Setitik Susu Mama Medina Tak Rasa Sebulan Kamu Bertahan Akhirnya Pergi Jua


Kegembiraan menyambut orang baru dalam keluarga bertukar sedih apabila anak yang dikandung selama 9 bulan akhirnya dijemput ilahi selepas sebulan dilahirkan. Lagi sedih, selama sebulan dilahirkan, setitik susu ibu tak dapat dirasai anak syurga ini.
Walaupun reda dengan pemergian anak sulung, namun dalam hati hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati pasangan suami isteri ini. Kisah anak syurga yang diberi nama Nur Medina Safiyya ini telah dikongsikan oleh ibunya di Facebook Nabiela Bella.

Al-Fatihah anak syurga mama dan baba
ALFATIHAH. Diberikan kekuatan untuk malam ini untuk bercerita tentang bidadari kecil kami. Allah pinjamkan bidadari kecil dalam rahim mama 9 bulan. Adik aktif sangat dalam rahim mama. Adik kuat sebab sampai perut 9 bulan mama bawak adik naik motor ja dari Baling ke Penang hari-hari sebab kerja. Kereta adik tak sampai lambat sebab covid. Adik kuat dalam rahim mama syg.
Di tahan dalam wad
5/10/2020 pada pukul 11.57 pagi lahir lah NUR MEDINA SAFIYYA ke dunia ini. Mama happy tengok adik sihat. Nurse mintak mama susukan adik tapi mama masih tak dak susu. Tapi nurse cakap biasa la sebab anak sulung. Tak sabar mama tunggu baba ambil kita. Pukul 3 petang sebelum tolak masuk wad doc cakap adik hypo sebab adik ketar. Kurang gula. Adik dimasukkan ke nicu untuk diberi rawatan. Mama masuk wad. Orang lain semua anak di sisi tapi mama berpisah dengan adik.

6/10/2020 mama boleh discharge. Mama tunggu baba datang ambil mama untuk tengok adik. Mama tengok adik dah sihat. Mama tengok anak mama special sebab cuping telinga terbelah. Doc cakap petang adik boleh balik tapi kena tunggu keputusan darah untuk tengok kuning. Mama pun pergi makan. Pukul 4 mama naik untuk ambil adik tapi doc cakap kuning adik tinggi 120. So depa terpaksa tahan adik. Doc sedapkan hati mama. Esok boleh dah balik kalau kuning turun. Mama balik dengan baba dengan harapan esok mama boleh bawak adik balik.
Usus bermasalah, dijangkiti kuman
7/10/2020 bermulalah kisah sedih dalam hidop mama baba. Keesokan hari adik kekurangan darah. Darah putih. So adik kena tambah darah putih tapi still tak boleh balik.
8/10/2020 adik kekurangan darah lagi. Mama pun tak pasti tapi darah pamplet apa tah. So adik masih tak boleh balik dalam masa yang sama usus adik bermasalah. Kata doc dijangkiti kuman. Allahu dugaan yang bertimpa-timpa.

9/10/2020 doc telefon pukul 2 pagi suruh datang hospital sebab oksigen adik menurun. Adik kena tambah darah merah. So diorang perlu darah ibu untuk cari darah sesuai untuk adik. Adik dah start pakai intubet di mulut. Sedihnya hati mama syg.
10/10/2020 doc cakap kamu kritikal syg. Doc cakap usus kamu makin teruk. Perut pun makin bengkak. Adik kena buat pembedahan dengan segera di Hospital Alor Star tapi oksigen adik pun tak elok. Doc takut kamu meninggal dalam ambulans. Dalam masa yang sama kalau tak hantar kamu akan meninggal sebab jangkitan kuman di usus kamu akan merebak ke paru-paru. Allah ..pilihan apa yang mama ada syg. Doc sarankan biarkan adik smpai stabil baru boleh hantar.
“Adik macam nak bagitahu adik sakit”
12/10/2020 doc cakap adik dah tak dak harapan. Kita kena berdoa untuk adik. Allahu hancur berkecai hati mama syg. Mama macam dah nak gila bila dengar macam tu. Mama pergi kat adik mama mintak adik bangun. Mama kocak adik sampai adik bangun. Ya allah keajaiban tuhan adik bgun. Adik tengok mama baba. Adik kuat sangat. Mama mintak adik kuat jangan tinggal mama. Adik macam nak bagitahu yang adik sakit. Mama tahu adik sakit tapi mama tak sanggup kehilangan adik.
13/10/2020 doc call cakap adik stabil. Dah nak hantar adik ke Hopital Alor Star untuk operation. Happynya mama syg. Adik kuat sangat. 14/10/2020 adik selamat operation buang usus adik yang mati tu tapi doc cakap still kena buat operation yang ke-2 untuk betul-betul tengok kuman dah tak dak baru diorang sambung usus tu. Ya adik kuat ja time tu.
17/10/2020 adik selamat operation kali ke-2 untuk sambungkan usus adik. Alhmdulillah adik kuat. Kalau adik dah ok adik dah boleh minum susu. Mama lega dengar syg. Dari hari ke-4 kamu dilahirkn setitik susu belum masuk dalam perut adik. Hari-hari doc call suruh mama pi Hopital Alor Star. Ulang alik mama dari Baling ke Alor Star sebab mama tak boleh ada dengan syg sebab covid. Setiap kali mama pegi mama merayu untuk tengok kamu tapi tak boleh. Hanya kecemasan saja mama boleh tengok adik.
25/10/2020 doc call urgent nak darah mama untuk adik. Hari tu doc bagi kesempatan untuk tengok anak mama. Adik bukak mata happynya mama tapi mama sedih tengok keadaan adik. Tapi mama kuatkan hati mama bukan senang nak jumpa bidadari mama kan.

Ada kuman di paru-paru
1/11/2020 doc call nak darah mama. Mama pergi dekat adik tapi doc tak bagi masuk. Mama merayu syg untuk jumpa kamu. So doc tu hanya bagi tengok sekejap saja. Mama tengok kamu. Kamu dah nampak sihat. Comel ja alhmdulillah.
2/11/2020 doc call suruh mama baba datang hospital sebab adik kritikal. Ada kuman baru dekat paru-paru adik. Mama pun tak tahu dari mana kuman-kuman ni ada. Doc cakap adik makin merosot, adik start pakai oksigen yang tinggi sebab tiba-tiba drop bnyak. Darah adik pun drop. Doc tu bagi mama baba tengok adik. Mama baba baca surah-surah untuk adik Mama baba suruh adik kuat. Adik mema g kuat dalam sakit adik tetap bukak mata untuk mama baba. Mama babatak tahu tu la kali terakhir kita jumpa syg.
4/11/2020 pukul 12 tengahari doc call adik makin merosot. Suruh segera datang hospital. Mama terus call baba suruh balik dari kerja. Ambil cuti, prepare barang untuk tidur sana. Pukul 3 mama bertolak dari Baling. Dalam pukul 3.50 doc call tanya ada di mana. Dia cakap cepat nak amik darah. Anak tengah buat cpr. Menangis mama syg. Mama harap sangat kamu kuat. Mama sampai pukul 5.
Mama baba tak sempat jumpa buat kali terakhir
Kali ni mama rasa lain. Rasa yang adik dak tak dak tapi mama sedapkan hati yang adik tetap ada. Tapi bila mama tengok dekat katil adik ada tirai, machine pun dah off. Ya mama tahu adik dah tinggal mama baba syg. Kaki mama lemah. Mama terduduk syg. Baba papah mama untuk kuatkan diri untuk tengok adik. Doc cakap adik dah tak dak. Dalam pukul 4.15. Mama lambat syg. Mama berulang kali minta maaf dengan kamu sebab mama baba lambat. Mama riba kamu puas-puas. Mama cium kamu puas-puas. Sebulan kamu lahir baru mama riba kamu syg. Setitik susu mama kamu tak minum sebab kena puasa. Sayu hati mama syg. Hati mama sakit sangat tapi mama redha. Adik dah tak rasa sakit.
Kamu dah lama bertahan. 9 bulan dalam perut mama adik kuat. Sebulan kamu berjuang seorang diri lawan sakit tanpa mama baba di sisi. Mama baba puas hati dari awal adik tak dak. Allah berikan kekuatan untuk kami uruskan adik dari mandi sampai ke liang lahad.

4/11/2020 pukul 10.45 malam adik selamat dikebumikan. Specialnya NUR MEDINA SAFIYYA orang tak pernah kenal adik tapi rezeki adik murah. Ramai orang beri sumbangan untuk adik. Ramai orang mendoakn adik. Adik dah pergi dengan tenang. Adik rehat la puas-puas ya. Mama baba sentiasa rindukan adik walaupon perit tapi mama redha syg. Nanti kita jumpa di syurga ya syg. NUR MEDINA SAFIYYA penghuni pertama rahim mama, anak syurga mama baba.
#ALFATIHAH
#NURMEDINASAFIYYABTMOHAMADFIRDAUS
5/10/2020-4/11/2020
#anaksyurgakami
Sumber: Nabiela Bella
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Setitik Susu Mama Medina Tak Rasa”. Sebulan Kamu Bertahan, Akhirnya Pergi Jua appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/setitik-susu-mama-medina-tak-rasa-sebulan-kamu-bertahan-akhirnya-pergi-jua/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aizameen Pergi Jua Dua Minggu Koma Akibat Asma Kronik Masalah Paru Paru Lelaki Ni Dijemput Ilahi

Aizameen Pergi Jua Dua Minggu Koma Akibat Asma Kronik Masalah Paru Paru Lelaki Ni Dijemput Ilahi

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 332 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Kisah tragis keluarga ini menjadi viral selepas seorang saudara memuat naik di media sosial
Bila Hamil Banyak Benda Buat Rasa Resah Tak Selesa Ini Cara Mama Nak Dapat Tidur Lena Masa Mengandung

Bila Hamil Banyak Benda Buat Rasa Resah Tak Selesa Ini Cara Mama Nak Dapat Tidur Lena Masa Mengandung

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 477 hits
Mata dah mengantuk tapi tak boleh nak tidur itulah yang sering menjadi keluhan ibu hamil yang menunggu saat melahirkan Perut yang membesar dan rasa tidak selesa sering mengganggu tidur nyenyak pada malam hari Waktu tidur yang diperlukan ole...
Yang Pahit Manis Jua Akhirnya

Yang Pahit Manis Jua Akhirnya

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 260 hits
Keluar ke supermarket untuk top up groceries siang tadi Masyallah tetiba ramai pulak orang tak pernah2 Ya la kan border Western Aussie dah terbuka sikit2 ala manja2 dan malu2 untuk beberapa penduduk daerah Aussie yg lain maka kelainan mula ...
Tular Kisah Suami Isteri Terpisah Di Icu Aizameen Akhirnya Pergi

Tular Kisah Suami Isteri Terpisah Di Icu Aizameen Akhirnya Pergi

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 260 hits
Ajal maut jodoh dan pertemuan segalanya telah ditentukan olehNya Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan selebihnya takdir yang menentukan segalanya
Bayangkan Anak Anak Kita Pergi Dahulu Dari Kita Peritnya Rasa Kehilangan Peluk Ciumlah Mereka

Bayangkan Anak Anak Kita Pergi Dahulu Dari Kita Peritnya Rasa Kehilangan Peluk Ciumlah Mereka

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 287 hits
Anak bermain sepahkan mainan tidak dengar kata dan membantah cakap ibu adalah lumrah biasa bagi kanak kanak Tidak ada anak anak yang tidak pernah berbuat salah dalam kehidupan hariannya Inilah kehidupan mereka penuh dengan tawa riang tanpa ...
Jodoh Baru Bunga Citra Lestari Akhirnya Luah Rasa Bahagia

Jodoh Baru Bunga Citra Lestari Akhirnya Luah Rasa Bahagia

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 356 hits
Kuala Lumpur Niat penyanyi dan pelakon popular Indonesia Bunga Citra Lestari berkongsi rasa bahagia apabila lagu Menghapus Jejakmu kerjasamanya dengan Ariel Noah dicalonkan dalam Anugerah Muzik Indonesia 2020 disalahertikan pengikutnya di I...
Risau Anak Suka Mengempeng Susahkan Pengasuh Ini Cara Paling Mudah Mama Nak Tinggalkan Anak Tanpa Rasa Risau

Risau Anak Suka Mengempeng Susahkan Pengasuh Ini Cara Paling Mudah Mama Nak Tinggalkan Anak Tanpa Rasa Risau

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 472 hits
Bila habis tempoh berpantang ibu yang berkerja perlu kembali ke pejabat Apa yang membuatkan ibu ibu risau adalah bila keadaan anak yang suka mengempeng Apa yang menjadi kebimbangan adalah bayi anda akan menangis dan keadaan itu akan menyusa...
Akhirnya Khalid Samad Juga Tak Setuju Dengan Kebiasaan Mahathir

Akhirnya Khalid Samad Juga Tak Setuju Dengan Kebiasaan Mahathir

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 223 hits
1 Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung ketidak mampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin negara dalam suasana krisis dewasa ini dilihat sebagai satu kenyataan yang tidak perlu dan tidak membantu sama sekali dalam usaha kembalikan man...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan

Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir