Shafie Afdal Rasa Dia Adalah Penyelesaian Untuk Kebuntuan Calon Pm

Mohd Shafie Apdal percaya pencalonannya untuk menjadi perdana menteri  dari blok pembangkang dibuat sebagai jawapan kepada kebuntuan politik  semasa dihadapi negara ini.
Bagaimanapun kata ketua menteri Sabah  itu, Pakatan Harapan (PH) teragak-agak membuat keputusan dan tidak  bertegas dengan rancangan berkenaan.
“Apabila saya dicadangkan sebagai calon perdana menteri, ia adalah untuk menyelesaikan kebuntuan politik semasa.
“Bagaimanapun, mengikut kenyataan terkini daripda PH, ia jelas menunjukkan mereka tidak dapat membuat keputusan muktamad.
“Saya  percaya saya merupakan penyelesaian kepada kebuntuan semasa tetapi  (kemudian) kita dapat lihat ketidaktentuan. Sekarang kita tidak ada  keputusan, itu memang jelas,” kata Shafie di Dewan Masyarakat Keningau,  Sabah hari ini.
Sebelum ini PH membayangkan mereka mampu mengambil  semula Putrajaya daripada Perikatan Nasional (PN) ketika sokongan ahli  parlimen terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diyakini goyah.
Bagaimanapun  PH gagal mencapai kata sepakat mengenai calon perdana menteri dan  timbalan perdana menteri untuk ditawarkan bagi menarik sokongan ahli  parlimen.
Antara yang dicadangkan ialah gabungan Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim, serta Anwar dan Mukhriz Mahathir.
Ada perbincangan lanjut lagi
Mahathir kemudian mengusulkan nama Mohd Shafie sebagai calon dengan Anwar  - yang juga pengerusi PH - sebagai timbalan.
Pada  6 Julai lalu Majlis Presiden PH memutuskan untuk kekal dengan Anwar  sebagai calon perdana menteri dan pada masa sama ahli parlimen Port  Dickson itu mempunyai mandat penuh untuk meneruskan perbincangan dengan  semua pihak.
Mesyuarat tersebut juga membincangkan cadangan untuk menamakan Shafie sebagai calon perdana menteri.
Kata  Mohd Shafie bukan sesuatu yang terdesak untuk mengangkat seorang  pemimpin dari Sabah untuk menjadi perdana menteri selepas negeri itu  menjadi sebahagian daripada negara ini pada 1963.
Menurut bekas  naib presiden Umno itu lagi, bukan semestinya beliau yang dilantik  menjadi perdana menteri mewakili negeri berkenaan.
Cuma katanya sehingga kini belum ada seorang pun pemimpin Sabah diangkat menjadi perdana menteri.
Dalam  kenyataan sama Mohd Shafie juga membayangkan akan ada perbincangan  lanjut mengenai hal itu di Kuala Lumpur menjelang sidang Dewan Rakyat  pada 13 Julai ini.
MR :  Maka bertambah lagi kebuntuan calon PH
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/shafie-afdal-rasa-dia-adalah.html