Calon Pm Shafie Akan Buat Keputusan Tidak Lama Lagi


Bernama Mohd Shafie Apdal PENAMPANG – Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan membuat keputusan dalam tempoh terdekat berhubung cadangan pencalonannya sebagai Perdana Menteri seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.
Mohd Shafie, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata, beliau akan mengumumkan keputusan itu selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk membuat perbincangan bersama pemimpin tertinggi Warisan.
“Saya sangat bersyukur kerana cadangan itu datang daripada Tun Dr Mahathir Mohamad. Itu satu cadangan dan saya perlu menelitinya secara mendalam termasuk mengadakan perbincangan bersama Timbalan Presiden Warisan (Datuk Darell Leiking) dan Ketua Penerangan Warisan (Datuk Dr Yusof Yacob).
“Ini satu cabaran besar untuk saya. Saya melihat ini secara serius. Beri saya sedikit masa (untuk membuat keputusan) dan (ia) tidak mengambil masa lama,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin di sini, hari ini.
Mohd Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan mencalonkan beliau sebagai perdana menteri.
Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi, berkata keputusan memilih Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna itu dicapai sebulat suara dalam satu pertemuan dengan sekutunya (Parti Amanah Negara, Warisan dan DAP) di Rumah Tetamu Sabah dekat sini pada Khamis (25 Jun).
Menurutnya dalam pertemuan itu, mereka juga bersetuju untuk mencadangkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1, dan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri II.
Bagaimanapun, menurut Parti Amanah Negara dan DAP cadangan untuk Mohd Shafie sebagai calon perdana menteri masih perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat Amanah dan DAP serta Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu.
Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, cadangan yang datang daripada Dr Mahathir itu adalah satu penghargaan buatnya sebagai individu dan ahli politik yang turut mempunyai pengalaman cukup luas.
“Saya tidak memintanya (untuk menjadi perdana menteri). Saya telah menyebutkan perlunya saya untuk menguruskan Sabah. Tapi ini (cadangan) satu penghargaan sebagai seorang individu dan ahli politik di negara ini kerana kita pun banyak pengalaman,” katanya.
Mohd Shafie sudah berkecimpung dalam dunia politik lebih 30 tahun selain menjadi ahli Parlimen selama enam penggal dan bertugas di tujuh kementerian di peringkat Persekutuan.
Ditanya mengenai soal kebolehpercayaannya terhadap Dr Mahathir, Mohd Shafie berkata, ia bukan menjadi masalah besar meskipun terdapat beberapa isu membabitkan politik Sabah termasuk kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini.
Mohd Shafie yakin keputusan berkenaan dicapai menerusi perbincangan bersama pemimpin Bersatu pada ketika itu.
Pada 6 April, 2019, Bersatu melebarkan sayap ke Sabah meskipun Dr Mahathir yang pada ketika itu menggalas peranan sebagai Pengerusi Bersatu berjanji untuk tidak bertapak di negeri bawah bayu berkenaan. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/calon-pm-shafie-akan-buat-keputusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Pm Shafie Umum Keputusan Dalam Tempoh Terdekat

Calon Pm Shafie Umum Keputusan Dalam Tempoh Terdekat

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 285 hits
Calon PM Shafie umum keputusan dalam tempoh terdekat Dikemas kini 43 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Jun 2020 2 20PM
Amanah Kata Mahathir Bohong Pasal Shafie Apdal Calon Pm

Amanah Kata Mahathir Bohong Pasal Shafie Apdal Calon Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 480 hits
SHAH ALAM Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus menegaskan kepimpinan parti itu tidak dimaklumkan mengenai sebarang keputusan Amanah terhadap cadangan memilih Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Md S...
Calon Shafie Sebagai Pm Hanya Opsyen Akan Bincang Dalam Mesyuarat Ph Kata Dap Amanah

Calon Shafie Sebagai Pm Hanya Opsyen Akan Bincang Dalam Mesyuarat Ph Kata Dap Amanah

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 473 hits
June 27 2020 7 51 PMDalam kenyataan bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pertemuan pimpinan DAP dan Amanah sebelum ini dengan Dr Mahathir Mohamad merupakan pertemuan tidak rasmi PETALING JAYA Ca...
Dap Sabah Tolak Anwar Sebagai Pm Mahu Mp Sabah Gps Sokong Shafie Calon Pm

Dap Sabah Tolak Anwar Sebagai Pm Mahu Mp Sabah Gps Sokong Shafie Calon Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 494 hits
DAP Sabah menyokong cadangan mencalonkan Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai perdana menteri dan mahu semua anggota parlimen Malaysia Timur termasuk GPS melakukan perkara yang sama Katanya perdana menteri dari Malaysia Timur akan memastik...
Dap Sabah Sokong Shafie Sebagai Calon Pm

Dap Sabah Sokong Shafie Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 411 hits
KOTA KINABALU DAP Sabah hari ini menyuarakan sokongan kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam menamakan Ketua Menteri Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan sekiranya pilihan raya kilat diadakan Dalam satu...
Shafie Apdal Calon Pm Ganti Kekusutan Mahathir Anwar

Shafie Apdal Calon Pm Ganti Kekusutan Mahathir Anwar

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 604 hits
PH dan sekutunya yang digelar sebagai PH Plus mendakwa memiliki sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan dan sebelum ini merancang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Tapi malang perbalahan antara Mahathir dan A...
Saifuddin Belum Ada Keputusan Calon Pm Dari Ph Plus

Saifuddin Belum Ada Keputusan Calon Pm Dari Ph Plus

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 340 hits
Diterbitkan Hari ini 9 21 pmPakatan Harapan dan sekutunya masih belum mencapai kata sepakat mengenai calon perdana menteri mereka Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail berkata perbincangan mengenai perkara itu masih berlangsung di a...
Shafie Sebagai Calon Pm Anwar Naik Angin

Shafie Sebagai Calon Pm Anwar Naik Angin

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 599 hits
Tolak politik tipu helah Hantaran Anwar lepas Shafie dicalon jadi Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa orang ramai untuk menolak helah dan muslihat politik beberapa jam selepas pesaingnya Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Shafie Apdal sebagai ...
Dr M Pemimpin Dap Amanah Setuju Shafie Calon Pm Anwar Dan Mukhriz Calon Tpm

Dr M Pemimpin Dap Amanah Setuju Shafie Calon Pm Anwar Dan Mukhriz Calon Tpm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 593 hits
Cadangan agar Presiden Warisan Shafie Apdal menjadi calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan dan sekutunya dapat memperoleh kembali kuasa persekutuan mendapat sokongan pemimpin Amanah DAP dan Warisan kata Dr Mahathir Mohamad Mahathir...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Hiburan Orang Ketiga Pinned Gambar Anak Anak Isteri Nubhan Luah Rasa Hati Tak Perlu Beria Sangat Wahai Orang Luar