membakut, malam ini.
Jelas Ismail, ketika beliau menerajui kementerian itu pada 2015, kerajaan BN memperuntukkan sebanyak RM1.25 bilion setiap tahun untuk Sabah.

Shafie sebelum ini ketika berkempen di Kimanis mendakwa BN sekian lama mengabaikan negeri itu daripada arus perdana pembangunan negara.

Oleh itu, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis beliau mengajak pengundi menolak calon BN, Mohamad Alamin yang disifatkannya berhati "Umno di Kuala Lumpur".

PRK kali ini menyaksikan kerusi yang sebelum ini diisi oleh Anifah Aman akan direbut oleh Alamin dan calon Warisan, Karim Bujang.

SPR menetapkan 18 Jan ini untuk hari pengundian, manakala pengundian awal empat hari sebelum itu.

Calon BN tolak dakwaan 'berhati Kuala Lumpur'

Dalam pada itu Mohamad yang merupakan calon BN menyifatkan tuduhan pemimpin Warisan bahawa beliau 'berhati Kuala Lumpur' sebagai retorik.

Katanya, apa yang lebih penting sekiranya diberi mandat beliau mahu berkhidmat dan membela nasib rakyat.
"Ini slogan persepsi, slogan ini tidak membawa makna sebenarnya, janganlah kita main slogan-slogan pada waktu ini, yang penting hasil apa yang rakyat dapat.

"Kalau Sabah untuk 'Sabahan' parti lokal Sabah apa yang dia dapat. Kalau boleh bagi lebih baik daripada Umno, OK, tapi realitinya jauh sekali.

"Insya Allah kalau saya menang 18 Jan nanti saya bukan menjadi wakil rakyat berhati Kuala Lumpur, tetapi berhati Malaysia, untuk rakyat Sabah, untuk rakyat Kimanis," katanya.

Oleh itu, katanya propaganda sebegitu oleh pihak lawan tidak perlu dilayan kerana tidak menguntungkan rakyat.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/shafie-pinggirkan-sabah-bukan-bn-ismail.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prkkimanis Najib Puzzled By Shafie S Claims That Sabah Fed Up With Umno Barisan

Prkkimanis Najib Puzzled By Shafie S Claims That Sabah Fed Up With Umno Barisan

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 323 hits
The claim by Sabah Chief Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal that people are fed up with Barisan Nasional and Umno in the state is puzzling says Datuk Seri Najib Razak I am puzzled he himself was part of Umno for decades His deputy from U...
Shafie Apdal Berjiwa Sabah Tetapi Ada Bini Sabah Ka

Shafie Apdal Berjiwa Sabah Tetapi Ada Bini Sabah Ka

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 472 hits
Salahuddin Hisham PRK kali ni saya merayu kepada orang Sabah supaya memilih orang Sabah hati dan jantungnya Sabah mukanya orang Sabah bukannya mukanya orang Sabah tapi hatinya Umno Kuala Lumpur kata Shafie Apdal Hmmm bini pertama dari Kedah...
Warisan Has Been True To Sabah Says Shafie

Warisan Has Been True To Sabah Says Shafie

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 459 hits
Warisan president Mohamed Shafie Apdal at the opening of a Warisan branch in Kampung Kelatuan today KIMANIS Warisan president Mohd Shafie Apdal has rejected accusations that the party had been subservient to Pakatan Harapan and said Warisan...
Don T Blame Bn It Was Shafie Who Neglected Sabah When He Was Minister

Don T Blame Bn It Was Shafie Who Neglected Sabah When He Was Minister

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 341 hits
KIMANIS POLLS Umno vice president Ismail Sabri said BN shouldn t be blamed for the apparent lack of rural development in Sabah and instead pointed the finger at Sabah Chief Minister Shafie Apdal Speaking at a ceramah in Kimanis tonight Isma...
Shafie To Meet Sabah Immigration On Tourists Bypassing Document Inspection

Shafie To Meet Sabah Immigration On Tourists Bypassing Document Inspection

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 282 hits
Sabah Chief Minister Mohd Shafie Apdal will get a clarification from the state Immigration Department over the issue of Chinese tourists bypassing documents inspection at the Immigration counters at Kota Kinabalu International Airport He sa...
Prkkimanis Pembangunan Di Sabah Siapa Yang Gagal Bn Atau Shafie

Prkkimanis Pembangunan Di Sabah Siapa Yang Gagal Bn Atau Shafie

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 425 hits
Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Sahamsul Anuar Nasarah mempersoalkan siapakah sebenarnya yang gagal membangunkan Sabah kerana sebelum ini Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah menteri kanan iaitu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan ...
Pemimpin Ph Perlu Kurangkan Ego Negara Lain Buat Kawan Bukan Musuh Ismail Sabri

Pemimpin Ph Perlu Kurangkan Ego Negara Lain Buat Kawan Bukan Musuh Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 317 hits
Kurangkan ego buat kawan dan bukan buat musuh ujar Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Jelas beliau sebagai sebuah negara yang bergantung kepada hasil dagangan maka Malaysia tidak sepatutnya bergaduh dengan negara luar kerana i...
Bekas Adun Pilihan Umno Sabah Untuk Prk Kimanis

Bekas Adun Pilihan Umno Sabah Untuk Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 462 hits
Bung Moktar Radin umum calon Umno Sabah di pejabat parti itu di Kimanis hari ini KIMANIS Umno hari ini mengesahkan bekas Adun Bongawan Mohamad Alamin calonnya untuk pilihan raya kecil Kimanis 18 Jan ini Ketua Umno Kimanis itu disebut sebut ...
Prkkimanis Kemenangan Bakal Jadi Lambang Bn Tidak Pupus Di Bumi Sabah

Prkkimanis Kemenangan Bakal Jadi Lambang Bn Tidak Pupus Di Bumi Sabah

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 408 hits
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Kimanis adalah penting sebagai cerminan kemenangan untuk rakyat Sabah sekaligus membuktikan bahawa BN tidak sesekal...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak

Lawatan Presiden Cina Kominis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam