6 Langkah Penjagaan Bayi Baru Lahir Mama Papa Mesti Biasakan Baru Boleh Elak Pelbagai Masalah


6 langkah penjagaan bayi baru lahir mesti dibiasakan, baru boleh elak pelbagai masalah. Anda juga boleh tersenyum melalui minggu-minggu pertama bergelar mama dan papa da menikmati indah bersama si kecil.
Langkah penjagaan in wajib diketahui. Cara betul penjagaan bayi baru lahir terutama sekali yang bakal menyambut cahaya mata pertama perlu dititikberatkan. ia memang aan menyebabkan rasa kekok  pada awalnya,  tapi mama papa jangan bimbang lama-kelamaan akan terbiasa.

Penjagaan bayi yang baru lahir bukan sesuatu yang mudah kerana badannya masih kecil, kulit yang sensitif, risiko mengalami perut kembung dan tangisannya yang membuatkan anda cemas.
Jangan risau mama papa, ikuti enam panduan asas penjagaan bayi ini. Keenam-enamnya mesti anda tahu untuk memastikan bayi anda membesar dengan sihat, segar dan selamat.
#1. MEMEGANG BAYI BARU LAHIR
-Sentiasa menyokong bahagian bahu dan kepala bayi.
-Pegang kepala bayi apabila anda mendukungnya dan sokong kepala apabila hendak mengangkat atau membaringkannya.
–Jangan goncang bayi walaupun sedang bermain dan menangis. Jika terlalu kuat akan mengakibatkan Sindrom Goncang Bayi (Shaken Baby Syndrom) iaitu pendarahan dalam otak dan risiko kematian. Jika mahu mengejutkan bayi, jangan goncangkan badannya, sebaliknya sentuh perlahan bahagian mulut dan bukakan bedungnya supaya dia tersedar dari tidur.

#2. SENTUHAN
-Sentuhan adalah aspek penjagaan untuk bayi yang amat penting untuk satu jam pertama dan selepas kelahirannya. Sentuhan ini mampu memberi kesan emosi yang menenangkan bayi anda.
-Mulakan sentuhan dengan memegang tangan, mengusap badannya dan kepalanya. Biar dalam dakapan anda bagi menggalakkan sentuhan kulit ke kulit.
-Kajian mendapati sentuhan secara urutan membantu bayi membesar. Dapatkan panduan cara urutan yang betul untuk bayi kerana kulit sensitif dan tulang bayi masih tidak kuat seperti orang dewasa.
Bayi selalunya menangis disebabkan lapar, lampin basah, mengantuk, kembung perut dan memberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya (seperti merasa sakit atau kerana tidak sihat). mereka juga menangis hanya kerana ingin dipegang, didukung, dibelai atau diberi perhatian.

#3. MEMAKAI LAMPIN
-Apa jua pilihan sama ada menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden, pastikan ia sesuai dengan kulit bayi.
-Semasa memakai lampin anda perlukan perkara seperti berikut:
Lampin yang bersih Ubat anti ruam (jika bayi alami ruam) Bekas berisi air suam Bebola kapas Minyak anti kolik (untuk mengelak perut bayi kembung) Kain bersih untuk mengelap Jika ruam lampin berlaku, ia biasanya terdapat kesan merah pada bahagian kulit bayi. Jadi mandi menggunakan air suam, sapu dengan sedikit krim anti ruam dan kerapkan menukar lampin. Pastikan juga punggungnya sentiasa kering.

#4. MEMANDIKAN BAYI
-Bagi bayi yang baru lahir, cukup memandikan bayi dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Ketika memandikan bayi pastikan udara bilik tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
-Tanggalkan baju dan lampin, kemudian lap muka bayi dan bersihkan hidung dan telinganya. Seterusnya cuci bahagian badannya terlebih dahulu kemudian barulah beralih kepada kepalanya dengan air bersih. Jika perlu, gunakan syampu bayi.
– Gunakan kapas bagi membersihkan bahagian yang berlipat seperti belakang telinga, bawah ketiak, keliling leher, betis, tangan dan bahagian sulitnya.
-Bagi bayi baru lahir yang masih belum tanggal tali pusat, sapu bahagian itu menggunakan sedikit cecair pembersih alkohol setiap kali menukar lampin atau selepas mandi sehinggalah tali pusat gugur dengan sendirinya.

#5. MENYUSUKAN DAN SENDAWAKAN BAYI
-Penyusuan susu ibu amat penting untuk bayi membesar dengan sihat. Secara umumnya bayi akan menunjukkan reaksi menangis, memasukkan jari dalam mulut atau membuat bising jika lapar.
-Bayi baru lahir akan menyusu susu ibu setiap dua atau tiga jam sekali dengan jangka masa 10 hingga 20 minit untuk setiap kali penyusuan.
–Selepas menyusu bayi perlu disendawakan untuk mengelakkan perut kembung. Ini kerana bayi yang menyusu akan membawa bersama udara ke dalam badannya yang membuatkan bayi berasa tidak selesa. Jadi selepas penyusuan, sendawakan bayi anda.
#6. MENIDURKAN BAYI
-Tempoh masa tidur bagi bayi yang baru lahir ialah sehingga 16 jam sehari atau lebih. Bayi yang lahir biasanya akan tidur tiga hingga empat dalam satu masa. Jika bayi tidak tersedar dalam tempoh itu, bangunkan bayi untuk menyusu. Ia untuk mengelak perut bayi masuk angin.
-Semasa tidur terutama waktu malam, alihkan posisi kepala bayi iaitu mula ke kanan , kemudian ke kiri dan seterusnya. Ia untuk mengelak kepala bayi leper sebelah.
-Semasa bayi tidur, sentiasa periksa keadaannya untuk memastikan bayi tidur dalam keadaan selamat. Ia juga untuk mengelak risiko sindrom kematian mengejut.
-Jika bayi baru habis menyusu, masih belum sendawa dan terus tertidur, jangan tinggalkan bayi terus tidur sendirian. Tunggu seketika kerana bayi mungkin berisiko memuntahkan susu kembali.

The post 6 Langkah Penjagaan Bayi Baru Lahir Mama Papa Mesti Biasakan, Baru Boleh Elak Pelbagai Masalah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/6-langkah-penjagaan-bayi-baru-lahir-mama-papa-mesti-biasakan-baru-boleh-elak-pelbagai-masalah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rawatan Bekam Pada Bayi Baru Lahir Boleh Atau Tidak Ini Yang Ibubapa Mesti Tahu Tolong Jangan Abaikan

Rawatan Bekam Pada Bayi Baru Lahir Boleh Atau Tidak Ini Yang Ibubapa Mesti Tahu Tolong Jangan Abaikan

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 667 hits
Menurut pegawai perubatan Sarjana Dr Afiq Izzudin A Rahim yang merupakan salah seorang daripada kumpulan pakar kesihatan MedTweetMy jelas mengatakan bekam adalah tidak selamat dan tidak boleh dilakukan ke atas kanak kanak berumur 10 tahun k...
6 Langkah Aman Memandikan Bayi Baru Lahir Buat Mama Newbie Tanpa Drama Kamu Pasti Bisa

6 Langkah Aman Memandikan Bayi Baru Lahir Buat Mama Newbie Tanpa Drama Kamu Pasti Bisa

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 330 hits
Bisa mulai praktik di ponakan dulu biar nggak kagok lagi pas memandikan anak baru lahir
Daya Tahan Tubuh Bayi Masih Lemah Elak 6 Punca Boleh Buat Si Kecil Anda Jatuh Sakit

Daya Tahan Tubuh Bayi Masih Lemah Elak 6 Punca Boleh Buat Si Kecil Anda Jatuh Sakit

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 381 hits
Daya tahan tubuh bayi masih lemah dan memerlukan penjagaan rapi untuk mengelakkan terkena jangkitan dan jatuh sakit Sebagai ibu bapa setelah menatang mereka bak minyak yang penuh apabila anak tiba tiba jatuh sakit adalah mimpi ngeri buat ma...
Objek Berwarna Merah Dan Putih Paling Sesuai Rangsang Penglihatan Bayi Baru Lahir

Objek Berwarna Merah Dan Putih Paling Sesuai Rangsang Penglihatan Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 297 hits
Dia seperti melihat kita tetapi hakikatnya bayi kecil itu masih kabur penglihatannya Bayi yang baharu dilahirkan hanya mampu melihat sesuatu objek pada jarak yang terhad iaitu 20 25 sm dan memerhati dengan penuh minat pada wajah ibu yang me...
Ubun Ubun Bayi Petanda Kesihatannya 6 Lagi Info Mengenai Ubun Ubun Mama Papa Perlu Tahu

Ubun Ubun Bayi Petanda Kesihatannya 6 Lagi Info Mengenai Ubun Ubun Mama Papa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 481 hits
Ubun ubun ialah satu bahagian pada kepala bayi yang sangat lembut Ini akan mendatangkan kebimbangan kepada ibu bapa sama ada bahagian tersebut boleh disentuh atau tidak Artikel ini akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang apa yang anda...
Seronoknya Bermain Dengan Cermin Bantu Bayi Jadi Cerdik Pastikan Mama Papa Ikut 6 Tip Ini

Seronoknya Bermain Dengan Cermin Bantu Bayi Jadi Cerdik Pastikan Mama Papa Ikut 6 Tip Ini

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 477 hits
Seronoknya dia bermain dengan cermin Melihat wajah dan imejnya dalam cermin pun boleh buat dia ketawa Tapi jangan risau ini perkembangan yang baik Tiap kali dia melintas di sebelah cermin suka sangat dia memerhati Kadang kadang lama duduk d...
Senarai Semak Barang Keperluan Mama Papa Bayi Sebelum Ke Hospital Mama Yang Bakal Bersalin Wajib Semak

Senarai Semak Barang Keperluan Mama Papa Bayi Sebelum Ke Hospital Mama Yang Bakal Bersalin Wajib Semak

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 942 hits
Tarikh jangkaan bersalin dijadualkan tidak lama lagi Mama sudah menyiapkan beberapa keperluan untuk dibawa ke hospital agar nanti tidak kelam kabut dan mengelakkan daripada tertinggal Jom semak apa yang perlu ada dalam beg hospital dengan s...
Brilian Dosen Ipb Ini Ciptakan Aplikasi Untuk Terjemahkan Tangisan Bayi Mama Papa Kini Tak Perlu Panik Lagi

Brilian Dosen Ipb Ini Ciptakan Aplikasi Untuk Terjemahkan Tangisan Bayi Mama Papa Kini Tak Perlu Panik Lagi

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 311 hits
Mengekstrak gelombang suara tangis bayi kemudian akan diolah dan menghasilkan kamus terjemahan kemauan bayi Cocok banget sih untuk para young mom yang kebingungan mengartikan tangis bayi
Ibu Kongsi Tips Latih Anak Lelaki Berdikari Dalam Pa Ma Tv Mama Papa Pun Boleh Tiru

Ibu Kongsi Tips Latih Anak Lelaki Berdikari Dalam Pa Ma Tv Mama Papa Pun Boleh Tiru

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 308 hits
Anak boleh dididik untuk berdikari dari awal sekiranya mendapat latihan awal daripada ibu bapa Perkongsian ibu ini menerusi Pa Ma TV boleh memberikan anda panduan Puan telah muncul dalam rancangan TV Pa Ma episod 6 yang membawa tajuk Mendid...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik