Sering Mengalami Masalah Cepat Lupa Ini 5 Cara Mudah Menjadikan Otak Lebih Cerdas
Sering Mengalami Masalah Cepat Lupa, Ini 5 Cara Mudah Menjadikan Otak Lebih Cerdas
Selalunya, masalah mudah lupa atau kecenderungan untuk terlupa perkara-perkara kecil sering dikaitkan dengan golongan berusia.
Namun, dalam era moden yang serba pantas ini, semakin ramai golongan muda pula mula mengadu menghadapi situasi yang sama, termasuk kesukaran untuk mengingati perkara asas yang sepatutnya mudah diingat.
Fenomena ini bukan sahaja menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan individu yang mengalaminya, bahkan ia juga boleh menjejaskan produktiviti harian secara signifikan.
Lebih daripada itu, kesan masalah ini turut dirasai dalam aspek kerja dan pembelajaran, di mana prestasi boleh merosot akibat kehilangan fokus atau ingatan yang tidak menentu.
Justeru, kali ini SK akan kongsikan beberapa cara mudah untuk melatih otak yang boleh membantu merangsang minda dan menjadikan otak lebih cerdas, menurut portal Reader’s Digest.
1. Biasakan diri dengan baca buku
Menurut portal Reader’s Digest, membaca bukan sahaja membantu anda berehat dan mengurangkan tekanan, malah meningkatkan keupayaan otak.
Ia membantu meningkatkan fokus, menguatkan daya ingatan, melihat sesuatu masalah daripada pelbagai sudut serta mempelajari idea baharu.
Selain itu, membaca juga dapat meningkatkan penggunaan kata.
Jika anda sering merasakan masa tidak mencukupi untuk membaca buku, penting untuk belajar teknik membaca dengan lebih pantas.
2. Hiburkan otak anda
Portal Reader’s Digest juga menjelaskan bahawa jika anda gemar bermain permainan, cubalah permainan yang merangsang minda.
Walaupun masih terdapat perdebatan sama ada permainan latihan otak benar-benar meningkatkan tahap kecerdasan, kajian awal menunjukkan hasil memberangsangkan.
Satu kajian pada tahun 2019 mendapati individu berusia antara 50 hingga 93 tahun yang menyelesaikan teka-teki nombor lebih daripada sekali sehari menunjukkan prestasi kognitif yang lebih baik.
Menyelesaikan teka-teki logik, silang kata, sudoku atau teka-teki minda dapat membantu anda lebih bijak.
3. Cabar daya ingatan anda
Seterusnya, portal Reader’s Digest turut menjelaskan bahawa anda perlu menguji ingatakan dengan mengingati maklumat tanpa bergantung kepada carian internet atau senarai bertulis
Menurut seorang pakar psikitiari di Hackensack University Medical Center dan penulis buku 2 Weeks to a Younger Brain, Gary Small, penggunaan teknik ingatan dapat meningkatka prestasi memori.
“Memori akan menjadi semakin lemah jika tidak dilatih,” tambah beliau.
4. Pelajari sesuatu yang baharu
Mempelajari kemahiran baharu terbukti boleh menghasilkan perubahan struktur dalam otak, menurut portal Reader’s Digest.
Difahamkan, ia merupakan satu konsep yang dikenali sebagai neuroplastisiti.
Selain membentuk hubungan saraf baharu, proses pembelajaran ini juga boleh mengubah saiz bahagian tertentu otak.
Sebagai contoh, pemandu teksi yang perlu menghafal susun atur bandar biasanya memiliki hippocampus yang lebih besar, iaitu bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap ingatan dan navigasi.
Terdapat pelbagai cara untuk mengaplikasikan prinsip ini, seperti bermain pickleball, belajar mengelecek, mencuba seni tembikar atau mempelajari bahasa baharu.
5. Berinteraksi dengan orang
Portal Reader’s Digest menasihatkan untuk mencari peluang meluaskan rangkaian sosial, walaupun sekadar berbual ringkas dengan barista di kedai kopi kegemaran.
Banyak kajian menunjukkan bahawa pengasingan sosial boleh menyebabkan penurunan daya ingatan, fungsi eksekutif serta aspek lain yang berkaitan dengan kesihatan otak.
Pada masa yang sama, semakin ramai individu yang anda temui dan berinteraksi secara berkala, semakin luas pendedahan anda terhadap pelbagai sudut pandang dan pengalaman hidup.
BACA: Baru Tahu, Rupanya Ini Berapa Kerap Urutan Badan Patut Dibuat
Sumber: Reader’s Digest
The post Sering Mengalami Masalah Cepat Lupa, Ini 5 Cara Mudah Menjadikan Otak Lebih Cerdas appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/29/sering-mengalami-masalah-cepat-lupa-ini-5-cara-mudah-menjadikan-otak-lebih-cerdas/