Setia Hingga Hujung Nyawa Setianya Suami Sehingga Nafas Terakhir Isteri


Ketika kita masih merungut hanya kerana makan lauk yang sama hari-hari, kediaman panas kerana tidak mempunyai penghawa dingin di musim panas terik ingatlah bahawa masih ada insan yang lagi susah dan memerlukan dari kita

Tidak semua orang di muka bumi ini bernasib baik hidup dalam serba mencukupi segalanya. Lebih malang lagi apabila ada juga insan yang sangat daif sehingga tidak mampu untuk membiayai kos menguruskan jenazah ahli keluarga sendiri

Atas sifat keprihatinan sesama manusia yang menyedari hakikat ini, seorang lelaki di Sabah giat menguruskan perkhidmatan van jenazah secara percuma bagi mereka yang tidak berkemampuan. Menurut pemilik akaun Facebook Abam Botak ini setiap jenazah yang diuruskan atau ditolong mempunyai cerita yang tersendiri yang menyayat hati termasuk lah kisah pakcik ini

Kelmarin malam aku menerima panggilan daripada jiran si mati. Katanya, perlukan kain kafan untuk keperluan jirannya yang betul-betul miskin

Aku katakan, boleh. Kain kafan ini memang untuk orang-orang yang memerlukan. Bagi saja saya alamatnya, saya akan datang ke sana sekarang. Kata jirannya, besoklah kau hantar botak. Besok baru kami uruskan. Tanpa bertanya banyak aku pun ia kan sajalah

Keesokan harinya aku pun bergegas ke sana, kedatanganku disambut oleh suami arwah. Terus dia datang memelukku seeratnya. Katanya terima kasih banyak kerana sudi membantunya dan juga arwah isterinya. Air matanya mengalir deras sekali. Aku juga tidak dapat menahan sebak dan turut menangis bersamanya


Sambil menunjuk dapurnya. Dia berkata disitulah akan dimandikan dan ada jiran-jiran kampung yang akan uruskan jenazah isterinya

Hatiku mulai lega, Alhamdulillah segalanya sudah diatur dan tinggal tunggu urusan pengebumian saja. Dalam aku mengelamun sendirian, tiba-tiba suaminya bercakap denganku semula

Kau tengoklah dapurku, apa pun tiada. Gas memasak pun tiada. Tiada apa-apa yang dapat aku berikan kepada kamu sebagai balasan membantuku

Aku tidak membalas kata-katanya. Aku hanya diam dan hiraukan saja. Tapi dalam hatiku, aku menangis. Masih ada lagi insan yang susah dariku

Sambungku, jadi apalah yang pakcik pakai untuk masak dan makan

Jawabnya;
Aku membeli nasi putih di pasar 50sen sajalah. Kalau ada duit lebih dapatlah aku beli lauk untuk dimakan bersama isteriku. Ya, Allah. Mendengar dia cakap begitu. Aku pun bertambah menangis



Arwah ini hanya hidup berdua bersama suaminya, mereka tidak mempunyai anak, saudara mara dan harta untuk dibanggakan

Maknanya siapa yang meninggal awal, yang hiduplah akan uruskan jenazah yang pergi dulu
dan begitulah sebaliknya

Mereka berdua hidup menyewa disebuah bilik kecil dengan kadar bayaran 100ringgit sebulan. Kalau seringgit saja yang mereka ada dalam tangan, maka seringgit sajalah kadar sewa yang akan dibayar kepada tuan rumah. Untung tuan rumah pula tidak memaksa mereka untuk memberikan bayaran penuh kepadanya. Berapa yang ada, begitu sajalah diambilnya

Meskipun mereka hidup susah sebagai pasangan suami isteri. Susah senang mereka tetap hidup bersama

Apa yang membanggakan saya dan menjadi pengajaran kepada saya. Mereka berdua tetap setia hingga ke hujung nyawa. Hari ini banyak kita dengar kes penceraian rumahtangga berlaku kerana masalah kewangan

Namun dua insan ini mampu pertahankan cinta dan rumahtangga mereka sehingga akhir hayat. Meskipun hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. SemogaAllah ampunkan dosa isterinya dan mengganjari isterinya dengan syurganya

Sumber : Facebook Abam Botak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.kelimerah.com/2019/11/setia-hingga-hujung-nyawa-setianya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Setia Hingga Hujung Nyawa Kongsi Susah Senang Hingga Isteri Meninggal Dunia

Suami Setia Hingga Hujung Nyawa Kongsi Susah Senang Hingga Isteri Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 524 hits
Ketika kita masih merungut hanya kerana makan lauk yang sama hari hari kediaman panas kerana tidak mempunyai penghawa dingin di musim panas terik ingatlah bahawa masih ada insan yang lagi susah dan memerlukan dari kita Tidak semua orang di ...
Kisah Sedih Cinta Setia Hingga Hujung Nyawa

Kisah Sedih Cinta Setia Hingga Hujung Nyawa

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 506 hits
Ketika kita masih merungut hanya kerana makan lauk yang sama hari hari kediaman panas kerana tidak mempunyai penghawa dingin di musim panas terik ingatlah bahawa masih ada insan yang lagi susah dan memerlukan dari kita Tidak semua orang di ...
Tak Perlu Suprise Hadiah Bagai Suami Setia Dah Cukup Buat Isteri Bahagia

Tak Perlu Suprise Hadiah Bagai Suami Setia Dah Cukup Buat Isteri Bahagia

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 293 hits
Bukan mudah untuk menggalas tanggung jawab sebagai seorang suami Perkahwinan harus dilindungi anak anak juga perlukan perhatian Paling penting hati isteri tersayang perlu dijaga sebaiknya Suami mempunyai hati yang keras sukar mengungkapkan ...
Bertarung Nyawa Di Icu Selepas Bersalin Kisah Si Isteri Dakwa Ditinggal Suami Ketika Hamil 5 Bulan

Bertarung Nyawa Di Icu Selepas Bersalin Kisah Si Isteri Dakwa Ditinggal Suami Ketika Hamil 5 Bulan

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 604 hits
Dalam pada kita semua isteri yang gembira menimang cahaya mata jangan kita lupa ada sesetengah daripada kita yang tidak bernasib baik Terbaru perkongsian daripada Athif Majidah yang mendakwa seorang isteri ditinggalkan suami selepas baru sa...
Suami Abadikan Sperma Terakhir Dalam Cincin Buat Isteri

Suami Abadikan Sperma Terakhir Dalam Cincin Buat Isteri

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 279 hits
Seorang lelaki menyatakan hasrat yang agak luar biasa kerana mencari tukang emas untuk membantunya membuat cincin vasektomi Lelaki yang tidak dikenali identitinya itu mempunyai lima orang anak sedang sedia untuk menjalani vasektomi pada akh...
Penat Penat Buat Itu Ini Isteri Harapkan Pelukan Suami Terus Hilang Letih

Penat Penat Buat Itu Ini Isteri Harapkan Pelukan Suami Terus Hilang Letih

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 552 hits
Biarpun letih dan stres seorang isteri tidak memerlukan perkara lain melainkan perhatian suami yang dikasihinya Apabila suami memahami dan menjadi pendengar kepada luahan hatinya isteri sudah cukup bahagia Kalau penat boleh berehat mengantu...
Syak Suami Curang Isteri Tikam Wanita Dengan Pemutar Skru Cekik Bayinya Berusia 3 Minggu Sehingga Mati

Syak Suami Curang Isteri Tikam Wanita Dengan Pemutar Skru Cekik Bayinya Berusia 3 Minggu Sehingga Mati

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 487 hits
Seorang bayi perempuan berusia 3 minggu dilaporkan meninggal dunia selepas enam hari dirawat di hospital akibat dicekik Ibu mangsa juga dilaporkan kritikal kerana ditikam menggunakan pemutar skru Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Seni...
Cium Bau Ketiak Suami Jadikan Isteri Awet Muda

Cium Bau Ketiak Suami Jadikan Isteri Awet Muda

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 437 hits
Bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin hanya kira kira 45 sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin Dan hanya tinggal 21 7 sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun...
Bila Handphone Jadi Orang Ketiga Suami Isteri Bercakap Pun Dah Tak Pandang Muka

Bila Handphone Jadi Orang Ketiga Suami Isteri Bercakap Pun Dah Tak Pandang Muka

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 317 hits
Kalau zaman dahulu ketika makan isteri layankan suami Ketika bersembang berdua mata saling menatap wajah pasangan Jauh sungguh dengan zaman sekarang biarpun duduk dekat dekat tetapi mata menatap skrin handphone Walaupun bersembang berdua ta...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm