Blok Pembangkang Jangan Berbalah Siapa Calon Pm Yang Penting Jatuhkan Mahiaddin Dahulu




 Menjelang usul percaya yang akan dibentangkan pada sidang Parlimen September depan di mana sokongan terhadap Mahiaddin Md Yasin kini merosot hari demi hari – sebenarnya kini sudah pun tiada majoriti lagi – ramai yang mula cenderung menimbulkan persoalan siapa calon pengganti Perdana Menteri.
Adakah ia Anwar Ibrahim, Tun Mahathir Mohamad, Ahmad Zahid Hamidi, Najib Razak, Tengku Razaleigh Hamzah, Shafie Apdal atau sesiapa yang lain?
Mereka berhujah, jika Mahiaddin ingin dijatuhkan, calon penggantinya mestilah dinamakan bagi mengisi kekosongan itu.
Mereka yang menyokong PN dan Mahiaddin pula tanpa ragu-ragu menyatakan tiada calon Perdana Menteri daripada blok pembangkang yang benar-benar disepakati memiliki majoriti mencukupi.
Kata mereka, siapa pun yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri daripada blok pembangkang atau yang menentang Mahiaddin, pasti ada kelompok tertentu daripada kalangan sendiri yang tidak menyokongnya.
Jika begitu, tegas mereka, bagaimana mahu menjatuhkan Mahiaddin?
Sebenarnya, persoalan pokok dan keperluan mendesak dalam negara sekarang ialah menjatuhkan Mahiaddin, manakala siapa calon Perdana Menteri selepas Presiden Bersatu itu dijatuhkan daripada tampuk kuasa adalah isu kedua.
Blok pembangkang, termasuk kelompok UMNO yang tidak setuju dengan Mahiaddin tidak perlu berbalah dalam soal tersebut sehingga Perdana Menteri dijatuhkan terlebih dahulu.
Ibarat gigi yang telah rosak yang menyebabkan seluruh kehidupan terganggu, gigi tersebut perlu dicabut terlebih dahulu sebelum mahu diganti baru sama ada dengan jenis yang mahal, yang murah atau jika ingin jenis gigi yang disalut dengan emas dan suasa sekali pun.
Tidak guna sibuk-sibuk memilih apa jenis gigi yang mahu dipasang, tetapi gigi yang rosak masih tidak berjaya untuk dicabut.
Sebab itu, kesepakatan blok pembangkang bersama kelompok UMNO dalam keinginan menumbangkan Mahiaddin yang sehingga ini nampaknya kekal mantap dan tidak tergugat harus sentiasa dikekalkan sehingga ke titik akhir perjuangan.
Hanya setelah Mahiaddin berjaya dijatuhkan, barulah semua pihak dalam blok pembangkang dan kelompok UMNO yang menyumbang kepada kejatuhan Perdana Menteri tadi perlu duduk berbincang dan bermesyuarat bagi mencari kata sepakat memilih calon yang sesuai mengetuai kerajaan.
Ditakuti jika berbalah sekarang untuk memilih calon Perdana Menteri, ia akan menyebabkan perpecahan sesama sendiri yang akhirnya Mahiaddin gagal dijatuhkan.
Siapa yang rugi dan malu sendiri jika sampai itu yang berlaku?
Sekali lagi ditekankan, adalah penting menjatuhkan Mahiaddin terlebih dahulu dan selepas itu barulah dibincangkan siapa calon Perdana Menteri.
Dalam berbincang dan menentukan calon Perdana Menteri itu haruslah dilupakan sama sekali sebarang sentimen dan kepentingan kelompok, sebaliknya fokus kepada usaha memulihkan negara dan menyelamatkan nasib rakyat yang sudah begitu lama sengsara akibat kegagalan kerajaan lama.
Kerajaan baru, walau apa bentuknya sekali pun, mesti dipimpin oleh sosok yang cergas, bertenaga, penuh idea dan punya kemampuan serta hubungan antarabangsa yang meyakinkan kerana dalam usaha memulihkan ekonomi khususnya, kita tidak dapat lari daripada keperluan mendapat manfaat daripada dunia luar dan negara-negara sahabat yang lebih kaya dan maju.
Pilihan kedua, kiranya kesepakatan gagal dicapai, biarlah soal menentukan calon Perdana Menteri itu ditentukan oleh kebijaksanaan Yang Dipertuan Agong berdasarkan kepentingan negara, kestabilan hidup rakyat pelbagai kaum dan pihak mana yang lebih diyakini baginda mampu mentadbir dengan lebih baik, antaranya dengan mengambil kira kekuatan sokongan yang dimiliki oleh seseorang yang hendak dipilih itu.
Apa pun, dalam keadaan negara yang terumbang-ambing dengan pelbagai krisis sekarang, tiada pilihan bahawa Mahiaddin sudah wajib dijatuhkan dan seterusnya digantikan dengan seorang Perdana Menteri yang baharu.
Kesepakatan untuk mencapai matlamat jangan sesekali jadi goyah sehingga Mahiaddin akhirnya mampu kekal lagi dengan kuasanya.
Penting untuk difikirkan, lagi lama Mahiaddin jadi Perdana Menteri, bukan saja kontena mayat di hospital tidak mampu disediakan dan hospital terpaksa memohon bantuan pihak swasta, bahkan mungkin lebih banyak lagi lantikan penasihat khas bertaraf menteri dilakukannya yang lantikan itu satu sen pun tiada faedah untuk memperbaiki nasib hidup rakyat yang sedang susah dan derita ketika ini. 


(ShahbudinHusin 10/09/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/blok-pembangkang-jangan-berbalah-siapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shafie Apdal Pesaing Anwar Calon Pm Blok Pembangkang

Shafie Apdal Pesaing Anwar Calon Pm Blok Pembangkang

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 470 hits
Shafie Apdal dilihat sebagai calon lebih mesra berbanding Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR Walaupun Anwar Ibrahim tidak dinafikan adalah pemimpin pembangkang nama Presiden Warisan Shafie Apdal turut disebut antara yang mungkin dicalonkan sebagai ...
Jangan Bertangguh Jatuhkan Mahiaddin Apa Jaminan Parlimen Sept Nanti Tidak Dimandulkan Sekali Lagi

Jangan Bertangguh Jatuhkan Mahiaddin Apa Jaminan Parlimen Sept Nanti Tidak Dimandulkan Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 174 hits
Sama ada 8 11 12 atau 14 Ahli Parlimen UMNO yang telah menarik sokongan terhadap kerajaan PN ia tetap menyebabkan Mahiaddin Md Yasin hilang sokongan majoriti Tidak musasabah sama sekali bila beliau memaklumkan kepada Agong adanya akuan soko...
Jangan Percaya Janji Terdesak Mahiaddin Blok Penentang Kerajaan Mesti Elak Daripada Dilabel Pengkhianat

Jangan Percaya Janji Terdesak Mahiaddin Blok Penentang Kerajaan Mesti Elak Daripada Dilabel Pengkhianat

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 204 hits
Tiada kesimpulan lain dapat dirumuskan daripada perutusan khas luar biasa Mahiaddin Md Yasin petang tadi yang pertama kali dihiasai 9 pak pacak menteri berdiri di belakangnya melainkan ia suatu pengakuan bahawa beliau memang sudah hilang so...
Jangan Main Buka Sekolah Sahaja Bentang Garis Panduan Dahulu

Jangan Main Buka Sekolah Sahaja Bentang Garis Panduan Dahulu

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 481 hits
KUALA LUMPUR Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengeluarkan perancangan yang lebih terperinci meliputi garis panduan dalam pembukaan sesi persekolahan yang dijangka pada September depan Demikian tegas Angkatan Belia Islam Malaysia...
Jangan Ambil Kesempatan Lengkap 2 Dos Rentas Negeri Daerah Tanpa Tujuan Penting

Jangan Ambil Kesempatan Lengkap 2 Dos Rentas Negeri Daerah Tanpa Tujuan Penting

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 232 hits
Mazli merakamkan gambar kenangan bersama pegawai serta anggota IPD Kota Belud di Kampung Lahanas semasa program Ops Bantu KOTA BELUD Orang ramai diingatkan agar tidak mengambil kesempatan menggunakan alasan lengkap dua dos suntikan vaksinas...
Pembangkang Ada 117 Mp Mahiaddin Tunggu Apa Lagi

Pembangkang Ada 117 Mp Mahiaddin Tunggu Apa Lagi

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 324 hits
Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin dinasihatkan mengaku kalah dengan meletakkan jawatan segera Pengarah Strategi KEADILAN Sim Tze Tzin berkata dengan melanjutkan krisis politik untuk melakukan Undi Percaya sehi...
Alasan Teknikal Pm Mahiaddin Jangan Biadap Kepada Agong Anwar

Alasan Teknikal Pm Mahiaddin Jangan Biadap Kepada Agong Anwar

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 306 hits
Isu memansuhkan Ordinan Darurat tanpa perkenan Yang di Pertuan Agong bukanlah isu teknikal sebagaimana alasan yang dikemukakan oleh menteri kabinet pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Dat...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023