Seteruk Macam Mana Sekalipun Bergaduh Suami Isteri Jangan Sesekali Tidur Berasingan Ingat Pesan Ini


“Alamak, merajuk lagi bini aku. Tidur luarlah nampaknya aku malam ni… Aduhai…” Senario ini mungkin boleh dikatakan biasa kita tengok dalam drama Melayu. Tapi hakikatnya, semakin ramai pasangan yang mula tidur berasingan walaupun bukannya sebab bergaduh. Bahkan, laporan The Telegraph mendedahkan bahawa pasangan mula tidur berasingan selepas tempoh 3 tahun setengah berkahwin.
5 SEBAB SUAMI ISTERI JANGAN TIDUR BERASINGAN
Ada yang rasa tak selesa di bilik, lebih suka tengok TV di luar, atau tak tahan dengan dengkuran pasangan. Mungkin anda menganggap bahawa ia adalah perkara kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Namun, ini adalah antara sebab anda harus mempertimbangkannya semula.
1. ANDA AKAN KEHILANGAN MASA PALING BERHARGA BERSAMA
Menurut Psychology Today, waktu sebelum masuk tidur adalah waktu yang kritikal dan mungkin masa yang paling berharga bagi kebanyakan pasangan.
Ini kerana, waktu inilah pasangan akan mula berada dalam mode relaks. Dalam tempoh ini, perbualan yang sihat akan berlaku, kemesraan akan terjalin, dan masalah dapat dibincangkan bersama. ‘Pillow talk’ sebegini walaupun dianggap santai, tapi sebenarnya akan memupuk keintiman, rasa percaya, dan mengekalkan kasih sayang dalam rumah tangga.
2. MEMPENGARUHI ‘MOOD’ HARIAN PADA KEESOKANNYA
Apabila masing-masing buat hal sendiri, mereka cenderung untuk masuk tidur lebih lewat kerana terlalu leka. Bila bangun keesokannya, kebanyakan pasangan akan berasa macam ada sesuatu yang tak kena. Penyelidikan juga membuktikan bahawa ‘mood’ seharian boleh terjejas dan emosi juga boleh terganggu akibat perasaan yang tidak tenteram, terutamanya di kalangan wanita.
3. CENDERUNG BERLAKU SALAH FAHAM
Apabila bermulanya tabiat tidur berasingan ini, pasangan biasanya semakin kurang berkomunikasi. Bayangkan, waktu siang masing-masing sibuk dengan kerja. Bila balik ke rumah, sibuk pula menguruskan anak. Maka, waktu malam sebelum tidur saja merupakan waktu yang ada untuk pasangan.
Jika waktu ini kerap dikorbankan, tiadalah quality time untuk anda berdua. Hari ke hari, rasa makin kurang memahami si dia. Akibatnya, kadar stres dalam akan hubungan semakin menjadi-jadi hingga sekecil-kecil hal pun boleh mengakibatkan pertengkaran hebat.
4. CONTOH YANG TIDAK BAIK KEPADA ANAK-ANAK
Rutin tidur yang baik bukan saja penting kepada anda berdua, tetapi juga kepada anak-anak. Kalau anak-anak terjaga waktu malam dan nampak ibu ayah mereka tidur berasingan, apa pula kata mereka?
Mereka juga mungkin terganggu dengan bunyi bising atau lampu daripada pancaran TV di ruang tamu. Malah, mereka juga boleh terikut-ikut dengan perangai kita. Sedangkan kita tahu bahawa tidur nyenyak adalah amat penting untuk mereka. Semua ini akan memberi kesan kepada perkembangan dan emosi anak-anak apabila mereka besar kelak.
5. RUMAH TANGGA MULA HAMBAR
Barton Goldsmith Ph.D, pula berpendapat faedah tidur sekatil bersama pasangan bukanlah kerana seks semata-mata. Dalam sebuah penelitian, pasangan yang paling gembira dengan hubungan masing-masing adalah mereka yang tidur dalam jarak 1 inci atau kurang, berbanding mereka yang tidur dengan jarak 30 inci antara satu sama lain. Maksudnya, lebih rapat anda ‘berhimpit’, lebih bahagialah hubungan anda!
Sebaliknya apabila masing-masing leka dengan hal sendiri, tak hairanlah hubungan akan menjadi hambar dan dingin. Malah, tak mustahil anda akan mula berfantasi dan mengembangkan perasaan terhadap orang lain.
TEMPAT TIDUR BERSAMA PATUT MENJADI RUANG PALING SELESA
Terbukti, sains dan psikologi juga menyarankan agar semua pasangan mengekalkan tabiat tidur sekatil walaupun hubungan telah lewat usia. Tapi bila dah sekatil, jangan pula asyik dengan gajet masing-masing sampailah lewat malam.
Pandanglah wajah pasangan. Tanyakan tentang hari mereka. Berguraulah. Berpelukanlah. Biarlah tempat tidur bersama menjadi tempat kita untuk kita ‘recharge’ dan berasa lebih gembira – bukan sebaliknya!
Sumber : SirapLimau
Sumber Rujukan:
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2950886/
https://www.psychologytoday.com/blog/joyful-parenting/201603/if-your-partners-in-bed-you-should-be-too
http://www.telegraph.co.uk/news/uknews/9857659/Three-years-six-months-the-moment-married-partners-start-taking-each-other-for-granted.html
http://www.telegraph.co.uk/women/sex/10768902/Happiest-couples-sleep-an-inch-apart.html


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/suami-isteri-bergaduh-jangan-tidur-berasingan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Berat Badan Isteri Berlebihan Jangan Cakap Isteri Pemalas Suami Kena Tahu Itu Antara 5 Tanda Tak Cukup Tidur

Bila Berat Badan Isteri Berlebihan Jangan Cakap Isteri Pemalas Suami Kena Tahu Itu Antara 5 Tanda Tak Cukup Tidur

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 543 hits
Berat badan isteri yang berlebihan selalu dianggap isteri kuat makan dan banyak berehat daripada melakukan sebarang kerja Sebenarnya bukan itu faktornya isteri yang kurang rehat dan tak cukup tidur juga boleh menyebabkan berlakunya perubaha...
Sikap Suami Macam Ni Yang Buat Jadi Musuh Isteri Berubah Sebelum Rumahtangga Barai

Sikap Suami Macam Ni Yang Buat Jadi Musuh Isteri Berubah Sebelum Rumahtangga Barai

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 558 hits
Sikap Suami Macam Ni Yang Buat Jadi Musuh Isteri Berubah Sebelum RumahTangga Barai Percayalah sebab sikap suami pun si dia boleh minta bercerai sebab kadang lelaki tak sedar yang perbuatan mereka dibenci dan perlahan lahan akan jadi musuh i...
Jangan Bercerai Kerana Hal Remeh Temeh Seperti Ini Ini Teguran Khas Buat Suami Isteri Di Luar Sana

Jangan Bercerai Kerana Hal Remeh Temeh Seperti Ini Ini Teguran Khas Buat Suami Isteri Di Luar Sana

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 483 hits
Pagi ini salah satu berita utama ialah kes seorang peguam syarie mempunyai masalah rumahtangga dengan isterinya Beliau telah memfailkan Tuntutan kembali taat Semasa prosiding seperti yang dilaporkan oleh wartawan Bukan sahaja baju dan selua...
Kenapa Rezeki Sempit Ustaz Ebit Lew Pesan Berterima Kasih Pada Isteri Yang Masak Suami Yang Cari Nafkah

Kenapa Rezeki Sempit Ustaz Ebit Lew Pesan Berterima Kasih Pada Isteri Yang Masak Suami Yang Cari Nafkah

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 465 hits
Ustaz Ebit Lew penceramah bebas yang sangat terkenal di media sosial seperti Facebook dan Instagram berkongsi sebuah posting berkenaan rezeki Kenapa rezeki sempit dan asyik tak cukup Di mana silapnya Dalam rumah tangga mungkin kita terlepas...
Tolong Jangan Cakap Bukan Bukan Biarkan Arwah Isteri Saya Pergi Dengan Tenang Suami

Tolong Jangan Cakap Bukan Bukan Biarkan Arwah Isteri Saya Pergi Dengan Tenang Suami

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 610 hits
Keluarga kepada seorang suri rumah yang ditemui lemas di Tasik Taman Bandar Indera Mahkota di sini semalam meminta netizen tidak lagi mengeluarkan kenyataan tidak berasas berhubung kejadian itu Suami kepada wanita itu yang enggan dikenali b...
Anak Bila Nak Tidur Mesti Cari Papa Betul Lah Suami Pelengkap Kekurangan Isteri Ozlynn Puji Johan

Anak Bila Nak Tidur Mesti Cari Papa Betul Lah Suami Pelengkap Kekurangan Isteri Ozlynn Puji Johan

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 899 hits
Ozlynn pelakon popular yang juga isteri kepada Johan Raja Lawak telah berkongsi satu posting di laman instagramnya tentang suami dan anak anaknya Hasil perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ariq 14 Sodiq 9 Haziq 6 Chantiq 4 ...
Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk Peluk Dia Lama Lama Buat Kejutan Dalam Rumahtangga Setiap Hari

Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk Peluk Dia Lama Lama Buat Kejutan Dalam Rumahtangga Setiap Hari

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 704 hits
Suami jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk Peluk dia lama lama Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain lain...
Kami Masih Lagi Suami Isteri Tapi

Kami Masih Lagi Suami Isteri Tapi

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 390 hits
Sehingga kini ramai mempersoalkan status sebenar rumah tangga Tauke dan isteri selepas lafaz talak menerusi Whatsapp baru baru ini Jelas Tauke mereka masih The post appeared first on
Isteri Melenting Lepas Suami Namakan Anak Muhammad Bossku

Isteri Melenting Lepas Suami Namakan Anak Muhammad Bossku

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 731 hits
Korang perasan tak lately ni tagline bossku kemain laku khususnya di media sosial malah dalam komunikasi seharian turut menggunakan perkataan tersebut tak kisahlah tengah bersembang ke on the phone ke atau tengah ber whatsapp Menurut sumber...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Lirik Lagu Ku Siapa Eabidak And Rith Parker

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays

Siti Kasim Berates Holier Than Thou Critic Of Syed Saddiq S Tight Sporting Gear His Affectionate Bass Ship


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Totiq 4 Minggu Akhir Yang Sarat Amanah Dan Refleksi Hamba Allah

Tasik Blausee Yang Menggamit Kenangan Day 7

Mailbox Quota 97 Full Clear Your Cache

Sekadar Celoteh Petronas Buang Pekerja

Sarapan Pagi Best Di Shah Alam Restoran Azira Pilihan Ramai

Trip Hiking Aku Ke Air Terjun Pelangi Sungai Lembing