Pemimpin Ph Perlu Kurangkan Ego Negara Lain Buat Kawan Bukan Musuh Ismail Sabri




“Kurangkan ego… buat kawan dan bukan buat musuh,” ujar Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jelas beliau, sebagai sebuah negara yang bergantung kepada hasil dagangan, maka Malaysia tidak sepatutnya bergaduh dengan negara luar kerana ia akan mengakibatkan masalah ekonomi yang sememangnya sedang meruncing.
“Malaysia terlalu kecil untuk hanya bergantung kepada permintaan dosmestik. Sebab itu Malaysia bergantung kepada negara luar yang membeli… kalau kita menghantar produk ke luar tetapi tidak ada yang mahu membeli maka tidak ada maknanya. Sebagai sebuah negara dagangan, Malaysia terlalu bergantung kepada rakan-rakan di negara luar, sebab itu kita tidak sepatutnya memusuhi atau mencari sebab untuk bermusuh dengan negara lain.
“Tapi yang yang berlaku sekarang ini, kenyataan pemimpin kita mengundang rasa tidak puas hati daripada negara lain. Sebagai contoh kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan negara India. Sudah dua kenyataan yang silap.
“Pertama, apabila mengatakan India menakluki atau menceroboh Kashmir sedangkan peraturan yang diperkenalkan adalah Kashmir dalam India. Tidak ada soal penaklukan dan sebagainya, mungkin undang-undang yang diperkenalkan tidak sesuai tetapi kenyataan yang mengatakan Kashmir diceroboh atau ditakluki adalah salah,” ujar beliau kepada UMNO-Online.
Mengulas lebih lanjut Ismail berkata, kenyataan terbaru Tun M mengenai kritikan terhadap Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA), disifatkan oleh India adalah tidak tepat dan tidak sensitif.
“Saya tidak begitu jelas tetapi saya difahamkan apa yang dimaksudkan dengan kerakyatan ini adalah India membuka negara mereka kepada minoriti bukan Islam di negara Islam yang berjiran iaitu di Pakistan, Afganistan dan Bangladesh. Maknanya, mana-mana orang bukan Islam seperti Hindu, Kristian yang ingin berhijrah ke India, ingin menjadi warganegara India, mereka buka atas alasan memberi ruang berpindah daripada negara yang memberi tekanan kepada yang bukan beragama Islam… itu yang saya difahamkan.
“Tetapi apapun, kita tidak boleh terlalu mencampuri urusan negara lain lebih-lebih lagi kita sebagai negara Asean yang mengamalkan konsep bebas dan berkecuali. Kita tidak boleh terlalu campur tangan dalam hal yang berlaku dalam negara lain terutama yang melibatkan urusan dalaman negara tersebut.
“Sebab itulah saya lihat, tindakan yang dilakukan oleh pemimpin PH ini tidak baik untuk negara kita khususnya untuk ekonomi negara kerana perdagangan kita bergantung kepada negara luar. Apabila kerajaan India memanggil Duta Malaysia bagi meyampaikan bantahan, dari segi hubungan diplomatik, ia membawa makna yang serius,” tegas beliau.
Justeru, Ismail melahirkan kebimbangan sekiranya India mengambil tindakan balas terhadap Malaysia.
“Yang membimbangkan saya adalah 4.1 juta tan minyak sawit yang dieksport ke India… ia bernilai lapan ke sembilan billion ringgit. Kalau India mengambil tindak balas bagaimana? Dulu hanya persatuan industri sawit bertindak balas dengan melancarkan kempen boikot tapi kalau kerajaan India bertindak balas dengan memberi arahan untuk menghentikan import, maka ia akan memberi kesan yang amat besar dan yang menanggung akibatnya adalah rakyat.
“Satu ketika kita ada masalah dengan China… kini dengan India. Dalam KL Summit 2019 baru ini pula, pemimpin yang datang mempunyai hubungan yang tidak baik dengan US misalnya… kita pun tidak tahu apa kesan tindak balas US kepada kita. Arab Saudi… rakan yang sangat akrab dengan kita, tetapi akibat daripada KL Summit, Arab Saudi juga nampaknya kurang senang dengan tindakan kita dan saya bimbang jika ada tindak balas dari Arab Saudi.
“Kalau perkara ini berlaku, apa akan jadi dengan Malaysia. Sebab itu saya amat berharap, para pemimpin kita buang ego. Benar… hak bersuara adalah hak semua tapi dalam masa yang sama kita perlu fikirkan masa depan negara,” tegas beliau lagi.
Baru-baru ini, Kerajaan India memanggil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia susulan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap penggubalan undang-undang baharu kewarganegaraan negara itu yang disifatkan tidak betul dan memudaratkan.
Memetik laporan akhbar Times of India, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia itu dipanggil untuk dimaklumkan bantahan kerajaan India yang menganggap kritikan Tun terhadap CAA adalah tidak tepat dan tidak sensitif. – UMNO ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/12/24/pemimpin-ph-perlu-kurangkan-ego-negara-lain-buat-kawan-bukan-musuh-ismail-sabri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Yaakob Ketua Pembangkang Dedah 2020 Bakal Jadi Mimpi Ngeri Buat Rakyat

Ismail Sabri Yaakob Ketua Pembangkang Dedah 2020 Bakal Jadi Mimpi Ngeri Buat Rakyat

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 431 hits
Rakyat mengharapkan tahun 2020 menjadi sinar buat mereka namun sebaliknya ia disifatkan bakal menjadi mimpi ngeri Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perubahan positif yang rakyat harapkan daripada kerajaan pimpinan Pak...
2020 Bakal Jadi Mimpi Ngeri Buat Rakyat Ismail Sabri

2020 Bakal Jadi Mimpi Ngeri Buat Rakyat Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 386 hits
Ismail sabri SHAH ALAM Rakyat mengharapkan tahun 2020 menjadi sinar buat mereka namun sebaliknya ia disifatkan bakal menjadi mimpi ngeri Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perubahan positif yang rakyat harapkan daripad...
Dijadwalkan Jadi Pembicara Jokowi Absen Di Ktt Pemimpin Negara Muslim Dunia

Dijadwalkan Jadi Pembicara Jokowi Absen Di Ktt Pemimpin Negara Muslim Dunia

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 188 hits
Sejumlah pemimpin negara dengan penduduk mayoritas Muslim absen dalam agenda pertemuan tingkat tinggi di Kuala Lumpur Malaysia Termasuk Presiden RI Joko Widodo
Tun M Hadi Awang Perlu Cermin Diri Sebelum Masuk Campur Urusan Negara Lain Mic

Tun M Hadi Awang Perlu Cermin Diri Sebelum Masuk Campur Urusan Negara Lain Mic

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 331 hits
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S A Vikneswaran bercakap kepada media selepas melawat anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang kritikal terlibat insiden di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya Medical Centre Subang Selangor...
Bila Malaysia Diperkuda Negara Lain

Bila Malaysia Diperkuda Negara Lain

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 453 hits
Oleh Anasz 1 Qatar Qatar nak kritik Amerika Syarikat secara langsung tak berani punya sebab Amerika Syarikat yang secure Qatar punya keselamatan ekoran US as a power projektor di wilayah berkenaan Selain itu kehadiran tentera US yang berpen...
Un Dihapus 2021 Dpr Sarankan Mendikbud Pelajari Sistem Pendidikan Negara Lain

Un Dihapus 2021 Dpr Sarankan Mendikbud Pelajari Sistem Pendidikan Negara Lain

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 275 hits
Hetifah menyebut pemerintah daerah sekolah guru murid hingga orang tua harus mendapatkan sosialisasi terkait keputusan tersebut
Isytihar Islam Agama Persekutuan Kurangkan Sifat Sekular Negara

Isytihar Islam Agama Persekutuan Kurangkan Sifat Sekular Negara

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 294 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Punca kenapa Perkara 3 Perlembagaan kerap diserangBANGI Perkara 3 yang termaktub di dalam Perlembagaan meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan kini dilihat semakin kerap diserang selepas Pakatan Harapa...
Pemimpin Ph Lain Kenapa Beku Biarkan Dap Buli Pdrm

Pemimpin Ph Lain Kenapa Beku Biarkan Dap Buli Pdrm

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 212 hits
Haniff Khatri Abdulla says the attacks give the people the impression the party is meddling in police affairs
Lipi Teliti Sampah Plastik Di Laut Limbah Rakyat Ri Atau Milik Negara Lain

Lipi Teliti Sampah Plastik Di Laut Limbah Rakyat Ri Atau Milik Negara Lain

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 725 hits
Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia melakukan penelitian sampah plastik di perairan dalam Indonesia yakni di Selatan Jawa Bali dan Selat Makassar Penelitian dilakukan untuk melihat benarkah sampah plastik di laut Indonesia berasal dari masya...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp