Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin Hanya Menyusukan Bayi Tapi Benarkah


Penyusuan susu ibu memberikan banyak faedah buat si ibu. Ini termasuklah potensi menurunkan berat badan dengan lebih cepat setelah melahirkan anak.
Malahan, bagi kebanyakan wanita yang menyusukan anak, perkara ini dilihat sesuatu yang mengujakan.

Sesungguhnya, masa yang diperlukan untuk mengurangkan berat badan selepas bersalin berbeza kepada setiap individu wanita.
Ramai ibu menyusu badan mengakui bahawa penyusuan eksklusif yang dilakukan membantu mereka mendapatkan kembali berat badan sebelum mengandung dengan lebih cepat.
Pun begitu, tidak dinafikan terdapat juga ibu lain tidak menyedari kesan tersebut atau lebih kepada menambah berat badan semasa menyusu.
Jadi adakah benar penyusuan susu ibu boleh membantu menurunkan berat badan atau ia sekadar mitos semata-mata?
Jika ya, bagaimana ia terjadi?
Bagaimana penyusuan badan membantu menurunkan berat badan?
Tanggapan penyusuan eksklusif sebagai kaedah semula jadi bagi membantu ibu selepas bersalin untuk kehilangan berat badan adalah satu situasi biasa.
Antara faktor berkemungkinan yang membantu adalah kerana ibu menyusu membakar lebih banyak kalori setiap hari.
Berdasarkan penyelidikan, dikatakan ibu yang menyusu secara eksklusif cenderung membakar lebih kurang 500 kalori tambahan setiap hari.
Keadaan ini setara dengan menyingkirkan saiz hidangan kecil, snek bersaiz besar ataupun melakukan latihan fizikal intensiti sederhana 45-60 minit.
Di samping itu, kebanyakan ibu mengamalkan penyusuan badan mungkin juga lebih peka dengan apa yang mereka makan.
Secara tidak langsung, ia turut menyumbang kepada penurunan berat badan melalui pengambilan makanan diproses yang lebih rendah dan pengambilan dalam kuantiti banyak bagi protein tanpa lemak, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin serta kekacang.
Gabungan pemakanan dan penyusuan susu ibu
Kedua-dua faktor ini dapat menjelaskan mengapa hasil kajian secara konsisten menunjukkan bahawa wanita mengamalkan penyusuan susu cenderung dapat menurunkan berat badan lebih cepat berbanding mereka yang tidak.
Sebagai contoh, dalam satu kajian melibatkan wanita yang menyusukan anak secara eksklusif sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 bulan, mereka berjaya menghilangkan berat 1.5 kilogram (kg) lebih banyak.
Situasi tersebut melibatkan perbandingan dengan ibu yang memberikan anak susu formula atau gabungan susu badan bersama susu formula.
Ini bermakna, semakin lama penyusuan susu ibu dilakukan, semakin kuat kesan penurunan berat akan dapat dilihat.
Wanita yang menyusukan anak juga dikatakan 6% lebih cenderung untuk kembali atau kehilangan berat badan sebelum kehamilan berbanding wanita yang tidak menyusu secara eksklusif.
Kajian sokongan lain
Penyelidikan lain juga melaporkan keputusan yang serupa.
Ia bukan sekadar menurunkan berat badan, bahkan, ibu yang menyusukan anak juga dapat mencapai berat badan sebelum kehamilan lebih kurang 6 bulan lebih awal daripada mereka yang memberikan si manja susu formula.
Penyusuan susu ibu juga boleh memberi kesan jangka panjang yang positif pada berat badan anda.
Dalam satu kajian, wanita yang menyusu anak selama 6-12 bulan mempunyai peratusan lemak badan keseluruhan lebih rendah untuk 5 tahun selepas bersalin.
Penyelidikan lain turut mendapati bahawa wanita yang menyusu badan secara eksklusif selama lebih dari 12 minggu selepas bersalin adalah 3.4 kg lebih ringan dalam tempoh 10 tahun selepas kehamilan.
Ibu-ibu ini juga dapat mengekalkan berat badan 2.6 kg lebih ringan berbanding mereka yang menyusukan anak kurang daripada tempoh 12 minggu.
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kedua-dua jangka masa dan kekerapan penyusuan susu ibu dapat mempengaruhi peratusan dan jumlah penurunan berat badan selepas bersalin.
Mengapa berat tak turun walaupun menyusu badan?
Menurunkan berat badan semasa menyusu mungkin tidak mudah bagi semua ibu selepas melahirkan anak.
Secara teorinya, kehilangan 500 kalori setiap hari dapat membantu ibu menyusu badan kehilangan sekitar 0.45 kg seminggu. Ia bersamaan dengan jumlah lebih kurang 1.8 kg sebulan.
Oleh itu, ibu menyusukan anak yang naik berat antara 11.5 hingga 16 kg semasa mengandung boleh mengurangkan berat tersebut dalam tempoh 6 hingga 8 bulan pertama selepas bersalin.
Walau bagaimanapun, banyak ibu mengambil masa lebih lama daripada tempoh ini untuk menyingkirkan berat badan ketika mereka mengandung.
Malahan, kajian turut menyatakan kebanyakan wanita dapat mengurangkan 86% berat semasa mengandung dalam tempoh 6 bulan pertama setelah melahirkan anak.
Terdapat juga beberapa kajian mendapati tidak ada perbezaan sama sekali dalam aspek pengurangan berat badan antara ibu yang menyusu dengan yang tidak.
Wujud beberapa sebab mengapa sesetengah wanita mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan ketika menyusukan bayi.
Salah satunya kerana proses penyusuan badan cenderung meningkatkan rasa lapar.
Kajian menunjukkan bahawa sebilangan wanita akan makan lebih banyak dan kurang bergerak ketika menyusu.
Kebanyakan ibu baru juga cenderung mengalami waktu tidur yang tidak teratur dan terganggu.
Kurang tidur adalah faktor lain yang diketahui boleh menyebabkan peningkatan rasa lapar dan selera makan – kedua-duanya mungkin menyukarkan lagi penurunan berat badan.
Bukan sekadar untuk menurunkan berat badan
Apa yang boleh disimpulkan, penyusuan susu ibu sememangnya boleh membantu menurunkan berat badan selepas bersalin walaupun tidak semua ibu menyusu mendapat kesan yang sama.
Walau bagaimanapun, perkara paling penting adalah untuk sentiasa ingat penyusuan susu badan dilakukan bukan semata-mata mengurangkan berat tetapi juga untuk membekalkan nutrisi yang diperlukan si manja.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, Tapi Benarkah? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/seronoknya-dengar-tip-kembali-langsing-lepas-bersalin-hanya-menyusukan-bayi-tapi-benarkah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nampak Macam Bayi Tak Tahu Apa Apa Tapi 0 3 Bulan Masa Dia Serap Semua Di Sekeliling

Nampak Macam Bayi Tak Tahu Apa Apa Tapi 0 3 Bulan Masa Dia Serap Semua Di Sekeliling

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 370 hits
Ramai ibu bapa tidak tahu PENTINGNYA tahap umur Bayi baring MELENTANG dan helpless tu Umur bayi tentunya 0 3 bulan ke bawah Baby tak tahu buat apa apa mungkin menganggah sahaja Selalunya ibu bapa akan biarkan saja paling paling bagi susu sa...
Jangan Sampai Bayi Tersedak Susu Sendawakan Dulu 3 Tip Praktis Cara Tepat Sendawakan Bayi

Jangan Sampai Bayi Tersedak Susu Sendawakan Dulu 3 Tip Praktis Cara Tepat Sendawakan Bayi

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 353 hits
Proses untuk sendawakan bayi selepas menyusu sememangnya penting Tidak kira pada bayi masih kecil ketika usia lima bulan ke bawah atau juga kurang daripada usia setahun kedua duanya harus disendawakan dengan sebaiknya Menurut Kaunselor Peny...
Lepas Tengok Isteri Meneran Pertama Kali Tengok Proses Bersalin Cef Naem Insaf Nak Lebih Hargai Sayang Isteri

Lepas Tengok Isteri Meneran Pertama Kali Tengok Proses Bersalin Cef Naem Insaf Nak Lebih Hargai Sayang Isteri

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 513 hits
Pengalaman menyaksikan sendiri isteri bersalin di depan mata tentunya membuatkan suami tahu betapa besarnya pengorbanan seorang isteri Proses bersalin yang ibaratnya perjuangan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat sendiri adalah sesuatu y...
Dapat Genggam Jari Mungilnya Sungguh Saya Menangis Isteri Selamat Bersalin Bayi Lelaki Ruzaini Bergelar Bapa

Dapat Genggam Jari Mungilnya Sungguh Saya Menangis Isteri Selamat Bersalin Bayi Lelaki Ruzaini Bergelar Bapa

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 368 hits
Selepas Rizman kini rakan seperjuangan di bawah jenama Rizman Ruzaini yang juga sahabat baiknya Ruzaini Jamil pula bergelar bapa selepas isterinya Nurul Hidayati Yahya selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada Selasa lalu Ruzaini memaklumk...
Hiburan I M Back Hanya Hadapi Masalah Teknikal Scha Alyahya Sudah Kembali Ke Instagram

Hiburan I M Back Hanya Hadapi Masalah Teknikal Scha Alyahya Sudah Kembali Ke Instagram

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 414 hits
Selepas akaun Instagram yang lenyap secara tiba tiba ramai peminat ternyata risau dengan keadaan pelakon Scha Alyahya Malah rata rata netizen membuat spekulasi bahawa wanita yang sedang hamil anak kedua itu mahu berehat buat sementara waktu...
Lepas Solat Terus Ambil Port Melekat Je Manjakan Anak Tapi Tegas Cara Didikan Johan Ozlyn

Lepas Solat Terus Ambil Port Melekat Je Manjakan Anak Tapi Tegas Cara Didikan Johan Ozlyn

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 510 hits
Sebagai mak dan ayah kitalah teraju utama untuk menentukan cara didikan buat anak anak kita Mahukan ketegasan bertegaslah dengan anak anak sebaiknya Namun memanjakan mereka sejak kecil tetap perlu kerana itulah cara didikan yang sebenar bua...
Foto Viral Bayi Baru Lahir Lepas Masker Dokter Jadi Simbol Harapan Saat Pandemi

Foto Viral Bayi Baru Lahir Lepas Masker Dokter Jadi Simbol Harapan Saat Pandemi

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 267 hits
Sebuah foto bayi baru lahir yang menarik masker dokter sampai terlepas dari mulut viral di media sosial dan menjadi simbol harapan di tengah pandemi virus corona Pandemi kali ini membuat orang orang wajib memakai masker untuk menghindari pe...
Video Kocak Bayi Tidur Kaget Dengar Ayahnya Mendengkur

Video Kocak Bayi Tidur Kaget Dengar Ayahnya Mendengkur

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 354 hits
Masalah mendengkur adalah perkara yang biasa ditemui dalam tidur Mendengkur yang terlalu keras bisa menyiratkan adanya masalah kesehatan dalam diri seseorang Dampak mendengkur ini tidak hanya dirasakan oleh si pelaku Melainkan juga untuk me...
Dulu Kutuk Sekarang Lofa Dah Kearah Lebih Baik Tapi Kau Pula Sarah Dikecam Kembali Freehair

Dulu Kutuk Sekarang Lofa Dah Kearah Lebih Baik Tapi Kau Pula Sarah Dikecam Kembali Freehair

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 1615 hits
Saat ni orang dok sibuk bercerita dan puji dengan perubahan yang dibawa oleh pelakon dan pengacara Neelofa kerana bertudung labuh dan turut mengenakan purdah Namun berlainan pula dengan aktres Sarah Hildebrand dimana perubahannya yang terki...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba