Anwar Kena Game Lagi Bila Tun Pilih Shafie Calon Pm


Siti Hafidah


BANGI, 5 Zulkaedah 1441H, Ahad – Tun Dr Mahathir Mohamad musnahkan sekali lagi impian Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila memilih Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (PH)

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya yakin Shafie akan menjadi mangsa kambing hitam Dr Mahathir kerana bekas Perdana Menteri itu tidak akan berpuas hati selagi anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak naik sebagai Perdana Menteri.

Katanya, pencalonan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri 2 menguatkan lagi kemungkinan itu.

“Inilah perancangan dan motif Tun yang sebenarnya. Perkembangan karier politik Anwar pasti akan tamat jika strategi Tun ini berjaya kerana jika Shafie berjaya menjadi Perdana Menteri, mana mungkin beliau akan menjadi Perdana Menteri sementara waktu selama beberapa bulan.

“Paling singkat pun mungkin satu penggal. Jika mahu ditunggu sehingga PRU-16 nantipun mungkin tidak praktikal kerana pada waktu itu Anwar sudah terlalu tua dan kita pun tahu bahawa Anwar tidaklah begitu sihat.

“Anwar perlu membuat keputusan untuk menerima tawaran Tun sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1 atau hanya akan berputih mata kerana DAP dan PAN sudah pasti menyebelahi Tun dalam konflik Mahathir-Anwar ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir mengesahkan beliau bersama PAN, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan DAP mencalonkan Shafie yang juga Presiden Warisan sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Keputusan itu dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan tidak rasmi bersama Shafie; Presiden PAN, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan beberapa Ahli Parlimen lain seperti Anthony Loke, M Kulasegaran, Liew Chin Tong dan Tan Kok Wai dalam satu pertemuan.

Dr Mahathir berkata, mereka turut bersetuju untuk mencadangkan Anwar sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1 manakala Muhriz sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.

Dalam pada itu, Haji Aminuddin mengakui tidak tahu percaturan Dr Mahathir berhubung perkara itu kerana jika berlaku undi tidak percaya pada sidang Parlimen Julai depan, kemungkinan besar Parlimen akan terbubar malah kemungkinan Perikatan Nasional (PN) untuk memenangi pilihanraya umum adalah besar.

“Namun, saya juga mahu memberikan amaran kepada pimpinan PN kerana Tun bukan sebarang strategis dalam pilihanraya umum kerana beliau jarang sekali kalah.

“Malah, Tun telah banyak menumbangkan ‘gergasi-gergasi’ politik yang tidak sehaluan dengannya. Maka, jangan terlalu selesa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kekuatan ‘Perpaduan Ummah’ perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya dan jangan tertipu dengan ‘sentimen bencikan Pakatan Harapan’ semata-mata kerana ia boleh berubah dalam masa yang singkat.

“Ketengahkanlah calon-calon yang berwibawa dan jangan ambil remeh dengan permintaan rakyat yang mahukan calon muslim bertanding di kawasan majoriti muslim.

“Rakyat perlu semarakkan dua agenda utama ini supaya pimpinan parti politik tidak terleka yang akhirnya boleh memakan diri,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/anwar-kena-game-lagi-bila-tun-pilih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shafie Apdal Sebagai Pm Anwar Dan Mukhriz Calon Tpm 1 Dan 2 Tun M

Shafie Apdal Sebagai Pm Anwar Dan Mukhriz Calon Tpm 1 Dan 2 Tun M

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 325 hits
Persetujuan itu dicapai dalam satu pembincangan tidak formal antara Shafie Mohamad Sabu Tan Kok Wai dan Lim Guan Eng kata Tun Mahathir KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa cadangan menamakan...
Dr M Pemimpin Dap Amanah Setuju Shafie Calon Pm Anwar Dan Mukhriz Calon Tpm

Dr M Pemimpin Dap Amanah Setuju Shafie Calon Pm Anwar Dan Mukhriz Calon Tpm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 365 hits
Cadangan agar Presiden Warisan Shafie Apdal menjadi calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan dan sekutunya dapat memperoleh kembali kuasa persekutuan mendapat sokongan pemimpin Amanah DAP dan Warisan kata Dr Mahathir Mohamad Mahathir...
Shafie Sebagai Calon Pm Anwar Naik Angin

Shafie Sebagai Calon Pm Anwar Naik Angin

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 387 hits
Tolak politik tipu helah Hantaran Anwar lepas Shafie dicalon jadi Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa orang ramai untuk menolak helah dan muslihat politik beberapa jam selepas pesaingnya Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Shafie Apdal sebagai ...
Shafie Di Tengah Tengah Ketegangan Anwar Tun M

Shafie Di Tengah Tengah Ketegangan Anwar Tun M

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 210 hits
Spekulasi terbaharu nama Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipilih sebagai calon Perdana Menteri baharu bagi blok PH Plus dinafikan PKR DALAM politik tiada yang kekal kawan dan tiada yang kekal musuh selamanya Untuk sekian lama ...
Tidak Cukup Popular Tun Mahathir Beri Sebab Kenapa Anwar Tidak Layak Jadi Calon Pm

Tidak Cukup Popular Tun Mahathir Beri Sebab Kenapa Anwar Tidak Layak Jadi Calon Pm

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 558 hits
Menurut Perdana Menteri kelapan itu Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tidak popular dalam kalangan orang Melayu selain menyifatkan sokongan tersebut penting untuk mana mana parti menang dalam pilihan raya Tidak cukup popular Dr Mah...
Shafie Apdal Calon Pm Ganti Kekusutan Mahathir Anwar

Shafie Apdal Calon Pm Ganti Kekusutan Mahathir Anwar

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 369 hits
PH dan sekutunya yang digelar sebagai PH Plus mendakwa memiliki sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan dan sebelum ini merancang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Tapi malang perbalahan antara Mahathir dan A...
Anwar Tidak Layak Jadi Calon Pm Ini Jawapan Tun M

Anwar Tidak Layak Jadi Calon Pm Ini Jawapan Tun M

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 374 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa mendedahkan bahawa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi calon Perdana Menteri bagi mewakili kerajaan Pakatan Harapan Menurut Perdana Menteri kelapan itu Anwar ya...
Dap Sabah Tolak Anwar Sebagai Pm Mahu Mp Sabah Gps Sokong Shafie Calon Pm

Dap Sabah Tolak Anwar Sebagai Pm Mahu Mp Sabah Gps Sokong Shafie Calon Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 404 hits
DAP Sabah menyokong cadangan mencalonkan Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai perdana menteri dan mahu semua anggota parlimen Malaysia Timur termasuk GPS melakukan perkara yang sama Katanya perdana menteri dari Malaysia Timur akan memastik...
Tun M Calon Pm Anwar Tpm Video

Tun M Calon Pm Anwar Tpm Video

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 410 hits
Tun M calon PM Anwar TPM The post appeared first on
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel