Polis Kelantan Sedia Tambah Anggota Kawal Sempadan Negara


Siti Rohana Idris
Tumpat: Polis bersedia mempertimbangkan permohonan untuk menambah jumlah keanggotaan untuk tugasan mengawal sempadan Malaysia-Thailand jika terdapat keperluan.
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, keanggotaan sedia ada agak terhad bagi menjalankan tugasan terutama dengan kedatangan banjir kebelakangan ini.
Beliau berkata, dengan keadaan sempadan negara yang agak panjang iaitu membabitkan empat daerah bermula Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli, jumlah keanggotaan itu dilihat tidak mencukupi kerana turut digunakan untuk tugasan lain.
"Kekuatan sedia ada untuk mengawal sempadan negara memang tak cukup kerana sempadan luas, malah anggota juga diperlukan untuk tugas lain termasuk pencegahan jenayah dan operasi ditambah pula dengan bencana alam (banjir) yang sedang berlaku kini.
"Saya akan berbincang dengan pengurusan tertinggi di Bukit Aman, mungkin akan perlukan bantuan untuk tambah anggota dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau yang diiringi Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud melakukan tinjauan di Sungai Golok sekitar Pengkalan Kubor dan turut singgah di beberapa kampung di situ yang hanya berjarak kira-kira 30 meter sahaja dengan Thailand.
Shafien berkata, selain penguatkuasaan, beliau juga mencadangkan agar terdapat kaedah lain untuk menambahbaik daripada segi penugasan sempadan negara termasuk kerjasama masyarakat setempat.
Mengulas mengenai isu integriti dalam kalangan anggota dan pegawai, beliau memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil jika dikesan berlaku.
"Selain kekuatan anggota dalam tugasan penguatkuasaan, sifat integriti juga perlu ada dalam diri masing-masing dan untuk perkara ini kami akan sentiasa memantau.
"Saya tidak nafikan ada segelintir (tiada integriti) yang terbabit jika membabitkan organisasi yang besar dan saya memberi amaran kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menjauhi aktiviti yang boleh memberi persepsi negatif.
"Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkaitan isu integriti dalam kalangan anggota atau pegawai polis, mereka boleh menyalurkan maklumat kepada saya," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/polis-kelantan-sedia-tambah-anggota.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tahan 2 Penyeludup Ketum Warga Thailand Terbabit Dalam Kes Tembak Mati Anggota Pga Di Sempadan Malaysia Thailand

Polis Tahan 2 Penyeludup Ketum Warga Thailand Terbabit Dalam Kes Tembak Mati Anggota Pga Di Sempadan Malaysia Thailand

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 579 hits
Polis menahan dua penyeludup warga Thailand yang disyaki terlibat dalam kejadian berbalas tembak dengan anggota Pasukan Gerakan Am di sempadan Malaysia Thailand dekat sini awal pagi tadi Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata pihaknya...
Pdrm Tambah Kenderaan Perisai Anggota Di Sempadan Malaysia Thailand

Pdrm Tambah Kenderaan Perisai Anggota Di Sempadan Malaysia Thailand

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 374 hits
69 total views 69 views today Kenderaan perisai tambahan dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman akan digerakkan mulai hari ini ke sempadan Malaysia Thailand bagi mengukuh kawalan sempa...
23 Individu Termasuk Anggota Imigresen Ditahan Disyaki Salahguna Pengesahan Cap Di Sempadan Negara

23 Individu Termasuk Anggota Imigresen Ditahan Disyaki Salahguna Pengesahan Cap Di Sempadan Negara

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 441 hits
Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah reman antara tiga dan tujuh hari terhadap 23 individu termasuk anggota Jabatan Imigresen Malaysia bagi membantu siasatan berhubung isu penyalahgunaan pengesahan cap di sempadan negar...
Anak Anggota Polis Mati Lemas Dalam Bilik Air

Anak Anggota Polis Mati Lemas Dalam Bilik Air

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 550 hits
Gambar Hiasan SERDANG Anak kepada seorang anggota polis ditemui mati lemas dalam bilik air di kuarters polis di Seri Kembangan semalam Dalam kejadian pukul 2 petang kanak kanak berusia 21 bulan itu dikatakan berada di kediaman tersebut bers...
2 Anggota Polis Dipecat Kerana Didapati Menindih Sesama Diri Di Bilik Pemantauan Cctv

2 Anggota Polis Dipecat Kerana Didapati Menindih Sesama Diri Di Bilik Pemantauan Cctv

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 392 hits
Dua anggota polis telah dipecat selepas mereka didapati melakukan perbuatan tidak senonoh di bilik pemantauan kamera litar tertutup hospital semasa sedang bertugas Perbuatan dua anggota terbabit yang tidak didedahkan nama itu dirakam CCTV d...
Pkpb Kelantan Polis Laksana 19 Sekatan Jalan Raya

Pkpb Kelantan Polis Laksana 19 Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 321 hits
Polis Kelantan melaksanakan 19 sekatan jalan raya melibatkan semua daerah di negeri ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang bermula hari ini Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Sharfien Mamat berkata jumlah s...
Macau Scam Judi Dalam Talian Pegawai Dan Anggota Polis Bakal Digantung Tugas Tamat Perkhidmatan

Macau Scam Judi Dalam Talian Pegawai Dan Anggota Polis Bakal Digantung Tugas Tamat Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 349 hits
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM Datuk Zamri Yahya foto MOHD ADZLAN KUALA LUMPUR Pegawai dan anggota polis terlibat secara langsung dengan individu yang ditahan berkaitan sindiket judi dalam talian dan Macau Scam bakal...
Dua Anggota Polis Dituduh Seludup 27 Warga India

Dua Anggota Polis Dituduh Seludup 27 Warga India

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 353 hits
Mohd Fazlan dan Mohammad Faiz dibawa ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini SUNGAI PETANI Dua anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup 27 pendatang asing tanpa izin warganegara India di Bali...
Lebih 8 000 Individu Cuba Ceroboh Sempadan Negara

Lebih 8 000 Individu Cuba Ceroboh Sempadan Negara

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 422 hits
KUALA LUMPUR Ops Benteng yang dijalankan bagi mengawal ketat sempadan negara berjaya menahan seramai 8 427 pendatang tanpa izin 789 tekong dan 351 penyeludup bagi tempoh 1 Mei hingga semalam kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...
Petronas Dari Rantaian Minyak Ke Rantaian Gol Liga Bola Bangladesh Menjadi Tajaannya

Hari Guru Tanggal Berapa 2025 Sejarah Makna Dan Cara Merayakannya

Dulu Disondol Kini Menyondol Inara Rusli Didakwa Berhubungan Sulit Dengan Suami Pempengaruh

Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar Adalah Kewajipan Semua Rakyat

Isu Pemakaian Setiap Kumpulan Ada Imej Kami Orang Islam Tahu Apa Boleh Pakai Azira Shafinaz

Inara Rusli Perjalanan Cinta Dan Kehidupan Bersama Virgoun

Penduduk Felda Jengka 7 Menyanjung Tinggi Sikap Kemesraan Shahaniza Menyantuni Anak Oku Di Kampung Itu Baru Baru Ini

Iss Kongsi Imej Sungai Kelantan Dari Angkasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Acg Base Creator Market Merupakan Destinasi Baharu Buat Peminat Anime Komik Dan Permainan Di Malaysia

Tell Me Your Birth Place Without Telling Me Your Birth Place

Aditya Zoni Kena Ganggu Di Hotel Selepas Penggambaran Menjelang Maghrib 2

Rosalia Indah Nl 319 New Marcopolo

Resepi Apam Nasi

Kecik Kecik Tapi Bau Power