Tahukah anda, setiap ciuman yang diberikan oleh seorang lelaki itu memberi maksud yang berbeza-beza. Kebanyakkan rahsia ini langsung tidak difahami oleh wanita. Ciuman boleh dilakukan pada pelbagai anggota badan, bukan hanya tertumpu pada bibir semata-mata
Foto: socialmettle.comCiuman di belakang tangan wanita membawa tanda si lelaki menghormati anda. Namun ciuman ini jarang dilakukan lelaki kepada pasangan mereka, kerana ciuman ini lazimnya dilakukan oleh anak dan ibu
Foto: lovebondings.comCiuman begini penuh dengan kasih sayang. Ia membawa maksud bahawa betapa kasihnya lelaki terhadap pasangan wanitanya. Saat dahi dikucup, wanita dapat merasakan getaran kasih lelaki kepadanya
Foto: metro.co.ukCiuman pada bibir wanita memberi makna si lelaki sedang menghadiahkan ciuman cinta. Bagi sesetengah lelaki, tidak perlu mengungkap rasa cinta kerana ciuman di bibir wanita yang disayangi itu sudah memadai
Foto: india.comJika suami anda mencium leher atau tengkuk anda, ianya menandakan bahawa dia sangat menghargai seluruh tubuh anda. Bukan hanya atas dasar nafsu semata. Ini menunjukkan bahawa pasangan anda memuja atau menghargai tubuh anda yang cantik dan sangat dicintainya
Foto: wisetoast.comSesekali diberi kejutan oleh si suami yang memeluk anda dari belakang dan mengucup leher pasti membahagiakan. Ia membawa maksud si suami sedang merindui anda dan mahu anda memahami kemahuannya itu|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |