Panas Muhyiddin Punca Maszlee Dipecat Sebagai Menteri Pendidikan Dahulu


 



September 5, 2021 Presiden Parti Bersatu Marah Tamatkan Kontrak 1BestariiNet Punca Dr Maszlee Diminta Menyerahkan Balik Jawatan Menteri Pendidikan!
Seperti orang lain, saya juga tertanya-tanya apakah sebab Tun Mahathir mengarahkan Dr Maszlee menyerah balik jawatan Menteri Pendidikan? Sedangkan, secara am, ramai penganalisis dan netizen menilainya cemerlang terutama dari segi idea-idea baru dan model transformasi pendidikan yang praktikal yang beliau utarakan dan sebahagian telah diusahakan dalam tempoh yang singkat.
Saya mencari jawapannya dalam dalam buku terbaru Dr Maszlee Malik, “Memori Bukan Memoir”. Seperti yang diduga, beliau hilang jawatan kerana menyentuh kroni. Nampaknya, KRONI – PROJEK MEGA berpisah tiada, apatah lagi jika memimpin sektor awam yang menjadi lubuk emas.
Bagai cacing kepanasan dek matahari bila kroni dijentik. Membangunkan sektor awam yang bermaruah dan rakyat “driven” tetap cabaran besar bagi Malaysia walau sudah 64 tahun merdeka.
Saya seru kepada rakyat Malaysia, sempena bulan kemerdekaan, mari kita terus beri sokongan padu kepada anak-anak Malaysia yang membawa politik nilai dan integriti, tidak kira siapapun mereka.
Sebaliknya, bersama kita humbangkan ahli politik yang tidak setia kepada ibu pertiwi, pengamal dan penyokong rasuah dalam apa bentuk pun, menjadi mata rantai kepada amalan kronisme dari zaman ke zaman, tanpa rasa insaf. Tidak kira mereka berada di belah politik yang mana, kita tolak pengamal politik toksik ini.
Dalam buku “Memori Bukan Memoir” bab “1BestariNet dan KPM, Apakah yang Berlaku?” antara lain Dr Maszlee mendedahkan:
“Saya sering ditanyakan apakah permintaan PM ke-7 untuk saya memulangkan jawatan saya kepada beliau adalah disebabkan oleh isu 1BestariNet, atau lebih khusus kontrak YTL Communications Sdn Bhd (YTLC) dengan KPM yang penuh kontroversi”.
“Saya tidak boleh mengatakan hal ini satu-satunya sebab namun boleh saya katakan hal
ini merupakan antara sebab mengapa Perdana Menteri (PM) meminta saya berbuat demikian, dan menurut beliau, atas permintaan Presiden Parti Bersatu ketika itu”.
“Sebanyak lima kali saya telah dipanggil oleh PM pada ketika itu untuk bertemu beliau di pejabatnya untuk berbincang isu ini. Malah saya juga telah hadir sebanyak dua kali dengan pimpinan tertinggi KPM untuk menerangkan kepada beliau perihal keputusan yang dibut oleh KPM”.
“Dalam mesyuarat terakhir bersama beliau, saya ingat lagi, beliau mengatakan, “Presiden Bersatu amat marah dengan anda kerana isu ini.”, tidak lama selepas itu saya menerima kiriman e-mel daripada beliau yang meminta saya memulangkan jawatan yang diamanahkan kepada saya pada Jun 2018 kepada beliau semula”.
“Apa yang penting, umum ingin mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dengan 1 BestariNet dan KPM. Perkara yang saya akan bentangkan dalam artikel ini bukan sesuatu yang sulit. Ia merupakan fakta yang diketahui oleh kebanyakan warga KPM, pernah didedahkan oleh media tetapi tidak disensasikan seperti isu kasut hitam dan jawi, walaupun pihak KPM telah menyerahkan kepada media terutamanya, dalam bentuk jawapan-jawapan oleh KSU KPM pada ketika itu”.
“Kontrak mega jangka masa panjang untuk membekalkan internet ke sekolah-sekolah di bawah KPM ini telah menjadi tajuk penuh kontroversi sewaktu pemerintahan Barisan Nasional. Berkali-kali isu ini dibawa ke Parlimen oleh pihak pembangkang.
“Dalam kalangan guru pula, ia sering dikritik kerana bekalan internet yang dimonopoli oleh sebuah syarikat ini lembap, tidak memuaskan dan membebankan para guru”.
“Sebagai seorang yang menggalas amanah berdasarkan sumpah setia yang telah diucapkan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ketika pelantikan sebagai anggota kabinet, saya tekad untuk meletakkan kepentingan rakyat dan negara mendahului kepentingan mana-mana pihak mahupun individu.
“Keputusan KPM ialah keputusan profesional berteraskan fakta, hujah dan perundangan. Saya yakin dengan bayaran yang terlalu mahal yang akan saya hadapi dengan prinsip dan keputusan ini. Ia ujian kecil atas pengorbanan saya semenjak hari pertama lagi saya membuat keputusan untuk terlibat dengan politik”.
Demikian beberapa petikan daripada bab “1BestariNet dan KPM, Apakah yang Berlaku?”. Syabas Dr Maszlee. Satu pendedahan yang berani dan berasaskan prinsip. Rumusan awal yang saya boleh buat adalah:
1. Pertarungan antara kepentingan rakyat dan kroni adalah real di Malaysia. Seringkali ia memenangkan kroni walaupun oleh ahli politik yang sering menjual, “rakyat diutamakan”. Memerdekakan tanah daripada penjajah sudah selesai. Namun memerdekakan jiwa kita daripada keburukan dan penghalang kecemerlangannya, termasuk rasuah, kronisme, perkauman sempit dan ketidakeadilan sosial adalah cabaran paling kritikal bagi Malaysia hari ini.
2. Seperti ditulis Dr Maszlee, apa yang terjadi dalam 1BestariNet diketahui oleh warga KPM. Namun urus tadbir baik tidak hanya boleh ditegakkan oleh pegawai awam sahaja. Tetapi, ia memerlukan sokongan “political will” daripada PM dan jamaah Menteri yang benar-benar berintegriti dan kompeten. Sebab itulah, Islam mensyaratakn sifat al-Amin (amanah) dan qawi (kompeten) untuk calon pemimpin.
3. Masyarakat perlu berhati-hati dengan fitnah media kerana media mungkin memiliki maklumat daripada sumber sah seperti daripada KSU, tetapi menyusun atur isu mana yang perlu dibuat liputan adalah wewenang para editor. Ia terletak kepada integriti, iman, pengaruh politik dan kepentingan pengamal media.
4. Membaca buku “Memori bukan Memoir” Dr Maszlee, pada hemat saya, beliau adalah anak Malaysia daripada generasi muda yang memiliki banyak idea yang baru, keupayaan memahami, menganalisis dan membuat sintesis (mengadun) untuk mencetus idea-idea transformasi pendidikan yang baik. Namun ia menuntut kita sama-sama berfikir dengan jiwa yang bebas daripada belenggu politik kepartian ketika mencari idea-idea perubahan untuk Malaysia yang merdeka.
5. Usaha untuk melabel beliau sebagai Menteri Kasut Hitam atau Menteri Tulisan Jawi yang membawa maksud pemikir perkara remeh-temeh, ternyata amat meleset malahan satu manipulasi media yang menuntut orang ramai untuk lebih berhati-hati tatkala agenda pembunuhan karakter dimainkan mensasar sesiapa pun.

Sumber | MHD


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/panas-muhyiddin-punca-maszlee-dipecat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yb Dr Radzi Jidin Dilantik Sebagai Menteri Pendidikan

Yb Dr Radzi Jidin Dilantik Sebagai Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 330 hits
Dato Sri Ismail Sabri Bin Yaakob telah mengumumkan senarai Barisan Kabinet yang akan membantu beliau dalam menerajui pentadbiran Senarai Menteri dan Timbalan Menteri telah pun mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Bagin...
Mohamad Alamin Komited Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Ii

Mohamad Alamin Komited Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Ii

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 333 hits
Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin Kota Kinabalu Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin komited untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II demi pembangunan negara dan rakyat Beliau yang juga Ketua...
Tak Cukup Dengan 3 Duta Khas Ismail Sabri Lantik Pula Muhyiddin Sebagai Pengerusi Mpn Bertaraf Menteri

Tak Cukup Dengan 3 Duta Khas Ismail Sabri Lantik Pula Muhyiddin Sebagai Pengerusi Mpn Bertaraf Menteri

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 259 hits
September 4 2021 Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September lalu...
Maszlee Kaki Pusing Kenapa Masih Jumpa Muhyiddin Semasa Jadi Pm

Maszlee Kaki Pusing Kenapa Masih Jumpa Muhyiddin Semasa Jadi Pm

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 140 hits
AGENDA DAILY Ketua Penerangan Armada Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir membidas bekas Menteri Pendidikan itu sudah hilang kredibiliti Dr Maszlee Malik didakwa membuat tuduhan tidak berasas terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi tulisann...
Muhyiddin Pushed For My Resignation Over Ytl Contract Says Maszlee

Muhyiddin Pushed For My Resignation Over Ytl Contract Says Maszlee

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 218 hits
Maszlee Malik said his decision on YTL s controversial contract was one of the reasons why he had to resign as education minister PETALING JAYA Maszlee Malik claims that Muhyiddin Yassin pushed then prime minister Dr Mahathir Mohamad for hi...
Panas Menteri Agama Dikritik Pemimpin Pas Tampil Pertahan

Panas Menteri Agama Dikritik Pemimpin Pas Tampil Pertahan

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 157 hits
September 1 2021 Tindakan Menteri Agama baru YB Senator Ust Idris tidak mahu menjawab isu agama yang melibatkan hukum hakam dan sebaliknya minta rujuk mufti adalah tepat Kerja Menteri Agama bukan jawab soalan soalan yang perlukan orang yang...
Panas Zolkharnain Dakwa Menteri Agama Tak Ada Idea

Panas Zolkharnain Dakwa Menteri Agama Tak Ada Idea

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 237 hits
September 3 2021 Bagi aku kalimah pemantapan jarang diguna dalam polisi pentadbiran negara peringkat tinggi terutama sebuah kementerian Bukan isu salah atau betul tapi istilah itu agak longgar dan leweh Ya aku tahulah lima pemantapan itu ad...
Panas Menteri Agama Kata Beri 5 Hari Sahaja Untuk Buat Perubahan

Panas Menteri Agama Kata Beri 5 Hari Sahaja Untuk Buat Perubahan

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 342 hits
September 1 2021Tular video di media sosial harini berkenaan dengan kenyataan Menteri Agama yang baru dilantik Idris Ahmad dari PAS berkenaan pemerintahan 5 hari Dalam rakaman video tersebut Idris mendabik dada berkata beri 5 hari sahaja ke...
Setelah Muhyiddin Tumbang Kenapa Mahathir Sokong Anwar Sebagai Pm

Setelah Muhyiddin Tumbang Kenapa Mahathir Sokong Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 263 hits
DR Mahathir Mohamad tidak kisah siapa calon pembangkang bagi jawatan perdana menteri selepas kejatuhan pemerintahan Muhyiddin Yassin dengan syarat beliau dibenarkan mengetuai Majlis Pemulihan Negara kata seorang pemimpin pembangkang Ketua P...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega