Setelah Setahun Berkuasa Masa Depan Muhyiddin Tergantung Pada Umno


 

PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin bertahan selama setahun berkuasa. Sama ada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya akan bertahan setahun lagi bergantung kepada kerjasamanya dengan Umno, menurut penganalisis politik.
Bridget Welsh dari University of Nottingham Malaysia berkata, kerajaan Muhyiddin bermula dengan kuat, dipuji-puji atas caranya menangani wabak Covid-19 dan ekonomi.
Namun, semuanya berubah selepas pilihan raya Sabah pada Sept 2020 yang mengakibatkan gelombang ketiga jangkitan Covid-19, dengan jumlah jangkitan baharu harian mencecah empat angka, disertai dengan kadar kematian lebih tinggi.
“Kita melihat banyak ketegangan politik daripada dalam pakatan beliau sendiri, dan juga semacam kegagalan menggunakan ‘tempoh bulan madunya’ untuk menangani masalah penjagaan kesihatan dan ekonomi dengan berkesan,” kata Welsh kepada FMT.
Bridget Welsh. Walaupun apa-apa sahaja boleh berlaku memandangkan situasi politik yang tidak stabil ketika ini, Welsh berkata, ada kemungkinan perdana menteri akan berusaha untuk membentuk pakatan lain untuk terus memegang kuasa.
“Fakta bahawa beliau harus mengisytiharkan darurat adalah liabiliti buat beliau dari segi politik, tetapi cabaran terbesar Muhyiddin bukan datangnya daripada Pakatan Harapan (PH). Ia datang daripada Umno,” katanya.
Oh Ei Sun, felo kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, juga berkata bahawa daya maju pakatan semasa yang memerintah “sangat bergantung kepada niat Umno”.
Oh Ei Sun. Kerajaan PN dihujani kritikan sepanjang beberapa bulan lalu, terutamanya atas “tindak balas pentadbirannya yang bercelaru dan terburu-buru”.
Oh berkata, sekiranya Umno memutuskan hubungan dengan PPBM, maka kita mungkin akan melihat pakatan kerajaan baharu yang “ditunjangi, malah diterajui Umno, seperti yang diinginkannya sepanjang setahun yang lalu”.
Beliau berkata, Umno dan PAS memperoleh lebih daripada 75% undi orang Melayu, jadi mereka mempunyai asas sokongan yang kuat.
Keputusan mengenai hubungan Umno dengan PPBM dijangka akan dibuat ketika perhimpunan agung tahunan parti itu, yang dijadualkan pada 27-28 Mac.
Walaupun umum menjangka pilihan raya kilat akan diadakan tahun ini, Oh meramalkan sebaliknya kerana PPBM memerlukan lebih masa untuk “meraih sokongan”.
Azmi Hassan. Bekas ahli akademik Azmi Hassan menambah bahawa faktor besar lain bagi kelangsungan PN adalah pendekatannya dalam “menundukkan” Umno.
Katanya, PPBM harus memikirkan kembali strategi politiknya, setelah ia mengecewakan Umno dengan menyasarkan kerusi milik parti itu pada pilihan raya umum akan datang (PRU15).
“PPBM lebih memerlukan Umno berbanding Umno memerlukannya. Saya melihat Umno tidak akan ada keraguan untuk bergerak solo, jadi PPBM harus lebih banyak berkorban untuk menjamin masa depannya selepas PRU15,” kata Azmi.
Beliau menambah, Muhyiddin dan PPBM harus membuat keputusan yang lebih sukar pada tahun-tahun akan datang, terutamanya kerana mereka sekali lagi akan diperiksa di Parlimen.
The post Setelah setahun berkuasa, masa depan Muhyiddin tergantung pada Umno appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/01/setelah-setahun-berkuasa-masa-depan-muhyiddin-tergantung-pada-umno/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=setelah-setahun-berkuasa-masa-depan-muhyiddin-tergan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Masa Depan Umno Bersatu Perlu Muafakat Rais Yatim

Demi Masa Depan Umno Bersatu Perlu Muafakat Rais Yatim

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 291 hits
Umno dan Bersatu perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu kata tokoh politik veteran Dr Rais Yatim Rais berkata hubungan antara kedua dua parti tidak boleh berpatah arang begitu sahaja selain turut meleta...
Umno Bersatu Perlu Muafakat Demi Masa Depan Kata Rais

Umno Bersatu Perlu Muafakat Demi Masa Depan Kata Rais

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 259 hits
Umno dan Bersatu perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu kata tokoh politik veteran Dr Rais Yatim Rais berkata hubungan antara kedua dua parti tidak boleh berpatah arang begitu sahaja selain turut meleta...
Setelah Setahun Memerintah 20 Soalan Untuk Bersatu Umno Dan Pas

Setelah Setahun Memerintah 20 Soalan Untuk Bersatu Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 288 hits
MALAYSIA DATELINESetelah setahun Bersatu Pas dan juga Umno bergabung dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional penyokong Pakatan Harapan khasnya AMANAH mengemukakan 20 untuk mereka Persoalan ini ditimbulkan kepada mereka kerana gabungan men...
Muhyiddin Terdesak Tawar Umno Jawatan Tpm Tapi Sayang Sudah Terlambat

Muhyiddin Terdesak Tawar Umno Jawatan Tpm Tapi Sayang Sudah Terlambat

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 232 hits
February 20 2021 Jika benar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada pemimpin Umno Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil menyifatkan langkah itu sudah terlambat Isham berkata Muhyiddin sang...
Jawatan Tpm Umno Akan Tergadai Jika Terima Tawaran Muhyiddin

Jawatan Tpm Umno Akan Tergadai Jika Terima Tawaran Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 209 hits
Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil memberi amaran kepada sesiapa yang menerima tawaran Timbalan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dilihat sebagai menggadaikan Umno untuk kepentingan diri sendiri Dalam satu kenyataan I...
Umno Jangan Berlengah Lagi Ambil Peluang Sekarang Ketika Kebencian Sedang Memuncak Terhadap Muhyiddin

Umno Jangan Berlengah Lagi Ambil Peluang Sekarang Ketika Kebencian Sedang Memuncak Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 245 hits
SHAHBUDIN HUSINHakikat bahawa rakyat kini begitu benci dan meluat dengan Muhyiddin Yassin bukanlah rekaan atau andaian semata mata Di mana mana saja suara kebencian dan penolakan itu tidak saja begitu ketara malah tahapnya sudah melebihi ap...
Anak Akan Simpan Dalam Otak Tiba Masa Dia Akan Apply Jaga Kata Kata Perbuatan Depan Anak

Anak Akan Simpan Dalam Otak Tiba Masa Dia Akan Apply Jaga Kata Kata Perbuatan Depan Anak

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 670 hits
Untuk menjadi ibu bapa terbaik mungkin mencabar Namun ia boleh diatasi jika anda mempunyai kemahiran keibubapaan Berikut antara tips keibubapaan yang perlu dimiliki Kemahiran keibubapaan Antara pekerjaan yang paling mencabar di dunia adalah...
Apa Yang Menanti Cryptocurrency Pada Masa Depan Yang Cerah

Apa Yang Menanti Cryptocurrency Pada Masa Depan Yang Cerah

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 184 hits
Oleh kerana lebih banyak pihak berkuasa di seluruh dunia merangkul dunia mata wang maya yang baru sokongan daripada hartawan dan perbandingan mereka dengan emas dan juga wang tunai telah meningkatkan daya tarikan Bitcoin sebagai aset pelabu...
Kerugian Besar Peniaga Dan Penurunan Mendadak Di Pasaran Sebab Akibat Dan Masa Depan Bitcoin Yang Tidak Menentu

Kerugian Besar Peniaga Dan Penurunan Mendadak Di Pasaran Sebab Akibat Dan Masa Depan Bitcoin Yang Tidak Menentu

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 259 hits
Bitcoin membuat kejayaan besar pada Februari 2021 setelah berulang kali menulis semula rekod nilai maksimum Kepentingan pelabur besar pengembangan perisian untuk memperluas kemungkinan cryptocurrency serta publisiti yang meluas di media glo...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias