Setelah Muhyiddin Tumbang Kenapa Mahathir Sokong Anwar Sebagai Pm



DR Mahathir Mohamad tidak kisah siapa calon pembangkang bagi jawatan perdana menteri selepas kejatuhan pemerintahan Muhyiddin Yassin dengan syarat beliau dibenarkan mengetuai Majlis Pemulihan Negara (MPN), kata seorang pemimpin pembangkang.
Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin berkata pemimpin Pemuda daripada pembangkang mengadakan mesyuarat dengan ahli Parlimen Langkawi itu sebagai sebahagian daripada inisiatif menyediakan calon tunggal disepakati untuk jawatan perdana menteri.
“Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (pengasas Muda) dan Ketua Pemuda Pejuang Abu Hafiz Salleh Hudin memainkan peranan besar dalam membawa masuk Dr Mahathir.
“Kami mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dan beliau tidak kisah siapa jadi perdana menteri - sama ada Anwar Ibrahim (presiden PKR) atau Shafie Apdal (presiden Warisan) - asalkan beliau (Dr Mahathir) dapat mempimpin MPN,” kata Ulya kepada Malaysian Insight.
Negarawan itu berulang kali membangkitkan hal itu sejak Julai sebagai satu jalan untuk menguruskan pandemik Covid-19 dengan lebih baik, tambahnya.
Ulya berkata tujuan utama Pejuang bersama Pakatan Harapan adalah untuk merealisasikan majlis itu.
“Dr Mahathir berasa tiada masalah siapa yang menjadi PM ... sasaran utamanya adalah untuk menguruskan wabak dengan lebih baik.
“Kami tidak terlibat dalam mencari nombor (sokongan daripada ahli Parlimen). Siapa pun calon PM, beliau perlu mendapatkan nombornya. Kami (Pejuang) akan memberikan SD (akuan bersumpah).”
Dr Mahathir, yang merupakan ketua Pejuang berkata mereka sudah menandatangani SD dengan harapan Anwar mendapat sokongan mencukupi.
Ahli Parlimen Langkawii tu sebelum ini meluahkan keraguannya tentang pemimpin pembangkang itu mengambil alih jawatan perdana menteri.
The Malaysian Insight mengetahui parti daripada pakatan kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini, termasuk Umno telah menyerahkan 114 SD untuk menyokong Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob.
Sumber berkata Pakatan Harapan dan sekutunya mengemukakan 105 SD yang menyokong Anwar.
Pada 21 Ogos, Ismail Sabri dilantik sebagai perdana menteri kesembilan, mengangkat sumpah jawatan di depan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Dalam usaha menyediakan calon yang bersatu, Ulya berkata pemimpin Pemuda berperanan dalam hal ini.
“Kami mengadakan beberapa pertemuan untuk memastikan keputusan diambil untuk menyokong Anwar.
“Jika kami tidak menyokongnya (Anwar), maka keputusan apa pun yang kami buat tidak akan membantu sesiapa pun kecuali Umno, yang kalah dalam pilihan raya lalu dan dicemari rasuah.”
Ulya berkata beberapa pertemuan diadakan dengan kepemimpinan tertinggi dan pertemuan peribadi juga diatur dengan Dr Mahathir.
“Kami terpaksa menjadi perantara dengan pemimpin. Jika kita membiarkannya, maka tidak akan ada barisan hadapan yang bersatu. Untuk mengalahkan lawan, kita harus bersatu.
“Jika Pejuang berkecuali, maka pembangkang tidak akan mempunyai nombor, walaupun hanya empat (ahli Parlimen) yang menyokong. Selebihnya terserah kepada Anwar untuk mendapatkan normbornya.”
Katanya, alasan utama mereka perlu menyatukan kepemimpinan adalah kerana tidak mahu satu lagi kerajaan yang gagal.
“Ini adalah dorongan untuk meyakinkan semua pemimpin untuk menyokong Anwar.”
Keputusan kolektif sokong Anwar
Syed Saddiq berkata itu adalah keputusan kolektif semua pemimpin parti untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar untuk menjadi perdana menteri berikutnya.
Katanya, pemimpin muda dari semua parti juga berperanan merapatkan jurang antara pemimpin pembangkang.
“Terdapat banyak pemimpin muda dari semua parti. Saya, Ulya dan yang lain bertemu dengan semua pemimpin kanan, berusaha merapatkan jurang.
“Kami ingin menyatukan semua orang, mengetepikan perbezaan dan mengutamakan negara kita. Akhirnya, ini adalah usaha bersama oleh semua pihak (untuk menyokong Anwar).”
“Pemimpin muda menyelaraskan pertemuan dengan ahli Parlimen dari Pejuang, Warisan, Muda, PSB (Parti Sarawak Bersatu) untuk bertemu dan menyelesaikan perbezaan kami dan muncul sebagai satu blok.”
Beliau berkata tujuan utama mereka adalah untuk memastikan mandat rakyat akhirnya berjaya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/09/setelah-muhyiddin-tumbang-kenapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Tetap Sokong Ahmad Maslan Sebagai Timbalan Speaker Walau Kluster Mahkamah

Pas Tetap Sokong Ahmad Maslan Sebagai Timbalan Speaker Walau Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 337 hits
Pas memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan untuk dilantik Timbalan Speaker Parlimen baharu pada persidangan Parlimen Isnin ini Naib Presiden Pas Senator Idris Ahmad berkata beliau yakin 18 ahli Parlimen dar...
Tak Cukup Dengan 3 Duta Khas Ismail Sabri Lantik Pula Muhyiddin Sebagai Pengerusi Mpn Bertaraf Menteri

Tak Cukup Dengan 3 Duta Khas Ismail Sabri Lantik Pula Muhyiddin Sebagai Pengerusi Mpn Bertaraf Menteri

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 333 hits
September 4 2021 Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September lalu...
Kalau Anwar Sokong Kluster Mahkamah Gps Dah Lama Jd Pm 9

Kalau Anwar Sokong Kluster Mahkamah Gps Dah Lama Jd Pm 9

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 440 hits
Pasca pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Pakatan Harapan sewajarnya tidak perlu lagi melayan politik picisan pergolakan dalam kerajaan BN Perikatan Nasional Sebaliknya menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul K...
Panas Muhyiddin Punca Maszlee Dipecat Sebagai Menteri Pendidikan Dahulu

Panas Muhyiddin Punca Maszlee Dipecat Sebagai Menteri Pendidikan Dahulu

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 357 hits
September 5 2021 Presiden Parti Bersatu Marah Tamatkan Kontrak 1BestariiNet Punca Dr Maszlee Diminta Menyerahkan Balik Jawatan Menteri Pendidikan Seperti orang lain saya juga tertanya tanya apakah sebab Tun Mahathir mengarahkan Dr Maszlee m...
Muhyiddin Kembali Sebagai Pengerusi Mpn Warganet Luah Rasa Bimbang

Muhyiddin Kembali Sebagai Pengerusi Mpn Warganet Luah Rasa Bimbang

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 327 hits
Pengguna media sosial anggap pelantikan Muhyiddin Yassin itu petanda beliau kembali dalam urusan tampuk kerajaan PKR Juga kecewa anggap pelantikan Muhyiddin cubaan pertahankan legasinya KUALA LUMPUR Warganet memberi pelbagai reaksi terhadap...
Tumbang Lagi Mkt Umno Tidak Mahu Azmin Tpm Muhyiddin Bakal Tarik S

Tumbang Lagi Mkt Umno Tidak Mahu Azmin Tpm Muhyiddin Bakal Tarik S

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 322 hits
Cabaran besar pembentukan kabinet Ismail sabri sedang menanti MKT UMNO menolak perlantikan Azmin ali sebagai Timbalan perdan menteri Azmin dan Muhyiddin bakal menarik sokongan jika ismail sabri tidak turuti Kerajaan baru UMNO bakal tumbang ...
Muhyiddin Instead Of Mahathir Appointed National Recovery Council Chairman

Muhyiddin Instead Of Mahathir Appointed National Recovery Council Chairman

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 262 hits
Muhyiddin Yassin has been appointed the chairman of the National Recovery Council the post that Tun Dr Mahathir wanted Former prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has been appointed as chairman of the National Recovery Council Chief Secr...
Kajian Ukm Dapati 92 Tak Sokong Muhyiddin Letak Jawatan

Kajian Ukm Dapati 92 Tak Sokong Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 204 hits
AGENDA DAILY Tan Sri Muhyiddin Yassin Majoriti 92 peratus responden tidak bersetuju dengan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri baru baru ini yang kononnya dapat menstabilkan keadaan politik negara kata kajian yang di...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Destinasi Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Semasa Ke Kelantan

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025