Empat Adun Punca Prn Melaka Kini Sah Bersama Pakatan Harapan


agendaily.com18/10/2021
Tular gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu empat orang ADUN Melaka yang menjadi punca krisis politik baru-baru ini.
Pakatan Harapan (PH) menjadi pilihan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan yang menjadi punca berlakunya Pilihan Raya Negeri Melaka dan memberi sokongan sepenuhnya kepada blok pembangkang tersebut.

Semua empat ADUN tersebut hadir dalam pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam ini di sebuah hotel dan memberi komitmen untuk menyertai PH bagi menghadapi PRN Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 20 November nanti.

Ketua kumpulan empat ADUN tersebut, Datuk Seri Idris Haron selepas pertemuan dengan Anwar berkata akan masuk bertanding dalam PRN nanti atas tiket PH dan memberi sokongan penuh kepada gabungan tersebut.

“Saya dan rakan-rakan saya bagai orang mendatang, kami tidak mahu jadi melukut di tepi gantang, masuk tak menambah, keluar tak berkurang.

“Kami faham parti ini sudah ada orang, kami tidak mahu berbicara, kami serahkan nasib kami kepada PH Melaka dalam PRN akan datang,” kata Idris yang juga bekas Ketua Menteri (KM) Melaka.

Tiga lagi bekas ADUN yang hadir adalah Datuk Nor Azman Hassan(Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas).

Pertemuan empat ADUN tersebut dengan Anwar ini adalah kali kedua dan ia dilakukan secara terbuka berbeza dengan pertemuan sebelum ini yang dilakukan secara tidak rasmi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan penamaan calon PRN Melaka pada 8 November manakala undi awal pada 16 November dan hari mengundi 20 November.

Kerajaan Melaka pimpinan KM UMNO Datuk Seri Sulaiman Md Ali jatuh selepas tindakan dua ADUN UMNO bersama dua lagi ADUN menarik sokongan terhadapnya sehingga kehilangan majoriti


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/empat-adun-punca-prn-melaka-kini-sah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Tak Mahu Terburu Buru Menerima Empat Adun Melaka Sertai Mereka

Pakatan Harapan Tak Mahu Terburu Buru Menerima Empat Adun Melaka Sertai Mereka

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 256 hits
KUALA LUMPUR Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali belum menghantar permohonan rasmi untuk menyertai Pakatan Harapan Sehubungan itu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibr...
Empat Bekas Adun Melaka Sah Jumpa Anwar Selepas Tarik Sokongan

Empat Bekas Adun Melaka Sah Jumpa Anwar Selepas Tarik Sokongan

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 276 hits
Oleh FAZLI RADZI October 8 2021Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali 4 Oktober lalu sah telah bertemu Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim Salah s...
Ph Dan Empat Adun Mohon Agong Nasihatkan Tun Ali Rustam Tarik Balik Bubar Dun Melaka

Ph Dan Empat Adun Mohon Agong Nasihatkan Tun Ali Rustam Tarik Balik Bubar Dun Melaka

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Hj Adly Zahari bersama empat Ahli Dewan Undangan Negeri yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sult...
Ph Sahkan Sedia Terima 4 Adun Jadi Punca Krisis Melaka

Ph Sahkan Sedia Terima 4 Adun Jadi Punca Krisis Melaka

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 243 hits
agendaily com7 10 2Pakatan Harapan Pakatan Harapan mengesahkan kesediaan menerima sokongan empat Ahli Dewan Undangan Negeri yang menjadi punca krisis politik di Melaka untuk membentuk satu kerajaan baharu dengan melantik seorang Ketua Mente...
Adun Pkr Akhiri Zaman Duda Kini Sah Bergelar Suami Syahira

Adun Pkr Akhiri Zaman Duda Kini Sah Bergelar Suami Syahira

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 389 hits
October 16 2021 Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi 36 sah bergelar suami kepada pasangannya Syahira Razak 27 selepas diijabkabulkan dalam majlis ringkas di Shah Alam pada Jumaat Perkara itu dimaklumkan Najwan menerusi en...
Prn Melaka Perebutan Kuasa Ph Dan Umno Rakyat Kini Yang Susah

Prn Melaka Perebutan Kuasa Ph Dan Umno Rakyat Kini Yang Susah

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 271 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menggadaikan prinsipnya menolak mereka yang melompat parti Krisis politik Melaka berpunca daripada perebutan kuasa sesama UMNO dan ditambah pula dengan blok pembangkang Pakatan Harapan bersekongko...
Penyelewengan Punca Adun Melaka Melompat

Penyelewengan Punca Adun Melaka Melompat

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 242 hits
Kalau UMNO ini terus mempunyai pemimpin pemimpin seperti yang ada pada hari ini rakus Rakusnya diibaratkan makan itu tangan kanan dan kiri disuapkan ke mulut sambil mata menjeling lagi ke makanan lain di atas meja yakni projek projek ekonom...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Normalisasikan Wanita Tegur Ibu Beri Anak Makanan Belum Dibayar

Dendam Kena Paksa Belajar Pelajar Spm Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa

Malaysia Negara Ke 10 Paling Menakutkan Untuk Memandu

Sajikan Dengan Keaslian Jadikannya Rasa Italian Meraikan Warisan Kulinari Itali Di B I G Publika

Resepi Ayam Kukus Mudah

Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan