Bertarung Nyawa Di Icu Selepas Bersalin Kisah Si Isteri Dakwa Ditinggal Suami Ketika Hamil 5 Bulan


Dalam pada kita semua isteri yang gembira menimang cahaya mata, jangan kita lupa ada sesetengah daripada kita yang tidak bernasib baik. Terbaru, perkongsian daripada Athif Majidah yang mendakwa seorang isteri ditinggalkan suami selepas baru sahaja melahirkan anak. Ikuti perkongsian beliau.
Dalam ramai bercerita hal ‘car seat’, ada yang bersetuju dan bermati-matian untuk sebuah car seat, ada yang tidak bersetuju dan tidak berkemampuan.
Saya ada sebuah kisah realiti juga ibrah dari beberapa malam di hospital.
Petang ke lima menjadi penghuni hospital. Saya perasan ada mata yang dari tadi asyik merenung ke arah saya. Saya buat-buat tidak nampak. Makin tajam pula renungannya. Penghuni baru katil yang berhadapan. Orang ‘luar’ dengar kata jururawat yang menempatkannya di situ. Kalau di lihat pada wajah mungkin sekitar 40 an umurnya.
Kelihatan wajahnya seperti menanggung beban berat, ada sehelai baju hospital yang beliau ambil dan letakkan di kepala sejak masuknya waktu melawat tadi, pada awalnya saya tertanya-tanya kenapa begitu gayanya.
Penghuni katil sebelahnya baru sahaja beralih masuk ke labour room. Ada air mineral sudah tinggal sesuku botol kecil di tinggalkan di meja katil itu. Tiba-tiba si dia ini bangun dalam keadaan terhencot-hencot, sambil tangan yang sebelah memegang perut. Di capainya botol air dan di tunjukkan ke arah saya, saya kira beliau mahu minta izin.
Saya menawarkan padanya air mineral yang belum saya buka. Terangguk-angguk beliau menerima, mungkin sebagai tanda ucap terima kasih.
Setelah meneguk air, beliau datang ke katil saya sambil berkata “Semua hilang, kasut hilang, ini tutup kepala tak ada, tak ada apa-apa” tutur beliau sepatah demi sepatah. Puas juga mahu faham patah perkataannya.
Kebetulan saya ada 2 tudung, saya hulurkan sehelai kepadanya. Dan sepasang selipar buat pakai ke bilik air. Apalah sangat membasahkan kasut sendiri, berbanding membiarkan orang baru bersalin berkaki ayam di lantai yang sejuk itu.
Rupanya, beliau bersalin secara pembedahan, dan hari tersebut merupakan hari ke 7 di hospital, baru keluar dari ICU kerana komplikasi selepas bersalin. Bila ditanya mana suami, katanya suami sudah lari tinggalkan ketika kandungan berumur 5 bulan. Hasbunallah..
Anak-anak di rumah ada 6 orang, yang paling besar berumur 12 tahun yang menjaga adik-adik, yang sebelum kecil berumur 1 tahun.
Datang ke hospital hasil ehsan jiran yang ambil peduli. Makan anak-anak pun semua dari jiran.
MasyaAllah. Terdiam saya, mendengar kisah derita sebegini.
Bila ditanya apakah sumber pendapatan beliau? Katanya kerjanya keluar mengutip botol-botol untuk di jual. Menyewa rumah di Tanjung bendahara.
Dan.. Sungguh terkelu bila mendengar anak yang baru di lahirkan itu sedang di usahakan mencari siapa yang mampu menyelesaikan bil-bil hospital dan akan di serahkan hak penjagaan sepenuhnya kepada orang tersebut.
Setakat kelmarin yang saya tahu bilnya sudah mencecah tujuh ribu ringgit. Macam mana saya tahu? Kerana beliau minta jasa baik saya menelefon jirannya untuk datang ke wad bagi membawa segala dokumen yang dia ada.
Banyak kisah realiti seperti ini di sekeliling kita, tetapi kita memilih untuk menyalahkan tanpa menghulurkan bantuan. Anak ramai? Siapa suruh tak merancang. Tak mampu beli car seat? Siapa suruh tak usaha. Bak katanya semua kita sahajalah yang cukup sempurna kerjanya. Orang lain serba tak kena.
Kita lupa pada susun atur ilahi. DIA beri orang miskin supaya yang kaya dapat berbakti. DIA beri orang susah supaya yang senang ada ruang berbudi.
Sumber : Facebook

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/06/bertarung-nyawa-di-icu-selepas-bersalin-kisah-si-isteri-dakwa-ditinggal-suami-ketika-hamil-5-bulan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Tikam Isteri Yang Sedang Hamil 8 Bulan Setengah

Suami Tikam Isteri Yang Sedang Hamil 8 Bulan Setengah

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 1222 hits
GURU yang hamil 37 minggu cedera selepas ditikam suaminya di Putrajaya semalam Dalam kejadian 9 50 pagi itu mangsa berusia 35 tahun terpaksa memandu kenderaannya sendiri dari rumahnya di Presint 9 di sini dalam keadaan cedera bagi mendapat ...
Suami Canang Isteri Hamil Luar Nikah Ketika Majlis Bertandang Rumah Lelaki

Suami Canang Isteri Hamil Luar Nikah Ketika Majlis Bertandang Rumah Lelaki

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 1305 hits
Seorang wanita meluahkan rasa berangnya terhadap suami yang mencanangkan keadaannya yang sedang hamil luar nikah ketika majlis bertandang di rumah lelaki itu Memulakan cerita di Twitter twtmalaywedding wanita yang hanya menggunakan nama sam...
Curhat Sedih Ibu 5 Anak Ditinggal Suami Diambil Pelakor Ini Isi Kisah Viral Layanganputus

Curhat Sedih Ibu 5 Anak Ditinggal Suami Diambil Pelakor Ini Isi Kisah Viral Layanganputus

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 309 hits
Jagat media sosial Facebook dan Instagram dihebohkan dengan tagar layanganputus Ratusan netizen membagikan kisah mengenai perselingkuhan tersebut Kisah tersebut ditulis oleh akun Mommi Asf Namun saat ini tulisan tersebut sudah dihapus namun...
Kesal Dituduh Selingkuh Suami Di Makassar Aniaya Istrinya Yang Hamil 7 Bulan

Kesal Dituduh Selingkuh Suami Di Makassar Aniaya Istrinya Yang Hamil 7 Bulan

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 218 hits
Seorang suami di Makassar Sulsel Zetprianto alias Zet ditangkap polisi karena tega menganiaya istri sendiri yang sedang hamil 7 bulan Pelaku aniaya istrinya karena tak terima dituduh selingkuh dengan wanita lain Saat ini istrinya dalam kead...
Memori Perkahwinan Paling Indah Wanita Diuji Dengan Pemergian Suami Selepas Dua Bulan Bernikah

Memori Perkahwinan Paling Indah Wanita Diuji Dengan Pemergian Suami Selepas Dua Bulan Bernikah

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 556 hits
Sumber Gambar Akaun Instagram Airina RoslanSeorang wanita berkongsi satu cerita sedih menerusi akaun Intagram miliknya Airina Roslan apabila Airina telah kehilangan suami tercinta Muhammad Amirul Ashraf selama lamanya selepas genap 2 bulan ...
Sampai Lari Rumah Suami Dakwa Isteri Ada Masalah Mental Sampai Nampak Benda Mistik

Sampai Lari Rumah Suami Dakwa Isteri Ada Masalah Mental Sampai Nampak Benda Mistik

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 344 hits
Banyak kes kes penceraian berlaku disebabkan oleh ketidak sefahaman antara dua belah pihak Mereka mengambil jalan mudah dengan membuat keputusan untuk bercerai tanpa memikirkan nasib anak anak Menerusi perkongsian Facebook beliau menceritak...
Bukan Mengada Ngada Tapi Sebenarnya Penting Suami Temankan Isteri Check Up Hamil

Bukan Mengada Ngada Tapi Sebenarnya Penting Suami Temankan Isteri Check Up Hamil

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 453 hits
Apabila disahkan hamil rutin wajib setiap bulan ialah menjalani pemeriksaan antenatal Hal ini penting untuk dilakukan kerana dapat memantau tahap kesihatan diri dan bayi yang dikandungi Terdapat doktor yang berpendapat suami patut menemani ...
Baru Suruh Teman Isteri Bersalin Suami Dah Berpinar Sebab Mabuk Darah

Baru Suruh Teman Isteri Bersalin Suami Dah Berpinar Sebab Mabuk Darah

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 345 hits
Detik melahirkan adalah saat yang paling ditunggu tunggu oleh pasangan suami isteri Ketika itu sokongan suami dengan berada di sisi isteri ketika mengharungi kesakitan kontraksi amat diperlukan Jika hospital pilihan anda berdua membenarkan ...
Lihat Hasil Pasangan Suami Isteri Ini Selepas 10 Tahun Usahakan Perniagaan Ayam

Lihat Hasil Pasangan Suami Isteri Ini Selepas 10 Tahun Usahakan Perniagaan Ayam

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 400 hits
Selalu kita dengar ungkapan di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita hebat yang sentiasa memberi sokongan di belakang Kejayaan ini juga sebenarnya hadir dari usaha yang tak putus putus dan tak kenal erti putus asa Untuk kenakan d...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization