Kalau Anwar Sokong Kluster Mahkamah Gps Dah Lama Jd Pm 9



Pasca pelantikan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pakatan Harapan (PH) sewajarnya tidak perlu lagi melayan politik picisan pergolakan dalam kerajaan BN-Perikatan Nasional.
Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, kerja utama PH adalah mengukuhkan gabungan dan merancang strategi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang tidak sampai dua tahun daripada sekarang.
“Blok pembangkang, khususnya PH tidak perlu jadi budak nakal di dalam Parlimen ataupun di luar mengganggu dan menggugat tak tentu hala PM yang baru dilantik ini.
“Biarkan Ismail Sabri menguruskan pentadbiran negara. Jika Ismail Sabri menghadapi asakan atau diganyang oleh saingan politiknya dari Bersatu atau lain-lain parti dalam payung besar PN-BN, ambil sikap, itu urusan dalam klik pemerintah sekarang. Kalau cerita penglipur lara di sebut, “ Biarkan si Luncai, terjun dengan labu-labunya.”
“Jadi apa yang PH perlu lakukan sekarang selepas terlepas peluang untuk kembali jadi kerajaan? Jawapannya mudah. Tumpukan segala tenaga dan fikiran kepada PRU ke-15 yang akan datang dalam tempoh tak sampai dua tahun lagi,” katanya dalam satu kenyataan.
Tegas Hassan, dalam memperkukuh gabungan pembangkang tidak wajar timbul suara-suara yang mempertikaikan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menurut beliau, pembangkang perlu sedar mereka hanya kekurangan 6 Ahli Parlimen untuk berjaya membentuk kerajaan minggu lalu dan jumlah tersebut bukanlah sesuatu yang sukar untuk diperolehi dalam PRU ke 15.
“Dalam hal ini jangan campak Anwar ke bawah bas selepas gagal persaingan PM ke-9. PH amat memerlukannya untuk menjadi komander dalam menghadapi PRU akan datang.
“Lupakanlah segala syor dan cadangan supaya Anwar terlibat dalam kerajaan perpaduan ataupun kerjasama bi-partisan. Kalau PH yang memimpin kerajaan, mungkin idea kerajaan perpaduan atau kerjasama bi-partisan itu masuk akal dan berfaedah. Tetapi kalau PH ibarat melukut di tepi gantang, yang tak dijemput, tak diundang, jangan sampai hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
“PH bukan satu jenama yang koyak dan kalah. PH adalah jenama politik untuk masa depan. Harapan hanya kurang 6 undi sokongan untuk mendapatkan majoriti membentuk Kerajaan Persekutuan. Itu tak susah diperolehi di dalam PRU akan datang,” katanya.
Mengakui beliau beberapa kali pernah berbeza pendapat dengan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar dan pernah tidak mengikuti arahan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, namun katanya beliau tidak sampai ke tahap sanggup meminta Anwar berundur daripada memimpin PH.
“Dalam keadaan sekarang, minta maaf saya cakap, janganlah ada kawan-kawan dalam PH yang suruh Anwar letak jawatan. Saya dengar ada cadangan minta PH pilih pemimpin lain. Mereka berhujah kononnya, Anwar sudah tak diperlukan lagi. Ini semua “nonsense”. Cakap-cakap seperti itu datang dari Deep State, dari musuh yang memang hendak menghancurkan PH dan Anwar Ibrahim terutamanya.
“Anwar sudah jadi Perdana Menteri hari ini jika dia tunduk terhadap tututan Kluster Mahkamah dari Umno. Anwar tidak berkompromi. “Rule of law” atau kedaulatan undang-undang mesti dipelihara, dijunjung dan dihormati. Perjalanan proses keadilan tidak boleh dicemar. Itu sikap Anwar. Apa yang Anwar buat itu betul. Dalam keadaan krisis rebut kuasa, Anwar lulus dalam ujian. Dia tidak gila kuasa, tetap mempertahankan idealisme reformasi yang diketuainya lebih 23 tahun lalu, bukannya kilauan jawatan dan keberahian kuasa Perdana Menteri diutamakan. Anwar memilih kepentingan rakyat dan negara pada jangka panjang
“Anwar juga sudah ada di Pejabat PM hari ini kalau dia menanggih sedekah dari GPS di Sarawak dan tunduk terhadap tekanan dengan berjanji jawatan itu dan ini. Anwar tidak tergoda untuk meraih sokongan seperti pengemis politik. Pengerusi PH dan Presiden KEADILAN ini ada maruah, ada integriti. Dia tetap tenang dan tawakal,” katanya.
Hassan mengingatkan rakan sekutu mengenai peristiwa terpenjaranya Anwar buat kali kedua akibat fitnah pada 2015 yang menyebabkan Pakatan Rakyat ketika itu dengan mudah dihancurkan oleh BN secara memujuk Pas menginggalkan gabungan.
Katanya, akaibat yang samaakan berlaku jika Anwar disingkirkan kali ini
“Usah Anwar cuba dipinggirkan. Bayangkan senario yang pernah terjadi. Selepas PRU-13, Anwar dihumban oleh regim Umno-BN Najib ke penjara. Pakatan Rakyat pecah dan hancur.
“Jangan lupa, orang yang bernama Anwar inilah yang bangun dan muncul kembali dari dalam penjara membina semula perpaduan parti-parti pembangkang sehingga PH berjaya menumbangkan Umno-BN dan Najib dalam PRU Mei 2018 lalu.
“Jadi kepada Anwar, saya berharap supaya tenang dan fokus. Ini tugas sejarah anda untuk memimpin rakyat menghadapi PRU ke-15 akan datang supaya kita dapatkan semula mandat rakyat dan bangunkan sebuah negara moden yang progresif, yang adil dan demokratik.
“Sebuah kerajaan rakyat untuk rakyat, semua kamu dan agama dengan berasaskan dasar keadilan untuk semua,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32903

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolak Kluster Mahkamah Anwar Dan Shafie Pilihan Utama Pejuang

Tolak Kluster Mahkamah Anwar Dan Shafie Pilihan Utama Pejuang

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 200 hits
Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dan Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal merupakan pilihan Parti Pejuang Tanah Air untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri kesembilan Pada masa sama kata Presiden...
Kabinet Lebih Kecil Kluster Mahkamah Tidak Dilibatkan

Kabinet Lebih Kecil Kluster Mahkamah Tidak Dilibatkan

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 348 hits
inforakyat netKabinet lebih kecil kluster mahkamah tidak dilibatkan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa lantikan Kabinet baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu dibuat dalam jumlah...
Anwar Berjaya Runding Dengan Warisan Tunggu Persetujuan Kem Zahid Sokong

Anwar Berjaya Runding Dengan Warisan Tunggu Persetujuan Kem Zahid Sokong

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 248 hits
agendadaily com17 8 2021Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menunggu keputusan 15 Ahli Parlimen UMNO dalam kem Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Datuk Seri Anwar Ibrahim difahamkan sudah berjaya dalam rundingan politik dengan Parti W...
Shafie Apdal Semua Mp Warisan Sokong Pencalonan Anwar

Shafie Apdal Semua Mp Warisan Sokong Pencalonan Anwar

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 254 hits
BORHAN AHMAD Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal mengesahkan semua ahli parlimen Warisan menyokong pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dengan syarat Anwar boleh mencukupkan majoriti di Dewan Rakyat Kami berdua D...
Warisan Kami Sokong Anwar Pm Jika Beliau Ada Angka Ajaib

Warisan Kami Sokong Anwar Pm Jika Beliau Ada Angka Ajaib

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 214 hits
FMT ReportersKOTA KINABALU Ahli Parlimen Sepanggar Azis Jamman berkata Warisan akan menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri jika beliau mampu meraih sokongan minimum 111 Ahli Parlimen Warisan akan menyokong DSAI me...
Sokong Anwar Tiada Jaminan Ke Syurga Dan Tak Boleh Jadi Kaya

Sokong Anwar Tiada Jaminan Ke Syurga Dan Tak Boleh Jadi Kaya

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 209 hits
Kenapa Anwar tidak layak menjadi PM Sokong Anwar tiada jaminan ke syurga dan tak boleh jadi kaya SOALAN DIJAWAB DGN PERSOALAN Siapa yg menyokong Anwar anda tidak dijamin masuk syurga dan tidak akn menjadi kaya Anwar bukan jenis manusia yg m...
Kluster Mahkamah Kelompok Baru Bakal Wujud Dari Rci Cadangan Umno

Kluster Mahkamah Kelompok Baru Bakal Wujud Dari Rci Cadangan Umno

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 356 hits
Oleh Sirajuddin AhmadJika Siasatan DiRaja seperti yang dituntut oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Pemuda UMNO berjaya ditubuhkan pasti sekali mereka yang dipanggil untuk siasatan mahkamah RCI juga akan digelar Kluster Mahkamah RCI Ini ad...
Pejuang Sokong Anwar Sekiranya Dia Menjadi Pm Mahathir

Pejuang Sokong Anwar Sekiranya Dia Menjadi Pm Mahathir

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 355 hits
Dalam wawancara dengan Bernama TV malam ini ketua Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa pihaknya tidak terikat dengan pihak lain dan bahawa dia akan bekerjasama dengan ahli parlimen Port Dickson dengan siapa dia mempunyai hubung...
Gps Berkecuali Sokongan Ismail Di Bawah Anwar

Gps Berkecuali Sokongan Ismail Di Bawah Anwar

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 478 hits
Pendirian Gabungan Parti Sarawak yang seolah olah berkecuali dengan tidak mencampuri urusan pemilihan Perdana Menteri ke 9 menimbulkan persoalan apakah Perikatan Nasional mempunyai majoriti sebagaimana digembar gemburkan mereka Kenyataan Pe...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas