Salam Aidilfitri 1445h Cerita Balik Kampung Berhari Raya Tahun 2024 Cukup Bermakna


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin buat semua sahabat dan pembaca blog picisan umi Fuzy ni. Bila cakapa pasal hari raya, pastinya kemeriahan terasa bila dapat balik kampung, tak kisah kampung tu di mana walaupun kampung tu di Kuala Lumpur macam kampung umi Fuzy ni. Setiap tahun balik kampung mestilah sebelum Syawal tiba atau petang 1 Syawal sebab ikut giliran gitu.



Persiapan Balik KampungYa, kami balik pada petang raya (hari Selasa) selepas umi balik dari rumah bonda.
Ikut perancangan habibi ajak balik kampung pada hari Isnin, untuk rasai kemeriahan Ramadan dan malam raya tapi planning bertukar sebab Angah Ammar tersilap apply cuti dan umi sendiri tak boleh nak adjust jadual jaga bonda serta Cikcha pun kena apply cuti dari kerja sementara dia tu
Umi dah swap malam menginap di rumah bonda bila umi ambil malam Selasa dan berbuka di rumah bonda pada hari Isnin dengan habibi dan anak-anak.
Petang Isnin tu, memang berangkutlah serba jenis masakan untuk berbuka di rumah bonda dengan anak-anak kecuali Angah dan Cikcha yang bekerja.
Sebelum pergi rumah bonda tu, umi dah siap prepare bahan-bahan untuk goreng bihun pada pagi Selasa,  dan beberapa hari sebelum tu habibi dah siap belikan bekas plastik untuk diisi makanan. Bukan tu saja, dia dah siap prepare barangan untuk memasak kalau ada yang masih lapar. Kiranya boleh camping sekali lagi.
Bukan apa, dah beberapa tahun ni dah malas nak berhenti di RnR untuk makan sebab tekak dah tua ni memang makin cerewet. Kalau ikut jalan lama, memang best boleh berhenti di warung-warung tempatan tapi risau takut banyak kedai dah tutup.
Kata habibi, dia nak jemput umi kat rumah mak then terus balik kampung tapi umi cakap, umi nak balik dan nak check apa yang perlu dibawa walau dah siap berkemas kain baju dah.


Selenggara KeretaHujung bulan Mac hari tu habibi dah hantar kereta untuk dipasang RFID kat Wangsa Walk dengan kos RM35 walau kami ni memang suka guna SMART Tag tapi apa daya, mesin kami tu dah bermasalah dan kalau nak repair kena ke mana tah.




Selain dah servis kereta,. habibi pun dah suruh Hong Chai tukar absorber dan oil filter, jadi melayang lah RM970. Beberapa hari sebelumnya dah tukar 2 tayar bahagian depan dengan kos RM250. Walau dah tukar absorber  tapi masih rasa tak best bawa kereta, rupanya 2 getah di bahagian bonet tu dah hilang. Maklumlah kereta dah berusia 13 tahun, bukan diletakkan di parking berbumbung, kena hujan panas, hujan panas kan


Perjalanan Lancar Di HighwayJadi, kami bertolak dalam lebih kurang jam 1.20 sebelum azan Zohor, bimbang pulak nanti terkandas dalam kesesakan jalan tapi dah plan untuk guna WCE seperti beberapa tahun lepas.



Menariknya kali ni, kesemua anak-anak ada ikut dan bila dah ramai ni kenalah guna dua kereta, jadi memang lapanglah black hawk umi dan the girls naik cotton, kereta Kak Yang. Memang relax la habibi, sebab Angah jadi main driver bersama Ayong dan umi memang semedang jadi mem besar.


Alhamdulillah perjalanan kami smooth dan ada 2-3 accident dalam perjalanan antaranya di Jalan Duta, dan di highway PLUS tapi pergerakan kereta lancar. Cuma bila masuk nak melepasi Penang trafik memang selalu sesak sikit sebab kenderaan keluar masuk ke arah jambatan Pulau Pinang.


Singgah Iftar Di Pantai RuatKata habibi, nak berbuka kat Pantai Bersih, Penang tapi tak jadi, habibi cadang kami berbuka di Pantai Ruat di Yan sebab konon nak ke Carribean campsite. Ada beberapa kali umi call tapi tak angkat tapi kami tetap terus ke sana dan rupanya tempat tu ditutup untuk private event.

Kami jumpa kawasan menarik beberapa meter dari campsite yang ada meja dan mengadap laut dengan pemandangan matahari terbenam. Indah!


Kedai kecil tu pun ada kerusi, jadi kami pinjam untuk duduk dan tak lama lepastu terpasang lampu solar, jadi tak la kami makan dalam gelap. Tapi habibi dah sedia bawa lampu extra.


Selain bihun goreng, habibi dah siap bekalkan mee segera siap dengan dapur, jadi kalau lapar boleh ler memasak tapi habibi kata kalau lapar, boleh berhenti makan di kedai.

Sepanjang perjalanan tu berchat la kami anak beranak sebab duduk dalam kereta berasingan dan memang selesa sangat tapi ada saja benda yang nak dicari pasal baik habibi mahupun si anak kat kereta Kak Yang


Sambil makan tu kami layan tengok penduduk kampung main mercun yang cukup meriah dan cantik sebab sekeliling serba gelap cuma kat tempat kami tumpang makan ni ada lampu solar untuk menyinari kawasan. Memang cantik sangat!


Selesai makan, kami letak balik kerusi dan memang tak tinggal sebarang sampah dan perjalanan dari Yan ke rumah pusaka dalam lebih kurang 2 jam.


Tak sangka banyak kedai makan yang masih dibuka rupanya di sepanjang perjalanan kami tapi masing-masing dah kenyang dengan bihun yang cukup lengkap. Kalau ada yang bersuara lapar tu, memang kami berhentilah tapi puasa kali ni memang memang tak berapa makan banyak kami ni. Atau tak nampak banyak? 


Alhamdulillah, kami sampai ke kampung jam 10 malam lebih dan menjamu selera dengan laksa utara dan ketupat kuah gulai. 


Okay, nanti sambut cerita hari raya kami dalam next entri.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2024/04/salam-aidilfitri-1445h-cerita-balik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Spm Balik Kampung Jaga Adab Di Jalan Raya Ppim 12 04 2024

Aktiviti Spm Balik Kampung Jaga Adab Di Jalan Raya Ppim 12 04 2024

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 342 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersiaran dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang bertajuk Balik Kampung Jaga Adab di Jalan Raya
Salam Aidilfitri 2024 1445h

Salam Aidilfitri 2024 1445h

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 435 hits
EID MUBARAK SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI TO ALL MINAL AIDIN WAL FAIDZIN Wishing you all a happy and peaceful Eid Ul Fitr and may ALLAH bless and reward all of you with the blessings of Heaven from home to home and heart to heart from one p...
Contoh Pantun Raya Aidilfitri 2024 Lawak Dan Kreatif

Contoh Pantun Raya Aidilfitri 2024 Lawak Dan Kreatif

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 495 hits
Nak lebih meriah lebih kreatif sempena Lebaran tahun 2024 ini selain daripada ucapan salam apa kita bagi pantun raya pula Boleh kongsikan kepada keluarga dan rakan rakan yang mengenali diri kita Setiap tahun pasti meriah dengan dimana kita ...
Salam Aidilfitri 1445 Hijrah 2024 Masihi

Salam Aidilfitri 1445 Hijrah 2024 Masihi

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 571 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah Syukur masih diberi kesempatan untuk bertemu Bulan Syawal 1445 Hijrah pada tahun 2024 ini setelah menahan nafsu makan dan minum di siang hari di Bulan Ramadan Seluruh Umat Islam di Malaysia mula menyambut Syawa...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445h 2024m

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445h 2024m

papar berkaitan - pada 14/4/2024 - jumlah : 372 hits
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H 2024M Alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan Syawal yang mulia Baru sempat nak update posting raya Bukanlah busy mana pun ada je terperap kat rumah ni tak beraya Almaklumlah Babah kerja dari hari raya pe...
Cerita Aidilfitri 2024 Teamrayakedah

Cerita Aidilfitri 2024 Teamrayakedah

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 317 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah masih belum terlewat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin bua...
Cerita Raya Kami 2024

Cerita Raya Kami 2024

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 456 hits
Ikutkan memang dah tawar hati nak menulis dekat blog Sakit hati punya pasal pageview macam tettt Tapi disebabkan Raya ni peristiwa penting banyak berlaku dalam hidup jadi gagahkan diri menulis Selamat Hari raya korang Tahun 2024 giliran ber...
Pre Raya Aidilfitri 2024

Pre Raya Aidilfitri 2024

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 324 hits
Sedikit kenangan yang tertinggal sebelum berakhirnya Ramadan 1445H Gambar Sebelum Raya Sesi bergambar pre raya telah diadakan pada minggu lepas di tempat kerjaku Bab bergambar aku ok je tapi bila nak kena ikut tema berwarna maaf aku tak suk...
Raya 2024 1445h

Raya 2024 1445h

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 446 hits
RAYA 2024 1445H Alhamdulillah sedar sedar dah 13 Syawal Sekejap jer masa berlalu kan Rindu masih membahang dijiwa bila mana mahu meninggalkan parent tercinta di kampung Saat berkumpul adik beradik memang membahagiakan menunjukkan kegembiraa...
Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku