Sesekali Menangis Setelah Berbulan Ceria
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
SESEKALI MENANGIS SETELAH BERBULAN CERIA | Bersyukur kita atas setiap nikmat yang dipinjamkan pada kita,keluarga kita dan pada semuanya.Biarpun saudara seagama kita ada yang sedang diuji..tidak putus-putus diuji oleh Allah..kita di sini tetap masih boleh bergerak dengan bebas tanpa rasa ketakutan.Masih lagi boleh menjamah makanan apa yang dihajati.Boleh tersenyum ketika bangun daripada tidur.SubhanaAllah
Ada saudara kita air matanya tidak pernah kering merintih dan berdoa siang malam.Ada yang mahu melelapkan mata pun berasa ketakutan.Ada yang lenanya dalam kelaparan dan menanggung kesakitan..Allahu..maka bersyukurlah kita di sini.Kalau kita berasa kekurangan..ada yang lebih daripada itu tidak memiliki apa-apa
Gelisah dengan pelbagai bencana.setiap hari ada sahaja peringatan daripada DIA kepada manusia.Siapa yang sedar pasti berasa bahangnya..Siapa yng memahami tentu tahu ini adalah isyarat teguran daripadaNYA.Allahu.MAsih banyak kurangnya pengabdian manusia pada Pencipta.dan tentunya PC sendiri apatah lagi.Berbulan sudah menghadapi cuaca panas terik..kedengaran di sana sini merintih kepanasan..rimas dan menghadapi masalah kesihatan..alhamdulillah kini sesekali menangis setelah berbulan ceria
Anggaplah panas yang terik itu tanda keceriaan alam..cahaya yang membantu pertumbuhan tumbuh-tumbuhan..pokok buah-buahan untuk mengeluarkan hasil agar dapat dinikmati manusia.Terkini sesekali biarpun sedikit dan seketika awan mula menangis..hujan yang membahagiakan.Dengar rintik hujan pun satu rahmat besar daripadaNYA
Sesekali menangis setelah berbulan ceria itu nikmat.InshaAllah sampai kitarannya kelak menangis setiap hari cerianya pula dirindui dan dinanti-nanti.Setiap apa yang Allah aturkan itu sudah cukup terbaik untuk kehidupan kita.Tidak dinafi PC juga berkeluh kesah..berkeluh kesah dengan situasi dan cuaca..walhal ianya tidak sepatutnya PC lakukan.Astarghfirullahalazim
KREDIT GOOGLE IMAGESama ada panas mahupun hujan..moga kedua-duanya memberi manfaat kepada kita manusia semuanya.Aamiin.InshaAllah
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2019/03/sesekali-menangis-setelah-berbulan-ceria.html