Apa Itu Talasemia Kenapa Kita Kena Buat Ujian Saringan Thalassemia Sebelum Berkahwin



Talasemia adalah sejenis penyakit yang melibatkan penghasilan hemoglobin yang tidak normal atau dalam kuantiti yang tidak mencukupi. Hemoglobin adalah sejenis protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh badan. 
Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan yang boleh diturunkan kepada anak daripada ibu bapa yang membawa gen talasemia. Namun begitu, talasemia bukan penyakit berjangkit dan ia tidak boleh disebarkan kepada individu lain melalui sentuhan fizikal, udara dan air

Terdapat dua jenis penyakit talasemia yang utama, iaitu pembawa gen talasemia (talasemia minor) dan pesakit talasemia (talasemia major). Biasanya pembawa talasemia tidak mempunyai tanda-tanda penyakit dan menjalani kehidupan normal, manakala pesakit talasemia major pula akan mengalami tanda-tanda penyakit dan memerlukan pemindahan darah dan rawatan berterusan seumur hidup. 
Antara tanda-tanda penyakit talasemia major adalah seperti berikut: •    Tumbesaran terbantut •    Pucat (disebabkan oleh anemia) •    Perut membesar disebabkan oleh     pembengkakan hati dan limpa •    Perubahan pembentukan tulang muka, pipi dan rahang yang tidak normal (tanda lewat) •    Jaundis
Rawatan
Pesakit talasemia mungkin mengalami komplikasi yang serius jika tiada rawatan diberikan. Terdapat beberapa jenis rawatan untuk peyakit talasemia major iaitu: 
1.    Transfusi darah Pesakit talasemia major biasanya perlu menjalani transfusi darah secara berterusan pada selang masa yang ditetapkan sepanjang hayatnya. Ini bertujuan untuk mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan seterusnya membolehkan tisu-tisu dalam badan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. 
Namun, pengumpulan zat besi yang berlebihan dalam organ-organ penting di dalam badan boleh berlaku terutamanya dalam kalangan pesakit yang memerlukan transfusi darah berpanjangan. Fungsi organ-organ seperti jantung dan hati boleh terjejas dan ini mungkin mendatangkan kesan yang tidak diingini kepada pesakit. Oleh itu, rawatan penyingkiran zat besi adalah amat penting kepada pesakit talasemia major

2.    Rawatan penyingkiran zat besi  Zat besi berlebihan boleh dikurangkan melalui rawatan penyingkiran zat besi. Ubat ini berfungsi untuk mencegah atau mengurangkan zat besi yang berlebihan dan mengurangkan risiko kerosakkan tisu dan organ pesakit. Ia biasanya diberikan secara suntikan atau oral.  Pematuhan kepada ubat-ubatan dalam rawatan penyingkiran zat besi ini adalah penting bagi mengoptimumkan keberkesanan rawatan yang diterima, meminimumkan kesan sampingan ubat dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup pesakit talasemia. Antara contoh ubat-ubatan yang biasa digunakan dalam penyingkiran zat besi adalah: 
i.    DesferrioxamineDesferrioxamine terdapat dalam bentuk suntikan. Kebiasaannya ubat ini disuntik pada waktu malam bagi membolehkan pesakit menerima rawatan sambil berehat. Masalah penggunaan ubat ini adalah pengendalian ubat yang rumit dan ketidakselesaan. Keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan pesakit gagal untuk mematuhi rawatan yang diberikan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Antara kesan sampingan ubat ini termasuklah cirit-birit, pening, sakit perut, loya dan muntah. 
ii.    DeferasiroxDeferasirox boleh didapati dalam bentuk pil larut air (water dispersible tablet) yang diambil secara oral. Ubat ini diambil semasa perut kosong atau sebelum makan. Ubat ini biasanya digunakan sebagai alternatif kepada pesakit talasemia terutamanya dalam kalangan kanak-kanak bagi menyingkirkan lebihan zat besi dalam badan. Antara kesan sampingan ubat ini yang perlu diambil perhatian termasuklah sakit perut, loya dan muntah serta mata kabur

iii.    Deferiprone Deferiprone adalah ubat yang diambil secara oral. Ubat ini mempunyai kesan penyingkiran besi yang efektif untuk pesakit talasemia dewasa.  
3.    Pemindahan sumsum tulang: Rawatan ini juga dijalankan sekiranya ada penderma yang sesuai dalam kalangan ahli keluarga pesakit

Talasemia ini adalah penyakit genetik yang boleh dicegah. Oleh itu ujian saringan bagi mengesan pembawa talasemia ke atas semua pasangan perlu dilakukan sebelum mereka mendirikan rumah tangga dalam usaha mengawal dan mengurangkan risiko kelahiran bayi dengan penyakit berkenaan

Sebarang maklumat lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call centre – NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2019/06/apa-itu-talasemia-kenapa-kita-kena-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penduduk Bumi Diramal Mencecah 10 9 Bilion Menjelang 2100 Sebelum Menurun Kerana Masalah Kesuburan

Penduduk Bumi Diramal Mencecah 10 9 Bilion Menjelang 2100 Sebelum Menurun Kerana Masalah Kesuburan

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 273 hits
Dianggarkan terdapat 7 7 bilion manusia hidup di muka bumi pada waktu ini China India Amerika Syarikat dan Indonesia adalah empat negara dengan jumlah penduduk tertinggi Ini meletakkan tekanan ke atas sumber semula jadi yang semakin berkura...
Sebelum Menyusu Merengek Dah Susukan Mengamuk Pula Ini Yang Mama Kena Faham

Sebelum Menyusu Merengek Dah Susukan Mengamuk Pula Ini Yang Mama Kena Faham

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 459 hits
Ramai ibu bertanya kenapa baby mengamuk masa nak di susukan Saya direct feed baby Sebelum menyusu dia merengek rengek cari puting ibu Tapi bila saya susukan dia mengamuk ngamuk dulu baru hisap susu Masa menyusu pun dia selalu lepaskan putin...
Kongsi Momen Indah Sebelum Bersalin Cp Juliana Evans Makin Berseri Di Trimester Ketiga

Kongsi Momen Indah Sebelum Bersalin Cp Juliana Evans Makin Berseri Di Trimester Ketiga

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 318 hits
Indahnya meniti hari menanti kehadiran si kecil pelakon dan pengacara cantik Cik Puan Juliana Evans berkongsi momen indah sebelum kelahiran anak pertamanya Juliana telah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaima...
Layan Smartphone Sebelum Tidur Penyebab Masalah Kegemukan

Layan Smartphone Sebelum Tidur Penyebab Masalah Kegemukan

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 510 hits
Ini bukan perkara luar biasa bagi netizen kerana ramai yang akan menggunakan telefon bimbit atau sebarang gejet untuk melayari internet sebelum tidur Namun tahukah anda bahawa ia memberi kesan buruk kepada tubuh badan menjadi lebih gemuk da...
Menggetarkan Jiwa Ini 10 Pesanan Morsi Dalam Pidato Terakhir Sebelum Meninggal Dunia

Menggetarkan Jiwa Ini 10 Pesanan Morsi Dalam Pidato Terakhir Sebelum Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 582 hits
25 minit sebelum rebah Dr Morsi telah menyampaikan pidato yang menggetarkan jiwa ketika perbicaraan terakhir beliau yang disaksikan oleh beberapa wartawan Mesir yang berada di dalam mahkamah tersebut Antara perkara yang disampaikan dalam uc...
Fungsi Presenter Coach Pada Powerpoint Memberikan Saranan Sebelum Anda Melakukan Pembentangan

Fungsi Presenter Coach Pada Powerpoint Memberikan Saranan Sebelum Anda Melakukan Pembentangan

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 184 hits
Ketika di kolej dahulu saya sering dipaksa untuk melakukan pembentangan di hadapan kelas oleh rakan sekumpulan Ia adalah sesuatu yang amat menakutkan tetapi kini saya lihat sebagai latihan yang baik untuk kerjaya Pasti ramai yang mempunyai ...
Sebelum Kongres V Pdip Gelar Konferda Serap Aspirasi Nama Calon Ketum

Sebelum Kongres V Pdip Gelar Konferda Serap Aspirasi Nama Calon Ketum

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 169 hits
Sekretaris Jenderal PDI Perjuangan Hasto Kristiyanto mengatakan sebelum Kongres V PDIP digelar bakal diadakan konferensi cabang dan daerah tingkat kabupaten kota dan provinsi Konferensi cabang itu dimaksudkan untuk menyerap aspirasi nama ca...
Sebelum Bunuh Karyawati Bank Pelaku Mau Ikat Tangan Istri Karena Kesal

Sebelum Bunuh Karyawati Bank Pelaku Mau Ikat Tangan Istri Karena Kesal

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 314 hits
Setelah mengambil tali Dimas masuk ke kosan namun istrinya tidak ada lagi di kamar Dia kemudian pergi ke kamar korban yang jaraknya hanya berselang satu kamar Setelah Dimas mengetuk Santi membuka sedikit pintu kamarnya Pria itu pun menyampa...
Membaca Bismillah Sebelum Mengadakan Hubungan Suami Isteri

Membaca Bismillah Sebelum Mengadakan Hubungan Suami Isteri

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 388 hits
Soalan Apakah hukum seseorang itu membaca lafaz basmalah sebelum mengadakan hubungan suami isteri Jawapan Pembacaan lafaz basmalah dalam melakukan sesuatu perkara adalah antara perkara yang penting dalam ajaran agama Islam Ini dapat dilihat...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding