Seronoknya Bermain Dengan Cermin Bantu Bayi Jadi Cerdik Pastikan Mama Papa Ikut 6 Tip Ini
Seronoknya dia bermain dengan cermin. Melihat wajah dan imejnya dalam cermin pun boleh buat dia ketawa. Tapi jangan risau, ini perkembangan yang baik.
Tiap kali dia melintas di sebelah cermin, suka sangat dia memerhati. Kadang-kadang lama duduk di depan cermin sambil bersembang ikut gaya ‘bahasa’ dia dan ketawa.
BAYI TERTARIK KEPADA CERMIN KERANA TERTARIK DENGAN WAJAH
Bayi sukakan cermin kerana mereka tertarik kepada muka/ wajah. Sejak lahir, mereka suka untuk melihat dan merenung wajah ibu bapa dan pengasuh mereka.
Bayi juga suka melihat wajah yang terpampang di dalam gambar serta orang yang selesa bersama-samanya. Wajah yang dilihat dalam cermin juga tidak terkecuali!
6 KESAN POSTIF BERMAIN DENGAN CERMIN KEPADA BAYI
1-Bermain dengan cermin adalah salah satu eksplorasi atau penerokaan. Cuba dukung bayi anda di depan cermin. Bayi yang normal selalunya akan cuba menyentuh imejnya yang wujud di dalam cermin tersebut. Mereka akan belajar untuk mengenal refleksi imej di dalam cermin.
2-Apabila anda berada di depan cermin bersama bayi, bolehlah ajarnya tentang nama anggota pada wajah. Sebutkan tentang hidung, mata, mulut, pipi, dagu, telinga, kepala, rambut dan sebagainya. Bayi akan belajar tentangnya dengan cermin dan bantuan anda.
3- Visual tracking atau latihan mata untuk melihat objek yang bergerak di sekitarnya. Misalnya wajah abang atau kakaknya yang sedang bermain dan bergerak di depan cermin sambil membuat pelbagai mimik muka. Percayalah, tentu bayi anda akan suka aktiviti ini, satu latihan kognitif yang baik.
4- Dia akan cuba mencapai imej pada cermin tersebut dengan cara menyentuh. Ia adalah salah satu latihan motor yang baik untuknya. Dia juga tahu tentang kewujudan objek hanya pada depan cermin dan bukan di dalam cermin.
5-Bermain di depan cermin ialah bonding yang baik untuk mama, papa, bayi dan anak-anak yang lain. Ia juga membina kemahiran bersosial.
6-Si kecil belajar untuk fokus apabila bermain dengan cermin.
6 TIP PERKENALKAN PERMAINAN CERMIN KEPADA BAYI
*PASTIKAN ANDA HANYA MENGGUNAKAN CERMIN KHAS UNTUK BAYI
Belikan cermin khas untuk bayi yang tidak pecah. Ia wujud dalam pembagai saiz dan bentuk.
Boleh juga dapatkan mainan yang mempunyai cermin.
Lekatkan di bahagian dinding- bawah (mencecah lantai) supaya bayi boleh melihat cermin semasa aktiviti merangkak atau bermain. Jika cermin tersebut berbentuk memanjang, eloklah ditampalkan dalam kedudukan memanjang
Boleh juga dilekatkan pada sudut tepi di dalam katil bayi dengan mengunakan velcro. Tanggalkan apabila bayi tidur.
Sentiasa periksa sekiranya cermin retak atau pecah. Pastikan ia ditanggalkan sekiranya retak atau pecah.
Jangan tinggalkan bayi seorang diri apabila bermain. Pastikan sentiasa memantau bayi untuk mengelakkan kemalangan.
The post Seronoknya Bermain Dengan Cermin, Bantu Bayi Jadi Cerdik. Pastikan Mama Papa Ikut 6 Tip Ini appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/seronoknya-bermain-dengan-cermin-bantu-bayi-jadi-cerdik-pastikan-mama-papa-ikut-6-tip-ini/