Anak Akan Simpan Dalam Otak Tiba Masa Dia Akan Apply Jaga Kata Kata Perbuatan Depan Anak


Untuk menjadi ibu bapa terbaik mungkin mencabar. Namun, ia boleh diatasi jika anda mempunyai kemahiran keibubapaan. Berikut antara tips keibubapaan yang perlu dimiliki.

 
Kemahiran keibubapaan
Antara pekerjaan yang paling mencabar di dunia adalah untuk membesarkan anak-anak serta menjadi ibu bapa terbaik buat mereka. Anda boleh mencapai impian tersebut jika terdapat peraturan yang diwujudkan sebagai bantuan ketika membesarkan anak-anak.
Peraturan tersebut yang dilaksanakan dengan ilmu keibubapaan pastinya dapat membantu melahirkan insan bersifat penyayang, bertanggungjawab, mampu berdikari serta mempunyai rasa empati dan hormat.
Sebagai manusia biasa, adakalanya kita tidak lari daripada melakukan kesilapan dalam melaksanakan tugasan sebagai ibu bapa. Itu adalah fitrah kehidupan. Tetapi itu bukan bermakna anda tidak boleh menjadi ibu bapa yang terbaik buat mereka.
Perkara paling penting perlu anda kuasai dalam kemahiran keibubapaan adalah mempunyai kesabaran yang tinggi untuk membesarkan mereka.

Tips keibubapaan untuk menjadi ibu bapa efektif
Membesarkan anak-anak sememangnya memerlukan kesabaran tinggi dan adakalanya anda mungkin akan berasa seperti sudah tidak mampu untuk melakukannya.
Bertenang…
Walau sesukar manapun cabaran perlu ditempuhi, namun dengan kemahiran keibubapaan berikut pastinya dapat membantu memudahkan tugasan anda.
1. Tingkatkan harga diri anak
Dalam ilmu keibubapaan, segala apa yang anda lakukan sama ada melalui tindakan, kata-kata mahupun ekspresi wajah akan mempunyai pengaruh besar dalam peningkatan harga diri mereka.
Pujian yang diberikan walaupun kecil, akan membuatkan mereka berasa bangga.
Membenarkan anak untuk melakukan apa yang diingini dapat menjadikan mereka lebih kuat dan mampu berdikari.
Sebaliknya, tindakan sesetengah ibu bapa yang gemar memperlekehkan atau membandingkan anak dengan adik-beradik atau individu lain, boleh menjejaskan harga diri mereka.
Ini sekali gus membuatkan anak berasa tidak dihargai.
Kemahiran keibubapaan yang penting adalah dengan memastikan kata-kata anda tidak mempunyai unsur negatif. Apatah lagi jika si anak masih kecil.
Jadi berhati-hatilah dalam setiap ungkapan, okay?

2. Konsisten dalam pelaksanaan disiplin
Antara tips keibubapaan yang wajib diamalkan dalam setiap isi rumah adalah disiplin.Ia bukan semata-mata untuk menghukum atau mendenda anak.
Tetapi disiplin berfungsi membantu anak-anak memilih tingkah laku yang dapat diterima dan belajar mengawal diri.
Ya, pada permulaan anda akan berdepan kesukaran untuk mengaplikasikan disiplin dalam kehidupan seharian.
Namun, menetapkan had tertentu membolehkan anak berkembang menjadi individu dewasa yang bertanggungjawab.
Antara contoh peraturan yang boleh anda gunakan seperti larangan menonton televisyen selagi tugasan sekolah tidak disiapkan atau larangan untuk memukul antara adik-beradik.
Paling utama, anda sebagai ibu bapa perlu konsisten dalam melaksanakannya.
3. Ilmu keibubapaan pentingnya masa bersama anak-anak
Bagi ibu bapa yang bekerja, pastinya ada masa tertentu yang anda terlalu sibuk dengan tugasan kerja dan rumah sehingga tidak cukup masa untuk bersama anak-anak.
Antara pilihan penyelesaian yang paling mudah dan biasa dilakukan adalah dengan memberikan anak gajet untuk melekakan mereka.
Tidak dinafikan gajet memberikan manfaat kepada anak. Pun begitu, dalam masa yang sama jika kerap dilakukan ia boleh mewujudkan jurang antara anda dan anak-anak.
Ibu bapa yang sayangkan anak-anak pastinya tidak mahu ia terjadi, bukan?
Jadi tips keibubapaan yang perlu anda cuba adalah meluangkan masa bersama anak-anak.
Ia tidak bermakna anda perlu menghabiskan masa berjam-jam sehingga tergendala segala tugasan harian lain.
Cukuplah sekadar makan bersama, paling tidak pada waktu sarapan pagi dan hidangan waktu malam.
Selain meminta mereka bantu melakukan tugasan rumah bersama seperti menyapu sampah atau melipat pakaian.
Ia bukan sahaja dapat memupuk sifat tanggungjawab dalam diri anak, tetapi dalam masa sama merapatkan hubungan kekeluargaan.
4. Menjadi contoh teladan
Salah satu kemahiran keibubapaan yang lain adalah anda perlu menjadi contoh ikutan yang baik kepada anak-anak. Pernah dengar mengenai ibu bapa adalah cerminan diri anak?
Bagi anak-anak yang masih kecil, apa sahaja yang dilakukan ibu bapanya akan menjadi perhatian dan ikutan mereka.
Sekiranya anda gemar menggunakan kata-kata makian dalam percakapan harian, sebelum melakukannya, fikirkan perkara ini: Adakah anda mahukan anak turut memiliki sikap yang sama?
Bahkan, ada kajian menunjukkan kanak-kanak yang gemar memukul biasanya mempunyai contoh ikutan dengan sikap agresif di rumah.
Jangan pula jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, ya?
Anak diminta bersikap positif, sedangkan diri sendiri sebagai ibu bapa ke laut perangainya.
Tonjolkan dalam diri rasa hormat, kejujuran, toleransi dan sikap tidak mementingkan diri. Ajari anak untuk belajar mengucapkan terima kasih dan maaf.
Walau apa pun sikap dan sifat yang dimahukan wujud pada anak-anak, ia perlu dimulakan oleh ibu bapanya dahulu.
5. Fleksibel & bersedia untuk berubah
Adakalanya bukan semua kemahiran keibubapaan yang diaplikasikan sesuai dengan anak-anak.
Malah mungkin kegagalan itu membuatkan anda terfikir ‘Anda belum cukup layak atau bersedia memikul tanggungjawab bergelar ibu bapa’.
Sabar, jangan mudah mengaku kalah.
Kadang-kala kekecewaan itu mungkin berpunca daripada jangkaan tidak realistik daripada diri anda sendiri.
Mungkin tips keibubapaan yang diamalkan tidak bersesuaian dengan usia anak, maka anda perlu bersedia untuk mengubahnya.
Sebagai contoh, jika anda kerap mengatakan ‘tidak’ pada anak berusia bawah 5 tahun, mungkin anda perlu melakukan perubahan dengan memberi pilihan lain.
Jika kita sendiri sebagai individu dewasa tidak suka apabila keinginan diri ditolak, apatah lagi anak yang masih belajar meneroka.
Seiring dengan peningkatan usia anak, gaya keibubapaan anda juga akan berubah mengikut kesesuaian.
Kemungkinan apa yang sesuai dengan anak sekarang, mungkin tidak lagi dapat memberikan kesan terbaik untuk mereka dalam masa 2 atau 3 tahun akan datang.
Ini bermakna dalam masa mendidik anak, anda juga perlu sentiasa mempelajari ilmu keibubapaan yang sesuai untuk diterapkan dalam keluarga.
Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Anak Akan Simpan Dalam Otak, Tiba Masa Dia Akan ‘Apply’. Jaga Kata-Kata & Perbuatan Depan Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-akan-simpan-dalam-otak-tiba-masa-dia-akan-apply-jaga-kata-kata-perbuatan-depan-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zul Yahya Anti Vaksln Berhentikan Anak Sekolah Demi Masa Depan

Zul Yahya Anti Vaksln Berhentikan Anak Sekolah Demi Masa Depan

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 412 hits
Sebelum ini pernah tular k3s suami selebriti Ina Naim iaitu Suhaimi Saad yang merupakan seorang penolak vaksln tegar dan tidak menghantar anak mereka ke sekolah demi mengejar hal agama
Asyik Kena Kata Tak Pandai Jaga Anak Ibu Jangan Tertekan Elak Dengar Apa Orang Kata

Asyik Kena Kata Tak Pandai Jaga Anak Ibu Jangan Tertekan Elak Dengar Apa Orang Kata

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 379 hits
Mendidik anak kecil bukanlah satu tanggungjawab yang mudah Ada kalanya kita rasa sudah cukup sempurna mendidik dengan cara kita sendiri Namun orang luar yang memandang sebaliknya cuba mengkritik cara didikan kita Jangan tertekan atau down d...
Pernah Cuba Kuruskan Anak Melalui Pembedahan Sharifah Shahira Batalkan Niat Kerana Fikir Masa Depan

Pernah Cuba Kuruskan Anak Melalui Pembedahan Sharifah Shahira Batalkan Niat Kerana Fikir Masa Depan

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 429 hits
Pelakon dan juga penyampai radio Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera mendedahkan bahawa dia pernah berniat untuk 8216 kuruskan 8217 anak sulungnya Allisya Tahir melalui kaedah pembedahan pintasan perut atau Bariatric Surger...
Menurut Penelitian Ini 8 Upaya Yang Bisa Orang Tua Lakukan Agar Anak Sukses Di Masa Depan

Menurut Penelitian Ini 8 Upaya Yang Bisa Orang Tua Lakukan Agar Anak Sukses Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 221 hits
Ternyata faktor penentu anak sukses itu beragam dan ini bisa dimulai dari hal hal sederhana
Rugi Tak Ambil Simpan Gambar Anak Masa Kecil Buat Kenangan Bila Mereka Besar Nanti

Rugi Tak Ambil Simpan Gambar Anak Masa Kecil Buat Kenangan Bila Mereka Besar Nanti

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 504 hits
Mengambil gambar anak tidak salah namun meletakkannya dengan begitu banyak di media sosial bukanlah satu tindakan yang wajar Bimbang dari pelbagai aspek keselamatan anak kecil kita Pun begitu jangan kerana larangan meletakkan gambar ini dim...
Umno Bersatu Perlu Muafakat Demi Masa Depan Kata Rais

Umno Bersatu Perlu Muafakat Demi Masa Depan Kata Rais

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 258 hits
Umno dan Bersatu perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu kata tokoh politik veteran Dr Rais Yatim Rais berkata hubungan antara kedua dua parti tidak boleh berpatah arang begitu sahaja selain turut meleta...
Renunglah Wajah Anak Masa Tidur Datang Rasa Bersalah Maknanya Allah Jentik Hati Kita

Renunglah Wajah Anak Masa Tidur Datang Rasa Bersalah Maknanya Allah Jentik Hati Kita

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 369 hits
Setiap orang ada cara tersendiri mendidik anak Ada yang bertegas ada ibu bapa yang guna pendekatan santai dan tak kurang juga sesekali menggunakan kata kata kasar Tidak kira apa pendekatan ibu bapa guna yang pasti ramai harapkan anak disipl...
Meniru Penting Untuk Anak Terutama Waktu Makan Luangkan Masa Elak Beri Gajet

Meniru Penting Untuk Anak Terutama Waktu Makan Luangkan Masa Elak Beri Gajet

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 381 hits
Tanpa kita sedar waktu makan sebenarnya waktu yang sangat penting terutama dalam perkembangan motor anak anak Setiap suapan sentuhan anak dengan makanan sebenarnya dia sedang belajar bau rasa untuk melatih sensori gerakan lidah sebagai pers...
Buat Sendiri Rak Serbaguna 3 Tingkat Dapat Simpan Mainan Anak Rumah Tak Bersepah

Buat Sendiri Rak Serbaguna 3 Tingkat Dapat Simpan Mainan Anak Rumah Tak Bersepah

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 760 hits
Lepas main tidak kemas Bersepahnya rumah penatlah hari hari ibu je nak kena buat semua ni Ini antara rungutan yang biasa diluahkan oleh ibu yang ada anak kecil dan tengah aktif bermain Dalam tempoh usia anak bawah 5 tahun ke bawah normal ru...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024