Biar Prn Melaka Diadakan Ismail Sabri Jangan Ikut Telunjuk Umno Mahu Ia Ditangguhkan


 
Kalaulah UMNO itu manusia, sah ia kini sedang mengalami kecelaruan jiwa dan perlukan rawatan dengan segera.
Jika sebelum ini ramai yang menyindir kejatuhan kerajaan negeri Melaka sebagai episod pelik kerana “UMNO jatuhkan UMNO”, kepelikan itu rupa-rupanya tidak berakhir begitu saja.
Sebaik DUN Melaka telah dibubarkan berikutan cadangan yang dikemukakan Sulaiman Md Ali diterima oleh Tuan Yang Dipertua Negeri, Tun Ali Rustam, UMNO kini bersungguh-sungguh pula menyarankan agar PRN Melaka tidak diadakan, sebaliknya ditangguhkan.
Penangguhan itu dicadangkan melalui perisytiharan darurat sebagaimana dilakukan di Sarawak, Batu Sapi dan Gerik sebelum ini.
Darurat hanya boleh diisytiharkan oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat yang dikemukakan oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negara atau MKN.
PRN Sarawak perlu diadakan kerana tempoh matang DUN negeri itu telah cukup lima tahun dan PRK Batu Sapi serta Gerik pula disebabkan kematian wakil rakyatnya, maka penangguhan ketiga-tiga pilihanraya itu atas alasan Covid19 sedang menggila tidaklah terlalu menghairankan.
Tetapi berbeza dengan PRN Melaka kerana ia perlu diadakan berikutan UMNO sendiri yang mengemukakan cadangan pembubaran DUNnya setelah Sulaiman hilang sokongan sebagai Ketua Menteri, walaupun hakikatnya disedari bahaya Covid19 masih belum reda.
Jadi, kenapa setelah UMNO sendiri memohon pembubaran DUN, UMNO juga kemudiannya tampil menyarankan agar PRN negeri perlu ditangguhkan?
Tidakkah ini pelik dan menunjukkan UMNO ada kecelaruan jiwa dalam membuat keputusannya?
Jika benar saranan penangguhan itu kerana tidak mahu wabak Covid19 merebak semula dalam masyarakat, kenapa baru sekarang ia disedari?
Mengapa ia tidak difikirkan sebelum mengemukakan cadangan untuk membubarkan DUN kepada Yang Dipertua Negeri Melaka?
UMNO mahu apa sebenarnya di Melaka ini?
Logiknya, berikutan sudah hilang kuasa di Melaka itu, jika ingin berkuasa semula, mestilah perlu ada pilihanraya diadakan.
Namun, di sebalik saranan menangguhkan PRN, Sulaiman yang sudah hilang sokongan itu juga tidak sepatutnya dicadangkan untuk terus mentadbir negeri atas nama kerajaan sementara.
Dalam hal ini, meskipun beberapa pimpinan UMNO seperti Zahid Hamidi, Najib Razak, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan lain-lain telah tampil dengan saranan menangguhkan PRN Melaka itu, Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri dan Pengerusi MKN tidak seharusnya tunduk kepada kemahuan mereka.
Oleh kerana DUN telah diumum dibubarkan, walaupun proses paling munasabah sebenarnya ialah hanya menukar Ketua Menteri, PRN negeri harus diteruskan dengan pengundian mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah tarikh pembubaran pada 4 Oktober.
Yang penting, MKN dan SPR harus menetapkan peraturan dan SOP khusus untuk berkempen dan pengundian dalam PRN Melaka ini.
Jika Ismail Sabri tunduk dengan mengikut saranan beberapa pemimpin UMNO yang mahu PRN ditangguhkan dengan mengisytiharkan darurat, ia bukan saja bermakna beliau tidak ubah seperti Mahiaddin Md Yasin yang mempergunakan darurat untuk kepentingan mengekalkan kuasa, malah lebih menunjukkan Perdana Menteri berada di bawah telunjuk Zahid Hamidi dan juga Najib.
Sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri harus memperlihatkan dirinya bebas daripada pengaruh sesiapa.
Tambahan lagi, urusan PRN Melaka adalah urusan UMNO di bawah Zahid Hamidi dan bukan urusan kerajaan Keluarga Malaysia pimpinannya.
Kalau BN tidak menang pun di Melaka nanti, Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang akan lebih menanggung bebannya dan Ismail Sabri tidak boleh terkait apa-apa dengan kekalahan itu. – ShahbudinHusin 07/10/2021.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/biar-prn-melaka-diadakan-ismail-sabri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Jatuhkan Umno Di Melaka Ini Petanda Buruk Ismail Sabri Di Putrajaya

Umno Jatuhkan Umno Di Melaka Ini Petanda Buruk Ismail Sabri Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 324 hits
Uniknya kejatuhan kerajaan Melaka pimpinan Sulaiman Md Ali semalam berikutan penarikan sokongan 4 Adun ialah kerana ia merupakan kerajaan UMNO yang dijatuhkan oleh Adun UMNO sendiri Tidak seperti bagaimana kerajaan lain dijatuhkan misalnya ...
Setelah Rentas Negeri Sudah Dibuka Tidak Logik Lagi Ismail Sabri Mahu Daruratkan Prn Melaka

Setelah Rentas Negeri Sudah Dibuka Tidak Logik Lagi Ismail Sabri Mahu Daruratkan Prn Melaka

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 554 hits
Sama ada PRN Melaka akan diadakan atau tidak semuanya masih lagi menjadi tanda tanya dan tiada jawapan yang pasti Mengikut rentetan yang berlaku meskipun DUN Melaka telah dibubarkan tetapi timbul pula desakan agar PRN Melaka didaruratkan be...
Prn Melaka Kerjasama Pn Atau Bertanding Sendirian Umno Buat Keputusan 14 Oktober

Prn Melaka Kerjasama Pn Atau Bertanding Sendirian Umno Buat Keputusan 14 Oktober

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 330 hits
KUALA LUMPUR UMNO akan membuat keputusan sama ada akan bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan Perikatan Nasional pada pilihan raya negeri Melaka pada 14 Oktober ini kata Setiausaha Agungnya Datuk Ahmad Maslan Katanya perkara it...
Menjelang Prn Melaka Pas Pernah Khianat Bersatu Memang Mahu Kuburkan Umno

Menjelang Prn Melaka Pas Pernah Khianat Bersatu Memang Mahu Kuburkan Umno

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 263 hits
SHAHBUDIN HUSINMalam ini akan berlangsung mesyuarat MT Umno yang antara lain akan membuat ketetapan berhubung kerjasama parti itu dengan Bersatu dan Pas dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang dijangka diadakan tidak lama lagi Sementara Bersa...
Prn Melaka Mohamad Akui Umno Bimbang Dengan Kemarahan Rakyat

Prn Melaka Mohamad Akui Umno Bimbang Dengan Kemarahan Rakyat

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 294 hits
agendaily com8 10 2021Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan gesa Ahli MT dan MP UMNO menyokong Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Kemarahan rakyat terhadap tindakan UMNO yang kemaruk kuasa dan lebih berminat menjatuhkan keraja...
Ismail Sabri Lebih Wajib Jangan Buat2 Lupa Kes Kematian Adib

Ismail Sabri Lebih Wajib Jangan Buat2 Lupa Kes Kematian Adib

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 365 hits
Secara tiba tiba kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam tragedi rusuhan kuil di Subang yang masih belum terungkai muncul kembali menjadi perbualan dalam sehari dua ini Ia susulan kenyataan Zuraida Kamaruddin Menteri Peru...
Prn Melaka Jangan Jadi Macam Sabah Kata A Kadir

Prn Melaka Jangan Jadi Macam Sabah Kata A Kadir

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 300 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONSelepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka menarik sokongan dari kerajaan negeri DUN diumumkan bubar hari ini dan bakal memberi laluan kepada pilihan raya negeri mengejut Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin membe...
Umno Perlu Tanggungjawab Jika Prn Melaka Jejas Kesihatan Awam Kata Pkr

Umno Perlu Tanggungjawab Jika Prn Melaka Jejas Kesihatan Awam Kata Pkr

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 500 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONUmno harus bertanggungjawab jika Pilihan Raya Negeri Melaka menjejaskan kesihatan orang ramai kerana keputusan melaksanakan pilihan raya dalam waktu pandemik Covid 19 ini meletakkan rakyat dalam risiko jangkitan Bahkan...
Gelora Melaka Biar Kerajaan Pusat Tentukan Keputusan Adakan Prn

Gelora Melaka Biar Kerajaan Pusat Tentukan Keputusan Adakan Prn

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 296 hits
Keputusan sama ada perlu diadakan Pilihan Raya Negeri Melaka atau tidak seharusnya diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan pusat untuk menentukannya SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI L...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur