Sikap Suami Macam Ni Yang Buat Jadi Musuh Isteri Berubah Sebelum Rumahtangga Barai


Sikap Suami Macam Ni Yang Buat Jadi Musuh Isteri. Berubah Sebelum RumahTangga Barai! Percayalah sebab sikap suami pun si dia boleh minta bercerai sebab kadang lelaki tak sedar yang perbuatan mereka dibenci dan perlahan-lahan akan jadi musuh isteri. Kebanyakan suami selalu menyalahkan isteri apabila isteri kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap isteri yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran. Cuba anda semak kalau ada 15 sikap ini dalam diri, anda kenalah ubah. Buang terus pun lagi ok…
1. Suka tunjuk baran
Pantang silap sikit, terus nak maki. Lagi parah, kaki tangan cepat nak tampar atau mencekik leher isteri nak tunjuk dia berkuasa. Kalau dah selalu hadap, wanita akan jadi trauma dan benci dengan lelaki. Tapi ada juga yang sanggup bertahan, terpaksalah berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan!

2. Semua tak boleh Kontrol sudut yang betul tak apa, ini kalau nak keluar dengan kawan-kawan perempuan sesekali pun kena marah. Kalau cakap elok-elok tak apa. Yang tak adil, kalau dia keluar melepak malam-malam sampai ke pagi, isteri tanya lebih terus dicop ‘queen control’. Aduhaaaiii… tolonglah saling memahami dalam dunia masing-masing. Mungkin cemburu, tapi jangan sampai seksa isteri, ya.
3. Buat salah tak minta maaf
Kalau gaduh, wanita selalu dipersalahkan. Kadang marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri nak tunggu isteri pujuk. Sesekali boleh, tapi jangan sampai perempuan merajuk dan keluar ego dia pula.
4. Suka cuci mata
Tak semua tapi ada yang jenis isteri dah cantik, mata masih lagi suka pandang wanita lain. Bayangkan kalau berjalan sebelah dengan anak isteri pun mata sempat ‘cuci mata’ tengok perempuan lain. Eh, ada ke isteri tak kisah bab ini?
5. Cepat mesra dan over
Peramah biar bertempat. Ini ada kes sampai nak tolong hantar ke rumah (dah kahwin), ada lagi pelik yang pantang jumpa wanita cantik terus banyak cakap sampai tak malu minta nombor telefon. Konon nak berkawan. Tak payah nak jadi ‘teman tapi mesra’ sangatlah.
6. Tak sensitif perasaan wanita
Wanita kadang suka merajuk, tapi lelaki kenalah tahu pujuk. Mungkin dah lama berumah tangga jadi ada yang buat tak kisah. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Isteri perlu rasa dirinya disayangi dan dibelai dengan penuh kasih sayang.
7. Lebih pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan perjanjian keluar dengan isteri semata nak menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Ya, ada lelaki terlalu pentingkan kawan-kawan dalam segala hal. Merana juga kalau sampai terabai anak bini.

8. Tidak tahu menghargai Penat isteri memasak, langsung suami tak sentuh. Haruslah sedih, terus hilang semangat wanita nak bahagiakan lelaki. Cubalah ambil hati wanita sikit, walau tak ikhlas.
9. Cakap tengking atau tinggi suara
Ada suara yang macho sekali pun ,tak payah nak tinggikan suara depan orang ramai. Atau mungkin depan mak ayah isteri. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
Kalau isteri meninggikan suara sikit, mulalah kata isteri dah pandai melawan. Tapi kalau dah selalu sangat suami guna nada tinggi, mana wanita tak buat perangai!
10. Asyik bagi alasan dan tipu
Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama-kelamaan akan membuatkan isteri cepat meluat dan benci. Lelaki akan kerap menipu sekiranya dia ada bermain kayu tiga. Oppss…
11. Selekeh dan tak jaga penampilan
Nabi adalah contoh suami yang selalu kemas dan harum. Ingat bahawa Allah SWT Maha indah dan sangat menyukai keindahan. Jadi jagalah penampilan untuk sebahagian dari keimanan.
12. Malas buat kerja
Minta tolong kemas rumah pun macam-macam alasan si dia guna. Habis kalau dah isteri pun bekerja, janganlah pentingkan diri sangat.

13. Kurang bercakap dan bergurau Jangan fikir bila dah kahwin, anda tak perlu tanya khabar. Isteri cepat bosan, jadi cubalah caring lebih untuk jaga perasaan dia. Apa salahnya hantar mesej sekali sehari tanya khabar walau sibuk dengan urusan kerja. Sekarang ni lagi canggih, WhatsApp dan Facebook pun boleh. Dan curilah peluang bergurau senda, bukan kena bayar pun.
14. Tidak bertanggungjawab terhadap anak
Semua nak suruh isteri yang buat, cubalah sesekali dekatkan diri dengan anak. Mendidik biarlah bersama, barulah lengkap. Ini biar je isteri dengan anak-anak. Letihlah emosi wanita kalau asyik diarah itu ini.
15. Berat sebelah
Kadang ada kes mentua tak suka menantu, ya bab inilah suami kena lebih peka. Tak bolehlah dengar sebelah pihak saja, peranan suami lebih berat kalau isteri tak ngam dengan Mak. Dengar saja cerita buruk, suami kena semak dan tidak keruhkan keadaan. Banyakkan doa dan mohon pada Allah, bukan hanya tahu salahkan isteri. Ya, isteri kena mengalah dengan Mak, tapi suami kena cari jalan terbaik untuk maniskan hubungan kekeluargaan.
Baik lelaki atau perempuan, jagalah rumah tangga dengan susunan dan petua hidup yang teratur. Jangan asyik mengarah, sesekali bagi ruang dan peluang kepada pasangan untuk meluah dan berkongsi masalah. Dan ketahuilah lelaki, emosi wanita sangat cepat berubah dan hatinya rapuh. Semua terpulang pada layanan dan kasih sayang anda sebagai suami. In shaa Allah bahagia itu datang.
Sumber: Mingguan Wanita
The post Sikap Suami Macam Ni Yang Buat Jadi Musuh Isteri. Berubah Sebelum RumahTangga Barai! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/sikap-suami-macam-ni-yang-buat-jadi-musuh-isteri-berubah-sebelum-rumahtangga-barai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rezeki Suami Tiba Tiba Mengalir Deras Inilah 10 Sikap Isteri Pembawa Rezeki Melimpah Ruah Kepada Suami

Rezeki Suami Tiba Tiba Mengalir Deras Inilah 10 Sikap Isteri Pembawa Rezeki Melimpah Ruah Kepada Suami

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 2923 hits
Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa sebenarnya rezekinya dengan izin Allah jadi semakin murah malah mengalir deras atas sebab peranan isteri Seorang isteri yang membuat rumah tangga lebih bahagia menuju ke syurga sekaligus menjadi su...
Seteruk Macam Mana Sekalipun Bergaduh Suami Isteri Jangan Sesekali Tidur Berasingan Ingat Pesan Ini

Seteruk Macam Mana Sekalipun Bergaduh Suami Isteri Jangan Sesekali Tidur Berasingan Ingat Pesan Ini

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 1056 hits
Alamak merajuk lagi bini aku Tidur luarlah nampaknya aku malam ni Aduhai Senario ini mungkin boleh dikatakan biasa kita tengok dalam drama Melayu Tapi hakikatnya semakin ramai pasangan yang mula tidur berasingan walaupun bukannya sebab berg...
Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk Peluk Dia Lama Lama Buat Kejutan Dalam Rumahtangga Setiap Hari

Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk Peluk Dia Lama Lama Buat Kejutan Dalam Rumahtangga Setiap Hari

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 617 hits
Suami jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk Peluk dia lama lama Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain lain...
Besarnya Rahmat Jika Suami Isteri Yang Miliki Tiga Orang Anak Perempuan Yang Ramai Tak Tahu Kongsikan Agar Ramai Tahu

Besarnya Rahmat Jika Suami Isteri Yang Miliki Tiga Orang Anak Perempuan Yang Ramai Tak Tahu Kongsikan Agar Ramai Tahu

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 597 hits
Lahir anak pertama perempuan kedua pun perempuan Tentunya ramai pasangan dalam situasi ini menaruh harapan besar agar kelahiran anak ketiga adalah lelaki Namun rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan ada yang dimakbulkan hajat beroleh anak l...
Berang Disuruh Hantar Anak Ke Sekolah Suami Belasah Isteri

Berang Disuruh Hantar Anak Ke Sekolah Suami Belasah Isteri

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 689 hits
Berang disuruh hantar anak ke sekolah suami tergamak menampar menendang dan menumbuk kepala isterinya dalam kejadian 8 Februari 2018 Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 30 pagi di rumah pasangan itu di Gong Badak Kuala Nerus suspek berus...
Suami Isteri Pelengkap

Suami Isteri Pelengkap

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 437 hits
assalamualaikum saya nak kongsi satu cerita saya pernah share di blog ni entry pertama di blog ni bertarikh 20 4 2009 saya share dgn nafas perkataan yg baru 10yearsChallenge Sepasang kekasih bernikah di dalam satu majlis pernikahan dan bers...
17 Perkara Yang Isteri Harus Buat Untuk Menambat Hati Suami Rileks Media

17 Perkara Yang Isteri Harus Buat Untuk Menambat Hati Suami Rileks Media

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 436 hits
Tahun tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling bahagia bagi pasangan suami isteri namun dengan selarinya peredaran waktu kasih sayang yang dirasakan selama ini dirasakan semakin memudar Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak m...
Anak Bila Nak Tidur Mesti Cari Papa Betul Lah Suami Pelengkap Kekurangan Isteri Ozlynn Puji Johan

Anak Bila Nak Tidur Mesti Cari Papa Betul Lah Suami Pelengkap Kekurangan Isteri Ozlynn Puji Johan

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 769 hits
Ozlynn pelakon popular yang juga isteri kepada Johan Raja Lawak telah berkongsi satu posting di laman instagramnya tentang suami dan anak anaknya Hasil perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ariq 14 Sodiq 9 Haziq 6 Chantiq 4 ...
Seronok Dapat Chicken Dinner Dalam Pubg Tapi Anak Dan Isteri Diabaikan Ramai Suami Yang Sentap Dengan Teguran Ini

Seronok Dapat Chicken Dinner Dalam Pubg Tapi Anak Dan Isteri Diabaikan Ramai Suami Yang Sentap Dengan Teguran Ini

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 723 hits
Seronok dapat Chicken Dinner dalam PUBG tapi anak dan isteri diabaikan Ramai suami yang sentap dengan teguran iniSuami Ketagihan GameSaya pernah jadi seperti ini Telefon sentiasa di tangan Masa sentiasa tidak cukup Semua benda atau perkara ...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya