Pengambilan Konstabel Polis Gred Yt1 Tahun 2024 Seluruh Malaysia
Pihak PDRM baharu sahaja mengumumkan makluman terbaru mengenai pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 Tahun 2024 melalui laman Facebook rasmi mereka pada petang tadi. Khusus kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk berkhidmat sebagai Polis kini boleh mengambil maklum segera.
Bagi pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 tahun 2024 adalah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia melalui permohonan secara walk-in di beberapa lokasi pemeriksaan Polis di seluruh negeri. Oleh itu, para pemohon perlu mengetahui beberapa maklumat lengkap berkenaan permohonan Polis kali ini.
Pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 Tahun 2024 Seluruh Malaysia
Eksesais Pengambilan Terbuka (Walk-in) Jawatan Konstabel Polis Gred Yt1 (Lelaki/ Wanita) tahun 2024
Pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 Tahun 2024
Jawatan Konstabel Polis Gred YT1 juga dikenali dengan Konstabel Sokongan bagi calon yang memiliki kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Tarikh:
29 April 2024
30 April 2024
2 Mei 2024
Masa:
7.15 pagi – 8.30pagi
Tempat:
Mengikut jadual dilampirkan
Bila Permohonan Pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 Tahun 2024 Dibuka?
Untuk makluman kepada para pemohon, pengambilan kali ini akan dibuka permohonan melalui secara walk-in pada tarikh 29, 30 April dan 2 Mei 2024 di beberapa lokasi yang ditetapkan. Permohonan ini adalah dibuka secara walk-in sahaja.
Syarat Kelayakan Permohonan
Bagi pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 tahun 2024 adalah syarat-syaratnya seperti dibawah:
Warganegara malaysia
Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh pengambilan terbuka.
Kelayakan akademik:
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Kepujian dalam matapelajaran bahasa melayu sekurang-kurangnya mendapat gred c dan lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran lain termasuk matematik dengan gred d (minimum).
Contoh : Bahasa Melayu – C, Matematik – D, Bahasa Inggeris – D, Sains – D, Pendidikan Moral/ Pendidikan Islam – D
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
Kepujian dalam matapelajaran bahasa melayu (ujian bertulis dan lisan) sekurang-kurangnya mendapat gred c dan lulus sekurang-kurangnya empat (4) matapelajaran lain termasuk matematik dengan gred e (minimum).
Contoh : BM (Bertulis) – C, BM (Lisan) – C, Matematik – E, Bahasa Inggeris – E, Sains – E, Pendidikan Moral/ Pendidikan Islam – E.
Syarat Kelayakan Fizikal Permohonan
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan fizikal bagi permohonan pengambilan Konstabel Polis YT1 tahun 2024 seperti dibawah:
Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg (lelaki) dan 48 kg (wanita);
Indeks jisim badan (bmi) julat di antara 19.0 hingga 26.0; dan
Ukuran dada sekurang-kurangnya 81 sm (biasa) dan 86 sm (semasa menarik nafas) (lelaki sahaja).
Senarai Lokasi Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan
Bagi lokasi pemeriksaan fizikal dan ujian kecergasan akan dilakukan beberapa lokasi mengikut negeri. Lokasi adalah ditetapkan berbeza untuk lelaki dan wanita.
Lokasi Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan Bagi Lelaki
Pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 Tahun 2024
Lokasi Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan Bagi Perempuan
Pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 Tahun 2024
Dokumen yang Diperlukan untuk Pengambilan Konstabel Polis YT1 Tahun 2024
Bagi pengambilan konstabel Polis YT1 tahun 2024, реmohon hendaklah membawa dokumen-dokumen seperti berikut:
Kad pengengalan asal dan tiga (3) salinan;
Sijil kelahiran asal dan tiga (3) salinan;
Sijil pmr atau pt3 asal dan satu (1) salinan;
Sijil berhenti sekolah asal dan satu (1) salinan,
Sijil penghargaan semasa peringkat sekolah menengah asal dan satu (1) salinan (sekiranya ada);
Dokumen ibu dan baρα:
Dua (2) salinan kad pengenalan ibu dan bapa
Dua (2) salinan sijil kelahiran ibu dan bapa cabutan kad pengenalan (hanya carian cabutan daripada jabatan pendaftaran negara (jpn) atau surat yang dikeluarkan oleh jpn sahaja diterima; atau
Dua (2) salinan sijil kematian ibu dan bapa (jika telah meninggal dunia)
Pemohon yang telah berkahwin :
Dua (2) salinan kad pengenalan suami / isteri;
Dua (2) salinan sijil kelahiran suami / isteri;
Dua (2) salinan sijil nikah atau surat cerai;
Dua (2) salinan sijil kelahiran (anak pertama); atau
Dua (2) salinan sijil kematian (jika anak pertama meninggal dunia)
Pemohon kakitangan kerajaan atau badan berkanun:
Surat sokongan dari ketua jabatan; dan
Satu (1) salinan kenyataan perkhidmatan terkini yang telah disahkan.
Pen dakwat hitam (ball-point); dan gam
Wajib mencetak dokumen-dokumen berikut melalui telegram unit pengambilan pdrm
borang ganti rugi dan
borang maklumat peribadi calon dan satu (1) salinan; dan
borang tapisan empat (4) keping tanpa gambar
Pemohon yang hadir diwajibkan berpakaian sukan seperti yang ditetapkan:
Seluar track bottom (gelap);
baju t-shirt berkolar (putih);
kasut sukan;
membawa seluar pendek;
baju singlet (wanita); dan
calon dikehendaki berambut pendek (no.2) dan kemas. (lelaki)
Kenyataan khas :
Calon yang telah menerima surat panggilan pemeriksaan fizikal, ujian kecergasan dan larian 2.4km bertarikh 6 mei 2024 hingga 21 mei 2024 bagi jawatan konstabel polis gred ya1, tidak perlu hadir ke pengambilan jawatan konstabel polis gred yt1 (lelaki/wanita) secara terbuka.
Calon yang gagal bagi jawatan konstabel polis gred ya1 dan konstabel polis gred yt1 tahun 2024 digalakkan untuk hadir ke pengambilan konstabel polis gred yt1 secara terbuka pada tarikh dan pusat pemeriksaan fizikal yang telah disenaraiκαν.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/04/pengambilan-konstabel-polis-gred-yt1-tahun-2024.html