10 Pengalaman Suka Duka Guna Pesanan Online Yang Pelanggan Online Lalui Semasa Covid 19


10 Pengalaman Suka Duka Guna Pesanan Online Yang Pelanggan Online Lalui Semasa Covid-19 | Pesanan online kini menjadi trend tatkala negara kita kini sedang dilanda wabak Covid-19. Ditambah pula kita digalakkan untuk berada di rumah jika tiada sebarang keperluan untuk keluar rumah menyebabkan lebih ramai lagi yang hanya beli barang melalui online saja. Lagipun, apa yang kita nak, semuanya kini dihujung jari kita saja. Tak kira la sama ada barangan asas, barangan runcit, makanan, baju dan sebagainya semuanya kita boleh order je.


Bila dah terperap di rumah, confirm la kena masak, kalau tak masak lapar la jawabnya. Bila dah masak hampir setiap hari, kekadang tu jemu juga dengan masakan sendiri, atau pun kalau tak sempat nak masak boleh je order online. Sekarang ni dah banyak servis penghantar makanan terutama yang tinggal di kawasan bandar tu. Tinggal nak pilih jer.



Namun begitu, apabila kita pesan makanan online, ada risikonya yang perlu kita hadapi. Bagi yang dah biasa order tu, memang dah faham dan lali sangat dengan resam yang perlu dilalui. Bagi yang baru nak terjebak dengan pesanan online, meh kinah kongsi dengan korang pengalaman suka duka guna pesanan online semasa Covid-19 ni. 




1. Harga Lebih Murah
Apabila ditanya apa yang best apabila kita buat pesanan online ni ialah korang akan dapati harga yang ditawarkan di online jauh lebih murah berbanding jika kita beli dari kedai. Kuantiti makanan tu pulak lebih kurang je. Bezanya, kita cuma beli secara online, kekadang tu kalau ada rezeki, dapat free gift pulak. Siapa yang tak nak harga murah, sekali dengan free gift. 


Kadang-kadang tu ada kod istimewa untuk diskaun, boleh jadi harga makanan yang korang bayar tu separuh harga dari korang makan kat kedai. Wahhhh banyak jimat ooo.




2. Menjimatkan Masa dan Tenaga
Kebanyakan yang beli secara online ni sebenarnya malas nak keluar rumah ataupun pun pejabat. Iyelah mana taknya kalau keluar, banyak benda yang perlu kita kena ambil berat dikala tengah PKPB ni antaranya kena pakai mask, kena bawak hand sanitizer, kena beratur panjang, kena hadap jammed lagi memang buatkan kita rasa bertambah malas nak keluar.


Apabila kita buat pesanan online, semuanya jadi lebih mudah, lebih menjimatkan masa, tenaga dan tak perlulah kita beratur panjang lagi tu semua untuk beli makanan yang kita teringin. Secara tak langsung, waktu rehat kita pun lebih lama bagi mereka yang bekerja. Cuma tunggu je makanan yang kita order sampai depan pintu.




3. Ada Tawaran Diskaun
Part yang ni paling best. Kadang-kadang akan ada diskaun sekian sekian jika beli lebih dari harga sekian sekian. Kenapa perlu berbelanja lebih kalau dah ada tawaran diskaun. Kadang-kadang ada masanya kos penghantaran boleh jadi free tau tapi ianya bergantung juga pada kawasan dan promosi yang ditawarkan.


Kinah ni bila sampai mood malas nak masak, kinah order je tambah tinggal kami bertiga ke kat rumah. Kebetulan dapat pulak promo yang best, memang tak fikir panjang terus je order.




4. Dapat Memilih Ikut Citarasa Sendiri
Apabila kita tinggal dengan keluarga atau sewa rumah dengan kawan-kawan, bukan mudah ye nak buat keputusan untuk makan apa sebabnya masing-masing ada pilihan dan keinginan sendiri. Ada yang nak makan burger, ada pulak yang teringin bihun sup, ada pulak yang teringin nak makan makanan Jepun. Aish macam macam. 


Daripada korang pening kepala, lebih baik order makanan dengan servis penghantar makanan. Dimana korang boleh menempah semua tu daripada restoran berbeza pada masa yang sama. Sambil tunggu pesanan sampai, boleh jugak bonding sesama ahli keluarga.




5. Kemudahan Bayaran Tanpa Tunai (Cashless)
Paling kinah suka bila pesan makanan secara dalam talian ni ialah ada kemudahan bayaran tanpa tunai (cashless). Bukan semua orang pegang wang tunai di tangan. Jadi, bila ada kemudahan seperti ni lebih mudah. Tambah sekarang tengah pandemik Covid-19 selagi kita boleh elak bersentuhan, kita elak. Satu lagi, takdela pening rider tu nak tukar duit kalau kita bayar dengan nilai yang lebih besar dari harga sebenar.




6. Pesanan Lambat Sampai
Punya syok duk pesan makanan melalui online, ada perkara yang tak best perlu korang hadapi apabila pesanan korang lambat sampai. Serius, perut korang masa tu tengah lapar dan korang punya la bayangkan makanan yang korang pesan tu makan masa tengah panas punya la sedap, at last makanan yang korang terima dah sejuk disebabkan lambat sampai. Hmmm kecewa sangat. 




7. Pesan Lain, Terima Lain
Hat ni pernah jugak terjadi. Masa tu kinah order nasi putih ayam masak merah untuk Yop, tapi yang diterima paprik ayam. Hmm apa lagi, muncung la pakcik tu. Nak tak nak kena la makan la jugak sebab dah hantar kan, perut pun dah lapar. Nak order lain memang tak la. Mujurlah sedap dan habis jugak orang tu makan. Tapi dalam masa yang sama, pot pet pot pet jugak la dia. Kita ni pun tahan je la telinga dengarnya haha.




8. Pilihan Makanan / Minuman Yang Terhad
Tempat kinah ni memang dah banyak restoran yang ada servis penghantaran makanan. So bila dah tau dah restoran mana yang boleh buat delivery ke rumah, kita mengharapkan banyak pilihan makanan tak kira la sama ada ala carte, western dan sebagainya, tetapi menu yang ditawarkan pulak tak banyak pilihan. Sampai mati kutu, nak makan apa ek, sebabnya asyik menu yang sama je. 


Tanya kedai ni, menu dia dengan kedai satu lagi sama je. Tak ada yang special pun. Jadi, nak tak nak kena la jugak buat pesanan di salah satu kedai. Nak keluar lagi la malas sebab nak bersiap lagi, nak kira askar kecik lagi. Hmm pejam mata je la order. Yang kinah cerita ni di kawasan kinah la. Tempat korang mungkin tak.




9.  Makanan yang Diterima Tumpah
Hmm yang ni nak salahkan rider pun tak boleh jugak. Sebab diorang dah sehabis baik dah hantar makanan kita dengan selamat. Mungkin ianya dibungkus tidak kemas sehingga tumpah. Nak buat macam mana tak ada rezeki. Para peniaga khususnya, pastikan makanan yang dibungkus tu diikat dengan kemas dan rapi supaya tak terjadi lagi masalah ni. Kesian tau pada pelanggan awak. Dah la tengah lapar, makanan pulak tumpah.




10. Makanan Yang Diterima Indah Khabar Dari Rupa
Ni memang kinah tak boleh lupa. Ada sekali tu kinah pesan pau melalui whatsapp group food delivery di kawasan kinah. Dah teringin kinah pesan je la sebab bila tengok gambar yang dia post di group memang mengancam tambah pula waktu tu minum petang. Nak support la kononnya. Kinah pun terus order sebab ramai yang bagi feedback positif, sedap, besar, puas makan.


Sekali sampai pau kinah terima dah sejuk, dan agak keras. Korang boleh imagine tak kita bayangkan pau panas sampai depan rumah kita sebab dia mention kat situ pau dia panas panas dia akan hantar ke rumah. Lagipun bukan jauh mana pun rumah kinah dengan rumah dia. Sejak dari tu, memang tak la kinah beli dah. Itulah yang pertama dan yang terakhir kinah order.


Hmm begitulah suka dan dukanya kinah sepanjang kinah buat pesanan online di musim Covid-19 ni. Namun begitu kinah tak pernah serik untuk membuat pesanan sebabnya memang tak boleh nak elak terutama di musim Covid ni.




Dalam banyak-banyak servis food delivery yang ada di Malaysia ni, foodpanda la antara paling ramai orang guna. Alhamdulillah, sejak dah ada servis foodpanda masuk ke sini, ada rezeki lebih kami memang online food delivery je ke rumah. Dah masing-masing malas nak keluar, itulah kerja kami. Bila dah banyak habiskan masa di rumah, secara tak langsung kami dapat meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Perut kenyang hati pun senang.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apekinah.com/2020/12/pengalaman-suka-duka-guna-online-food-delivery.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Saya Ambil Kursus Pengendali Makanan Secara Online Semasa Tempoh Pkp

Pengalaman Saya Ambil Kursus Pengendali Makanan Secara Online Semasa Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 1825 hits
Kursus Pengendali Makanan Untuk Semua Penjual Makanan Pewarung Gerai Home Base atau CODKalau nak tahu di Malaysia setiap pengendali makanan melibatkan jualan makanan atau berniaga makanan samada secara terus di premis atau secara home based...
Buat Pesanan Online Boleh Beri Manfaat Pada Restoran Pelanggan

Buat Pesanan Online Boleh Beri Manfaat Pada Restoran Pelanggan

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 272 hits
Buat Pesanan Online Boleh Beri Manfaat Pada Restoran Pelanggan Assalamualaikum korang Selamat Sejahtere semua Tak sabar nak tunggu pengumuman Kerajaan Adakah PKPB di Selangor ini akan tamat atau pun bersambung lagi Kalau ikut kes negara kit...
Setahap Mana Selamatnya Servis Penghantaran Online Semasa Pkp Ini

Setahap Mana Selamatnya Servis Penghantaran Online Semasa Pkp Ini

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 580 hits
Sejak 1 dunia dilanda COVID 19 Semua terkesan dari segi sektor ekonomi kewangan malah cara hidup kita juga turut berubah Kena ikut Norma Baru Yea korang Seperti yang kita tahu sedia maklum sejak COVID 19 mengganas di seluruh dunia kita kena...
Belajar Dari Pengalaman Langsung Kesembuhan Penyintas Covid 19

Belajar Dari Pengalaman Langsung Kesembuhan Penyintas Covid 19

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 219 hits
JAKARTA Pola makan dengan asupan makanan tinggi kalori dan tinggi protein merupakan treatment yang dianjurkan saat terkena COVID 19 Hal ini berguna untuk meningkatkan imunitas tubuh dr Dirga Sakti Rambe dokter spesialis penyakit dalam vaksi...
Pengalaman Guna Minyak Bidara Pertama Kali

Pengalaman Guna Minyak Bidara Pertama Kali

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 543 hits
Dalam artikel sebelum ni saya ada kongsikan tentang Jadi untuk artikel kali ni saya nak kongsikan salah satu cara terbaik dan mudah untuk mengelak masalah gangguan sihir dan makhluk halus ni iaitu dengan menggunakan Jom kita baca perkongsia...
Wanita Kongsi Pengalaman 2 Minggu Di Icu Serta Kehilangan Ibu Dan 16 Ahli Keluarga Positif Covid 19

Wanita Kongsi Pengalaman 2 Minggu Di Icu Serta Kehilangan Ibu Dan 16 Ahli Keluarga Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 298 hits
TIADA siapa yang mahu dirinya sakit Lebih lebih lagi dijangkiti Covid 19 yang sehingga ini belum ada penawarnya lagi Oleh kerana nekad untuk memberi kesedaran kepada semua tentang virus itu Myra Jijie tampil berkongsi tentang segala kesakit...
Bengang Pesanan Tak Dihantar Depan Pintu Pelanggan Cekik Rider Food Panda

Bengang Pesanan Tak Dihantar Depan Pintu Pelanggan Cekik Rider Food Panda

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 273 hits
Viral di media sosial video pekerja penghantar makanan sedang bergelut dengan seorang lelaki yang dipercayai pelanggannya dalam kejadian yang berlaku di Pulau Pinang Video berdurasi menunjukkan lelaki berbaju hitam itu mencekik mangsa yang ...
Pengalaman Beli Barangan Ikea Secara Online Mudah Dan Cepat

Pengalaman Beli Barangan Ikea Secara Online Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 487 hits
Assalamualaikum Alahai lama nya tak update blog Mana tak nya mood memang kelaut sejak WFH nie Malas nak ngomel panjang terapi untuk kembalikan mood macam biasa lah shopping Duduk rumah pun boleh cuci mata dan cuci duit sekali Matilanak Seka...
Pekerja Positif Covid 19 Restoran Uncle Don S Minta Pelanggan Buat Ujian Saringan

Pekerja Positif Covid 19 Restoran Uncle Don S Minta Pelanggan Buat Ujian Saringan

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 897 hits
Sabtu 28 November 2020 4 16 PMSetakat ini tiga kakitangan restoran Uncle Don s disahkan positif Covid 19 gambar hiasanPENGURUSAN Restoran Uncle Don s meminta pelanggan yang berkunjung ke cawangan SS2 di Petaling Jaya Selangor dari 20 Novemb...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya