Serangan Iran Petanda Apakah Menanti Kita Tahun 2024 Ini



Serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel pada awal Ahad (waktu Malaysia) bukan bermaksud untuk memusnahkan atau membunuh rakyat Israel, tetapi untuk menunjukkan Tehran mampu bertindak sendiri terhadap negara seterunya itu

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara Prof Dr Azmi Hassan ketika dihubungi Bernama berkata :Tehran tidak bergantung kepada proksi seperti Hizbollah di Lubnan dalam melakukan sebarang gerakan terhadap Israel.
Tindakan Iran dikatakan berpunca daripada tindakan Israel menyerang kedutaannya di Damsyik, Syria yang membunuh tujuh pegawai kanan tenteranya yang dikatakan menjadi perantara penting bagi hubungan dengan Hizbollah

Ditanya sama ada tindakan Iran yang telahpun diramalkan dari awal lagi oleh Israel dan sekutunya Amerika Syarikat (AS) akan menyebabkan perang lebih besar, Azmi menjawab ia bergantung kepada tindak balas Israel selepas ini

Menurut beliau kesan serangan Iran ke atas Israel akan bergantung sama ada Israel menerima mesej Iran atau tidak. Namun beliau percaya dalam masa 24 jam ini akan digembar-gemburkan berita bahawa Israel berjaya mematahkan serangan Iran

“Jadi dalam masa 24 jam ini kita tidak akan melihat kemusnahan besar-besaran ke atas Israel. Ini kerana peluru berpandu yang dilancar Iran boleh dipintas oleh sistem pertahanan udara Israel,” kata Azmi merujuk kepada mesej tersirat di sebalik serangan Tehran itu.
“Jika dalam masa 24 jam digembar-gemburkan Israel berjaya mematah serangan Iran, maka serangan balas balik ini akan berakhir di situ. Air muka Tel Aviv dan Tehran terpelihara.Itu sudah cukup menggambarkan bahawa Israel menang dan tidak perlu tindakan lanjut seperti menyerang Iran. Israel dan AS juga tidak mahukan konflik seperti itu berlaku,” katanya.
Sementara itu Agensi Anadolu melaporkan letupan kedengaran di beberapa kawasan di Israel awal Ahad apabila pertahanan udara memintas dron dan misil yang dilacarkan dari Iran

Siren roket dan letupan kuat kedengaran di selatan Israel, termasuk Eilat, Beersheba, Dimona, Nevatim dan kawasan-kawasan lain, lapor Agensi Anadolu yang memetik The Times of Israel

Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengesahkan pada Sabtu pelancaran serangan dron dan misil ke atas Israel

IRGC berkata serangan itu sebagai tindak balas terhadap “banyak sekali jenayah” dilakukan Israel, termasuk serangan ke atas Kedutaan Iran di Damsyik pada 1 April lepas, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang termasuk tujuh penasihat tentera

Iran mendakwa serangan itu dilakukan Israel tetapi Tel Aviv tidak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu secara rasmi

Perwakilan Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York dalam hantarannya di laman X berkata tindakan ketenteraan Iran adalah tindak balas terhadap serangan rejim Zionis terhadap premis diplomatik Iran di Damsyik

“Perkara itu boleh dianggap selesai. Bagaimanapun, sekiranya rejim Israel melakukan lagi kesilapan, Iran akan bertindak balas dengan lebih keras. Ini adalah konflik di antara Iran dan rejim Israel, yang mana Amerika Syarikat tidak perlu campur tangan, katanya.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dalam satu kenyataan disiarkan dalam portal un.org mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu dan menyeru supaya persengketaan itu dihentikan segera

“Saya amat bimbang terhadap bahaya sebenar peningkatan konflik serantau ini. Saya menggesa semua pihak supaya bersabar dan mengelakkan daripada mengambil tindakan yang boleh membawa kepada konfrontasi ketenteraan di pelbagai perbatasan di Asia Barat.
Saya telah berulang kali menekankan dunia dan rantaunya tidak lagi mampu menghadapi peperangan,” kata Guterres.
- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2024/04/serangan-iran-petanda-apakah-menanti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Aidilfitri 1445h Cerita Balik Kampung Berhari Raya Tahun 2024 Cukup Bermakna

Salam Aidilfitri 1445h Cerita Balik Kampung Berhari Raya Tahun 2024 Cukup Bermakna

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 323 hits
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin buat semua sahabat dan pembaca blog picisan umi Fuzy ni Bila cakapa pasal hari raya pastinya kemeriahan terasa bila dapat balik kampung tak kisah kampung tu di mana walaupun kampung tu di Kuala Lumpur ...
Israel Lancar Serangan Peluru Berpandu Terhadap Iran Abc News

Israel Lancar Serangan Peluru Berpandu Terhadap Iran Abc News

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 131 hits
nbsp BharianonlineSalah sebuah peluru berpandu balistik terdampar di pantai Laut Mati selepas Iran melancarkan dron dan peluru berpandu ke arah Israel Foto REUTERSWASHINGTON Israel melancarkan serangan peluru berpandu terhadap Iran lapor AB...
4 April 2024 Ulang Tahun Pkr Ke 25

4 April 2024 Ulang Tahun Pkr Ke 25

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 197 hits
4 April 2024 ulang tahun PKR ke 25 ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be 4fbNCVg0HfA src in org https www youtube com embed 4fbNCVg0HfA wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed 4fbN...
Welcome April Bulan Baru Di Tahun 2024

Welcome April Bulan Baru Di Tahun 2024

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 307 hits
WELCOME APRIL BULAN BARU DI TAHUN 2024 Diam tak diam dah masuk bulan april untuk tahun 2024 kan Lama tak update blog sampai rasa nak bersawang dah rumah ni Sibuk dengan kerja hakiki sebagai seorang suri rumah yang mengalahkan CEO Syarikat b...
Reversi Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke 26 Pada Tahun 2024

Reversi Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke 26 Pada Tahun 2024

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 297 hits
REVERSI filem tempatan arahan pengarah Adrian Teh yang terkenal dengan filem filem popular seperti Malbatt Misi Bakara dan Paskal The Movie telah dipilih sebagai satu satunya wakil Malaysia di Festival Filem Far East Udine ke 26 di Itali ya...
Subsidi Petrol Akan Dipotong Bermula Tahun 2024

Subsidi Petrol Akan Dipotong Bermula Tahun 2024

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 267 hits
Subsidi Petrol Akan Dipotong Bermula Tahun 2024 12 Kerajaan Malaysia akan meneruskan tindakan untuk subsidi Petrol akan dipotong atau subsidi bahan api pada tahun ini untuk mengurangkan defisit fiskal negara Berdasarkan laporan Bloomberg Me...
Pengambilan Konstabel Polis Gred Yt1 Tahun 2024 Seluruh Malaysia

Pengambilan Konstabel Polis Gred Yt1 Tahun 2024 Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 201 hits
Pihak PDRM baharu sahaja mengumumkan makluman terbaru mengenai pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 Tahun 2024 melalui laman rasmi mereka pada petang tadi Khusus kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk berkhidmat sebagai Polis kini boleh...
Tenaga Dalam Fokus Apakah Berita Yang Menanti Pelabur Di Wall Street

Tenaga Dalam Fokus Apakah Berita Yang Menanti Pelabur Di Wall Street

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 192 hits
Saham AS berada di bawah tekanan jualan pada Jumaat di tengah tengah keputusan yang mengecewakan dari bank bank utama AS menutup seminggu yang penuh dengan data inflasi mengubah jangkaan pasaran untuk dasar Rizab Persekutuan dan ketegangan ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme