Sering Ditindih Hantu Mimpi Ngeri Sleepwalking Anda Mungkin Penghidap Somniphobia


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selalu Ditindih Hantu? Mimpi Ngeri? Sleepwalking? Anda Mungkin Penghidap Somniphobia | Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan? Kali ini aku nak kongsikan dengan anda tentang satu jenis fobia yang mungkin sebenarnya ramai sedang hidapi dalam tidak sedar. Sebenarnya aku pun baru tahu tentang fobia ini, daripada pembacaan aku di laman web Hello Doktor. Fobia yang aku nak kongsikan ini adalah fobia untuk tidur.  Jemput baca ya! 😎✌

👉Tahukah anda ada sejenis fobia yang buatkan anda rasa takut dan sukar untuk tidur? Fobia ini merupakan sesuatu yang benar-benar berlaku dan boleh mengancam nyawa penghidapnya

Fobia ini juga dikenali dengan nama somniphobia, iaitu fobia untuk tidur

Lihat Juga : Punca, Cara dan Penyebab Penyakit Gastrik
APA ITU SOMBIPHOBIA?
Pernahkah anda dengar mengenai somniphobia? Somniphobia berasal dari perkataan latin somnus yang bermaksud tidur dan phobos yang bermaksud takut

Somniphobia ialah satu fobia yang mengganggu individu daripada mendapatkan tidur yang berkualiti. Selalunya, individu yang menderita somniphobia akan sengaja mengelak untuk tidur malam

Mereka alami rasa gelisah yang amat sangat sehingga ia mengacau corak tidur mereka. Penghidap somniphobia mungkin rasa terlalu penat sebelum tidur, namun mereka masih akan mengalami kesusahan untuk terlelap kerana perasaan resah dan gelisah yang mengganggu mereka

Walaupun kemudiannya mereka mungkin akan tertidur, penghidap somniphobia akan kerap terjaga dan kitaran ini akan berulang-ulang sehingga keesokan hari. Individu yang menderita akibat somniphobia tidak mungkin akan mendapat tidur yang berkualiti

Mereka juga mempunyai kadar hormon kortisol yang tidak normal dalam badan. Ini menyebabkan mereka selalu berada dalam keadaan berjaga-jaga dan risau terhadap sekeliling

PUNCA SOMNIPHOBIA

Penghidap somniphobia bukan sengaja tidak mahu tidur. Sebaliknya, mereka mempunyai ketakutan lain yang membuatkan mereka rasa takut untuk tidur

Namun, gejala yang menjadi punca individu menghidap somniphobia selalunya berkaitan dengan gangguan semasa tidur seperti:
1. Kelumpuhan tidur (sleep paralysis)
Keadaan yang juga dipanggil ‘kena tindih hantu’ ini bukan disebabkan perkara mistik. Sebaliknya, ia merupakan salah satu bentuk gangguan tidur yang boleh menyebabkan anda rasa seperti lumpuh dan tak boleh bergerak ketika tidur

Lazimnya, golongan ini akan rasa takut untuk tidur kerana risau ‘ditindih’. Perasaan risau ini pula sebenarnya akan membuatkan sleep paralysis jadi semakin teruk

Tambah lagi, ada penghidap kelumpuhan tidur yang bukan hanya mengalami kelumpuhan, tetapi turut disertai dengan halusinasi yang boleh menjadikan tidur jadi amat menakutkan

2. Selalu mendapat mimpi ngeri
Penghidap somniphobia selalu mengalami mimpi ngeri yang seakan-akan nyata dan benar-benar berlaku. Mereka juga alami mimpi yang berkaitan dengan trauma yang mereka pernah hadapi seperti kematian insan tersayang, kemalangan ataupun berkaitan dengan perkara menakutkan yang mereka pernah lihat

Pendek kata, perkara ini akan buatkan penghidap sukar untuk lena dan rasa takut untuk tidur kerana bimbang akan mendapat mimpi ngeri yang sama berulang kali

3. Berjalan semasa tidur (sleepwalking)
Tahukah anda individu yang berjalan semasa tidur boleh mendapat kecederaan yang serius? Mereka boleh terjatuh ataupun bertindak memukul orang lain semasa dalam keadaan tidak sedarkan diri

Selain itu, orang yang berjalan semasa tidur juga boleh meninggal dunia akibat daripada perbuatan berbahaya yang mereka lakukan ketika tidur! Oleh itu, mereka takut untuk tidur kerana risau akan keselamatan diri semasa waktu beradu

Ada banyak lagi punca yang boleh akibatkan somniphobia. Penghidap somniphobia menganggap kematian sebagai tidur besar (big sleep).
Oleh itu, mereka tidak rasa selesa untuk tidur kerana menganggap tidur juga merupakan satu bentuk kematian

Lihat Juga : 10 Cara Untuk Mengecilkan Pori di Muka
KESAN SOMNIPHOBIA

Penghidap somniphobia sudah pasti akan mengalami rasa mengantuk ketika waktu siang. Oleh itu, mereka akan sukar untuk fokus ketika bekerja. Selain itu, mereka juga akan mengalami rasa penat yang amat sangat berikutan tidur mereka yang tidak pernah cukup

Disebabkan mereka sukar untuk tidur, circadian rhythm (jam tidur) mereka juga akan terganggu. Ini akan akibatkan rembesan hormon dalam badan juga menjadi tidak seimbang. Pesakit somniphobia akan kerap mengalami gangguan mood yang akan membuatkan mereka senang sakit hati ataupun jengkel terhadap orang lain

Semua kesan ini akan membuatkan hidup pesakit somniphobia jadi sengsara. Mereka mungkin pada akhirnya akan terjerumus di dalam lingkaran depresi jika penyakit ini tidak dirawat oleh pakar

APA PESAKIT SOMNIPHOBIA PERLU LAKUKAN?
Pesakit somniphobia perlukan rawatan daripada pihak yang bertauliah untuk mengubat penyakit mereka. Jangan risikokan nyawa anda dan juga kerjaya jika anda mengalami rasa takut dan sukar untuk tidur

Bukan semua pesakit yang mempunyai fobia memerlukan rawatan. Fobia lain seperti fobia terhadap haiwan ataupun makanan boleh dielakkan dengan mudah, caranya adalah menjauhi objek-objek tersebut

Namun, penghidap somniphobia tidak dapat lari daripada masa tidur. Malah mereka terpaksa berhadapan dengannya saban malam. Oleh itu, golongan ini mungkin boleh melakukan terapi sebagai salah satu kaedah rawatan yang berkesan

Walau bagaimanapun, pesakit somniphobia tidak digalakkan untuk mencari rawatan sendiri. Berhubunglah dengan doktor pakar supaya dapat bina sebuah regimen yang sesuai dengan keadaan kalian

Lihat Juga : 10 Penyebab Kematian di Malaysia
Sumber : Google Image | Hello Doktor

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/07/sering-ditindih-hantu-mimpi-ngeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gelisah Dan Takut Nak Tidur Anda Mungkin Menghidap Somniphobia

Gelisah Dan Takut Nak Tidur Anda Mungkin Menghidap Somniphobia

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 440 hits
Setelah penat bekerja seharian tidur merupakan masa yang ditunggu tunggu oleh semua orang kerana ia adalah masa untuk tubuh badan beristrehat dan mengembalikan semula tenaga yang telah dikerah Tidur yang baik sangat penting untuk memastikan...
Mimpi Mendikbud Nadiem Lihat Orangtua Berlomba Lomba Daftarkan Anaknya Ke Smk

Mimpi Mendikbud Nadiem Lihat Orangtua Berlomba Lomba Daftarkan Anaknya Ke Smk

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 267 hits
Saya bermimpi bahwa sekolah sekolah SMK dan politeknik di kita itu setara dengan yang terbaik dunia Setara dengan yang terbaik di Eropa di Jerman di Australia dan lain lain kata Nadiem
Usah Mimpi Kembali Ke Putrajaya Jika Ph Tidak Kukuh

Usah Mimpi Kembali Ke Putrajaya Jika Ph Tidak Kukuh

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 271 hits
Oleh Muhammad Hafez Darwis Usah mimpi PH akan menjadi kerajaan semula jika ia tidak kukuh Sebab tumbangnya kerajaan PH akibat Langkah Sheraton adalah kerana ia tidak cukup kukuh selain terdapat mereka yang menjual prinsip dan sanggup bersek...
Maksud Mimpi Melihat Najis

Maksud Mimpi Melihat Najis

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 1175 hits
Bagi seseorang yang tidak menyedari maksud mimpi melihat najis semasa tidur boleh menjadi sangat pelik dan menakutkan namun simbol ini biasanya merupakan petanda yang baik Adalah jelas bahawa terdapat beberapa pengecualian tetapi kebanyakan...
Abang Datang Dalam Mimpi Terasa Nora Mimpi Arw4h Suami

Abang Datang Dalam Mimpi Terasa Nora Mimpi Arw4h Suami

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 350 hits
Penyanyi Nora Ariffin bersyukur kerana dia berpeluang berjumpa dengan arw4h suaminya Johan Nawawi meskpin hanya dalam mimpi Menurut Nora suaminya datang seperti dalam dunia sebenar 29 Jun 2020 Happy birthday to you Pa Alhamdulilah dengan iz...
Ngeri Ngeri Sedap Pria Indonesia Ini Asyik Makan Kelelawar Goreng Tepung

Ngeri Ngeri Sedap Pria Indonesia Ini Asyik Makan Kelelawar Goreng Tepung

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 617 hits
Sejak awal merebaknya pandemi di Wuhan China tidak sedikit pihak yang mengaitkan hewan kelelawar dengan penyebab virus COVID 19 Namun bukannya menghindari hewan tersebut belum lama ini seorang YouTuber pria asal Indonesia malah melakukan mu...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Mcmc Perjelas Isu Pengumpulan Data Telefon Bimbit Tegaskan Privasi Dilindungi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Sup Favourite Arwah Mak Pah Sarapan Pagi Ini

Dari Dulu Kena Pulau Isu Dibuli Kembali Disebut Hanya Suzy Ahli Miss A Tiada Di Majlis Kahwin Min

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan

Isu Petronas Dan Buang Pekerja

Hilangkan Batuk Petua Tradisional Cara Moden Untuk Melegakan Tekak

Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain