Serah Pasport Pemuda Amanah Persoal Adakah Wujud Campur Tangan Eksekutif


 




Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / October 25, 2021

Pemuda AMANAH Nasional mempersoal sama ada wujud campur tangan eksekutif ke atas hal kehakiman ekoran kebenaran yang diberikan Mahkamah Tinggi kepada Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya buat sementara.

Timbalan Ketuanya, Razak Ridzuan berkata, meskipun perkara ini dibenarkan dan di bawah kuasa mahkamah, namun ia bakal menghakis kepercayaan awam terhadap ketegasan dalam menangani kes jenayah dalam kalangan orang-orang kenamaan.

Justeru beliau mendesak pemulangan pasport kepada individu yang berkait dengan kes berprofil tinggi, disemak semula.

“Rata-rata akan melihat bahawa tindakan ini dibenarkan atas kapasiti mereka sebagai orang kenamaan dan bukan atas urusan yang begitu penting sehingga perlu diserahkan passport mereka.

“Melihat kepada alasan-alasan yang diberikan, semuanya bersifat peribadi dan tidaklah begitu terdesak berbanding dengan risiko yang mungkin boleh berlaku sepanjang ketiadaan mereka dalam negara.

“Pejabat Peguam Negara harus bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan mereka yang tertuduh berada dalam negara sehingga kes mereka selesai dan dilayan sama seperti pesalah jenayah lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemulangan pasport kepada individu kes berprofil tinggi menjadi pertikaian ramai pihak sejak minggu lalu selepas Datin Seri Rosmah dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat kebenaran sama untuk ke luar negara.

Mahkamah Tinggi membenarkan pemulangan pasport kepada Najib dan Rosamah bagi membolehkan mereka melawat anak perempuan mereka yang akan melahirkan anak di Singapura.

Manakala bagi kes Muhammad Shafee pula, pemulangan pasport dibenarkan bagi membolehkan peguam itu berjumpa anak lelakinya yang menyelesaikan pengajian di The New School Person, New York, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Razak menegaskan, rakyat Malaysia akan melihat bahawa meskipun dituduh dengan kes jenayah yang berat dan diminta untuk diserah passport, tetapi perkara tersebut tidaklah menjadi satu masalah kepada golongan kenamaan berbanding mereka yang tidak mempunyai kemampuan berbuat demikian.

“Ramai yang bertanya adakah kesalahan tidak melunaskan hutang PTPTN itu lebih berbahaya berbanding mereka yang telah dituduh dengan kes jenayah, pecah amanah dan seleweng dana awam?,” soalnya.


 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/serah-pasport-pemuda-amanah-persoal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Penjenayah Vip Dr M Persoal Kes Ditangguh Pasport Dikembalikan Kepada Pemimpin Umno

Najib Penjenayah Vip Dr M Persoal Kes Ditangguh Pasport Dikembalikan Kepada Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 318 hits
MALAYSIA NOW Dr Mahathir mempersoalkan layanan terhadap Najib Razak yang telahpun disabitkan kesalahan jenayah kewangan Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini Dr Mahathir Mohamad hari i...
Tiga Hakim Mahkamah Tinggi Benar Najib Pinda Tarikh Serah Pasport

Tiga Hakim Mahkamah Tinggi Benar Najib Pinda Tarikh Serah Pasport

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 299 hits
AGENDA DAILY Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta pada Julai 2020 selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan berkaitan dana RM42 juta milik S...
Hasbie Muda Ketua Pemuda Amanah Yang Baharu

Hasbie Muda Ketua Pemuda Amanah Yang Baharu

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 327 hits
SYAZMIR HARIZ NOORAZALANSetelah ketiadaan penyandang jawatan Ketua Pemuda AMANAH Nasional hari ini kesemua AJK Pemuda AMANAH Nasional yang dipilih oleh perwakilan penghujung 2019 dahulu telah selesai memilih Ketua Pemudanya yang baru Umum m...
Adakah Bunuh Diri Kerana Menonton Filem Kajian Mana Lebai Ni Dapat

Adakah Bunuh Diri Kerana Menonton Filem Kajian Mana Lebai Ni Dapat

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 334 hits
JONAH Ramai remaja yang bunuh diri bersetuju atau tidak disebabkan kebanyakan mereka terdorong oleh drama dan filem dari Korea Pasal setiap cerita mesti ada bunuh diri Bersetuju atau tidak Remaja ni apabila gagal jawapan dia bunuh diri Adak...
Adakah Nabi Saw Tidak Mahu Berubat

Adakah Nabi Saw Tidak Mahu Berubat

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 252 hits
HARAKAH DAILY Soalan Assalamualaikum ustaz Saya ada soalan Ada orang kata yang Nabi tak mahu ambil ubat Dalilnya hadis Berdasarkan dalil ini ada yang tolak vaksin dan apa sahaja bentuk ubat Mohon pencerahan ustaz sebab nampak gusar cara dia...
Adakah Orang Melaka Pilih Isu Perkauman

Adakah Orang Melaka Pilih Isu Perkauman

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 169 hits
NORMAN RADZUANPRN Melaka menjadi petunjuk PRU15ADAKAH ORANG MELAKA PILIH ISU PERKAUMAN PRN Melaka ini sebenarnya sgt penting sebagai petunjuk arah samada kpd BN PN atau PH dlm menghadapi PRU15 Pelbagai persoalan bermain menjelang PRN ini na...
Akan Adakah Perpaduan Umno Pas Bersatu Di Melaka

Akan Adakah Perpaduan Umno Pas Bersatu Di Melaka

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 295 hits
Sama sama mencari titik titik persamaan demi memperteguh ukhuwah kata Asyraf Wajdi dalam Facebooknya Namun Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat tidak teruja dengan apa yang disebut sebagai perpaduan oleh pemimpin PAS itu La...
Adakah Fb Ads Sesuai Untuk Dropshipping Kerana Margin Untung Dropship Adalah Kecil

Adakah Fb Ads Sesuai Untuk Dropshipping Kerana Margin Untung Dropship Adalah Kecil

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 240 hits
Soalan yang bermain diminda semua seller yang berdropship terutama di Save Value atau Kumoten Seller Shopee yang guna dropship memang terkenal dengan margin untungnya yang kecil Dan saya akui jika anda tidak mahir mengguna FB Ads maka anda ...
Semakan Sara 2026 Kadar Bantuan Tarikh Bayaran

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Budi 95 Lesen Sg Subsidi Ron95 Untuk Pemegang Lesen Singapura

Iphone 17 Pro Vs Xiaomi 17 Pro Persamaan Perbezaan Siapa Patut Beli

Khalifah Owh Ila Namanya Chord

Easy Ground Beef Curry Recipe Indian

Doa 18 Oktober 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Digosipkan Dengan Nora Danish Mickey Ayo Rupanya Ada Lamborghini

Apa Maksud Alam Dan Dimensi

Ubah Ciptaan Allah Iqbal Zulkefli Serius Mahu Buat Pembedahan Hidung Cari Pakar Terbaik Dunia

Pm Anwar Dijemput Presiden Mesir Kunjungan Trump Ke Malaysia Amat Penting

Ibu Anak Dipercayai Dibunuh Dalam Keadaan Mengerikan

Masters Of The World 2025 Lelaki Sejati Rai Daya Tahan Kepimpinan Nilai Diri